Moh Kite Follow Sesame...

Friday, May 11, 2012

AKTIVITI PAGI DI KAMPONG DEREDEBI, TURKI!

Ladang hazelnut Mr T dan romah sepupu dia Mostafa


Assalamualaikum dan Salam Bahagia di Hari Jumaat yang Mubareq,

Semoga kita semua mendapat rahmatNya.

Hari kedua teman jenguk ke tingkap, owhhhh...salji udoh turun, mungkin sejak semalamnya, dan masih turun...



Hmmm tengok ke bawoh, pokok-pokok bunga dan pokok cabai, serai (!) Kak Emine dah tak nampak. Serai penah teman bawok tahun lepas, musim dingin dia kecut ler.



Banglo Kara Kiz ada salji nipis ataih bumbung dia. Longgokan kayu api yg belum dikerat pun dah tak nampak...


He he...keta Mr T.

Semalamnya dia tepon Kak Emine kata tak nak balik Istanbul (dari Istanbul belah Asia, tempat dia koje), sebab salji tengah lebat, trafik jem, jambatan sesak, bla bla bla...
Perjalanan dr tempat dia koje ke Kg Deredebi 2 jam lebih jer.

Eleh cakap jer rindu kat teman. Baru satu malam tak jumpa...



Kawan Freelance (Freelance ntah ke mana nyongket) datang mintak makan.
Sian hewan-hewan di musim dingin ni, makanan korang. Teman bagi roti.
Ehh kenapa ada 2 pasang kasut orang jantan?
Ohhh teman paka (kasut itam Mr T yg memang ada kat tempat kasut), masa turun bawoh semalam...lufe!


Ni boiler dalam bilik ayor Mr T (master bedroom). Teman guna bathroom ni, yg paling dekat dgn dapor.
Kalau matahari tak de, solar panel kat bumbung tak dpt simpan tenaga utk panaskan ayor, jadi teman rajin pasang api kat sini sebab teman suka mandi, tak kiralah ari sejuk ke panah ke...
Owang Melayu kaaannn...

Bahanapi dari kayu hazelnut dan gozalak.

Gozalak ni pokok dia tumbuh bersepah kat kampong ni. Kita kat Malaysia buat hiasan, spray werne emas atau perak, boh kat pokok Krismas.
Sian kat kita kan!



Memola pasang mancis kat gozalak tu, cepat jer dia terbakor, pastu susun kayu api keliling dia.
Woooosshhhh, api pun nyala dgn gumbira!
Tutup pintu boiler ni, melimpahkan abu kang!


Kahvalti time.

Yang dlm kuali lepior tu kentang garut dgn daging, buat lempeng, menu baru Kak Emine. Teko 2 tingkat tu teko cay, teko yg rendah cay bunga. Teh bunga ni sekilo berpuluh-puluh ringgit, RM60 gitu!
Mujur kat kampong ada pokok dia, dpt minum free.
Lazim diminum di musim dingin, utk lawan selesema ke apa ntah!

Tambah satu gelas cay lagi...utk Mr T.

Kalau Mr T balik kampong, lazimnya teman gi tido romah mertua.
Mr T setuju dgn arrangement ni.
Teman yg arrange ha ha hah!


Mr T tunggu Kak Emine siapkan kahvalti.

Sementara tu deme sembang pasa hal-hal kuarga, lembu, hazelnut dan topik-topik yg sewaktu dengannya.
Kalau dia rasa perlu, dia tercumah (terjemah) kat teman.
Bahasa Turki sebut tercumah, maknanya ni bahasa Arab kot kita. pinjam.



Pas kahvalti teman dan Mr T turun tanah. Mr T nak tunjuk kat teman banglo baru Kara Kiz.
Ni pertama kali teman nak tengok romah baru Kara Kiz.



Tengok owang dah siap nak bekoje!
Ngape...tak caye?
Bekas putih tu ada gandum utk ayam. Si ayam-ayam pun ada bilik deme dlm banglo nih.

