Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Dua tiga hari ni sibuk melayan tetamu kat rumah. Sorang ex-student dari Kota Bharu datang ziarah.
Masak-masak, makan-makan dan belajor-belajor agama dengan dia.
Dia nak jumpa teman sebelum teman berangkat ke tanah suci esok, InsyaAllah.
Pagi tadi kami nyongket ke PKNS dan SACC Shah Alam. Teman tak tau bila flight teman, tapi shoppinglah apa yg patut sebab visa haji dah ada, flight jer tak confirm bila.
Ronda-ronda kat Convention Centre tengok pameran pengantin.
Amik gambor 5-6 keping dan makan nasi briyani free ehsan syarikat catering orang kawen.
Pengantin ni sombong sikit, tak tegur orang.
Kul 12 tengah hari, kawan di agensi buat haji telefon bagi tau, flight teman esok.
Alhamdulillah!
Nanti shopping cari apa yang patut.
Contoh pelamin. Kalau kome minat nak tengok pameran orang kawen, gi jer kat SACC tu, dpt makan nasi briyani free lagi!
Pameran sampai ahad!
Semalam teman dan ex-student teman tu gi dengor kuliah agama yg disampakan oleh Ustaz Dusuki kat Masjid Negeri Shah Alam. Kami datang awal jadi teman buat onar jap dalam mesjid.
Dekat kul 10 pagi baru rama datang, laki pompuan. Kuliah ni diadakan tiap khamis utk pesara tapi bayi 8 bulan pun ada datang. Ramai gak yg hadir, ada sekitar 100 orang.
Nilah ex-student teman, Razimah, sekarang dah jadi Tutor dan jadi sahabat teman.
Teman banyak belajor agama dari dia.
Agak kul 10:20 ustaz datang.
Isu kuliah redho dengan 'Qada dan Qadar Allah'.
Sonok gak stail kuliah dia. Err...dan dia ada tauliah bagi ceramah kat mesjid!
45 minit pastu dia kata sambung minggu depan.
Patutnya 1 jam.
Ropanya ada program spontan.
Sebuah NGO Malaysia diwakili 2 org aktivis wanita bawok masuk 2 orang aktivis wanita Arab dari Palestin.
Muda remaja, sorang nama Tahril, pelajar Bahasa Inggeris tahun akhir sebuah universiti di Gaza, dan sorang lagi Noura, Guru Besor sebuah sekolah.
Deme mewakili pertubuhan deme di Gaza membawa misi memohon bantuan dari rakyat Malaysia.
Deme ada 4 perkara nak kongsi dengan rakyat Malaysia. Deme mohon bantuan untuk 1. Tajaan anak-anak yatim 2. Membina sebuah masjid 3. Membina sebuah hospital dan 4. Dana untuk membaiki prasana yg rosak angkara regim Zionis.
Shah Alam merupakan destinasi pertama deme di Malaysia.
Memana Yob yg berkenan kat deme ni...jangan tanya nombor handphone deme sebab teman tak mintak pun!
Kami dalam kuliah tu membantu dengan memberi sedeqah dan derma pada pertubuhan deme.
Memang berbaloi nyongketan teman dengan Razimah ari tu.
Untuk sarapan pagi tadi, western!
Meh rasa kome.
P.S Sepanjang teman di tanah suci nanti, blog akan berehat. Teman mohon maaf dari semua rakan dan pembaca blog Moh Kembara, mohon doa keselamatan dan kesejahteraan teman dan rakan jemaah yang lain. Doakan kami selamat gi dan balik dan dipermudahkan urusan dan diberi haji mabrur.
Amiiin!
Syukur Alhamdulillah Kak Halima, selamat menjadi tetamu Allah, selamat beribadat dan smg mendpt haji yg mabrur. Jika ada kesempatan, sudilah kiranya akak doakan agar kami juga berpeluang le sana nanti.
ReplyDeleteSmg selamat pergi dan kembali kak Halima.
alhamdullillah kak halimah dah nak ke mekah. doakan juga saya dan suami untuk ke sana dipermudahkan.
ReplyDeletesempat ke lagi kak halimah baca blog sebelum bertolak ni?
Assalamualaikum Kak Halima;
ReplyDeleteAlhamdulillah, ummi tumpang seronok ni. Ummi doa kan akak selamat pergi dan selamat kembali, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan Allah untuk beramal ibadat, dan mendapat haji yang mabrur. Jangan lupa solat tahajjud di Masjidil haram, sesungguhnya ia sangat menenangkan. Ummi pun mohon maaf jika ada kesilapan, semoga Allah memberkati akak.
Alhamdulillah syukur akak dijemput ke tanah suci..semuga selamat di sana dan selamat kembali ke sini..saya doakan akak selamat dan sihat mengerjakan haji nanti..
