Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label ramadhan di Turki. Show all posts
Showing posts with label ramadhan di Turki. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Erdogan Akan Lawat Somalia...Teman Kaya, Teman Kaya Kome!

Recep Tayip Erdogan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menurut laporan media Turki, Encik Erdogan dan Menteri Luar Turki akan membuat lawatan ke Somalia bersama kuarga deme untuk highlight masalah kebuluran yang kronik di negara Afrika tu.
Beliau akan menjadi satu-satunya pemimpin dunia yang sudi ziarah negara malang ni sejak sekian lamanya.



Sementara itu Turki mengantor lagi 2-3 kapalterobang kargo mengandungi ubatan dan bantuan makanan ke Mugadishu. Rakyat deme pun banyak dah hulur bantuan melalui sedeqah dan program Telethon yang berjaya mengumpul Turkish Lira 25 juta (RM50 juta). Malaysia bila lagi weh!

Teman pulak akan menderma US$10 million.
Ngape, tak percaya? Sikit jer tu.
Baru-baru ni salah sorang anak Muammar Gaddafi antor e-mail kat teman, dia nak share juta-juta pound dengan teman. Teman dengan besor ati akan setuju menjadi rakan kongsi dia.
Jangan jeles mengkome!

Nah ni e-mail yang teman dapat tuh!:



Good day,

My name is Khamis Muammar Gaddafi, one of the youngest son of the troubled
Muammar Gaddafi, I am a policeman by profession and a leader of a Special
Forces brigade of the military of Libya. I am at the moment very depressed
as I write to you. I got your mail from search engine and I really think
you can be of help to me.

At the moment I am studying for a master’s degree in IE Business
School in Madrid, but as I write to you I am in the UK before the British
Government revoked the immunity given to my father (Muammar al-Gaddafi)
and his families
(http://www.news-worthy.info/u-k-revoked-diplomatic-immunity-for-gaddafi-his-families/8932/
so at the moment I do not possess the right to move about, as I will be
arrested and prosecuted in an international court of justice. In my
possession right about now is my internet connection and my private cell
phone, it is only with this two I am able to make contact with the out
side world.

Also as another measure that has been taken by the international
community, our asset i.e. the assets of Muammar al-Gaddafi and family
world wide have been frozen to compel my father to step down as the Libyan
leader.

http://www.allvoices.com/contributed-news/8317593-us-freezes-assets-of-alqadhafi-and-four-of-his-sons

http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/02/2011228105035282376.htmlhttp://www.swissinfo.ch/eng/specials/the_arab_spring/Switzerland_freezes_Gaddafi_assets.html?cid=29581082

The above mentioned reasons are what have compelled me to write you this
mail, as I seek to partner with a trustworthy person who can assist me in
transferring some of my monetary assets worth about (GBP) 145m (ONE
HUNDRED AND FORTY-FIVE MILLION GREAT BRITISH POUNDS). This money has been
lodged in a bank account in the U k and as things are shaping now this
money is likely to be discovered soon, so I seek your assistance in
helping me transfer this money into your account so that it is not
discovered. I am ready to offer as much as 50percent of this money to you
if you render to assist in transferring this money and the money is
transferred successfully.

If you are interested in assisting me write me a reply on my private
email: khamismuammargaddafi@kelebek.gen.tr


Pas ni sesapa yang nak minta sikit duit kat ataih tu, buleh e-mail teman. Setakat RM2-RM3 ribu no hal punya!
Jangan malu-malu! Hikksss!




Haa...tengok pada jadualwaktu waktu solat, berbuka dan imsak kat Turki sekarang ni.
Tu dia aih..., Mr T kat Istanbul terpaksa tunggu kul 8:17 pm baru buleh berbuka!
Sabor jer ler khoja canim!



Moh tengok orang berifftar kat Ankara pulak. Datuk Bandar Ankara Aladdin Yuksel beratur untuk dapatkan juadah ifftar.
Mau ke VVIP kita makan dalam plate gitu?



