Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label roti Turki. Show all posts
Showing posts with label roti Turki. Show all posts

Monday, June 18, 2012

NYONGKET-NYONGKET KAMPONG TURKI DI LAUT HITAM/KARADENIZ!

Yeeeeaahhhhh dapat report card!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

bulan Jun mula summer holiday di negara-negara Eroph termasuk di Turkiye. Bebudak sekolah pun dpt Report Card, bawok balik tunjuk kat mok pok.
Masa ni negara belah utara ni meriah dgn keseronokan, percutian, piknik...dan bertimbunnya koje pertanian. Orang Kurdish berbondong-bondong ke wilayah yg ada ladang/kebun utk koje sebagai buruh upahan. Antara tempat dituju ialah Wilayah Laut Hitam atau Karadeniz.


Findik!

Sesetengah gambor teman amik dr perlbagai sumber di FB. Deme suruh share, teman pun share. Nilah rope findik, jangan tak taw.
Kalau kaler kelopak dah kecoklatan tu, kira dah buleh petik.
Satu gugus mau dok ada 5-8 biji.
Pulak, ngape teman cakap cam orang Alo Setaq?



Karadeniz ni luas merangkumi lebih 20 buah negeri.
Negeri Mr T ialah Duzce.
Ehhhh mana peta Karadeniz ni!??
Budok kenit ni bukan dari negeri Duzce, tp negeri yg ataih-ataih gunung dan dia paka baju tradisional daerah dia.
Kunun nak metik hazelnutlah tuh!


"Nah amik sorang sebiji elma ni!"

Orang Turki kebanyakannya peramah tambah kalau kome ada muka orang baik-baik cam teman ni.
Ni buah epal kampong.



Findik
lepas dipetik kena jemur 3-4 ari bagi kerin.
Pastu baru dimesin buang kelopak dia.
Yang tengah-tengah tu dah dimesin oredi!


"Aku kaya, aku kaya!"

Atok sedang baring ataih findik yg dah kerin, belum dimesin.



Jalan nak masuk ke kampong Mr T, Deredebi Koyu.



Sungai Deredebi di musim bunga, ayor banyak!



Deredebi Koyu dirakam dari ladang ataih bukit.
Rumoh Mr T yg paling kanan cat putih tanpa atap meroh! Memang tak beratap tapi flat jer, buleh deme jemur memacam.
Pokok yg rendang dan tinggi adalah pokok buah2an seperti epal, pear, erik (plum), buah tin dll manakala yg rendah tu ladang hazelnut.



Jiran-jiran di Kampong Deredebi.



Ni bukan Kg Deredebi tapi kampong di negeri lain yg tanam teh.



Banyak negeri-negeri di Karadeniz menpunyai kawasan tanah tinggi dan bergunung-ganang.



Lagi sebuah kampong di luar Duzce.



Kawasan cam ni kalau musim dingin salji amat tebal dan deme buleh terperangkap berbulan-bulan.



Di musim panah, pokok jagung akan menghasilkan jagung, bukan doyan. Lazimnya jagung deme benih ori, bukan manis, dan deme rebuih atau bakor.
Tapi sebahagian deme buat roti jagung yg teman tak bape suka, dan buat tepung jagung kasor.



Banyak jenis pokok buah mola menghasilkan buah, bukan anak ayam, dan muroh-muroh pulak di pasaran sebab terlampor banyak.
Mau RM2 sekilo jer stroberi tu.
Yang putih tu sejenih cendawan.
Gambor ni kredit pd Puan Noreen Kartal.



Sejenih berry, mungkin blueberry?



Teman penah citer yg pompuan Turki gagah dan perkasa kan?
Haa ni 2 orang penduduk kampong sedang tanggung batang pokok jagung buat fodder lembu deme.
Mungkin dedulu mak mertua teman pun koje nanggung kayu dan satnika hasil kebun ataih belakang dia.
Mr T dan adik lelaki dia nanggung guni hazelnut seberat 50-65 kilo!


Ha ha ha haaahhhhhh!!!!!



Remaja Karadeniz amik skrol dr pengetua sekolah pas tamat sekolah menengah.



Kalau nak masuk U deme kena amik peperiksaan entrance (kita ada STPM, deme takde).
Yang amik peksa berjuta-juta calon, yg dapat tempat beratus ribu jer!


