Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Hercules. Show all posts
Showing posts with label Hercules. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

MOH KITE GI PASAR DI BANDAR HERKULES, LAUT HITAM, TURKIYE!

Patung Herkules, makhluk gagah dalam mitos Yunani, dibina di bandar Eregli, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Dalam trip Turki 2012, 4 kali teman ke Laut Hitam menziarahi kuarga Mr T. Kampong Mr T diDeredebi, Duzce; anak bongsu tingge di bandar Akcakoca; dan anak sulung tingge dibandar Eregli.


"This is your seat" kata Mr T.

Teman berpeluang gi Eregli dlm ziarah ke 3. Tahsin dan bini dia Zuleyha asyik tanya bila nak gi
romah deme.


Mr T pilih bas Metro lagi sebab perkhidmatan dan kemudahan yg memuaskan.
Bas bertolak
kui 10:30 pagi...



...sampa Eregli kui 5 petang. Zuleyha amik teman kat terminal.
Dalam keta penuh kekanak - ada si Yusuf yg nampak bosan...



...2 orang anak-anak jiran, si Ahmet dan adik dia Zeynep.


Anak-anak yatim deme ni ropanya

Kami turunkan Ahmet dan Zeynep dan Opah deme kat sini. Dulu Tahsin dok kat sini, tapi bila
dah anak 3, dia pindah ke apartment yg lebih besor. Baru teman tau masa ni, Ahmet dan Zeynep dah jadi anak yatim. Mak deme meninggal dlm kemalangan jalanraya tahun lepas. Arwah mak deme dulu pensyarah universiti tapi berhenti sebab dia nak memaka tudung!
Al-Fatiihah utk arwah.



Keesokan ari, teman amik bas mini ke bandor Eregli.
Zaman Yunani bandor ni dipangge
Herkules sempena nama dewa gagah tu, kununnya dia dilahirkan kat wilayah ni.
Dewa pun dilahirkan yek?
Sengal!
Bila jatuh ke tangan tentera Uthmaniah, deme tukor
pada Herakles, kendian Eregli.
Teman datang musim bunga, jadi Majlis Bandaran hias bandor
dgn pelbagai bunga kekenit.
Takde bunga tulip!
Teman rasa bunga tulip hanya dimonopoli
oleh Istanbul!



Dalam bas tu ada sorang Yong yang agak muda dgn 2 biji bakui.
Teman agok dia bawok hasil
kampong dan nak ke pazar.
Perati tudung dia, renda tepi musti dia yg kait sendiri.



Walaupun orang kampong, bila berfesyen deme bergaya.
Kaler baju mesti ngam dgn kaler
tudung.
Dia hangkut bakui yg berat tu satu persatu nuju ke pazar.
Teman ngekor dari
belakang.



Lagi sorang Yong dengan beban dari romah atau kebun dia.
Dia paka suar besor biasa dipaka
pompuan kampong.
Suar ni ala-ala skirt, besor dan longgar.



Lagi sorang petani/peniaga Yong.
Kan teman penah labun dulu orang pompuan Turki ni gagah
perkasa. Angkat guni 40 kilo pun steady jer...


Yong Power!

Di pasar pagi Eregli, 80% peniaga sayur adalah kaum Yong. Ada yg jue hasil kebun sendiri, ada
yg jue hok orang punya.
Yong ni ada jue kacang walnut (kiri) dan hazelnut (bawoh kanan). Kacang walnut lazimnya tumbuh liar di wilayah ni.
Kat Malaya mahei kome!
Nitik ayor lior nengoknyer!



Macam pasar Siti Khodijah, kaaaannn?
Satnika sayur kampong yg tentunya organik deme buat niaga.



"Cicek ni untuk dimakan ke, Ablah?" dengan sengalnya teman tanya sorang Yong.
Dia perasan teman ni Yabanci (orang asing), dia buat gerakan menghala ke hidung. Ohh untuk hiasan dan wangian.
Huuuhhh memang wangi pun!
Teman pun beli sejambak.



Keju putih made-in-kampong (beyaz peynir).
Kak Emine dan mertua selalu buat keju nih.
Satu peket tu 10 Lira gamoknya (RM17).