Muslimin di Asia Selatan sedang sabor menunggu kentung berbuka. Dedulu masa teman kecik biasa makan dalam dulang. Berebut!
Orang Jawa mesti biasa makan cam gini. Berkat kata deme!



Ni di Laut Meroh, Jeddah. Kebanyakannya kaum pekerja dari negara-negara Asia seperti India, Pakistan dan Bangladesh.



Yob ni kusyuk mengaji sebelum berbuka. Dia dapat 2 batang roti dan 2 peket makanan dan sekotak apa mende lagi tuh!
Yob ni walaupun sibuk berlawan dengan Gaddafi, sempat berposa tu, Alhamdulillah!



Lagi satu penganan seropa maruku tapi made-in-Iran pulak.
Mesti sedap dan rangup sebab halus acuan dia...krupp, krupp!


Ertugrul di pintu gate sekolah dia.

Mengelewor jap.
Meh ikut teman melawat sekolah Ertugrul masa dia memola baru masuk sekolah tahun 2007.
Kuarga Tahsin dok di bandar Eregli, Laut Hitam. Pas musim petik hazelnut, deme balik ke Eregli di musim luruh sebab sekolah mula untuk sesi baru. Pada ari kedua, teman kata nak ikut Ertugrul ke sekolah dia, lebih korang 1 km dari romah.
Kami jalan kaki jer.


Ertugrul dan cikgu kelas dia

Sampai di sekolah loceng dah bunyi dan bebudak dah beratur. Selamba jer Ertugrul join kelas dia.
Masa ni sorang budak tengah baca ikrar. Cikgu Ertugrul tanya dia sapa pompuan comey ni.
Ertugrul kata, "Nenek saya dari Maleyzia...tapi dia tak buleh cakap Turkce!"
"Mana Atuk awak dapat?" cikgu montel tanya.
"Ntah...satu ari Dede saya pegi cuti, pastu balik, dia kata dia kahwin dengan Baba Anne ni!" jelas Ertugrul.
"Dasat Dede awak!" kata cikgu bulat.
"Dede saya memang teruk cikgu!" gosip Ertugrul.
Ehhh...ni dialog fiksyen jer!


Sule dan jiran sebelah rumoh, di Eregli, Laut Hitam.

Sambung kisah sekolah Ertugrul esok.
Ni kahvalti (sarapan) kat rumoh Tahsin. Masa ni adik Ertugrul, Sule, belum sekolah. Yang lagi sorang jiran deme. Isteri Tahsin Zuleyha sangat panda memasak. Untuk meraikan teman, mak mertua tiri dia, dia masak lempen kentang colek dengan madu asli; ada jem buah tin; ada jeruk buah zaitun; ada tomato dan timun dan 2 jenih keju.
Meh rasa sorang sikit kome!

Wednesday, August 10, 2011

"Babi Kau, Netanyahu!",... Ifftar di Turki... Ziarah Turki Part 4

"Go, Egypt is Here!"
Sepandok yang ditulih dalam bahasa Arab.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Alhamdulillah cuaca mendung di Shah Alam ari ni.
Err...tapi nak makan apa berbuka nanti? Masaalah!
Tak tau ler media kat Malaysia ni camner dia punya coverage pasal demo Bersih yang aman damai kat negara Yahudi, tapi walaupun dekat separuh sejuta rakyat deme dah gi melalak di jalanan, belum teman dengor atau terbaca ada rusuhan kat sana.



Keta polis melintas dengan sopan-santun di celah-celah para pendemo Yahudi!


Beratus ribu rakyat Yahudi telah berkhemah dan berarak di beberapa bandar besor kat sana membantah kenaikan sara hidup terutama perumahan.
Sounds familiar- BN? Barang naik?
Sebahagian besor dari deme terdiri dari golongan pertengahan dan orang muda yang membantah gomen tak menyediakan prasana yg mampu-milik.
'Revolusi' ni deme dapat ilham dari kebangkitan rakyat Mesir, tu yang ada sepanduk tertulis dalam bahasa Arab.


'Bibi' naik babi!

