Penyokong Kelab Legia Poland dengan kain rentang 'Jihad'.Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Kelab Bolasepak Legia Warsaw, Poland berkemungkinan didenda 1 juta Euro ekoran kain rentang berbunyi 'Jihad' yg dibentang oleh penyokongnya tatkala perlawanan antara Legia dan Kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel. Banner yg berlatarbelakang warna ijo kebetulan sama kaler dengan kaler kelab Poland tu.
Pihak polis akan menyiasat dan akan memanggil pihak penganjur Euro Game dan wakil kelab bagi mendapatkan kenyataan. Deme masih mencari sama ada memasang banner seumpama tu merupakan satu jenayah. Setakat ni belum ada orang komplen pasa banner tu.
Difahamkan penyokong kelab Legia sering menggunakan banner seumpama bila berkonflik dengan tuan punya kelab. Namun maksud banner ni jelas tatkala pertembungan dgn kelab dari negara Yahudi ini.
"Segelintir penyokong Legia mempunyai sikap anti-semitik dan berfahaman ultra-nationalist yang memiliki kebencian terhadap orang Yahudi dan ini dizahirkan lagi bila kelab deme bertemu kelab dari Israel," kata Rafal Pankowski dari kumpulan Never Again dan Football Against Racism.
Legia menang 3-2 dalam perlawanan yg berlangsung khamis lalu.
Sumber Hurriyetdailynews.com
Pompuan Malaya dan roti Black Sea .Moh layan home-made roti dan bun Turki!

Memola buat dough roti/bun. Camner buat dough?
Teman pun tak tau.
Tapi yang teman nampak si Nevin ni guna tepung gandum, ayor sejuk, ragi yg dibeli kat supermarket dan secubit garam.
Bancuh dan gaul sampai mesra.
Pastu tutup dengan kain lembab, biorkan sejam gitu.

Ni inti bun.
Crumble cheese atau keju kampong yg dipecah-pecahkan, sikit serbuk lada dan herba - oregano atau mint kot.

Grease ler baking tray dengan minyak ke...

Bila dah sejam dough tu rehat, gomoi, gomoi lagi dan amik agak seketoi besor jejemput.
Pap, pap, pap kan kat tangan dan boh inti keju tadi.
Jangan canai, ni bukan karipap!

Pastu lipat over cam karipap.
Pulak, tadi kata bukan karipap!

Kome kelim tepi tu cam karipap.
Ni Nevin kelim stail Turkilah.

Selain yg berbentuk karipap, buleh gak kome buat bentuk bulat seropa kuih pau.

Dah siap boh inti, sapu minyak sikit atas deme, then tabur bijan itam.
Bijan putih pun buleh, tak kisah!

Yang ni yang ropa pau. Bakorlah dalam oven. Jangan tanya bape suhu dia, teman tak tau!

Taraaaaa...dah masak!
Rasa dia? Rasa roti ada cheese crumble.
Errr...kalau orang kita, mesti dia nak boh inti memacam.
Terpulanglah, kome yg nak makan kan?
Orang Turki ni skema, kalau nenek-moyang dia boh keju, keju ler deme boh, tak mau tukor!

Ni roti yg besor cam bantal gambor yg memola tu.
Bila baru kuar dari soba (dapur kayu), terus potong dan makan panas-panas dengan butter kampong dan cay panas!
Masa ni teman makan berdua-duaan dengan Kak Emine!

Ropa home-made roti di Kampong Deredebi, Laut Hitam.
Ni meze, pembuka selera kalau kome makan di restoran Turki.
Buleh makan dengan roti nipis.
Ada berbagai jenis meze ni, macam pestolah kiranya.
Ada yg tomato-based, yoghurt-based dan cheese-based...nyum nyum!
Silakan kome!
P.S Keputusan peraduan spontan translate bahasa Jerman. Pemenangnya ialah...Yob Din Brasco dan Yong Tihara!
Tahniah!
Sila email nama penuh dan alamat penuh kat teman di hellibra2@hotmail.com