The young, handsome and macho Col. Gaddafi of LibyaAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kat mana Yob ni bersemunyi? Dah jumpa ke belum atau dah selamat menyorok di luar negara?
Teman tak nak fokus sangat dengan aktiviti pelarian dia tapi nak fokus kat feature dia.
Masa memola dia naik, lepas amik alih kuasa dari raja dia si Deris tu, memang laworlah dia ni.
"Tall, dark and handsome," kata omputih.
Nah tu dia, ala-ala bintang filem star Mesir!
Bersama arwah Anwar Sadat dari Mesir, bagi kome yg tak kenal ler, dan bapak Bashir, arwah Presiden Assad dari Syria.All for One, One for All!
Dik popular revolusi dia di negara Islam, ramai mak-pak yang boh nama anak lelaki deme Gaddafi, termasuk kat Malaysia.
Memola memerintah dia baguih...banyak bantu rakyat dia dan bagi hak-hak kepada golongan marhaen dan kaum wanita.

Ni kalau teman jumpa kat mana-mana mau teman kejor...errr mintak sign otograf ler.

Gambor rasmi terkini June 2011. Memanjang jer dia paka spek itam. Silau ke Yob dok dalam bilik tamu ni?
Yelah kot...

Haah ko!
Muka dulu comey cam hero film star Hindustan, dah macam hero drama Korea pulak!
Patutlah asyik paka shades.
Ater, ngape digobah-gobah muka tu Yob?
Ni masalahnya bila dah kaya, masyhur, glam dan apa-apa lagi, manusia jadi vain. Tak pueh ati apa yg ada.
Ropa yg dah comey dan kacak pun dimodified...isyyyykk!

Dikatakan dia ada buat plastic surgery kat bawoh mate, sebab sembab. Mungkin nak buang kedut sebenornya.
Tapi yang jadi, mata sepet cam Jet Li.
Ada gak laporan kata dia buat hair-implant!
Hei...vain betoi miker ni Gad!
Miker kan jantan, tak yahlah nak meregek ngalahkan Kak Ros! (tak pasa-pasa nama Kak Ros terkeluar!)

Sepatutnya ropa dia ni dalam usia sekarang makin hensem takpun maintain.
Bukan tua sangat dia ni.
Nak wat camner, perasan terlalu baguih dan lupa mati kot.

Apa-apa pun, muka ori dia ni memang wajah pemimpin Arab/Afrika yang terhensom pernah muncul, pada pendapat teman.
Lawor gambor nih...

Tapi antara imej yg femes Yob Gaddafi ialah sewaktu dia solat di tengah padang fasir. Gambor ni merata tersiar seluruh dunia masa tu.
Masa ni muka dia belum kena toreh lagi der.
Teman ucapkan selamat maju jaya dan bertobatlah Gaddafi. Hidup di dunia ni sementara jer...
Gambor-gambor dicilok dari Time dan The Guardian, TQ.
Mr T Nyongket Ke Maleyzia Part IIIMr T di bendang
On the way ke kebun kelapa sawit tu, kami tempuh kawasan bendang yang tak bape diusahakan oleh orang kampong. Gamoknya deme syok dapat hasil dari kebun kelapa sawit deme.
Ayor dalam ban tu pun kering-kontang. Adik teman Atan dan anak sedara sepupu jadi juru-iring Mr T ke bendang kat Kg Selboh, Parit, ni.
Mr T dan suku-sakat kami - Faris, Wani dan Kak Cik. Atan gumbira perati.Kat rumoh mak, Mr T bergurau senda dengan anak-anak Atan. Deme syok kena dukung-dukung tu.
Bila dinner bukan senang nak bagi makan Yob ni - segala seafood yang bercengkerang dan berkulit keras-kematu dia tak makan kecuali ikan. Ikut mazhab dia, hukum makruh!
Patutlah pertama kali dia nengok teman baham udang, semacam jer dia usyar!
Jenuhlah adik ipor exclude udang, kerang, sotong, ketam dalam menu.
Ikan pun yang ada ropa ikan; yang seropa kapalterbang, kucing, gergaji dia tak makan!

Selain dari tu dia berkenalan gak dengan sedara-mara yang terserempak bila datang ke romah.

Bersembang dengan Haji Mansur dan mak teman. Haji Mansur buleh speaking baguih punya sebab dulu sekolah omputih. Kome mana ada sekolah omputih.

Masa ni sekitar 2004 atau 2005 gitu. Dulu cat putih, sekarang romah mak cat kuning, ala-ala Bersih 2.0 pulak!
To be continued lagi...

Bab makan pulak.
Menu ala-ala Jepun yang sahabat Jepun teman, Keiko, masak masa dia bercuti di Shah Alam 4-5 tahun dulu. Ada shitake, beans, ayam dan papadom. Rasa dia agak tawor dan tak berasa sangat, nama pun menu Jepun.
Meh kome...