Moh Kite Follow Sesame...

Monday, May 24, 2010

SARAPAN KAMPONG DI TURKI

Assalamualaikum semua,
Lama bebenor gak teman tak nulih ni. Ater baru kebah dari demam... Aritu gate gi kuwor ghomoh gi pejabat pos. Tapi kalau tak keluar sape pulak nak buat keja ni, bukannya ada orang lain buleh disuruh2. Balik tu malamnya badan seram sejuk, esok pagi suhu pun naik. Lusanya baru jumpe doktor kata kena throat infection, kuman di udara...hmm.
Sekarang Alhamdulillah dah semakin pulih dan dah buleh pasang aircon...
Tengahari ni nak citer sikit pasa sarapan. Idok ler nak citer pasa sarapan di Malaysia, tu kite dah tau dan maklum, ni kat kampong teman lagi satu. Deme ni walaupun berumah kampong, semuanya bina rumah batu, siap dengan peralatan moden. Tapi kat dapur deme masih guna dapur kayu tradisional (dapur gas pun ada kalau nak masak yang segera) dari logam apatah, ada serombong yg dipasang ke luar. Deme guna kayu sebab dok kampong dikelilingi pokok dan banyak dahan dan kayu dipotong terutama masa musim bunga bila perdu-perdu pokok hazelnut dicantas dan dibiarkan kering. Nak masuk musim luruh baru perdu/dahan ni dipotong dengan chainsaw. Jadinyer, dapur kayu tentulah gunakan kayu kan, memang praktikal dan efesyien digunakan di kampong2 kat Turki ni. Selain dari fungsi utk memasak, dapur kayu yang rekaannya memang dah wujud berdekad ni digunakkan juga sebagai pemanas atau macam radiator. Kalau dibuboh kayu api penuh dalamnya, memang panas satu ruang dapur, berpeluh dibuatnye walau kat luar salji setebal 3 meter!
Jadinyer, bentuk dapur kayu tradisional Turki ni macam kotak dengan serombong. Di atasnya diletak periuk atau teko air utk dimasak terutama utk masak makanan yg memerlukan tenaga yang lama. Ia juga ada ruang macam oven di mana deme masak roti atau kek! Dan juga memanggang atau mengering! Untuk goreng buah berangan pun buleh! Letak jer atas dapur atau letak dalam bahagian oven tapi kena kacau2 sekali dua kala.
Tengok gambor, itulah ghopernyer antara sarapan lazim di kampong Turki dalam wilayah Laut Hitam. Kentang digoreng sama telur dengan sikit minyak. Kentang goreng dulu hingga dekat2 nak masak baru boh telur. Sementara tu teman suka roti yang dibakar, bukan guna toaster tapi letak atas dapur tu. Bila kuning balikkan. Bila disapu butter kampong (yaa deme buat butter sendiri dengan susu lembu deme sendiri), pastu sapu madu atau sirap anggur...hmm enak bebenor! Sirap anggur deme buat guna anggur kampong, boh dalam periok tanpa ayor, rebus, rebus, rebus sampai cayor buah tu dan menggelegak dan pekat. Pastu tapis pati tu. Tak boh gula, rasa manis memang manis pior (pure!) gula anggur tu. Deme simpan sirap ni dalam botol2 dan disimpan untuk dimakan sepanjang tahun hingga datang lagi musim panas, anggur dipetik untuk dimakan dah selebihnya buat sirap. Selain sirap anggur atau jam buah tin atau jam erik (plum), deme makan buah jeruk zaitun, keju kampong dan keju komersial ketika sarapan.
Jika dibandingkan sarapan kita dengan sarapan deme, sarapan kita lebih interesting dan menyelerakan tapi tak buleh nak tipu, sarapan deme lebih berkhasiat...

Sunday, May 16, 2010

Imej 13

Imej #13
'Booked' for Pn Saniah Mohd Piah
Hitam dark red triangle, smart gitu...saiz kaki 6-7
Harga RM25 termasuk pos.

Saturday, May 15, 2010

Imej 8

Imej #8
'Sold' to Ustazah Mahani.

Hitam dengan kotak kuning, lovely! Saiz kaki 6-7
harga RM25 termasuk pos.

Imej 7

Imej # 7

'Sold' to Cikgu Fazilah of Parker, Terengganu.

Hitam etnik bunga putih dan merah saiz kaki 6-7
Harga RM25 termasuk pos.

Imej 3

Imej #3

'Booked'

Hitam abstrak kuning, saiz kaki 5-6

Harga RM25 termasuk pos.

