
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semalam cuaca amat cantik, 16 Celcius dan matahari cerah. Cakap pada menantu, Zuleyha, nak jenjalan. Teman pikior kalau ari cerah dan panas mesti meriah kat esplanade bandar Eregli.
Teman kuar naik bas dan nyusur esplande, bawok chips dan kacang dan ayor kosong. Kalau tak bawok ayor, dahaga kena chips tu. Sambil duduk-duduk tengok orang - ada mak dengan anak, ada kawan dengan kawan, ada students...errr ponteng ke deme ni? Kul bape ni? Kalau belum kul 3 petang, memang sah ponteng!
Pas makan separuh chips, rasa masin dan lapor sikit. Jenjalan 1/4 km, nampak patung separuh bogel ni. Issyyy sapa Yob ni, cam paka cawat jer, gendong rimo. Sebab masa tu cerah, elok teman amik gambor dia sekali. Teman agok-agok dia ni Hercules sebab dalam mitos Roman ke, ada watak Yob yang kuat ni. Teman dah dengor nama dia ni masa kekecik, abang-abang suka citer pasa orang kuat nama dia Hercules!

Bila dah lapor, teman cari ler restoran. Jumpa satu restoran jual pelbagai kebab. Memula nak duduk kat luar, tapi sejuk pulak. Masuk dalam restoran. Ramai orang main satu game cam scrabble. Kebanyakan cam dah pencen. Lelaki dan pompuan. Teman tak berani amik gambor. Jadi duduklah nunggu order. Pas satu jam jamu selera, teman jalan balik arah city centre.
Masa balik tempuh lagi patung Yob kuat gendong rimo ni. Masa teman amik gambor kali kedua (kul 2:30pm) matahari dah tak bape ada. Jadi gambor pun kelam sikit. Eh...ada tulisan kat tepi tugu ni. Teman nampak nama Herakles, dalam bracket Herkul . Ok sah...dia ni hero teman masa kekecik dulu Hercules! Yaaahhh dapat gak tengok ropa hero kekanak teman.

Ada Yob Turki yang lalu kat situ sudi rakam gambor teman dengan patung Hercules ni. Hmm tak payah teman pegi Greece atau Itali nak bergambor dengan watak-watak mitos deme ni. Kat Turki pun berlambak!
"Lagi satu!" kata Yob yang amik gambor teman. Dia pulak tak puas ati dengan gambor yang memula tadi.
"Tessekkurlar!" teman kata terima kasih kat dia. Teman minta explain pasa Herakles ni, dia cuba try beberapa ayat tapi dia minta maaf kata, tak tau Bahasa Inggeris.

Teman amik gak gambor Herakles dari belakang. Konon citernya, Herakles lahir kat bandar ni! Wow... warga Eregli ropanya! Dalam salah satu kisah, dia ni kena buat 12 tugasan - salah satunya menangkap rimo/singa kot. Teman tak bape tau sangat citer Hercules ni, yang tau dia kononnya kuat.

Dekat dengan tugu Hercules ni ada satu slab yang rakam kisah ringkas si Herkules/Herakles ni. Teman tunjuk kat Tahsin yang tolong translate pada teman. Dia citer pasa 12 tugasan tu dan kabor dari Herakles jadi Herkles jadi Eregli! Tulah asal usul nama bandar Eregli! Jadi nanti kalau orang tanya mana ropa Herkules, kabor ada kat bandar tepi laut di Eregli, Black Sea, Turkiye!

Tak buleh nak agak saiz makanan yang diorder kat restoran sini. Mintak lamahcun dan patates, tapi yang datang punyalah besor lamahcun. Teman makan gak, cuba nak abiskan tapi tak daya. Last-last teman bungkuih. Niat nak bagi kat kucing dan burung yang banyak lepak kat esplanade ni.
Rega lunch teman ni dan 2 gelas cay, lebih kurang RM16.
Meh makan kome!
P.S Untuk maklumat, bangsa Turki tak anggap Herkules ni hero atau pahlawan deme, cuma deme eksploit mitos kuno Roman ni yang sebut Herkules lahir dan hidup di Eregli, utk tujuan pelancongan, tu jer. Replika kuda Trojan dari kisah Troy atau Helen of Troy (ingat Brad Pitt dan Orlando Bloom?) pun ada kat Turki!