Deme bawok patung Benjamin 'Bibi' Netanyahu naik babi. Mungkin menyamakan babi tu dengan kapitalisme.
Cam Bersih 2.0, orang-orang muda ni menuntut beberapa perkara yang kebanyakannya mendesak pada penstrukturan semula masyarakat dan mewujudkan negara kebajikan, err...Welfare State!
Dengornya kabinet regim Yahudi dan 'Bibi' memberi perhatian pada tuntutan ni dengan serius!
Siyeeeessss, PM Yahudi sayangkan umat dia!
Polis deme pun tak de main belasah, tear-gas atau water canon!
Sian kita kat Malaysia...huk, huk!


Jangan lupa yang tiada!



Majlis agama Islam Turki, Bulan Sabit Merah Turki dan sebuah lagi pertubuhan sukarela Turki telah mengantor satu kargo bantuan kemanusiaan ke Somalia. Pihak majlis agama menyeru rakyat Turki untuk menderma dengan lebih sempena bulan Ramadhan.
Ada kumpulan membatalkan khemah ifftar, sebaliknya menyalurkan dana ifftar ke Somalia.
Mana Mercy Malaysia nih?!



Sementara tu, Ifftar Tent yang menjadi budaya di Turki terus dikunjungi oleh pelbagai golongan. Antaranya Duta AS di Turki, yang berambut kunin tu, di sebelah beliau Datuk Bandar Istanbul. Beliau suka hadiri ifftar ni sebab penah dulu berkoje di Ankara beberapa tahun dan salah sorang anak dia pun dilahirkan di Turki.



Satu jamuan ifftar di salah sebuah balai bomba yang dihadiri oleh sorang menteri di Istanbul.
Tengah deme nak berbuka tu, kedengaran bunyi fire alarm. Bergegas ahli-ahli bomba tu meninggalkan menteri berkenaan dok ifftar sorang-sorang.
Dugaan di bulan posa...



Ifftar anjuran majlis tempatan di tempat terbuka berlatarbelakangkan Masjid Biru. Kalau Ramadhan jatuh di luor musim dingin, memang nyaman berbuka cam ni!



Ni salah satu ifftar yang terbesor di Istanbul, panjangnya lebih 1.5 kilometer, di salah satu daerah di Istanbul.
Di atas pentas tu lazimnya akan ada persembahan - mungkin nasyid, mengaji Quran atau yang seumpama. Ada pelancong asing memilih melancong ke Turki di bulan Ramadhan semata-mata nak merasa pengalaman menyambut Ramadhan di Turki!



Budok kampong Deredebi kacau daun

Sambung lawatan teman ke Kampong Deredebi Part 4. Tapi ni tahun berikutnya di musim panah. Kebetulan pada masa lawatan teman tu ada Festival Findik (hazelnut) diraikan di situ. Salah satu kampong yang dipilih ialah kampong Mr T.
Beberapa negara yang bersempadan dengan Laut Hitam (daerah atau negeri Mr T terletak di Laut Hitam), amik bahagian dalam pesta ni. Negara terlibat termasuk Ukraine, Georgia, Romania, Bulgaria dan Turki sendiri mengantor kumpulan penari kebudayaan deme.



Yang ni kumpulan kebudayaan dari Georgia atau Ukraine.

Kat Kg Deredebi ni deme tak paka ler costume, santai jer paka hotpants atau miniskirt. Tapi kat bandar Akcakoca atau kat dewan persembahan nanti deme serabut ler dengan pakaian tradisional deme.
Muzik Laut Hitam dan tarian deme seakan sama walaupun negara berbeza.



Ertugrul, cucu sulung Mr T, yang tak amik pot pasa tarian-tarian separuh bogel ni.
Dia berlari pusing-pusing tengah padang tak jauh dari kumpulan penari tu. Masa ni dia berumur 4 tahun.



