Moh Kite Follow Sesame...

Friday, October 7, 2011

Yang meninggal, bonda Erdogan...Yang dihargai, Yang disemelih, Yang dikasihi dan Yang sedap!

Yang pergi...Tayyib Erdogan dan bondanya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry ari ni banyak isu nak dilabunkan sebab banyak tempat nak nyongket ni!
Memola kita ucap takziah pada PM Turki YAB Encik Tayyib Erdogan yg baru saja kematian bonda dia Tenzile Erdogan, 83, di sebuah hospital di Istanbul.
Arwah menjalani pembedahan buah pinggang baru-baru ni. Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Fetih hari ni.
Semoga rohnya dihimpunkan bersama-sama orang soleh dan diampun segala dosanya. Al-Fatihah.


Yang dihargai...Tawakkal Karman

3 orang wanita telah dipilih menerima Anugerah Nobel Peace Prize termasuk sorang wanita Yaman Puan Tawakkal Karman, eh...cam nama Jowo pulak.
Puan Tawakkal, ibu pada 3 orang anak telah mengetuai banyak protes dalam banyak demo menentang pemerintahan kejam Presiden Saleh, yg tak soleh, dan memperjuangkan hak wanita, kebebasan akhbar dan pembebasan tahanan politik. Beliau dah beberapa kali ditangkap, diugut bunuh dan disumbat dalam penjara.
Pihak gomen cuba 'beli' dia dengan menaworkan jawatan tinggi supaya dia dok diam-diam tapi Tawakkal yg tawakkal ni kata, "No way Jose, errr...No way Saleh!"
Tahniah anda menang!


Yang disemelih...

Di sebuah kampong terpencil di Pulau Feroe, Denmark...comel dan aman damai...



...ada satu pesta, semua penduduk kampong tururn bergumbira beramai-ramai...




bawok parang, golok, sabit...



mengatuk, menakik dan melibas...



...pada hewan-hewan yg tidak mengerti apa-apa.
Konflik manusia dan hewan (dolphin Calderon) berebut hasil laut barangkali.
Shame on you Denmark!
Mana aktivis Greenpeace ni?
Kalau whaler Jepun tangkap paus deme hingor, kalau bangsa deme sendiri buat kejam, tak kaco pulak!
Stress teman nengok gambor yg ex-student teman email minggu lepas.
Dia mintak share dengan kawan-kawan!


Yang dikasihi

...tido baby, tido patung...



Gebu-gebu patung panda ni...



Aik, idup patung ni?
Memola teman ingat patung panda.


Time tido di Tadika Panda.

Saintis Cina memeriksa dan memujuk anak-anak panda.
Turun stress teman nengok gambor baby panda yg dijaga dengan baik.
Manusia ni ada memacam perangai - yg baik dan jahat!


Yang sedap

Sepiring tos yg disalut keju kasar (sebut 'kasyar').
Dibakor dan makan panas-panas waktu pepagi yg sejuk.



French toast yg dihiasi sambal sardin dan dibakor jugak.
Teman buleh makan 8 keping sekali hadap!
Meh rasa sorang sekeping meh...

16 comments:

  1. jahat nya bunuh dolphin....
    diorang buat apa bunuh hewan tu....
    errr...nak sekeping yong....

    ReplyDelete
  2. Salam kak Yong,
    Apese biler masuk jer blog ni jd terliur..hu3....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong Eita,

    Rasanya org pulau tu nelayan dan deme marah dolphin tu makan banyak ikan kat laut tu, berebut rezki ler tu. Meh datang umah akak, dpt 4 keping roti!

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum Yob Naim,

    Lain kali bawok tisu sebelum masuk blog akak ni, ayor lior melimpah!

    ReplyDelete
  5. syabas untuk anak wak Karman..pejuang wanita ni..
    sian dolphin tu....seksa nya la kan..
    aduh seksa nye tgk roti ada cheese..nak nak

    word verification hari ini ialah NOTTENUK.. saya bukan tenuk yer..

    thehehe..kelakar la yong :D

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum Kak Halima;

    Kejamnya tengok deme tu kerjakan dolphin.
    Betul kak tengok anak panda tu sejuk je hati, rasa nak tolong jaga jugak.
    Tengah lapor ni kak, 4keping tu boleh abih ummi makan...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yong Tihara,

    Tak sangka org Jowo menang Nobel Prize hu hu!
    Yong buleh buat apa roti cheeze bakor, yong kan terer masak2 ni.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Yong Ummi,

    Susah nak terima org Denmark cam tu sbb deme ni kononnya very advanced dan maju...
    Wah Yong ummi pon buleh idup makan ala-ala Turki!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak Halimah..
    tahniah buat pn tawakkal...
    terubat hati tenguk panda yg cute2 tu..selepas tenguk kekejaman manusia berhati haiwan..

    ReplyDelete
  10. Salam Ida,

    Y pertama kali wanita Arab menang Nobel Prize. Tapi barat pun ada agenda bagi wanita Arab ni menang, ada udang sebalik meggi!

    ReplyDelete
  11. salam.
    penah buat roti keras potong nipis2 n letak sambal sardin dan bakar sekejap... mmg sedap tapi resepi sendiri...

    makan banyak pun tak kenyang2. tu masalahnya.....

    ReplyDelete
  12. Salam Hj Nafisah,

    Ha ha susah nak kenyang sbb dia roti lompong, tu sbb kena makan samapi 8-10 keping!

    ReplyDelete
  13. Greenpis tu takot nak masok dalam laot yang red tu...!

    ReplyDelete
  14. Salam Yob Gedek,

    Ha ha ha bingo Yob!

    ReplyDelete
  15. kejamnye dorang..

    yg panda tu..kalau dpt sekor dua..hilang stress dpt peluk2 pas balik keja..hehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yong Diva,

    Org putih kejam org tak bisin!
    Ha ha..masa kecik memang nampak comey Yong, kalau dah besor mana nak bubuh!

    ReplyDelete