Kalau kome ingat citer teman tulih pasa lempen sayur cam paku-pakis tu, nilah dianya.
Ropa lawor, ada bunga-bunga kecik!



Musim bunga, buah stroberi banyaklah.
Sepeket tu 10 Lira.
Saiz deme lebih besor dan manis dr stroberi Cameron Highlands.
Teman makan 4-5 biji udoh jenuh!



Dari Opah ni teman beli stroberi.
Sembang-sembang dengan dia. Suka bebenor dia bila dia tau teman Yabanci.
Haissyyy...terer-terer teman speaking Turki, cehhhh!



Ehhh cam seropa pulak!
Sebelum balik bergambor dengan dia.
Sayang tu, dakap-dakap lagi!



Di Istanbul teman buleh main masak-masak.
Sup Turki ni seropa sup omputih - pekat.
Ni sup dhal meroh - tumih dulu, rebus sampa hancor, boh sikit lada serbuk dan garam.
Croutons
teman buat sendirik!

Roti bakor dengan keju kasyar,...bakor, bakor!

Wednesday, March 28, 2012

MOH MASUK UTAN TURKI DAN NYONGKET KE BANDAR HERKULES!

Tulih nama ataih salju...ater Yob ni undercover sikit, sebab hensom yaa amat!
(Hazelnut diatuq kat balkon apartment Basaksehir, Istanbul, masa salji tengah lebat bulan lepah!)


Ertugrul Hamza, cucu sulung Mr T, anak pada Tahsin, ikut Dede (Atuk) dan Uncle Asim masuk utan.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Tak dan nak tulih bebanyok nih. Nak siap dinner utk Mr T. Pastu nak siap suor, kain baju, anak baju, singlet satnika bagai.
InsyaAllah sok nak ke bandar Eregli (dulu nama bandar ni Herkles, dari Herkules, nama Roman dia).
Nak lepak rumoh anak tiri sulung teman, si Tahsin 2-3 ari.
(Tahsin koje Mechanical Engineer)


Si Karabas yg setia ngejor nak ikut jugak.
Lari ler dia 5-6 km naik bukit!
Deme tak bagi dia numpang!



Mr T tukang amik gambor ler tu. Rasanya ni musim bunga tahun lepah. Jabatan Hutan sewa mesin Komatsu Mr T nak tumbangkan beberapa batang pokok, errr...sebenornya teman tak tau bape batang, nak harvestlah gitu.
Karabas terjelir lidah penat tuh...
Si Tahsin tukang drive, Asim anak tengah dgn Ertugrul dok belakang. Mr T naik keta kot...
(Asim koje sebagai System Analyst di bandar Gebze)



Mr T dgn Ertugrul, Tahsin dengan lunch paket dan yg belah kanan tu operator Komatsu.
Mr T ada lagi 2 mesin berat - backhoe digger dan crane tapi natang crane tu dah dijue rasanya.
Alper anak yg bongsu menguruskan natang jentera nih yg dok lepak di bandar Akcakoca, untuk disewakan.



Mr T eksyen dalam utan ataih bukit Kampong Deredebi. Utan deme ni idok ler tebei macam utan kita.
Tapi kat sini banyak pokok buah berangan dan walnut. Kome tak buleh sesebarang kaco pokok-pokok kat sini, gomen punya!



Ater...itu jer citernye.
Gambor teman amik dari koleksi Mr T.
Minggu lepas gi Grand Bazaar dapat 2 lai baju ni (satu itam, yg ni kelabu asap), nak buat paka raya nanti.



Ada bling-bling taw kome.
Kain sedap, lembut dan seswai dipaka di Malaya!
Fenin nanti orang tengok baju raya teman nih.
Tapi rasanya ada yg nak 'pinjam' terus baju ni - tak adik teman, mungkin anak sedara...biase ler deme nih!



Pas penat musing kedei-kedei luor Bazaar tu (dalam tak main ler, tu tempat pelancong Malaya kena semelih!), teman pekena satu kebab ayam kat satu kiosk, dan 2 gelah cay panah!
Kenyang!

P.S Kalau teman lambat reply komen-komen kome nanti, jangan maroh eh...mungkin teman sibuk ngelewor bandar Herkules pulak!