Assalamualaikum dan Salam Ceria Kome,
Minta mahap bebanyak sebab tak dapat update berhari-hari dah. Yang bayor bil (post-paid) ni Mr T. Dia tak pikior blog ni satu priority, jadi bila dia kata tak payah update tiap ari, teman dengor ler. Uploading gambor yang cepat jer bil naik. Kalau mace dan chat jer, idok ler bil naik mencanak. Bukan dia tak buleh bayor, tapi dia sorang penjimat dan tau apa yang penting dan apa yang trivial! Lagipun yang penat cari duit dia, (koje 7 ari seminggu, takder cuti!).
Dia balik Iraq semula dah. Ari tu kata dah balik 'for good'! Tapi boss dia pangge, dia pun pegilah sana balik. Sampai bila ni Mr T, teman tanya. Sampai awal Mac. Projek kilang LPG tu sikit lagi jer nak siap, tingga 2 plant jer. Sabor jer...
Jadi teman diarahkan balik ke Laut Hitam semula. Riso dia kalau teman dok sorang-sorang kat Istanbul berminggu-minggu. Teman protest pun dia buat pekak!

Jadi dah 2 malam teman lepak kat rumoh anak tiri sulong, Tahsin, di bandar Eregli, Black Sea. Walaupun apartment deme kecik (company punya, dok free) dan 2 orang anak yang huru-hara (you have to be here to believe it), teman tahan jer ler. Lagipun Tahsin amat hormatkan teman dan isteri dia pun hormat dan layan baik.
So seperti biasa, bila teman mula rasa resah dan bosan, teman nyongket ler. Moh ikut teman ukur bandar Eregli lagi. Bandar Eregli ni dulu jajahan Roman, dah wujud beribu tahun (rujuk pada entry sebelumnya selepas entry Mesir Terkini!). Zaman Roman dia guna nama Roman.

Keselamatan amat diutamakan di Turki sejak 4-5 tahun kebelakangan. Kalau kome baca entry-entry terdahulu, kome mesti ada terbaca teman labun pasa scanner kat kompleks belibelah. Ni kat tengah bandor Eregli siap ada CCTV dan speaker tengah jalanraya. Pot-pet, pot-pet ada suara pompuan buat announcement, teman tak faham apa dia labunkan.

Ukur sana, ukur sini, nampak gambor Pokcik Kemal menghiasi satu pondok syarikat teksi. Tuan punya syarikat ni mesti sekular tegor punya Yob!

Sebab Eregli ni ngadap laut, banyak binaan dibina sepanjang esplanade termasuk kedai, gerai dan hotel-motel. Ni salah sebuah rumah atau motel comel ngadap esplanade. Teman sengaja tunggu Ablah ni lalu baru teman snap, gelabah dia! Gambor yang ada orang dengan yang takder orang ada banyak kesan visual dia, jadi Ablah ni jadi model tak berbayor teman! (Tanya Yob Gedek, dia tau ler!).

Lagi satu model percuma. Dia nampak teman terus sendeng-sendeng kat tembok tu. Nak makan ke nak mengawan ni? Teman ada koci jer, yang teman tau kucing tak makan koci. Jadi teman belai-belai dia jap, tapi cepat teman lari takut dia nak mengawan!

Teman lalu kat pasar Senin. Entry dulu ada gak teman citer pasa pasar senin kan. Jadi teman tulis hal penjual lain pulak. Bila teman amik gambor ceviz ni (walnut), salah sorang tanya ngapa? Teman jawab teman tourist. Baru dia lega. Apa dia ingat kalau teman orang Turki teman nak bagi gambor biznes dia kat saing dia?
Kekadang ada advantage muka teman cam Turki, kekadang takder advantage. Kalau deme tau kita Yabanci (foreigner), buat ler apa, deme tak kisah. Kalau deme ingat kita bangsa deme, deme ingat kita ni spy, pesaing dan memacam lagi unsur subversif! Atok deme!

Ni pameran roti, err...maksud teman cara deme menghias barang jualan deme untuk tarik pelanggan. Siap berbalut roti tu, supaya tak kena abuk atau cekuh dik tangan yang cemar! Yang putih-putih belah atas tu, makarna (pasta) kampong.

Stroberi yang besor gak, lebih besor dari yang kat Cameron Highlands. Rega masa ni agak mahal sebab belum masuk musim sebenor, kalau musim bunga agak muroh sikit.

Macam kat Malaysia, kome pegi KL ada Laksa Penang; gi Penang ada Mee Jawa; gi Jawa ada Rojak Singapore. Sama kat sini, gi Eregli ada simit Istanbul, walhal masak kat Eregli. Simit ni roti gelang ditabur biji bijan dan dimakan sebagai snack. Satu gelang RM1.00. Yang dalam mangkok putih tu sejenis kuih manis yang amat manis!