Dara Karadeniz.

Kalau yg ikut blog ni lebih 2 tahun, mungkin ingat dia ni, si Esra (16 th), sedara Mr T.
Sekarang kuarga dia dah pindah ke Istanbul, dah berhenti sekolah dan koje kilang sebab kuarga tak mampu. Teman tak sempat nak ziarah rumoh Istanbul dia aritu.
Dia tanya bila nak ziarah kuarga dia. InsyaAllah, nanti.


Teruna idaman Karadeniz.

Gambor terbaru cucu tiri teman si Ertugrul Hamza (12 tahun).
Camne dia buleh jadi friend teman, teman tak add pung!



Di musim panah, banyak aktiviti memsak roti dibuat di luor rumoh. Ada yg letak dapor di luor atau ada yg masak dlm ketuhar tradisional cam ni yg dipangge firin.



Tengok Yob dgn seksi bersinglet jer, melayan roti pide Ramazan.
Ni mesti bulan Ramadhan jatuh di musim panah sejak 2-3 tahun ni termasuk tahun ning!



Ramazan pide
, kampong-made ... gebu-geban kan kome!

Monday, April 2, 2012

MUSIM BUNGA DI KAMPONG DEREDEBI, TURKI!

"Mengintai yaa, Freelance!"


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ujung minggu Tahsin dan kuarga balik Kg Deredebi ziarah mak dia, Kak Emine. Rioh ler sikit rumoh yg masa weekdays sepi dan sejuk. Cuaca pun sejuk sederhana, kan musim bunga ni.
Tengah hari ahad deme balik Eregli, teman tingge berdua dgn Kak Emine.
Kami tido kat mutfag (dapur) sebab sini panah.

Pepagi si Freelance dah tercongok kat tingkap mintak makan...



Ntah cam ner, Karabas dr rumoh mertua nampak teman, kejor nyusup bawoh gate.
Minta makan gak ler tuh!
Teman pun campak roti...ha ha haa dia terpaksa berebut dgn ayam-mayam!



Nilah ropa bunga pokok erik atau plum.
Erik kat sini ada 2 jenih - yg bunga pink buoh dia ungu gelap bila masak, yg bunga putih buah dia werne kunin.



Mungkin tak bape clear, bunga pokok plum yg satu werne pink, satu werne putih.
Banyak pokok erik kat Kg Deredebi ni sebab teman nampak bunga ni merata-rata!



Teman tolong halow lembu Kak Emine dan Nevin ke arah Sunga Deredebi. Kiri-kanan ladang hazelnut, pokok deme dah mula tumbuh dedaun ijo...



Ni ropa pokok hazelnut yg baru tumbuh daun baru...



Yang ni kebun sayor Nevin yg agak baru disemai seminggu lebih kot.
Ada sayor panjar, salad maru, pokok bawang dll.
Dalam 3-4 minggu buleh makan nih!



Di laman rumoh Mr T ada selonggok batang pokok hazelnut yg baru ditebang.
Nanti deme potong guna chainsaw dan simpan kayu api ni bawoh rumoh. Penggunaan kayu api sentiasa diperlukan tak kira musim.



Pagi tadi Nevin ajak teman ziarah tengok anak sepupu Mr T yg cedera kena sesuatu.
Teman tak bape faham apa deme cakap tp pemuda hensom tu (hensom tau, gambor ada...) luka kat dahi.
Ni si Nevin terserempak dengan bapak si Ahmet yg cedera tu dan si Tarzan!



Citer kami nyongket kampong nanti-nanti teman tulih.
Masa balik Nevin dgn teman susup-sasap dalam ladang dan kubur kuarga Mr T.
Teman nak tengok kubur tu, ziarah dan amik gambor.
Sempat posing tu.
Kat belakang tu rumoh Mr T.



Kahvalti
pagi Ahad, menantu Mr T si Fatma dan anak Fatma yg amat nakal si Bahri Can.
Ada 2 jenis peynir (keju kampong), madu, rece celik (jem strowberi), kentang dan kofte goreng dan home-made ekmek...tapi budak kecik ni jerit nak "Yumurta, yumurta!"
Dia nak telur daa.
Mujor ada ayam kampong Kak Emine yg selalu bertelur!