Dalam lawatan kali ni, teman sempat berkenalan dengan lebih rama sedara-mara dan jiran Mr T. Deme berpeluk berdakap dengan teman masa terjumpa kat pesta di kawasan lapang depan masjid kampong. Dalam gambor ni ada Makcik Saniah, Nevin, adik ipor yang bawok teman nengok pesta dan sorang lagi jiran.
Apa beza pompuan Turki dengan pompuan Malaya kat gambor ni?
Cer teka, cer teka?




Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di Turki Weh, Part 2 - Obama Bukak Posa!

Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru dihias indah...


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Dah masuk hari kedua Ramadhan yang berkat. OK ke posa kome semua? Semoga posa kita tadi diterimaNya. Alhamdulillah cuaca kat Shah Alam siang tadi masih redup berangin.

Nak sambung kisah posa di Turki. Sebelum tu kita gi Washington DC jap...


Presiden Obama berlabun di Rumoh Putih

Dah jadi satu tradisi sejak beberapa tahun ni, Presiden AS mengadakan jamuan Ifftar untuk cendiakawan Muslim dan para Duta dan diplomat dari negara-negara Islam.
Malaysia tidak diwakili oleh JJ, tapi sorang staf dia bernama Noraini.
JJ mungkin sibuk buat jamuan ifftar dia sendiri.
Bila nak balik Rompin JJ? Kawan baik teman kat Bandar Muadzam selalu merungut pasa dia nih.
Ehhh...posa tak boleh menceceh hal orang...

Seperti biasa Presiden Amerika ni akan pong-pang, pong-pang tentang politik dunia, keamanan sejagat, bla, bla, bla...
Errr bila miker nak tarik kuor tentera miker dari Afghanistan, Iraq dan kawasan yang sewaktu denganya, Obama?
Hingor jer lebih!



Yob ni menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia dengan memotong rambut ala-punk.
Tapi dia mintak tukang gunting tu buat gambor masjid dan frasa "Oruc Tut". Terjemahannyer lebih korang "Berpuasa itu menyihatkan."
Yob Punk yang Islamik!



Kumpulan pancaragam Janissary memainkan pancaragam.
Asal-ususl Janissary ni ialah askar zaman Uthmaniah. Masa deme kekecik dulu deme dihangkut dan dikutip dari pelusuk empayar Uthmaniah dan dibawa ke Istanbul.
Diislamkan dan disekolahkan dan diajor kemahiran ketenteraan dan berperang untuk Sultan; taat setia deme pada Sultan.
Pancaragam ni lazimnya dipersembahakan masa ulangtahun penawanan Istanbul dari kuasa Byzantium dan ketika bulan Ramadhan. Nak tengok dalam Youtube pun ada.



Tarian sufi atau dervish turut dipersembahkan di tempat-tempat tertentu di Istanbul. Teman sendiri tak penah tengok tarian ni.
Kalau tengok mungkin penin sebab deme musing-musing!



Ada gak orang jual juadah kat taman yang tak bape jauh dari Masjid biru. Ni seropa dengan roti ala-murtabak yang teman penah tengok kat pasar hari Ahad kat rumoh kami di Basaksehir.
Walaupun agak berat berposa di musim panah, tapi bila malam memang meriah sebab deme suka keluor menonton teater puppet, funfair, gi masjid/surau untuk terawih dll.
Kalau Ramadhan jatuh musim luruh atau musim dingin mungkin payah gak nak keluor rumoh.



Lazimnya bekalan darah kat hospital berkurangan masa bulan posa ni. Jadi di Turki deme amik darah lepas waktu berbuka. Yob-yob hensom ni dengan penuh rela dan tawaduk menderma darah agar tak keputusan bekalan.
Ibadah gak tu kan?

Semua gambor kat atas teman cilok dari Hurriyet.com dan Telegraf


Tapas De'Muadzam

Tadi teman bagi semangkok kecik kerabu taugeh dengan kerang pada jiran sebelah. Dia kata tak lalu makan nasik dah 3 ari.
Wow...tapi pastu dia sms dia makan abis kerabu teman.
Sian dia, penat koje tolong orang berjual kat bazaar Ramadhan tapi takde selera.
Lain kali teman tolong masakkan dia mende-mende macam tapas yang teman penah buat kat Bandar Muadzam dulu. Teman pun makan nasik sekali jer.
Jom makan tapas kome...