Imej 2

Imej # 2

Maaf sudah ''booked''.

Stokin Bulu Turkey



Salaam semua,


Mari kita menjamu mata. Teman nak berniaga pulak dah. Gambar menunjukkan sampel stokin kait dari benang bulu. Orang kampong di daerah Duzce, Laut Hitam, Turki, kait tu. Jangan memain. Yang mengait tu orang tua dah lebih 75 tahun sekampong dengan kami. Kecik molek orengnya, rajin dan tekun dia lagi. Tiap pattern berbeza, tak sama, unik. Teman bawak banyak gak dulu, ni tingga 10 pasang. Ok sapa cop dulu dia dapat. Harga RM25 sepasang termasuk belanja pos. Kalau datang ghomah amik sendiri Rm22 sepasang jer! Sila-sila...

Friday, May 14, 2010

Wilayah Karadeniz (Black Sea)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


"Hujan emas di negeri orang, hujan asid di negeri sendiri..." Ada orang buat ungkapan ni masa KL sering dilanda protes jalanan atau demo sekitar 1998 dulu. Teman peghonah gak gi berdemo ni dulu,...tapi tu citer lain. Sebenornya nak berkisah pasa kampong dan negeri orang. Kan ada cerdik pandai kata, ''Jauh berjalan luas pandangan," tapi pada suami teman nanti dia kata, "Banyak berjalan perabih duit, you jangan jalan-jalan cari makan...kalau I tau you gi holiday, I bunuh you!''
Ya...kalau you tau, kalau tak tau, tak per...heh..heh..heh! Tapi bila teman gi bercuti, nanti teman sms kat dia kata, "I nak gi bercuti seminggu ke rumah Norizan esok." Lazimnya dia akan balas, "Wow jalan-jalan cari makan again...ok send my regards to the small girl." See?


Kampong suami teman (gambar atas) terletak dalam Wilayah Karadeniz atau Laut Hitam (Black Sea) terletak di bahagian utara Turki dan disempadani juga negara-negara Bulgaria, Georgia, Romania, Rusia dan Ukraine. Wilayah ni mengandungi 18 buah daerah besar. Kerana dia mengadap Laut Hitam, secara logiknya antara aktiviti ekonomi utama di sini ialah perikanan dan pelancongan. Selain dari itu wilayah Laut Hitam juga kaya dengan pelbagai tanaman untuk eksport seperti kacang hazel, teh, buah-buahan seperti epal, anggur, pear, plum, pecan nut, chest nut dll.

