Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label meehoon sup. Show all posts
Showing posts with label meehoon sup. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

MOH LEPAK DI DAPUR KAMPONG TURKI!

Dapur rumoh kampong Mr T


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Meh lepak-lepak kat mutfak atau dapur rumah kampong Mr T di Kg Deredebi. Sorang pembaca penah tanya mana ropa soba ni.
Ni typical mutfak kampong di Turki.
Yang paling penting natang werne coklat ada serombong tu.
Deme pangge soba.



Soba
ni ada dalam semua romah di kampong dan jugak di sesetengah rumoh apartment yg buleh pasang serombong. Benda ni bukan je dapur memasak tapi juga heater.



Salah satu pintu ni, taraaa ...ruang oven di sebelah kanan.
Ruang kayu api di belah kiri, jadi ruang ni dapat haba, bukan panas direct dari kayu yg dibakor.


Bila nak masak boh dan sumbat kayu di ruang sebelah kiri soba. Kalau nak masak menu yg memakan masa lama, boh kayu bebesor sikit.
Kayu-kayu yang ni kira haluih jaa...


Ni ropa bahagian bawoh tempat kayu dibakor yg ada debu.



Masukkan dalam bekas ni.
Nampak pun cam dah antik. Yang penyodok tu untuk kaut debulah. Penyepit tu untuk sepit apa-apa yang panas e.g bara.



Susu si Kara Kiz dan Sari kiz diperangat atas soba. Teko besor belah kiri tu utk jerang ayor utk pelbagai guna.
Teko belah kanan tu teko teh atau cay.
Ehhh mana kiri, mana kanan?
Teman dah blur...


Di kampong deme makan duduk atas karpet.
Meja rendah ala-ala Jepun. Tapi ni lumrah.
Yang baju biru anak sedara Mr T, si Ilker, sebelah dia cucu tiri teman Ertugrul dan adik dia si Sule.
Sofra atau kain alas dibentang dulu, baru boh meja. Lebihan sofra tu kome boh ataih riba, elakkan sisa makanan jatuh ataih karpet!


Si Yusuf sedang lenaaaaa...

Selain tempat masak, makan, nonton Tv, bersembang; kat mutfak buleh jadi tempat tido.
Teman dan Kak Emine selalu tido sini masa musim dingin sebab dah siap panah dlm bilik ni.


Ahhhh Yusuf dan sedor.
Helime Baba Anne nak bermesra dgn Ucup!



Home-made beyaz peynir
(white cheese) yang dibuat oleh Kak Emine.


Rezki tak tau mai dari mana.
2 ari lepas sorang rakan FB dan juga blogger kirim sepasang telekung...


...2 jenih serunding, dan 2 jenih kepuk Kelate.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Puan Salina.
Dia nak hadiah, nak eratkan silahturrahim.
Semoga Allah murohkan rezki dia.
Terima kasih, tessekkur erderim!
Terharu sesangat.
Sedap kepuk werne-warni tu Salina Hanim!


Untuk iftar ari ni, meehoon sup tulang rusuk.
Nah hirup sorang sikit...sesudu jer taw!