Sunday, October 2, 2011

Penyokong Kelab Poland Rentang Banner 'Jihad'...Food Porn - Roti Turki!

Penyokong Kelab Legia Poland dengan kain rentang 'Jihad'.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Kelab Bolasepak Legia Warsaw, Poland berkemungkinan didenda 1 juta Euro ekoran kain rentang berbunyi 'Jihad' yg dibentang oleh penyokongnya tatkala perlawanan antara Legia dan Kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel. Banner yg berlatarbelakang warna ijo kebetulan sama kaler dengan kaler kelab Poland tu.
Pihak polis akan menyiasat dan akan memanggil pihak penganjur Euro Game dan wakil kelab bagi mendapatkan kenyataan. Deme masih mencari sama ada memasang banner seumpama tu merupakan satu jenayah. Setakat ni belum ada orang komplen pasa banner tu.

Difahamkan penyokong kelab Legia sering menggunakan banner seumpama bila berkonflik dengan tuan punya kelab. Namun maksud banner ni jelas tatkala pertembungan dgn kelab dari negara Yahudi ini.

"Segelintir penyokong Legia mempunyai sikap anti-semitik dan berfahaman ultra-nationalist yang memiliki kebencian terhadap orang Yahudi dan ini dizahirkan lagi bila kelab deme bertemu kelab dari Israel," kata Rafal Pankowski dari kumpulan Never Again dan Football Against Racism.

Legia menang 3-2 dalam perlawanan yg berlangsung khamis lalu.

Sumber Hurriyetdailynews.com


Pompuan Malaya dan roti Black Sea .

Moh layan home-made roti dan bun Turki!



Memola buat dough roti/bun. Camner buat dough?
Teman pun tak tau.
Tapi yang teman nampak si Nevin ni guna tepung gandum, ayor sejuk, ragi yg dibeli kat supermarket dan secubit garam.
Bancuh dan gaul sampai mesra.
Pastu tutup dengan kain lembab, biorkan sejam gitu.



Ni inti bun.
Crumble cheese atau keju kampong yg dipecah-pecahkan, sikit serbuk lada dan herba - oregano atau mint kot.



Grease
ler baking tray dengan minyak ke...



Bila dah sejam dough tu rehat, gomoi, gomoi lagi dan amik agak seketoi besor jejemput.
Pap, pap, pap kan kat tangan dan boh inti keju tadi.
Jangan canai, ni bukan karipap!



Pastu lipat over cam karipap.
Pulak, tadi kata bukan karipap!



Kome kelim tepi tu cam karipap.
Ni Nevin kelim stail Turkilah.



Selain yg berbentuk karipap, buleh gak kome buat bentuk bulat seropa kuih pau.



Dah siap boh inti, sapu minyak sikit atas deme, then tabur bijan itam.
Bijan putih pun buleh, tak kisah!



Yang ni yang ropa pau. Bakorlah dalam oven. Jangan tanya bape suhu dia, teman tak tau!



Taraaaaa...dah masak!
Rasa dia? Rasa roti ada cheese crumble.
Errr...kalau orang kita, mesti dia nak boh inti memacam.
Terpulanglah, kome yg nak makan kan?
Orang Turki ni skema, kalau nenek-moyang dia boh keju, keju ler deme boh, tak mau tukor!



Ni roti yg besor cam bantal gambor yg memola tu.
Bila baru kuar dari soba (dapur kayu), terus potong dan makan panas-panas dengan butter kampong dan cay panas!
Masa ni teman makan berdua-duaan dengan Kak Emine!



Ropa home-made roti di Kampong Deredebi, Laut Hitam.



Ni meze, pembuka selera kalau kome makan di restoran Turki.
Buleh makan dengan roti nipis.
Ada berbagai jenis meze ni, macam pestolah kiranya.
Ada yg tomato-based, yoghurt-based dan cheese-based...nyum nyum!
Silakan kome!

P.S Keputusan peraduan spontan translate bahasa Jerman. Pemenangnya ialah...Yob Din Brasco dan Yong Tihara!
Tahniah!
Sila email nama penuh dan alamat penuh kat teman di hellibra2@hotmail.com