Ni anak Kara Kiz (perkenalkan pada pembaca baru Moh Kembara) dan cucu Kara Kiz, anak kepada Sari Kiz.
Emak dgn anak sama-sama gedik bunting dan beranak at the same time! Rasanya bofren deme sama... heeee sumbang mahram!


Lunch
Kak Emine buat salad kentang...kaler-kaler lagi.
Ada pembaharuan dlm menu Kak Emine kali ni.
Selalunya salad dia timun, tomato, timun, tomato, timun, tomato...!


Errr ni salad Melayu kat Shah Alam.
Boh kerang banyak-banyak...


...boh togeh, belacan sikit, kerisik sikit...gaul-gaul.
Kalah salad Turki!
Bukan nak lawan salad Kak Emine.
Tak menang deme. Tapi salad ni gerenti Mr T tak makan!
Makruh pada mazhab deme sebab ada natang kerang tuh!
Sila kome!

Wednesday, May 9, 2012

RUTIN PEPAGI BUTE DI KG DEREDEBI, LAUT HITAM, TURKI!

"I'm dangerous..." Mr T penah labun.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tengah rajin nak hapdet.
No such thing as Wordless Wednesday kat sini!
Tengah ari tadi Mr T tepon kata dia on the way ke Ankara. Nak jumpa Boss baru dia.
Aaarrggghhh dia nak koje luar negeri lagi!
Adeiiii, nak larang tak buleh Yob nih. Tapi jadi expat masyuk lebat, Alhamdulillah.
"I'm doing this for you!" dia selalu kata.
(Ok, pegi...pegi!)

Tapi awatlah selalu koje kat negara yg tak bape aman - bom sana, tembak sini, culik sana, berani mati sini!
Teman buleh doa tiap ari, tu jer.
Mr T ni tak takut semua benda-benda ni. Dah biasa pada dia. Maleh nak citer apa yg dia penah buat masa dia muda-muda dulu.
Buleh buat filem James Bond atau filem spy!



Bangun pagi mesti tengok tingkap. Ni masa trip pertama teman balik kampong Mr T tahun ni, dalam bulan Februari.
Matahari segan nak naik.
Nampak romah sepupu Mr T dan ladang hazelnut Mr T.



Bila cerah sikit, teman rakam gambor romah mertua seberang jalan. Tu bukan si Karabas kat gate tu, tapi mungkin sedara dia.
Teman pun "Syohhh, syohhh!" halo dia kuar.
Buat bodo kamu yek...


Tiap musim sejuk sini teman dan Kak Emine tido, bila Mr T tak baliklah. Teman tido bawoh, Kak Emine tido ataih sofa cum katil buleh lipat.
Sini paling panah, dlm bilik tido sejuk, dan kena pasang api soba!


Sementara Kak Emine gi banglo Kara Kiz utk peroh susu dia, teman masak ayor. Bila ngelegak, kalih teko cay tu ketepi sikit.
Rebuih telur 2 lai...


Bagian bawoh teko, ayor dia merenih, bagian ataih boh ler daun teh dan tuang ayor panah tu separuh.
Biorkan merenih lagi!


Susu semalam dan susu pagi ni dituang dlm poyok besor dan dimasak sampa meruap...


Sementara Kak Emine buat koje dgn susu tu, teman rolling meja kayu ni, lap dengan tuala basah dan boh 2 gelas cay...


Kak Emine potong roti yg dia bakor semalam. Kulit dia agak keras tapi belah dalam gebu jer.



Dia bakor roti utk teman.
Sayang kat teman tuuu!
Heee perasan!
Sapa yg tak kenei Kak Emine, Karabas atau Kara Kiz, gi selak entry dedulu yek!



Dia amik seketui beyaz peynir (keju putih kampong, dia sendiri buat dgn susu Kara Kiz) dari peti ais, potong-potong empat segi sebesor tauhu.
Ho ho kalau dibungkuih elok-elok dan dijual kat Giant atau Tesco, mau RM12-RM15 seketui tuh!

Nampak tu jari teman yg comey...nampak?

Masa roti tu panah-panah, teman sapu dgn butter kampong buat dari susu the lembus.
(Tima kasih Kara Kiz dan Sari Kiz!)

