
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Pe kabor semua?
Tak der citer panas...maklumlah jerubu jer!
Dengornyer gomen Turki hadiahkan seguni hazelnut kat pasangan pengantin baru kerabat diraja Britain, tu..si Will dan Kate tu. Menurut adat bangsa Turki, antara adat yg lamalah, deme hadiahkan hazelnut kepada pasangan pengantin sebagai ucap selamat. Tak tau ler bila deme ni nak makan kacang tu.
Jangan makan dalam kelambu tau Will, nanti berterabur, marah pulak Kate nanti! Tak pasa-pasa buleh gaduh dan bercerai-berai

Adakah hazelnut dari ladang keme di Kg Deredebi yang deme pilih untuk bagi pada William dan Kate tu? Kalau hazelnut dari ladang keme tu, hmmm mesti lezet deme rasa sebab telah dilanyak-lanyak oleh Bahrican (yg masa tu baru umo tak sampai setahun) dan 2 orang anak orang Kurdish ni.
Mesti ada rasa masam-masin sikit kan Will? Hikksss!

Teman sekarang kat Pahang...somewhere. Masa bercuti bulan lepas, lepak rumoh kawan yg ngajor kat sekolah ternama ni. Tetiba dia kata, nak koje jadi guru ganti? Ada cikgu bersalin. Pikior 4-5 minit teman kata OKlah. Bukan lama, 2 bulan lebih jer.
Ni pertama kali teman ngajor kat sekolah berasrama penuh. Perangai students tak banyak beza dgn students universiti yg teman selalu ajor. Lebih korang jer - ada yg manja, yg nakal, yg sengal, yg baguih, yg loyar buruk...tapi deme hormat yaa amat kat cikgu-cikgu deme.
Host dan kawan teman kabor, ni ler pertama kali dalam 6 tahun deme berjaya dapat cikgu ganti untuk subjek English! Susohnya nak dapat guru subs untuk subjek nih! Sebenornya ada satu universiti atau kolej kat Pucong pun tanya teman nak koje ke idok. Teman pilih koje Pahang ler, buleh lepak dengan kawan teman nih!
Elok ada kemahiran dalam BI ni kome, berebut orang cari! Masa koje kat UMS tahun lepas pun, deme yg pangge!
Semalam gi pasor sabtu. Antara yg menarik minat teman...ni bunga roselle. Teman nak buat sirap, nanti buleh bancuh buat minum. Roselle ni banyak zat kununnya! Ekceli, masa teman beli tu, ropa dia ada akan-akan hazelnut, sungguh...! Cuma dia tak bergugus cam hazelnut dan werne dia meroh gelap.

Teman masih masak ikut selera teman di Shah Alam. Ni breakfast teman semalam. Kawan teman yg jadi host teman gi kursus ke Kuala Terengganu, jadi teman makan sorang ler. Ni roti berlapik tomato, ayam dan keju Turki, ditabur oregano dan cili serbuk Turki...yum, yum!

Ni kisah masa teman balik ke Basaksehir, Istanbul, seminggu sebelum teman balik ke Malaysia. Masa ni Kak Emine balik sama dengan teman, kunun menemani teman pd minggu-minggu terakhir teman kat Turki.
Pada ari Ahad kami gi nyongket ke pasar Ahad. Teman nak beli barang yg nak dibawa balik Malaysia. Wax potato ni nampak besor dan cantik. Muroh sikit dr kat Tesco atau Giant, teringin nak hangkut sekilo-dua, tapi beratlah pulak nanti luggage teman yg dah rasa berat setakat ari tu. Kensel patates!

Orang tine kalau nampak beg tangan, kelabu mata! Dah ada 10 biji kat rumoh, nak jugak beli! Yang ni muroh, RM11 sebiji, tu yang deme berkerumun tu!

Baju benang bulu...adeiii cantik dan muroh. Pesen cam gambor ni tak sampai RM35 selai. Len kali teman beli banyak pesen dan kaler, buleh melaram kat rumoh. Kalau melaram luor rumoh mana nampak, sebab paka kot tebal pulok! Err...maksud teman melaram kat Turki ler. Kalau melaram kat Malaysia, nanti ada orang tanya, "Yong ni tak sihat ke?" Haruuu!

Kilim yg seakan karpet. Harga dia lebih muroh dari karpet tapi masih tetap cantik dengan design etnik. Teman ada beli 2-3 helai saiz yg agak berbeza, tapi idok daya nak bawak balik ke Malaysia sebab luggage dah berat. Simpan dulu kat apartment Istanbul.

Kalau nampak dari jauh, ingatkan jubah...ropanya cover untuk mesin basuh. Haa...kalau mengkome suka berhias dan suka tengok rumoh cantik, buleh beli cover ni. Gerenti kenkawan dan jiran kagum dan irihati dengan deco rumoh kome!

Teman rembat 2-3 pasang stokin bulu ni - untuk teman dan kawan teman yg selalu pesan, "Rembat jer, rembat jer...janji cantik!"

Boot untuk kekanak dan remaja. Masa ni musim sejuk jadi banyak kasut dan boot high-cut dijual. Rega boot camni lebih korang RM30, bukan kulit ler.

Teman suka singgah tengok pasangan suami-isteri ni melayan sejenis makanan cam murtabak ni. Nama dia boreq. Kulit dia dah siap uli. Tak berminyak jadi tak melekat. Inti dia keju putih dan sayur spinach.
Ni si isteri sedang memasak boreq yg sudah dibubuh inti.

Si suami melayan lapisan kulit boreq yg dibuat dari tepung gandum. Sangat nipih tapi tebal sikit dari kulit popiah.

Dia tukang lipat-lipat. Yang si isteri akan bubuh inti yg diminta oleh pelanggan.

Pastu digoreng dengan minyak, tapi tak sebanyak cam minyak menggoreng roti canai, sekadar sapu atas kuali tu supaya tak lekat. Dah masak, dibungkus dan buleh bawak balik.
Err...sori, kuah kari tak der yek. Len kali teman beli bawak balik rumoh makan dengan kari masak sendiri gitu!
P.S Idok ler teman tau banyak mana deme antor hazelnut ke Istana Buckingham tu...teman main tibai jer!