Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label rumah Turki. Show all posts
Showing posts with label rumah Turki. Show all posts

Monday, June 11, 2012

CUCU-CUCU TURKEY KU!

Bunga hazelnut di hujung musim sejuk Februari 2012


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Alhamdulillah dpt trace Mr T...di Istanbul.
Idok dia nak kabor bini dia di Malaya yg dia dah balik Istanbul.
Bila teman call nombor Iraq, mesin yg jawab. Kali ke tiga teman call nombor Turki, baru ada sora.
Mamai-mamai tengah tido. Dia kata sibuk berlari sana-sinun tak sempat nak call. Dia kata "You are rite!" bila teman cakap teman riso bila takde berita lebih seminggu!
Dalam 10 ari, InsyaAllah dia ke Iraq semola nak mula bina penjana letrik utk bandar Basra.
Tima kasih utk doa-doa yg kenkawan doakan utk dia.


Si Alphan yg reserved...

Trip teman ke Turki tahun ni (Januari-April 2012) jatuh dlm musim dingin dan bunga. So banyak berkisah aktiviti musim dingin ler.

Di Malaya, anak-anak kita buleh nyongket sana-sini dan melalak tak kira musim. Di Turki, di musim dingin kekanak banyak menyepahkan rumoh. Kalau jenih baik cam Alphan ni OKlah.
Dia rajin bertenet! Dia anak sulung stepson teman yg tengah, menetap di Gebze (2 jam dr kampong Mr T).


Zeynep dan Sule bancuh kopi, real punya, dalam cawan China Kak Emine!

Ni sepupu ni, si Zeynep yg rendah dan si Sule yg tinggi , umur sama, 8 tahun.
Zeynep dok bandar Akcakoca (15 minit jarak dr Kg Deredebi) dan Sule dok di Eregli (30 minit jarak), jadi deme kerap balik kampong rumoh Opah deme, Kak Emine.


Si Ucup kokak botoi ayor teman!

Lazimnya bila dah rama, bebudak ni main kat salon, ruang tetamu utk tetamu lelaki yg tak rapat.
Salon rumoh kampong ni agak besor.
Ucup pun join dgn kakak dan sepupu main di salon.



Ucup: Gerrrggllll,... gegrrrrrrlllll, gegerrlllllll....!
(sambe ayor lior menjelejeh!)



Ngape bebudok suka menyelongkor lemari?
Kalau Kak Emine nampak mesti dia hingor!
Si Zeynep tengah cari apa tak taw.
Tu semua buku-buku agama, ensaikloapadia agama dan kitab Mr T.
Teman bila takde koje, teman nyelongkor buku dan kitab ni, walaupun teman tak faham sepatah haram!



Adik Zeynep si Bahrican (7 tahun) tukang buat pondok-pondok dgn kusyen.
Nak sangat kawin-kawin!
Bahrican masa umur 4 tahun penah labun nanti dah besor dia nak kawin lima.
Tulah deme ni suka dengor orang-orang tua sembang.
Dede (Atok) kawin dua, dia nak kawin 5!



Sonok main pondok-pondok tapi yg mengemehnya kang...Halime Baba Anne jugak!



Sambe menyepah, mengasuh budak!
Zeynep dan sepupu dia Yusof!



Penat jadi baby dalam drama pondok-pondok, Ucop take fai.
Bahrican tumpang bergambor!


Breakfast at Mother-in-law's.

Roti bakor teman dah siap tuh. Mak mertua siap kopek telur utk teman! Sayang dgn menantu Malaya dia tuh!