Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label tulip di Turki. Show all posts
Showing posts with label tulip di Turki. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

MOH KITE GI PASAR DI BANDAR HERKULES, LAUT HITAM, TURKIYE!

Patung Herkules, makhluk gagah dalam mitos Yunani, dibina di bandar Eregli, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Dalam trip Turki 2012, 4 kali teman ke Laut Hitam menziarahi kuarga Mr T. Kampong Mr T diDeredebi, Duzce; anak bongsu tingge di bandar Akcakoca; dan anak sulung tingge dibandar Eregli.


"This is your seat" kata Mr T.

Teman berpeluang gi Eregli dlm ziarah ke 3. Tahsin dan bini dia Zuleyha asyik tanya bila nak gi
romah deme.


Mr T pilih bas Metro lagi sebab perkhidmatan dan kemudahan yg memuaskan.
Bas bertolak
kui 10:30 pagi...



...sampa Eregli kui 5 petang. Zuleyha amik teman kat terminal.
Dalam keta penuh kekanak - ada si Yusuf yg nampak bosan...



...2 orang anak-anak jiran, si Ahmet dan adik dia Zeynep.


Anak-anak yatim deme ni ropanya

Kami turunkan Ahmet dan Zeynep dan Opah deme kat sini. Dulu Tahsin dok kat sini, tapi bila
dah anak 3, dia pindah ke apartment yg lebih besor. Baru teman tau masa ni, Ahmet dan Zeynep dah jadi anak yatim. Mak deme meninggal dlm kemalangan jalanraya tahun lepas. Arwah mak deme dulu pensyarah universiti tapi berhenti sebab dia nak memaka tudung!
Al-Fatiihah utk arwah.



Keesokan ari, teman amik bas mini ke bandor Eregli.
Zaman Yunani bandor ni dipangge
Herkules sempena nama dewa gagah tu, kununnya dia dilahirkan kat wilayah ni.
Dewa pun dilahirkan yek?
Sengal!
Bila jatuh ke tangan tentera Uthmaniah, deme tukor
pada Herakles, kendian Eregli.
Teman datang musim bunga, jadi Majlis Bandaran hias bandor
dgn pelbagai bunga kekenit.
Takde bunga tulip!
Teman rasa bunga tulip hanya dimonopoli
oleh Istanbul!



Dalam bas tu ada sorang Yong yang agak muda dgn 2 biji bakui.
Teman agok dia bawok hasil
kampong dan nak ke pazar.
Perati tudung dia, renda tepi musti dia yg kait sendiri.



Walaupun orang kampong, bila berfesyen deme bergaya.
Kaler baju mesti ngam dgn kaler
tudung.
Dia hangkut bakui yg berat tu satu persatu nuju ke pazar.
Teman ngekor dari
belakang.



Lagi sorang Yong dengan beban dari romah atau kebun dia.
Dia paka suar besor biasa dipaka
pompuan kampong.
Suar ni ala-ala skirt, besor dan longgar.



Lagi sorang petani/peniaga Yong.
Kan teman penah labun dulu orang pompuan Turki ni gagah
perkasa. Angkat guni 40 kilo pun steady jer...


Yong Power!

Di pasar pagi Eregli, 80% peniaga sayur adalah kaum Yong. Ada yg jue hasil kebun sendiri, ada
yg jue hok orang punya.
Yong ni ada jue kacang walnut (kiri) dan hazelnut (bawoh kanan). Kacang walnut lazimnya tumbuh liar di wilayah ni.
Kat Malaya mahei kome!
Nitik ayor lior nengoknyer!



Macam pasar Siti Khodijah, kaaaannn?
Satnika sayur kampong yg tentunya organik deme buat niaga.



"Cicek ni untuk dimakan ke, Ablah?" dengan sengalnya teman tanya sorang Yong.
Dia perasan teman ni Yabanci (orang asing), dia buat gerakan menghala ke hidung. Ohh untuk hiasan dan wangian.
Huuuhhh memang wangi pun!
Teman pun beli sejambak.



Keju putih made-in-kampong (beyaz peynir).
Kak Emine dan mertua selalu buat keju nih.
Satu peket tu 10 Lira gamoknya (RM17).



Kalau kome ingat citer teman tulih pasa lempen sayur cam paku-pakis tu, nilah dianya.
Ropa lawor, ada bunga-bunga kecik!



Musim bunga, buah stroberi banyaklah.
Sepeket tu 10 Lira.
Saiz deme lebih besor dan manis dr stroberi Cameron Highlands.
Teman makan 4-5 biji udoh jenuh!



Dari Opah ni teman beli stroberi.
Sembang-sembang dengan dia. Suka bebenor dia bila dia tau teman Yabanci.
Haissyyy...terer-terer teman speaking Turki, cehhhh!



Ehhh cam seropa pulak!
Sebelum balik bergambor dengan dia.
Sayang tu, dakap-dakap lagi!



Di Istanbul teman buleh main masak-masak.
Sup Turki ni seropa sup omputih - pekat.
Ni sup dhal meroh - tumih dulu, rebus sampa hancor, boh sikit lada serbuk dan garam.
Croutons
teman buat sendirik!

Roti bakor dengan keju kasyar,...bakor, bakor!