Camii yang dekat pasar. Teman solat zohor kat sini. Ari tu teman berebut gak dengan jemaah dalam ruang pompuan. Deme ni kalau buleh nak solat berjemaah. Kebetulan ari tu ada solat jenazah, memang sesak masjid ni.

Pas ronda 3 jam, teman amik bas balik. Tak jauh sebenornya, 2 km. Teman turun jauh sikit dari rumoh sebab nak jalan kaki sikit. Tempuh satu sekolah menengah, bebudak baru abis sekolah.

Pastu nyusur jalan dalam taman perumahan. Nampak suram sebab renyai. Buleh buat filem "Jack the Ripper", tengok gambor cam seram tapi takder apa. Banyak rumoh dan apartment kat sini.

Malam tadi ada siaran lintaslangsung program Mevlid Kandil (Maulidul Rasul) serentak dipancar dari Ankara, Romania dan Kirim (dekat Ukraine) bekas jajahan Rusia. Ramai ler rakyat keturunan Turki di tempat-tempat ni jadi senang deme buat program dalam bahasa Turki. Meriah deme meraikan Maulud Nabi ni. Jadi teman ucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul, Salam dan Selawat Ke atas Baginda Rasulullah (SAW)!

Seperti biasa disudahi dengan hidangan mata. Sementara teman berkahvalti ni, Zuleyha beramuk dengan Ertugrul dan Sule supaya siap cepat, "Cabuk! cabuk!" (Cepat, cepat!) sebab bas sekolah dah nak datang. Tiap ari macam ni kome, mak menjerit, anak menjerit!
P.S Kome jangan tunggu entry baru tiap-tiap hari. Mungkin sekali atau dua kali dalam seminggu. Dan teman ucapkan selamat datang pada followers baru. Teman cuba blogwalk mana yang sempat ya...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga kome semua sejahtera di sana. Maaf ari ni lamat update entry sebab broadband Turkcell keme dah terover budget. Pagi tadi nak 'on' tak buleh. Ngadu pada Mr T, teman kata nak update blog. Dia kat, " No need blog...unnecessary." "So you want to blog or to jalan-jalan?" teman tanya. "Ok, I will check the broadband," cepat jer dia tangkis.
Mungkin kome dah tau perkembangan terkini kat RTM dan TV3/4 Saluran Informasi Andaaa, tapi teman nak gak selit sesikit laporan dan ulasan dari Eropah, khasnya dari TV France24. Tv ni bersiar 24 jam dan dipancor dari Paris. Kat Turki ni kalau kome pasang receiver, banyak dapat saluran dari pelusuk alam kecuali dari Malaysia dan Singapura. Heran teman tak dapat RTM, TV 3/4 dan seumpamanya.
Dah masuk ari ke 15 (?) "The demonstrators are staying put! In fact, they are many first-timers among the protestors," kata wartawan France24 di Kahirah. Dilaporkan jumlah protestor semakin bertambah tiap ari, bukan berkurang dan mood pun 'upbeat' dan semangat tak luntur. "They are keeping up the momentum and will not let it die." Adalah pulak tuntutan tambahan dari protestor ni, deme mau bukan saja Mubaraq turun, tapi keseluruhan kabinet regim! (Way to go kome!)
Imej di atas adalah gambaran semalam. Ada nampak macam berkurangan jumlah yang lepak kat Tahrir Square tu? Mungkin ada antara kome tanya ngape teman tak cut paste jer gambor dari site lain. Kalau buat cam tu buleh tapi tak der drama.

Kalau kome ingat Yob hensom ni, Ghonim, Eksekutif Google yang kena tahan 2 minggu tu (baca entry teman semalam), ni dianya buat ucapan berapi dalam Mass Demo tu. Dia kata dia bukan hero, tapi dah berucap cam ni nanti ada orang kata dia nak jadi hero. Tapi kalau dia tak berucap, sapa lagi. Baik dia, hensom pun hensom...dan sebab dia kena belasah dengan Security Forces 2 minggu!

Nak tau bersemangat ke atau dah luntur semangat, haa tengok deme ni. Siap bawok blanket tido kat tengah dataran. Kalau kome mau ke bersejuk dan beralas simen/jalanraya yang keras berhari-hari. Sanggup tu!
VP Suleiman berjanji, "there will be no reprisal against the protestors." (Yalah, takkan miker nak simpan sejuta orang dalam lokap kot!).