Kenapa dia dipanggil Laut Hitam? Hitam ke air Laut Hitam ni? Isyyy itu teman idok pulok dapat nak citer dengan tepat dan terperinci tapi memang ayor dia biru gelap, bukan pasa pe...ayor dia dalam. Kata suami teman, kome berenang ke tengah sikit, pluuup masok ke bawah. Dia kata dalam ayor laut tu gelap. Adalah bahan galian yang menyebabkan dia gelap. Pasir pantai kat sini tak putih, ia hampir hitam mungkin sebab galian dari dasar laut tu. Untuk tau lebih lanjut pasa Black Sea ni, teman cadang mengkome kliklah kat mana-mana site 'Black Sea Turkey', macam-macam ada.
Citer pasa laut mesti kita teringat pasa berkelah. Ada satu peristiwa yang agak lucu dan sayu teman nak story pasa berkelah kat Laut Hitam ni. Satu musim bunga dalam tahun 2005 atau 2006 gitu, teman dan Mak mentua dan salah sorang menantu tiri berserta anak lelaki dia Bahrican (3 tahun) bersiap nak gi berkelah di pantai tak jauh dari apartment deme ni. Masa kat dapur deme sibuk pack makanan, ayor teh satu flask (makanan? mana?) dan sehelai tikor. Turun dari apartment kami berjalan lebih kurang 150 meter naik bukit dan seberang jalan dan turun bukit jumpa pantai. Memang takde orang kat pantai tu sebab pantai memang panjang. Bukan area landai macam dekat bandar Akcakoca (2 km) yang ada hotel. Kami bentang tikor. Mak Mentua dah mula bebaring. Start deme anak beranak berciter. Pompuan Turki suka nar berborak...pok pek, pok pek. Teman pun berbaring. Lantaklah kome nak pok pek, bukan teman faham sangat pun...
Musim bunga suhu memang masih rendah jadi suhu kul 11 pagi tu memang sejuk nyaman. Laut bergelora cam biasa. Ada sorang nelayan tempatan tengah menggerobek pukat dia lebih kurang 50 meter dari tikor kami. Sorang pompuan dan anak lelaki dia dok bersantai tak jauh dari tikor kami. Selain dari kami takder orang lain kat pantai tu. Selepas 30 minit berborak, Fatma, menantu kami buka bekalan yg dibawak dari rumah. Sebiji roti panjang, timun dan 2 biji buah tomato. Errr...mana lagi makanan, tanya hati teman, perut aku dah berbunyi ni. Fatma hiris-hiris timun dan tomato, boh dalam piring, pastu dia tabur sikit garam dan dikacau-kacau dengan pisau.
'Baba Anne , Halima Anne , yemek!' Fatma pelawa kami makan. Mak mentua yg nampak dah lapor tu terus makan...roti dicicah dengan salad. Teman masih terkebil-kebil. Bior betoi deme ni, berkelah makan roti dengan salad dan ayor teh jer? Memang betoi. Berselera jer deme bertiga beranak mengunyah roti dengan salad timun+tomato. Nak tak nak teman pun amik sekeping roti dan cicah dengan timun. Rasa tersekat makanan tu kat kerongkong. Teguk ayor sikit. Kunyah lagi... Pompuan berdua dengan Bahrican berselera jer makan sambil, memandang ke arah ombak debus, debus...!
Tu yang teman rasa lucu...betapa sempoinya orang Turkey ni berpiknik. Deme tak macam kita, kita berkelah siap bawak 4-5 menu dengan periok belanga dan kuali kalau buleh! Yang sayunya teman rase laporlah tengah hari tu. At least perempuan sebelah kami tu ada gak bawak telur rebus. Teman nampak dia kupas telur-telur yang dia bawak dari rumah. Nak jer teman minta sebiji. Bila teman citer tentang perbezaan cara orang Malaysia dan Turki berkelah pada suami, dia kata deme berkelah untuk berehat dan menikmati pemandangan semata. Hmmm gitu yek?Tetapi ada gak teman nampak keluarga Turki berkelah buat barbeque terutama waktu musim panas. Lebih kurang macam kita gak tapi mungkin tak semeriah makanan deme tu dengan makanan kita. Kita berkelah nak makan sedap, walhal kat rumah pun buleh makan!








Pemanis Labu dan Hazelnut

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Jumaat Al-Mubaraq!
Kata orang ''Jauh berjalan luas pandangan.'' Teman pun setuju dengan kata-kata orang tua-tua ni, bijak deme mengungkap dan memilih kata-kata ni. Teman rasa bangsa Melayu antara bangsa yang pandai menggunakan bahasa yang halus dan dalam makna dan falsafahnya...tabik!
Dari kata-kata tu, teman nak kaitkan dengan pengalaman teman jauh berjalan ni. Dalam banyak-banyak berjalan kita mesti alami aktiviti makanan. Cakap pasal makan, ni satu isu yang ghairah dibincang oleh rakyat Malaysia. Bila sebut nak ke luar negara, deme mula tanya, "Sana nak makan apa? Apa boleh dimakan? Mahal ke? Halal tak..." dan pelbagai persoalan yang relevan dan juga yang remeh-temeh deme kemukakan.
Fasal maha ke, halal ke, tu panjang isu dia, boleh buat artikel dan buku. Lain kali kita bincang fasal tu di waktu yang lain yer? Jadinyer, teman hanya nak berkongsi satu kisah biasa tentang makanan yang biasa kita makan di Malaysia dan di beberapa negara lain iaitu labu.
Di kampong mak mertua teman di daerah Laut Hitam nun, subur kawasan dia. Banyak hasil tanaman yang deme tanam antaranya buah-buahan, hazelnut, teh, dll. Tapi yang tu kena entry lain, panjang gak kisahnyer. Je teman nak citer pasal labu ni. Ada satu resepi biasa deme buat, bila musim labulah, iaitu labu rebus ditabur kacang hazelnut tumbuk. Simple jer deme buat. Pas potong-potong, deme rebus guna ayor sikit jer, tutup periok, rebus lama sampai lembut. Labu deme semua pun lembut-lembut dan warna oren. Deme boh banyak gak gula, sebab direbus lama, ayor gula tu meresap dalam labu tu.
Bila dah lembut, masuk dalam bekas, pinggan ke, talam ke, besen ke, ikut jumlah labu tu, deme pun tabur dengan hazelnut yang dah ditumbuk atau blender. Tulah antara resepi pemanis bangsa deme ni. Suka bebenor deme ni makan pemanis yang kuat manisnyer. Tapi tak boleh lawan lagi satu pemanis deme - Baklava! Sapa yang kencing manis, tengok jer ye, tak boleh makan, boleh penin!
Sekian resepi kali ni, labu ditabur kacang hazelnut. Kalau nak sedap, kita boleh guna gula kabong dan daun pandan bagi wangi. Yesss...inovasi kome, inovasi! Selamat mencuba!!!