Friday, February 18, 2011

Hercules di Eregli!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam cuaca amat cantik, 16 Celcius dan matahari cerah. Cakap pada menantu, Zuleyha, nak jenjalan. Teman pikior kalau ari cerah dan panas mesti meriah kat esplanade bandar Eregli.

Teman kuar naik bas dan nyusur esplande, bawok chips dan kacang dan ayor kosong. Kalau tak bawok ayor, dahaga kena chips tu. Sambil duduk-duduk tengok orang - ada mak dengan anak, ada kawan dengan kawan, ada students...errr ponteng ke deme ni? Kul bape ni? Kalau belum kul 3 petang, memang sah ponteng!

Pas makan separuh chips, rasa masin dan lapor sikit. Jenjalan 1/4 km, nampak patung separuh bogel ni. Issyyy sapa Yob ni, cam paka cawat jer, gendong rimo. Sebab masa tu cerah, elok teman amik gambor dia sekali. Teman agok-agok dia ni Hercules sebab dalam mitos Roman ke, ada watak Yob yang kuat ni. Teman dah dengor nama dia ni masa kekecik, abang-abang suka citer pasa orang kuat nama dia Hercules!




Bila dah lapor, teman cari ler restoran. Jumpa satu restoran jual pelbagai kebab. Memula nak duduk kat luar, tapi sejuk pulak. Masuk dalam restoran. Ramai orang main satu game cam scrabble. Kebanyakan cam dah pencen. Lelaki dan pompuan. Teman tak berani amik gambor. Jadi duduklah nunggu order. Pas satu jam jamu selera, teman jalan balik arah city centre.

Masa balik tempuh lagi patung Yob kuat gendong rimo ni. Masa teman amik gambor kali kedua (kul 2:30pm) matahari dah tak bape ada. Jadi gambor pun kelam sikit. Eh...ada tulisan kat tepi tugu ni. Teman nampak nama Herakles, dalam bracket Herkul . Ok sah...dia ni hero teman masa kekecik dulu Hercules! Yaaahhh dapat gak tengok ropa hero kekanak teman.




Ada Yob Turki yang lalu kat situ sudi rakam gambor teman dengan patung Hercules ni. Hmm tak payah teman pegi Greece atau Itali nak bergambor dengan watak-watak mitos deme ni. Kat Turki pun berlambak!

"Lagi satu!" kata Yob yang amik gambor teman. Dia pulak tak puas ati dengan gambor yang memula tadi.

"Tessekkurlar!" teman kata terima kasih kat dia. Teman minta explain pasa Herakles ni, dia cuba try beberapa ayat tapi dia minta maaf kata, tak tau Bahasa Inggeris.



Teman amik gak gambor Herakles dari belakang. Konon citernya, Herakles lahir kat bandar ni! Wow... warga Eregli ropanya! Dalam salah satu kisah, dia ni kena buat 12 tugasan - salah satunya menangkap rimo/singa kot. Teman tak bape tau sangat citer Hercules ni, yang tau dia kononnya kuat.



Dekat dengan tugu Hercules ni ada satu slab yang rakam kisah ringkas si Herkules/Herakles ni. Teman tunjuk kat Tahsin yang tolong translate pada teman. Dia citer pasa 12 tugasan tu dan kabor dari Herakles jadi Herkles jadi Eregli! Tulah asal usul nama bandar Eregli! Jadi nanti kalau orang tanya mana ropa Herkules, kabor ada kat bandar tepi laut di Eregli, Black Sea, Turkiye!




Tak buleh nak agak saiz makanan yang diorder kat restoran sini. Mintak lamahcun dan patates, tapi yang datang punyalah besor lamahcun. Teman makan gak, cuba nak abiskan tapi tak daya. Last-last teman bungkuih. Niat nak bagi kat kucing dan burung yang banyak lepak kat esplanade ni.

Rega lunch teman ni dan 2 gelas cay, lebih kurang RM16.
Meh makan kome!

P.S Untuk maklumat, bangsa Turki tak anggap Herkules ni hero atau pahlawan deme, cuma deme eksploit mitos kuno Roman ni yang sebut Herkules lahir dan hidup di Eregli, utk tujuan pelancongan, tu jer. Replika kuda Trojan dari kisah Troy atau Helen of Troy (ingat Brad Pitt dan Orlando Bloom?) pun ada kat Turki!