Romah di sebuah kampong di Kampong Gajah, Perak...otw balik ke Shah Alam.
Kat Hi-way mana ada!
Assalamualaikum dan Salam Ceria Syawal,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Pe kabor mengkome semua? Semoga semua sihat belake-lake!
Teman udoh balik ke Shah Alam semalam. Alhamdulillah jalan tak jam, sebab ikut jalan lama. Getik nar kalau ikut hi-way...jam dan boring tengok ladang getah dan kelapa sawit ja!
Ikut jalan lama dapat gak tengok kampong-kampong, singgah masjid/surau yg luas, singgah gerai-merai beli satnika jajan, lepak-lepak...

...sejuk mata memandang sawah bendang.
Dah lama teman tak nengok sawah nih.
Ni kat Kg Gajah jugak.

Ater bila nampak gerai-gerai tepi jalan, nyinggah ler.
Kat Kuala Selangor ke, Tanjung Karang ke mana, teman kata,
"Hah apa tu diorang jual, moh tengok!" teman kabor kat drebar teman...adik teman ler.

Ohhh ni ropanya mentarang-mentadu, masak lemak atau rebuih cicah kicap cili, bawang sedapppp!
Malamnya keme rebuih dan cicah kicap, weeyyy manisss rasa dia!
Sekilo RM9.00.
Muroh ke mahei ni?
Go obersee jap:
Dulu tempat ni padang jarak padang tekukur (ada ke tekukur kat padang pasior?), ni dah ada 'perkampongan' kecik milik syarikat yg bina penjana letrik utk bandar Basra.
Lokasi ni yg Mr T pilih buat plant penjana letrik.
Tengah panas terik nih!

Ni ler ropa kilang penjana letrik yg Mr T urus bermola bulan Ramadhan.

Dalam pejabat Mr T kena buat koje admin.
Sekali-sekala dia terbang balik Istanbul dan pecut ke Ankara bagi laporan progress pada tuanpunya projek yg berpusat di Ankara. Dalam 48 jam dia pecut balik ke Basra.
Teman dengor pun letih!

Kontena tempat staf dan pekerja tingge.
Kalau takde air-con, mau rentung deme dalam tuh!

Waktu subuh ke ni, Yob?
Ni bukan Mr T yek!
Ahhh udoh tak berbaju!
Ni bulan Julai atau tengah Ramadhan, tengah summer.
Sekarang mungkin dah sejuk sikit.

Ahhh ni subuh ni sebab Mr T dah mola nak buat koje.
Mana gambor canteen/cafe Yob?
Isyyy teman nak nengok apa kome makan.
Tapi lazimnya deme ada Chef Turki masak utk deme.
Makan memang menu Turki dan mestilah best!
(Yob, nanti balik Istanbul tinggekan duit poket teman dalam lemari baju tau! Tiket bas ke Akcakoca belikan teruih).
Back to Malaya:
Raya kat romah mak.
Budak ni...budak nilah!

Cicit sulung mak, 3 tahun.
Dia hampir-hampir menenggelamkan anak kucing dalam aquarium! Teman memang seriau kalau ramai kekanak datang romah.
Ada jer projek deme buat!

Sedara-mara datang serbu romah nak jumpa Mak sebab Mak waris yg paling tua dalam keluarga kami.
Tulah seri orang tua dalam sesebuah keluarga.
Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan usia dan dimurohkan rezki pada Mak teman (82 tahun dah).
Aamiiinnn!

Mak buat 5 kilo Rendang Tok.
Teman bawak balik Shah Alam setengah kilo, setengah kilo rendang pedas, sebekas hati masak kicap dan sambal ikan bilis.
2-3 ari teman idak memasak ler!
The young, handsome and macho Col. Gaddafi of Libya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kat mana Yob ni bersemunyi? Dah jumpa ke belum atau dah selamat menyorok di luar negara?
Teman tak nak fokus sangat dengan aktiviti pelarian dia tapi nak fokus kat feature dia.
Masa memola dia naik, lepas amik alih kuasa dari raja dia si Deris tu, memang laworlah dia ni.
"Tall, dark and handsome," kata omputih.
Nah tu dia, ala-ala bintang filem star Mesir!
Bersama arwah Anwar Sadat dari Mesir, bagi kome yg tak kenal ler, dan bapak Bashir, arwah Presiden Assad dari Syria.
All for One, One for All!
Dik popular revolusi dia di negara Islam, ramai mak-pak yang boh nama anak lelaki deme Gaddafi, termasuk kat Malaysia.
Memola memerintah dia baguih...banyak bantu rakyat dia dan bagi hak-hak kepada golongan marhaen dan kaum wanita.