Sementara itu, PM Perancis Fillon mendapat tekanan dari pihak MP pembangkang yang menuduh beliau menyalahgunakan kedudukannya bila menerima pakej percutian percuma dari Mubaraq semasa cuti Krismas tahun lepas. Sebelum itu Menteri Luarnya dikritik sebelum ini kerana bercuti di Tunisia ketika rakyat Tunisia sedang berdemo. (Tak pasal-pasal negara lain tempias kena ribut dari Mesir).
Imej atas menunjukkan satu keluarga Mesir sedang berkelah di Tahrir Square. Siap bawok anak-bini!

Semalam Mr T balik dari Iraq. Nasib baik teman dah kemas rumoh. Idok ler bersepah sangat. Sebab lepas ni dia akan sepahkan rumoh.

Ni kahvalti pagi tadi teman buat. Pastu kami pegi check masalah broadband Turkcell. Sebab blog teman berat, bill naik sampai RM300 dalam tak samapi sebulan. Pelik arr. Kat Malaysia teman bayor RM98 guna sebulan. Mr T kata, tak payah guna blog, sebab banyak makan duit.
Jadi ni entry teman terakhir, sehingga teman balik Malaysia atau teman online kat CC. Harap maklum ya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam tadi semasa rakyat Malaysia sedang tido lena, teman chat dengan salah sorang kawan blogger. To make long chat short, dia sarankan citer kembara didulukan sebelum citer Krisis Mesir dalam satu entry. Teman rasa teman telah menganaktirikan catatan kembara sejak 3-4 ari ni. Jadi, walaupun tajuk entry tentang Krisis Mesir tapi bagi memberi keutamaan pada Follower kembara teman, teman labun pasal kembara teman dulu ye kome.
Minggu lepas teman nyongket ke Grand Bazaar (lagi) untuk usyar rega barang dan juga nak nengok ada tak barang atau design baru. Grand Bazaar atau Kapali Carsi ni dah wujud beratus tahun sejak zaman Uthmaniah dan deme jual memacam benda dari A-Z. Yang dalam bazar tu lebih fokus untuk pelancong. Teman suka ngelewor kat kedai-kedai di luor bazar. Ada beribu-ribu kedai dan peniaga kat dalam dan luor bazar ni. Salah sorangnya jual chanta (beg tangan) atas jalan!

Teman usyar havlu (tuala) deme ni ada tak design baru. Ni design lama tapi beberapa ari lepas bila jumpa blogger dari Mesir tu, teman nampak ada havlu dengan design yang baru. Nanti teman akan rembat sedozen bawak balik Malaysia!
Susunan pots and pans yang menarik. Kilauan dia buleh menggoda shoppers yang lalu-lalang.

Sesapa yang suka jeruk zaitun, sini syurganya. Yang itam ada, yang ijo ada, yang mahal ada, yang muroh sikit pun ada. Rega dia berbeza-beza ikut gred ler.
Antara kedai yang teman suka nganga ialah kedai jual salami, sucuk, daging, jeruk, rempah-ratus, herba dll.
Lagi satu kedai yang jual peralatan dapur dari poyok belanga sampai ke sudu dan garfu.

Kebetulan ari tu ari jumaat, teman tunggu di luor salah satu mescit di salah satu lorong luor bazar tu. Dari 3-4 orang pekedai, pekerja bazar kepada shoppers yang masuk dalam mescit sampai ke berpuluh-puluh orang jemaah datang, melimpah keluor; deme pun mula membentang tikor atau kotak dan sejadah atas jalan pulak.
Pemandangan ni biasa berlaku tiap ari jumaat di luor mescit-mescit kecik di sekitar Grand Bazaar. Kat Eminonu ada sebuah Camii tapi yang itu pun crowded.
Seperti lazimnya, mesti ada citer makan-makan. Sebab dah lapor, teman cari kebab jer lah. Sebiji kebab daging yang ada fries dalamnya dan sebotol ayor kosong, dekat RM9. Tu kira mahal, mungkin sebab kawasan pelancong...hampeh. Tapi kebab Istanbul lebih sedap dari kebab kat KL nu...
Ok, sekarang masuk laporan Krisis Mesir. Ni nama dia Wael Ghonim, Eksekutif Google. Semalam dia dilepaskan selepas ditahan oleh Security Forces (SB!) selama 2 minggu sejak bermulanya krisis ni. Beliau telah disoalsiasat (Seksa?).

