Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Lepas bercuti dan lepak di kampong 4-5 ari rasa malas pulak nak berblogging. Singgah jap-jap baca blog kawan dan check FB dan nengok Youtube.
Mood pun takde...pasai isu penggantungan tak bertali Prof Aziz Bari dan pembunuhan Gaddafi.
Donia makin kacau!
Mood ada sesikit nak kongsi imej hari-hari terakhir sorang pemimpin Arab-Afrika termasyhur Kolonel Muammer Gaddafi.
Masa dia dan konvoi dia kena ligan dengan NATO dan askar NTC di Sirt, Oktober 20 baru ni, dia dan geng-geng dok nyorok dalam paip kumbahan ni.
Tu dia hari terakhir pemimpin yg kaya-raya dok merempat di kolong kumbahan kome!
Yang kat luor bergelimpangan ni dikatakan bodyguard dia.
Masa ditangkap oleh askar NTC, dia dikatakan masih hidup.
Tup-tup mati pulak kena tembak.
Apa bengong deme ni.
Tangkaplah idup-idup, buleh dibawok bicara, banyak hei buleh disiasat. Mabuk darah deme ni, dapat terus belasah sampai lunyai!
Masa dimasukkan dalam van ni, nampak terkujur kaku mayat dia. Udahlah tu...
Kalau dah mati tak dapat nak tanya dan soal memacam, haissyyyy!
Tentera bersekutu penjarakan pegawai Nazi nama Hess dalam penjara di Jerman sampai dia mati umur 90 tahun lebih!
Ni dikatakan salah sorang anak Gaddafi, pun terkorban.
Jadilah dia barang pameran.
Sepucuk pistol sadur emas yg dikatakan kepunyaan Gaddafi yg dirampas semasa beliau ditangkap.
Kononnya Mamat yg baju biru tu yg tembak dia sampai mati.
Ater...apa lagi Yob, gumbira sakan ler dengor musuh utama kome dan mati!
Bertepuk, bertempik, bersorak dengor orang mati.
Baca Al-Fatihah dapat gak pahala!
Yang tine pun dua kali lapan enambelas!
Teman ingat masa zaman awal pemeritahan Gaddafi ni baguih.
Dipuji ramai orang Islam. Ada mak pak kat Malaysia ni namakan anak-anak lelaki deme Gaddafi lagi tu.
Orang Islam suka dia sebab dia lawan US dan barat.
Banyak pembaharuan dan kebajikan yg dibuat untuk rakyat dan negara dia.
Tapi bila dah lama jadi 'raja', jadi sonok dan lupa daratan pulak. Tu masalah pd kebanyakan manusia ni. Lemah iman bila dah pegang kuasa dan kemewahan.
Tak ingat halal dan haram lagi.
Balun semua!
Apa-apa pun kita doakan kesejahteraan pada semua yg terkorban dalam 'revolusi' di Libya ni.
Semoga jadi pengajaran dan iktibar pd kita semua.
Dunia ni pinjam-pinjaman jer. Jangan dok sonok tak ketahuan.
We all are answerable to Him!
Gambor2 rembat dari Times.Com
Yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan.
Beribadah padaNya dan berbakti pada keluarga tercinta.
Berilah deme didikan agama yg secukupnya.
Bagi makanan yg baik dan halal, baru jadi Muslimin yg sejati.
Meh makan dulu.
P.S Ada 2 imej teman terpaksa delete sebab agak 'gruesome' dan mungkin melanggor syarat google blogspot.
kini tinggal nama jer..
ReplyDeletedia kata pemberontak macma tikus tp dia mati kt dlm lubang tikus jua..pergi lah dia menghadap Illahi..
takut tengok keadaan mayatnya..
ReplyDeletesetuju dgn kak, masa diawal pemerintahan gaddafi dulu ramai yg suka.. ramai yg kagum.. kawan saya pun ade namanya Muammar Gaddafi..
sedih pulak tengok pengakhirannya begitu... marah benor rakyat Libya pada dia yer...
sampai hati jugak depa pamerkan mayat dia utk tontonan umum... ishh ngeri sungguh...
