Moh Kite Follow Sesame...

Friday, May 14, 2010

Wilayah Karadeniz (Black Sea)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


"Hujan emas di negeri orang, hujan asid di negeri sendiri..." Ada orang buat ungkapan ni masa KL sering dilanda protes jalanan atau demo sekitar 1998 dulu. Teman peghonah gak gi berdemo ni dulu,...tapi tu citer lain. Sebenornya nak berkisah pasa kampong dan negeri orang. Kan ada cerdik pandai kata, ''Jauh berjalan luas pandangan," tapi pada suami teman nanti dia kata, "Banyak berjalan perabih duit, you jangan jalan-jalan cari makan...kalau I tau you gi holiday, I bunuh you!''
Ya...kalau you tau, kalau tak tau, tak per...heh..heh..heh! Tapi bila teman gi bercuti, nanti teman sms kat dia kata, "I nak gi bercuti seminggu ke rumah Norizan esok." Lazimnya dia akan balas, "Wow jalan-jalan cari makan again...ok send my regards to the small girl." See?


Kampong suami teman (gambar atas) terletak dalam Wilayah Karadeniz atau Laut Hitam (Black Sea) terletak di bahagian utara Turki dan disempadani juga negara-negara Bulgaria, Georgia, Romania, Rusia dan Ukraine. Wilayah ni mengandungi 18 buah daerah besar. Kerana dia mengadap Laut Hitam, secara logiknya antara aktiviti ekonomi utama di sini ialah perikanan dan pelancongan. Selain dari itu wilayah Laut Hitam juga kaya dengan pelbagai tanaman untuk eksport seperti kacang hazel, teh, buah-buahan seperti epal, anggur, pear, plum, pecan nut, chest nut dll.

Kenapa dia dipanggil Laut Hitam? Hitam ke air Laut Hitam ni? Isyyy itu teman idok pulok dapat nak citer dengan tepat dan terperinci tapi memang ayor dia biru gelap, bukan pasa pe...ayor dia dalam. Kata suami teman, kome berenang ke tengah sikit, pluuup masok ke bawah. Dia kata dalam ayor laut tu gelap. Adalah bahan galian yang menyebabkan dia gelap. Pasir pantai kat sini tak putih, ia hampir hitam mungkin sebab galian dari dasar laut tu. Untuk tau lebih lanjut pasa Black Sea ni, teman cadang mengkome kliklah kat mana-mana site 'Black Sea Turkey', macam-macam ada.
Citer pasa laut mesti kita teringat pasa berkelah. Ada satu peristiwa yang agak lucu dan sayu teman nak story pasa berkelah kat Laut Hitam ni. Satu musim bunga dalam tahun 2005 atau 2006 gitu, teman dan Mak mentua dan salah sorang menantu tiri berserta anak lelaki dia Bahrican (3 tahun) bersiap nak gi berkelah di pantai tak jauh dari apartment deme ni. Masa kat dapur deme sibuk pack makanan, ayor teh satu flask (makanan? mana?) dan sehelai tikor. Turun dari apartment kami berjalan lebih kurang 150 meter naik bukit dan seberang jalan dan turun bukit jumpa pantai. Memang takde orang kat pantai tu sebab pantai memang panjang. Bukan area landai macam dekat bandar Akcakoca (2 km) yang ada hotel. Kami bentang tikor. Mak Mentua dah mula bebaring. Start deme anak beranak berciter. Pompuan Turki suka nar berborak...pok pek, pok pek. Teman pun berbaring. Lantaklah kome nak pok pek, bukan teman faham sangat pun...
Musim bunga suhu memang masih rendah jadi suhu kul 11 pagi tu memang sejuk nyaman. Laut bergelora cam biasa. Ada sorang nelayan tempatan tengah menggerobek pukat dia lebih kurang 50 meter dari tikor kami. Sorang pompuan dan anak lelaki dia dok bersantai tak jauh dari tikor kami. Selain dari kami takder orang lain kat pantai tu. Selepas 30 minit berborak, Fatma, menantu kami buka bekalan yg dibawak dari rumah. Sebiji roti panjang, timun dan 2 biji buah tomato. Errr...mana lagi makanan, tanya hati teman, perut aku dah berbunyi ni. Fatma hiris-hiris timun dan tomato, boh dalam piring, pastu dia tabur sikit garam dan dikacau-kacau dengan pisau.
'Baba Anne , Halima Anne , yemek!' Fatma pelawa kami makan. Mak mentua yg nampak dah lapor tu terus makan...roti dicicah dengan salad. Teman masih terkebil-kebil. Bior betoi deme ni, berkelah makan roti dengan salad dan ayor teh jer? Memang betoi. Berselera jer deme bertiga beranak mengunyah roti dengan salad timun+tomato. Nak tak nak teman pun amik sekeping roti dan cicah dengan timun. Rasa tersekat makanan tu kat kerongkong. Teguk ayor sikit. Kunyah lagi... Pompuan berdua dengan Bahrican berselera jer makan sambil, memandang ke arah ombak debus, debus...!
Tu yang teman rasa lucu...betapa sempoinya orang Turkey ni berpiknik. Deme tak macam kita, kita berkelah siap bawak 4-5 menu dengan periok belanga dan kuali kalau buleh! Yang sayunya teman rase laporlah tengah hari tu. At least perempuan sebelah kami tu ada gak bawak telur rebus. Teman nampak dia kupas telur-telur yang dia bawak dari rumah. Nak jer teman minta sebiji. Bila teman citer tentang perbezaan cara orang Malaysia dan Turki berkelah pada suami, dia kata deme berkelah untuk berehat dan menikmati pemandangan semata. Hmmm gitu yek?Tetapi ada gak teman nampak keluarga Turki berkelah buat barbeque terutama waktu musim panas. Lebih kurang macam kita gak tapi mungkin tak semeriah makanan deme tu dengan makanan kita. Kita berkelah nak makan sedap, walhal kat rumah pun buleh makan!








1 comment:

  1. hihi..betoi betoi..berkelah untuk feel keindahan alam..tapi kalau ada makan2 lagik best..

    ReplyDelete