ReplyDeletebon voyage ,,,,,, adiossssssssssssss
ReplyDeleteada ke kita di panggil nya sahibul samahah,,, ustaz lak lagi hahahhahahah what a joke lah dia tu ,,,
Assalamualaikum Yong Kaz, Yong Ummi, Yong Nieda dan Yong Tihara. Syukur sesangat Alhamdulillah. Tima kasih doa utk akak dan rakan2. Akak akan berusaha doakan utk kawan2 semua bila tak kalut. Terima kasih, terima kasih. Malam ni nak gi tido rumah kawan, esok dia antar ke airport.
ReplyDeleteassalamulaikum kak...
ReplyDeletebest nya akak leh jadi tetamu Allah..harap2 perjalanan akak selamat pergi dan balik ye...
moga rahmat allah sentiasa dengan akak...
doakan untuk saya sekali kak...
:)
Salam Eita,
ReplyDeleteInsyaAllah...tima kasih. Jaga diri bebaik.
semoga mendapat haji mabrur,Amin.....
ReplyDeleteDidoakan semoga selamat walau di mana berada, dapat mengerjakan amal ibadat dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.
ReplyDeleteSelamat pergi dan selamat kembali....
ReplyDeleteassalamualaikum akak.
ReplyDeleteSelamat berangkat ke tanah suci. Semoga dipermudahkan segala urusan, mendapat haji yg mabrur & selamat kembali ke tanah air. Amin..
Owh kak nak tunaikan Haji. Alhamdulillah.. Moga dikurniakan Haji yang mabrur. Sy pun bertekad utk tunaikan Umrah secepat mungkin. Harap2 dpt gi hjg thn dpn
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteI doakan semoga akak selamat pergi & balik...., diberi kesihatan yg baik sepanjang menunaikan ibadat haji, serta dipermudahkan segala urusan di sana. Semoga beroleh haji yg mabrur! aminnn.....
Oh udah dapat seru buat haji ker kaka yong nye? ler, maap ler terambat ucap,
ReplyDelete"Take Care"
"Semoga Selamat pergi & Pulang ke/dari Tanah Suci."
+
"Moga dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat, buat kak yong & keluarga"..
Amiin Yaa Rabbul 'alamin!
assalamualaikum sis...
ReplyDeleteooo nak menuju rumah Allah...bestnya...mesti macam2 perasaan ada kan nk mengadap NYA..
Suami yong pegi sekali ke?
Apa2 pun didoakan dipermudahkan segalanya dan beroleh haji mabrur...doakan saya juga ye ^^
salam kak,selamat menunaikan haji ye,, semoga akak sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan di sana dan mendapat haji yang mabrur ye kak,, jaga kesihatan diri baik2 kak.
ReplyDeleteselamat jalan yong, rindu kite sobss
ReplyDeletesalam k yong, selamat jalan n moga sihat selalu dan mendapat haji mabrur.
ReplyDeleteSelamat Berangkat Pergi dan Selamat kembali semula ke Tanah Air...Didoakan agar Yong akan pulang dengan haji yang mabrur....
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Halima...
ReplyDeleteAlhamdulilah.....
Semoge mendapat haji yang mabrur....
lupekan kejap hei dunie....
tumpukan pade ughusan haji Kak Halima...
Selamat berangkat ke Tanah Suci.....
Salam daghi D_08 sekeluarge...
Selamat mengerjakan Ibadat Haji,semoga akak pergi dan pulang dengan penuh keimanan di hati...Doakan agar kami berdua segera ke sana juga.
ReplyDeletesalam kak ....
ReplyDeleteteman doakan mike selamat pergi balik...selamat beribadah di tanah suci dan mendapat haji mabrur...
will miss u dear sista...!!!
ReplyDeletemoga mendapat haji yg mabrur, selamat pergi & balik, moga mudah segala urusan..
salam kak lima...
ReplyDeletealhamdulillah, cepat rezeki akak dapat menunaikan haji...
-semoga selamat pergi dan kembali
-semoga beroleh haji mabrur
-semoga dipermudahkan segala urusan
I'll miss your writeups very2 much sob sob
salam kak halimah
ReplyDeletesemoga sihat di tanah suci, mendapat haji mabrur, selamat pergi dan pulang.
eh, tertinggal keretapi rupanya teman ni... Buat Kak Halima, semoga mendapat haji yang mabrur dan semoga Allah permudahkan segala urusan. selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan keluarga..
ReplyDeletebaru tahu kak g haji..
ReplyDeletetahniah kak.. semoga dipermudahkan semua urusan di sana & beroleh haji mabrur..
Tak sabar menunggu kepulangan Kak Yong,nak baca entry barunya dr tanah suci
ReplyDeletesemangat Yong =) khaibar2..khaibar ya yahud..
ReplyDelete