P.S Esok teman nak balik kampong di Parit kejap.
Mak nak buat moreh kat surau dan ajak makan deghoyan!
Deghoyan Parit the best in the world!
Ujung minggu baru bersiaran semula...tat-taaa!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan di Turki, Weh...Part 1.

Solat terawih di salah sebuah masjid di Ankara


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubaraq kepada Semua!

Mana rope posa di tempat mengkome ari pertama ni?
Alhamdulillah, Allah memberi rahmatNya pada kami di Shah Alam. Cuaca redup sejak dari pagi sampai petang dan angin agak kuat menderu. Nyaman...tak payah teman pasang air-con!

Semalam anak-anak tiri teman si Tahsin dan Alper Talip membalas sms teman. Kata Tahsin anak yang sulung: Alaykumsalam Mom. Ramadan mubarek to U.

Si Alper Talip anak yang bongsu pulak: Aleykumselam, everybody say selam you. Hayirli Ramazanlar. See you soon Mother. We wait you early time.

Baru jap tadi Asim, anak tengah sms: Thanks to Allah. May Allah bless all of us Muslims. See you. Best wishes. Asim.

Begitu ler bahasa Inggeris deme. Asalkan faham dan mesej sampa, jadi ler...

Ni nak citer sesikit camner deme kat Turki sambut Ramadhan.



Ada ketika PM Erdogan buat ziarah mengejut dan ifftar dengan tuan rumoh yang dia ziarah.
Yang ni dia ajak tuan rumoh berhenti merokok. Dah tak merokok siang hari, elok berhenti malamnya, kutuk si Recep Tayyip Erdogan.
Siap dia minta nama dan nombor telefon Yob ni.
Kan elok dapat Perdana Menteri yang prihatin hal-ehwal rakyat cam Yob Recep Tayyib nih...kan mengkome!!!



Hiasan lampu tu kata "Selamat datang Ya Ramadhan". Lazimnya masjid dan surau yang besor-besor di Istanbul dan Ankara dihias begini.
Ni sebuah masjid di Ankara.



Macam kita gak kat Malaysia, memenuhi masa terluang mengaji Quran. Kome ingat majoriti orang Turki ni sekular ke?
Deme sama jer macam kita weh.
Yang sekular tu minoriti! Ciput!



Pihak-pihak Majlis Tempatan dan gomen dan orang berada mendirikan khemah Ifftar untuk menjamu golongan kurang berada, yang tak sempat balik berbuka dan juga pada pelawat tak kira Islam atau pelancong untuk sesama menikmati juadah berbuka. Khemah atau ruang berbuka ni didirikan di kawasan lapang.



Dua beranak sedang atau dah abih berbuka di salah sebuah Ifftar Tent di Istanbul.



Antara menu dari Ifftar Tent - sup kacang dhal, nasi spesel, stew kentang dan daging, dan pemanisnya baklava yang manis yaa amat. Minuman ayran atau susu yoghurt.



Kita sedap-sedap berbuka atau bersahur kat rumoh dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Namun ada yang berbuka beberapa meter dalam perut bumi.
Ni sekumpulan pelombong arang batu di Zonguldak, Laut Hitam, sedang bersahur.
Bekalan dari rumoh deme ialah roti (wajib!), tomato, cili ijo, keju feta dan cay panas.
Macam berkelah!
Tengok tu mana ada lauk. Kan teman selalu kabor orang Turki ni korang makan lauk tapi kuat makan sayur/buah-buahan dan bahan tenusu.
Tu badan deme besor-besor dan tulang kuat urat besi!




Masa teman posa sunat kat Istanbul awal tahun ni, nilah menu berbuka teman.
Karipap Made-in-Istanbul, 2 biji yumurta dan zuchini.
Kome berbuka apa ari ni weh?
Teman makan bubur nasik jer...Alhamdulillah!