Dalam wawancara dia semalam dia kata, "Don't turn me into a hero. The real heroes are those on the street and those who were killed!" Sebelum ditahan, Ghonim telah menulis dalam blog/Facebook (tak pasti teman tang ni, missed laporan tu), menggesa rakyat bangkit menuntut kebebasan dan reform dari regim Mubaraq. Ghonim kini dianggap sebagai sorang 'Cause Celebre' di Mesir dan akan menjadi salah sorang yang akan berucap dalam Mass Demo hari ni! (Hmm hensom gak Mamat ni, mesti ramai Yong-yong Mesir usyar dia!)
Manakala sorang jurucakap Rumah Putih menjelaskan jika Horse-ni dipaksa turun, negara tu kena adakan pilihanraya presiden dalam 60 ari, menurut perlembagaan deme. "Are they ready for an election?" Konon White House bimbang berlaku rigging dan penipuan. (Dulu tak der rigging ke Yob?)

Menurut laporan akhbar Jerman Der Spiegel, Horse-ni mungkin akan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Baden-Baden. Dia dikatakan mengalami canser sejak beberapa tahun ni. (Err... satu tektik 'Face Saving' untuk para diktator dan despot yang dipencenkan oleh revolusi, bijak,bijak,...yang tak bijak).
Imej semalam di Tahrir Square. Deme masih berkhemah weh. Yob dua orang yang berdiri tegak tu tengah solat.

Laporan ari ni sebut satu Mass Demonstration sedang dirancangkan untuk ari ni, ari Selasa...menuntut Horse-ni turun, pergi, pencen, belah...whateverlah asalkan dia bukan presiden lagi!( Tak faham-faham Bahasa Arab ke dia ni? Gaji yang miker janji nak naikkan 15% tu dah terliwat...err terlewat! Sebab teman ni bersopan-santun, idok ler teman nak mencarut kat sini...but it was at the tip of my tongue!)
Ni laporan selit! Ketua Insurgent Chechen Doku Umarov telah pos video klip dan mengaku geng dia bertanggungjawab dalam serangan di ehpot di Moscow pada 24 Januari di mana 36 orang terbunuh. Beliau bagi warning pada Putin (kan teman dah kabor ari tu kat miker, Putin!) untuk kuor dari wilayah deme.
"Kami akan terus berjuang untuk membebaskan 'The Land of Caucasus Muslim'!" istihar Umarov. (Takbir!)
Petikan berita teman amik dari TV France24 jam 2 petang Selasa waktu Malaysia.
Nak breakfast apa pagi ni weh...

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Tak banyak perubahan berlaku ari ni. Situasi masih dalam suasana "standoff" antara pihak anti-Mubaraq dan pihak regim. Ada rakyat yang dah letih dengan krisis dan cuba menjalani hidup yang 'normal'. Tapi beribu-ribu lagi anti-Mubaraq masih berkampong di Tahrir Square.
Dalam sektor pelancongan, ianya dah tergantung. Imej menunjukkan kawasan sejarah piramid sunyi sepi tiada pelancong dan kenderaan pelancong seperti selalunya. Yang ada polis dan tentera mengawasi kawasan bersejarah ni. Unta pun ada beberapa ekor berkeliaran.
Sementara itu matawang Mesir jatuh 1.3% berbanding Dollar Amerika, kejatuhan yang paling teruk dalam 6 tahun!

El-Baradie mengatakan beliau tidak dijemput menghadari pertemuan pertama dengan pihak regim semalam. (Laa gitu ker? Deme takut pengaruh Yob ni...)

Walaupun ada rakyat Mesir dah balik ke rutin harian tapi ramai masih tak berganjak. Deme bina khemah dan pondok siap dengan bantal, selimut dan kelambu! Ada yang hangkut laptop buat laporan 'live' atau tulis blog atau update dalam Mukabuku deme!

Kalau kome ingat deme dah "give-up, rest assured most of them are staying put, literally!" Rasional deme, "kalau kita tak gi koje, gomen akan rasa 'panas' dan 'collapse' bila jentera gomen tak berfungsi." (Bijak, bijak...)

Bukan rakyat Islam jer menuntut perletakan jawatan Horse-ni, tapi golongan Kristian pun bersama-sama berganding bahu dengan saudara Islam mereka.
"We won't budge!" protestor memberontak.
Imej di Tahrir Square yang teman cilok dari TV Turki pulak.
Salah sorang wartawan asing sedang membuat lintaslangsung di Tahrir Square.
Nilah 'lintaslangsung' dari teman di Basaksehir, Istanbul. Cuaca di luar amat nyaman, 18 Celcius. Why am I staying in? Nyongket kan best dalam cuaca yang sebegini? Tak buleh, tak buleh. Kena kemas rumoh. Mr T is coming home soon! Weh sapa nak tolong teman kemas rumoh ni?
Sumber tentang Krisis Mesir dari TV France24 jam 10:30 pm Isnin waktu Malaysia.
Krisis rumoh teman bersepah ni siaran langsung dari Basaksehir.