Ni kalau teman jumpa kat mana-mana mau teman kejor...errr mintak sign otograf ler.

Gambor rasmi terkini June 2011. Memanjang jer dia paka spek itam. Silau ke Yob dok dalam bilik tamu ni?
Yelah kot...

Haah ko!
Muka dulu comey cam hero film star Hindustan, dah macam hero drama Korea pulak!
Patutlah asyik paka shades.
Ater, ngape digobah-gobah muka tu Yob?
Ni masalahnya bila dah kaya, masyhur, glam dan apa-apa lagi, manusia jadi vain. Tak pueh ati apa yg ada.
Ropa yg dah comey dan kacak pun dimodified...isyyyykk!

Dikatakan dia ada buat plastic surgery kat bawoh mate, sebab sembab. Mungkin nak buang kedut sebenornya.
Tapi yang jadi, mata sepet cam Jet Li.
Ada gak laporan kata dia buat hair-implant!
Hei...vain betoi miker ni Gad!
Miker kan jantan, tak yahlah nak meregek ngalahkan Kak Ros! (tak pasa-pasa nama Kak Ros terkeluar!)

Sepatutnya ropa dia ni dalam usia sekarang makin hensem takpun maintain.
Bukan tua sangat dia ni.
Nak wat camner, perasan terlalu baguih dan lupa mati kot.

Apa-apa pun, muka ori dia ni memang wajah pemimpin Arab/Afrika yang terhensom pernah muncul, pada pendapat teman.
Lawor gambor nih...

Tapi antara imej yg femes Yob Gaddafi ialah sewaktu dia solat di tengah padang fasir. Gambor ni merata tersiar seluruh dunia masa tu.
Masa ni muka dia belum kena toreh lagi der.
Teman ucapkan selamat maju jaya dan bertobatlah Gaddafi. Hidup di dunia ni sementara jer...
Gambor-gambor dicilok dari Time dan The Guardian, TQ.
Mr T Nyongket Ke Maleyzia Part III
Mr T di bendang
On the way ke kebun kelapa sawit tu, kami tempuh kawasan bendang yang tak bape diusahakan oleh orang kampong. Gamoknya deme syok dapat hasil dari kebun kelapa sawit deme.
Ayor dalam ban tu pun kering-kontang. Adik teman Atan dan anak sedara sepupu jadi juru-iring Mr T ke bendang kat Kg Selboh, Parit, ni.
Mr T dan suku-sakat kami - Faris, Wani dan Kak Cik. Atan gumbira perati.
Kat rumoh mak, Mr T bergurau senda dengan anak-anak Atan. Deme syok kena dukung-dukung tu.
Bila dinner bukan senang nak bagi makan Yob ni - segala seafood yang bercengkerang dan berkulit keras-kematu dia tak makan kecuali ikan. Ikut mazhab dia, hukum makruh!
Patutlah pertama kali dia nengok teman baham udang, semacam jer dia usyar!
Jenuhlah adik ipor exclude udang, kerang, sotong, ketam dalam menu.
Ikan pun yang ada ropa ikan; yang seropa kapalterbang, kucing, gergaji dia tak makan!

Selain dari tu dia berkenalan gak dengan sedara-mara yang terserempak bila datang ke romah.

Bersembang dengan Haji Mansur dan mak teman. Haji Mansur buleh speaking baguih punya sebab dulu sekolah omputih. Kome mana ada sekolah omputih.

Masa ni sekitar 2004 atau 2005 gitu. Dulu cat putih, sekarang romah mak cat kuning, ala-ala Bersih 2.0 pulak!
To be continued lagi...

Bab makan pulak.
Menu ala-ala Jepun yang sahabat Jepun teman, Keiko, masak masa dia bercuti di Shah Alam 4-5 tahun dulu. Ada shitake, beans, ayam dan papadom. Rasa dia agak tawor dan tak berasa sangat, nama pun menu Jepun.
Meh kome...