
Sorang Yob mengaji sementara nunggu solat Jumaat di Benghazi, Libya.
Assalamualaikum dan Selamat menyambut Nuzul Al-Quran!
Mana yang bercuti buleh melancor Al-Quran; mana yang koje, buat koje tu elok-elok.
Teman memang sentiasa cuti.

Penyanyi Seda Sahin dan sorang artis lelaki sedang melayan sorang penderma kenit. Lagi sorang selebriti dan MP Turki melayan penderma melalui panggilan telefon.
Negara Turki dah bertindak pro-aktif. Siap kumpui dana melalui telethon dan berjaya kutip lebih korang RM50 juta untuk bantuan kemanusiaan ke Somalia. Orang Malaysia sibuk, "Buka nanti nak makan apa?"
Gi PARAM (pasor Ramadhan) bawok balik juadah kiri-kanan. Kekadang tak abih tu.

Beberapa kumpulan sukarelawan Turki dah siap berkhemah kat khemah pelarian di Mugadishu. Sorang sukarelawan Turki sedang memberi ration. Antara NGO yang terlibat ialah 'Kimse Yok Mu' dan IHH yang memiliki kapal Mavi Marmara tu.

Kekanak Somalia belajor mengaji untuk diperdengorkan pada pelawat Turki. Deme tulis ayat ataih kayu ke atau papan? Deme nampok berisi dan ceria.
Ada pelarian yang baru sampai dari kawasan kebuluran kabor deme berjalan berkilometer cari makanan dan ayor tapi deme tetap berpuasa!

Kome agok bape lama dah dia nih 'berposa'?
Kita berlapor dan dahaga lebih korang 13-14 jam jer sehari. Budak ni harus dah tak jamoh makanan berbulan-bulan.
Nanti kome berbuka bawok bersabor dan ingatkan sedara kita di Somalia. Tahun ni teman idok ke PARAM. Nampok tak menyelerakan dan mahal. Masak sejenih juadah kat rumoh, cukup ler...Alhamdulillah!

Para pekerja dari Asia Selatan makan beramai dengan juadah yang sempoi. Berlatorbelakang hotel-hotel mewoh di Dubai.

Satu satkhabor online di negara Arab promo hotel mewah ni untuk majlis ifftar. Para pekerja dari negara India, Bangladesh, Pakistan dan Filipina sibuk menyiapkan dewan.

Lampu candelier ni mungkin berharga ribu-riban!

Ni ruang untuk majlis ifftar private, buleh muat 15 orang.
Siap ada flatscreen buleh tengok MU dan Harimau Malaya bertarung.

Selain menjamu selera, buleh gak menjamu mater dengan kecergasan pelayan yang gebu-geban.

Yong canai capati pun ada buat pertunjukan 'live'!

Dim sum, he' eleh...apa kelas!
Kat Malaysia sebiji me posen jer, kat hotel ni mau 5 hengget!

Kuih paw untuk sheik dan sheika Arab yang makan tak hengat!
Sebiji paw tu buleh mengenyangkan banyak perut kekanak Somalia.
Di Turki sendiri ada satu kumpulan yang buat ifftar protes berdekatan hotel-hotel mewah sebab mengadakan ifftar yang melampau dan meletak rega yang mahal. Deme membantah pembaziran ni sebab sepatutnya di bulan Ramadhan kita kena bersederhana.
Tu teman tak sior makan kat luor bulan posa ni. Makan bior patut-patut!
Gambor-gambor AP/Getty Images. Tengkiu!
Ni pun antara dua darjat.
Sofra di rumoh anak tiri sulung, Tahsin, di Eregli. Ni untuk kahvalti bila kawan Zuleyha datang.
Cantik tapi sederhana.
Ada fries, kuih gulung home-made, timun, buah zaitun dan keju.

Sofra di Kg Deredebi.
Mak mertua dan Nevin sedang menjamu mak Nevin yang juga adik mak mertua teman. Nevin tu anak sedara mak mertua jugak!
Yang teman nampak yaprak dolma (nasi gulung dalam daun anggur), sayur bonyeh, keju feta, kekacang, buah zaitun. Simple tapi sihat.
Meh kome colek sorang sikit!