Nasi Lemak Antara Benua

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,
Isyyy lama gak teman tak bukak blog ni. Ater teman baru balik menjongket (kata Cikgu Fazila di Parker, Terengganu) ke Pahang gi lepak umah Cikgu Izan (MRSM). Teman bila dah jenuh memerap kat umah, dia mula bosan, gatal kaki, cari tiket naik bas ekspres gi lah memana. Kali ni sms Cikgu Izan kabor, "Akak nak lepak umah kau seminggu''. Jadi seminggulah teman lepak umah Ijan yg comel-lote tu. Sebab dia sibuk weekdays, weekend baru dia bawa ronda. Nasib baik hari Jumaat minggu tu cuti Hol kat Pahang, dapat banyak tempat kami ronda. Dari Bndr Muadzam ke Rompin, sampai Endau, redah Nenasi, nyusur Pekan, singgah Kuantan dan last sekali Cherating. Jenuh gak dalam 3 ari tu kami sukat sebahagian Pahang Darul Makmur. Citer menyukat Pahang ni kemudian yer.
Ni nak songeh pasal nasi lemak. Teman ada lagi sorang member kamcing yg ngajor kat Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Dia dgn teman ada kegemaran yg sama - suka makan-makan. Masa kat UM dulu kami selalu keluar gi kuliah naik van awal, kalau ada kelas kul 9 pagi, kami keluar kul 7:30 gitu, bukan nak cop tempat dalam dewan syarahan, tapi nak gi sarapan kat salah satu kafeteria. Kalau awal, masakan fresh dan pelanggan tak ramai. Kami akan cari makanan kegemaran memasing dan dok corner yg selesa. Dalam masa makan pagi tu, kami akan bincang, "Tengah hari nak makan kat ner" atau "Malam ni kita gi makan bubur kat Kg Baru nak?''. Gitulah advancenya kami kalau bab-bab plan nak makan apa.
Haa bila Cikgu Bad ni mai KL ka atau Shah Alam untuk kursus, dia kekadang mai lepak umah teman sehari dua. Kalau nasib baik dapat dok 2-3 ari, maklumlah cikgu bukan senang dapat cuti. Kalau kebetulan kena ari cuti lamalah dia lepak. Jadinyer, bila dah jumpa, aktiviti utama kami ni makanlah. Sebelum dia mai, cek dah plan nak masak pa. Dah pikiaq dah nak makan apa dan bila. Semua plan dah. Dia mai menu kegemaran dah siap untuk yang ari tu punya.
Salah satu menu yang kami dah buat 2 kali bersama ialah nasi lemak bungkuih antara benua! Haa hangpa jangan jeles, nasi lemak kami buat berdaun pisang! Bukan tu jer yang spesel, ada satu bahan yang teman boh untuk jamuan kami ni. Menggantikan kacang tanah, teman boh kacang hazelnut!
Yaaa tuan-tuan dan puan-puan, nilah dia Nasi Lemak Antara Benua yang teman buat...takde kat Malaysia nasi lemak boh hazelnut. "Ehh sedap boh hazelnut...mahe ni, tak penah buat dek orang!"'kata Cikgu Bad.
"Kalau jue sebungkus bape yek?"dia berdiskusi sambil menambah sebungkus lagi.
"Sebungkus RM3!" kata teman.
"Yalah..bukan senang nak dapat kacang ni" Cikgu Bad menyokong penuh ghairah.
Gitulah kira-kira diskusi kami. Bahan-bahan semua sama weh, tapi Nasi Lemak Antara Benua ni ada hazelnut, rangup...krup, krup, krup!
Nanti kome tanya, mana Akak dapat hazelnut ni, maha kalau nak beli. Lingkup biznes camni. Heh heh...memang maha, sekilo mau ada RM30-RM45. Ikut gred gak. Ater teman kalau nak hazelnut petik jer kat ladang Mak Mentua! Bawak balik 2-3 kilo. Tu yang boleh makan cam makan kacang goreng jer!
P.S Entry ni ditulis dengan cerianya untuk Frau Bada di Pokok Sena, Kedah DA. Bila nak mai lagi Bad?