Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, October 25, 2011

Bencana Sana, Bencana Situ...Beringatlah Kita Weh!

PM Erdogan dan peminat di Van.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Walaupun gempa ni capai skala 7.3 Richter, Turki menolak dengan baik bantuan antarabangsa. Ada 50 buah negara nak bagi bantuan tapi terpaksa ditolak. "Setakat ni kume buleh handle sendiri, tima kasih ya kome!" kata Presiden Gul.



Semalam PM Erdogan gi melawat daerah yg kena gempa tu.


"Pe kabor Yob?"
"Patah tangan jer, YAB"
"Sabor ler..."


Gempa berlaku di siang hari. Itu kira nasib baik sebab rama penduduk dah kuar gi sekolah, pejabat atau berurusan di luor rumoh. Kalau berlaku waktu malam, mau lebih rama yg terkorban!


Antara yg terselamat, sekor kucin...err...idup ke lagi kucin tu?
Mungkin idup lagi. Bukan kucin Van, separuh Van.



Sebuah peti TV pun berjaya diselamatkan...



Bersabor deme menunggu giliran amik ration...



Siang malam round the clock cuba mengesan mangsa-mangsa yg terperangkap...



Search n Rescue Team
sedang berusaha keras.



Sonok pulak nampak deme berlonggok di luor. Tapi masalahnya dah masuk musim sejuk. Kalau takde rumoh jawabnya numpang rumoh sedara-mara ler nanti.



Berdiang berama-rama cam Boys' Scout masa Campfire.



Sorang ibu tua sedang meratap. Mungkin ada ahli kuarga yg terkorban. Orang Turki kalau meratap cam nilah, nangis sambil bercakap-cakap. Kekadang siap bernyanyi-nyanyi cam mak mertua teman.

Gambor2 gempa di Van cilok dari Hurriyetdaily.com



Kome tau tak, jiran terdekat kita di utara, Thailand pun sedang dihinggap bencana alam?



Udoh berminggu-minggu deme berendam dalam ayor. Ayor lambat pulak surut. Abih ler keta-keta baru ni terendam.
Mau juta-juta hangus!



Dengornya ekonomi di kawasan ni (alaa teman lupa wilayah mana yg kena bencana ni, tapi bukan Bangkok) dah merundum dengan teruk. Banyak biznes dan perusahaan lumpuh!



Teman rasa ni selatan Thailand.
Tu dia macam tasik, ada masjid terapung macam kat Ganu.



Kuil pun kena kepungan ayor. Selamat miker tak basah yek.
Tunggu situ nanti helikopter datang bagi bantuan!



Takde kenderaan, gajah pun orait. Tapi kalau dia termasuk longkang, abih kamu.



"Nah amik, jangan berebut!"



Lantok ler kome huru-hara, teman nak tido.

Gambor2 banjir di Thailand rembat dari Time.com



Berita terkini pasa arwah Gaddafi dan anak dia, deme telah dikebumikan di tempat rahsia di padang pasior. Ini untuk mengelakkan dari dijadikan makam pujaan oleh pengikutnya atau divandalise oleh musuh-musuh.
Ater...takde koje ke kome ni nak nengok mayat yg dah 4 ari ni?
Bawok bebudak pulak tu...haissyyy!

Gambor dari Hurriyetdaily.com


Google punya.

Nak tempek gambor makanan lepas gambor mayat tak sampai ati pulak. Nah tengok lagi sekor kucin Van!

16 comments:

  1. Assalamualaikum Yong

    berdiang....teringat kan emak teman semasa dlm pantang...jenuh teman cari kayu api...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Helli,
    Betoi tuh, peringatan untuk yang mau beringat...

    ReplyDelete
  3. Salam Yong

    Sama-samalah kita beringat dan berdoa semuga Allah tidak murkakan kita dan tanah air kita.

    Sekarang Yong kat Turki ker? mountdweller tengok banyak info tentang Turki kat sini

    ReplyDelete
  4. As-Salam Akak'..

    Selatan Thai la teruk benor banjir, maka teman pun jadi ahli geography la ni kaji mana lak pasni ayor tuh nak melimpah...selidik punya selidik, umah teman in danger kalau ayor tu surut. mcm tahun lepaih mau tenggelam separuh umah.

    Isshh teman tak sangka makhluk-makhluk Libya ni sanggup memperlakukan mayat Arwah Gadaffi dan keluarga sedemikian rupo...yelaa kalau benci sangat kat dia kenalah ingat jugak dia tu seagama ngan deme'. Jangan jadi 'rakyat Libya mudah lupo'...banyak gak jasa Gadaffi nih....dek kerana dakyah Yahudi dan kroni2nya dia jadi mangsa. Ishh sedih teman tengok pemimpin Islam jatuh dlm keadaan hina mcm tuh....dulu Saddam..pasni sapa lak nak kena...yang teman nampak Erdorgan la pasni...Najib Al-Anttatuya tak de maknanya dimata Yahudi...hehehehe

    ReplyDelete
  5. gempa di sana sini..tanda akhir zaman..

    gadafi dh mati, pengganti dia camne la pulak..

    yg pasti kucing van itu sgt lah comei :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tuan Hj,

    Wahh Tuan Haji jaga mak dlm pantang, bertuah mak!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pak Long,

    Semoga negara kita dihindari bencana2 besor ni. Tapi kita tetap kena beringat.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yob Org Gunung,

    Teman masih kat Shah Alam. Orang ghumoh teman dari Laut Hitam, duduk di Istanbul...tu yg banyak citer Turki kat blog Yong ni.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam Yob Din, dengornya deme buat saluran nak alirkan ayor tu ke laut. Td tengok berita TV, ada ayor lagi bertakung, heee bala apa ni.

    Tu akak tak faham pala hotak org Libya ni, lupa hukum-hakam. Ntahlah alim ulamak deme pun sengap jer.

    ReplyDelete
  10. Salam Yong Tihara,
    Ada baby dpt diselamatkan lepas 48 jam Yong, tengok berita tadi, Alhamdulillah, kuasa Tuhan.
    Harap2 Libya menjadi lebih baik dan Islamik tanpa jd boneka barat, Nauzubillah.
    Sememangnya kucin Van amat comey!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Halima;
    Alhamdulillah tengok berita sat ni, baby umur 2 minggu dan emaknya dapat diselamatkan selepas terperangkap 44 jam.
    Banjir kat Bangkok pun semakin buruk, tak boleh bayangkan kalau Malaysia banjir besar begitu...

    ReplyDelete
  12. tengok yang banjir kat thailand je....
    habis semua kena bersih kan....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yong Ummi,

    Tulah, kuasa Allah bayi tu selamat walaupun lebih 40 jam, lapor, dahaga dan sejuk tu.
    Lama dah banjir kat Thailand ni, tp tak surut2...bala.

    ReplyDelete
  14. Salam Yong Eita,

    Takut tengok gempa ke?
    Tapi banjir kat Thailand belum betul2 pulih, masih bertakung, mungkin surut sikit sbb gomen buat terusan.

    ReplyDelete
  15. Kat 1Malaysia, ada banjir pun orang tak insaf. Pihak penyebab banjir dapat perlindungan ke?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum yong,
    baguslah, Turki boleh handle sendiri x mengharapkan bantuan luar. org2 utara pun risau sebenarnya sbb kt thailand dh banjir takut thailand bukak empangan nnti terkena juga kesan kt kawasan dorang.

    kesian mayat2 tu, dh 4 hari baru nk kebumikan....pulak tu dijadikan tontonan pulak. haish....

    ReplyDelete