Deme kat sini roti dan telur rebuih main letak jer ataih meja, tak yah pinggan atau piring. Tu sebab sofra (meja makan) ni kena dibersihkan dulu sebelum makan.


Clockwise
: Dagin korban ditumih, sebab Yong Malaya suka makan dagin; jem buah tin; telur rebuih sebiji utk teman; beyaz peynir kampong; butter kampong; dan yoghurt manis kampong!
Sekali lagi, tima kasih Kara Kiz dan Sari Kizzzz!
Ehhh kat tengah madu asli kampong...of cozzz!


Nah tengok dedekat roti kampong dibakor, disapu butter kampong dan jem buah tin kampong.
Nilah dikatakan kahvalti atau sarapan Turki!
Syukur Alhamdulillah nikmat yg Dia beri pada hamba-hambaNya!



Close-up
jem buah tin (fig kata omputih!).
Sapa nyongket ke romah teman kat Shah Alam, merasa ler!
While stock lasts!






Monday, May 7, 2012

NGAPE NAMA MAIMUN TAK POPULAR DI TURKI...BALIK KG DEREDEBI NAIK BAS!

Nevin menggendong Mursel dan adik dia, Yeter. Menunggu bas balik ke Kg Deredebi.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Semalam teman labun ngape nama Muhammad jarang digunakan di Turki. Ari ni labun ngape nama Shamsiah dan Maimun tak akan popular di Turki.

Ni sapa pun tak kabor kat teman tapi teman tau sebab teman faham maksud perkataan 'Shamsiah' (dieja samsiyeh dlm bahasa Turki) dan Maimun (deme eja Maymun).

Kalau ari ujan deme suruh paka samsiyeh, takut basah.
Faham kome?

Dan maymun adalah sejenis hewan kaki empat yg suka bergayut kat ataih pokok tu.
Faham kome?

Itu ler sebabnya kome.
Harap-harap sesapa yg nama Maimun bila gi Turki, elak sebut nama kome tu, guna nama lain, takut deme gelak!

Ok jom ikut teman balik Kg Derdedbi naik bas. Bas ni milik persendirian dan khidmat dia bawak budak sekolah dan setiap ari selasa bawok orang kampong gi Pasar Selasa di Akcakoca.


Sorang penumpang tolong pangku si Mursel.

Bila bas sampa, memang udoh padat. Mana tak padat memasing paka baju 3-5 lapih!
Elok jer duduk, si Mursel terus tido.
Nevin dgn teman dan Mak dia yg naik last berdiri dekat-dekat pintu.


Kat bandar Akcakoca salji dah cayor, tapi dalam kampong-kampong sepanjang jalan 5 km tu salji masih memutih.
Tambang bas 3 Lira sorang (kali RM1.72).


Bila ada penumpang nak turun, kami yg dok kat tangga pun kena turun...



Dok depan buleh nampak pemandangan kampong dan ladang hazelnut!



Teman ingat ada 3-4 kali bas berhenti turunkan penumpang. Memasing berhangkut satnika sayur, kekacang, periok belanga deme beli kat bazaar tadi!


Romah di salah sebuah kampong jiran.

Perlahan jer bas nyusur bukit sebab dik salji dan jalan yg tak berturap.


Turun dan punggah lagi...


...dah sampai Kg Deredebi!

Jalan kampong kami ada batu tersusun. Ari tu dia berayor sebab salji mula cayor.



Mak Nevin, Nevin dan Mursel balik ke romah deme...diikuti si Karabas yg hitam tu, nampak tak kome, belakang orang tua tu?
Sapa yg kenei Karabas buleh spot dia nih!



Dalam romah buleh buang baju dan paka nipih-nipih sikit.
Mursel dan Moyang belah bapak dia, mak si Nevin.



Abih citer kembara, citer makanlah pulak!
Ni daging yg diawet dgn rempah.
Sekilo ntah bape puluh ringgit teman lupa.
Teman beli takat 10 Lira jer, banyak tulah, dihiris nipih-nipih.



Kalau nak makan, goreng 3-4 keping jer.
Teman suka goren dgn bawang dan tumih minyak zeytin...


Boh ataih roti...nyum, nyum, nyummm!

Saturday, May 5, 2012

NGAPE NAMA MUHAMMAD SUSOH NAK JUMPA DI TURKI

Bahrican dan classmate.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Senario #1: Sorang Atuk 98 tahun Mohd Hassan bin Kulup Sakah, dari Kampong Semilang Keli, didakwa mencabul Senah bin Mat Labu, 97 tahun, diromah tak bernombor....

Senario #2: Sorang penagih dadah Muhamad Ali bin Mat Candu, dijatuh hukuman 5 tahun kerana memiliki 20 lai suar dalam wanita dan....

Senario #3: Sorang pelajar Tahun 6, Muhd Iskander bin Md Senin, di sebuah sekolah rendah di Pekan Lubuk Keli, ditahan kerana menjual kondom pada pelajar Tahun satu...
(Sumber Utusan Meloya)

Teman bila baca berita macam ni kadang hangat ati jugak. Nama bukan main baguz tapi perangai cam *&##@!!!00*7n XYZZZ***XXX!!!!
(Jangan mencarut!)

Mr T ada labun kat teman sebulan lepas, sejak zaman kesultanan Uthmaniah lagi, ada peraturan yg telah ditetapkan, nama Junjungan Nabi Muhammad SAW dilarang digunakan bagi kaum Yob-Yob.
Sebab?
Takmo nama makhluk kekasih Allah ni dicemari jika pengguna nama ni menbuat peranga tak senonoh seperti contoh-contoh kat ataih tuh!

Gitulah hormatnya dan sayangnya bangsa Turki dgn Junjungan kita ni. Kalau nak guna gak, kena ubah sikit sebutan.
Jadi yg ada nama seakan-akan nama Rasulullah ialah Mehmet dan Ahmet.
Nama keluarga terdekat baginda pun bunyi sipi-sipi seperti Emine, Ayse, Helime (ehem, ehem....) Zeynep, Hetice etc.


'Ucup'

Gitulah penerangan dari Mr T, sumber maklumat keturkian anda!

Di kalangan kuarga Mr T, ketiga-tiga anak lelaki dia takde nama Muhamad, Mohd, Muhd atau Mat, cam kat Malaysia ni, versi Muhammad banyak dan sebutan dia pun sama cuma ejaan jer berbeza sikit.
Ni Yusuf, anak bongsu Tahsin...


...cucu sedara, si Mursel...


...Alphan, anak Asim....


....Bahrican anak Alper Talip....



...dan cucu paling sulung Ertugrul Hamza, anak Tahsin.
Ertugrul dah sama tinggi dgn Opah Malaya, haiisyyyy, tak aci!

Begitu kisahnya ngape nama 'Muhammad' susoh nak jumpa di Turki!



Btw
, teman ada hobi baru!
Beli sekilo reta qarun ni kat Grand Bazaar, Istanbul.
Buat rante dan gelang.



Dengan renda Turki buat rante.
Sold to Ms Lydia, Shah Alam.



2 pasang werne ijo dan purple sold to Frau Badar, Sg Petani.
Dia ni pantang teman tunjuk barang, nak ajer...



Werne ungu gi Spain utk Senorita Dee Ismail. Dia order 3 urat utk dia dan 2 ore anak dia.



Ni nak kongsi gambor jer.
Koleksi skaf yg renda dikait oleh Nevin, Opah si Mursel. Renda ni dikait masa dia memuda lagi!



Ni yang mak Mursel kait.
Tiga lai sold to Yong Norizan Abu Bakar, Pulau Carey.
Hari senin sampai kot bungkusan tu Yong Norizan ya!
(Dealing via FB and email gitu)



Moh jamu mater!
Semangkok salad campur beli kat R&R masa nak balik ke Istanbul...



...dan sepinggan daging panggang yang ditumis.
Boring rasa dia.
Mashed potato pun bland.
Deme ni takde lidah ke apa?