Semoga jasa kebaikkan tetap dikenang oleh rakyatnya.
ReplyDeleteSalam Yong,
ReplyDeleteTulah kita manusai kerdil, berkuasa cam ne pun, bila mati tak tau cam ne ropa! Al-Fatihah utk dia dan yg lain2 yg terkorban.
Salam Kakyong,
ReplyDeleteTu la pasai. Memola dulu dia elok dan baguih. Tu akak delete 2 gambor yg menyayat ati, tak sanggup pula pamer gambor dia. Dia umat Muhammad SAW gak. Harap jasa dia yg baik tetap dikenang dlm sejarah Libya.
Assalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteHarap2 begitulah...dia tetap pemimpin yg tersohor dulunya.
ada jugak baca dalam akhbar hari ni....
ReplyDeletetapi tak baca menyeluruh....
Salam Yong Eita,
ReplyDeleteTakyah baca, baca tajuk dan tengok gambor pun cukup.
Salam Helli,
ReplyDeleteNi yang Pak Long risau nih... Ramai umat Islam yang lupa bahawa kecantikan Islam tu mai dari diri umat itu sendiri...
Assalamualaikum Kak Halima
ReplyDeletePatutlah takde n3 dua tiga hari kak, balik kampung rupanya.
Tak sanggup rasanya tengok rakaman saat2 akhirnya dalm berita hari tu, gerun!
Al Fatihah...
Assalamu'alaikum Yong...
ReplyDeletekita pun tak tahu akhirnya hidup kita nanti entah macama mana, kan?
Assalamualaikum Pak Long,
ReplyDeleteSesetengah umat Islam ni lupa diri bila berdendam.
Waalaikumsalam Yong Ummi,
ReplyDeleteHa'ah melepak kat kg jap, jumpa mak.
Tu sebab ada gambor yg akak pull out pas posting, tak sampai ati memanipulasi gambor org yg dah meninggal dlm keadaan yg menyayat hati. Al-Fatihah utk arwah dan yg lain2.
Assalamualaikum KakCik,
ReplyDeleteMemang pun kita tak tau camner ujung usia kita. Minta dijauhkan yg buruk dan aib!
revolusi juga melalui evolusi
ReplyDeleteSalam Yob Gedek,
ReplyDeleteEvolusi yg merevolusikan minda menuju demokrasi. Tapi Islam jugak yg hakiki!
Salam Kak....Jgn lepas ni pemerintah libya yang menjadi boneka US sudah la....
ReplyDeletep/s...Abah tinggal sorang kat kampung, Beruas, tapi anak2 tiap2 bulan balik bergilir2...
Salam Fadzli,
ReplyDeleteHarap2 janganlah, tp bila org dah berhutang budi, tergadai body lazimnya, haissyyyy!
Oh ke ayah tingge sorang, hmmm harap2 dia lalu buat koje ringan dlm rumoh tu, takut jatuh sakit penin.
salam yong..
ReplyDeletehmm..doa sy..pemimpin2 Islam seluruh dunia jadikan kisah cenggini sebagai pengajaram..apabila kuasa di tangan...(pikir2la huu)
well..kg yong kat mana? buatlah entri sepanjang dok di kg pula huu
Salam Yong Fawwaznuha,
ReplyDeletePatutnyer gitu ler, buat iktibor. Tp nampok macam tak berkesan pd dik deme ni. Ntoh ler, kita tunggu jer.
Kg kat Jalan Tambang, Parit. Ni tgh takder musim buah nak buat stori Yong, kalau ada doyan buleh gak. Nanti akak selongkor dlm hp gambor2 yek?
suatu masa dulu saya kagum dgn dia..tak sangka begitu pulak akhir hidupnya.. makin berkuranglah pemimpin yg lantang menentang negara barat.. harap Najib Razak je laaa yang jadi hero le ni... hahahaha.. betui ke???
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Halima...
ReplyDeleteSoghang Hero yang akhirnye mati dalam keadaan mengaibkan........
susah jadi pemimpin ni.....
bile udah lame gelap mate......
rakyat makin susah...
die makin senang.... sudahnye..... mati di tangan rakyat sendighi!!
okes yong..
ReplyDeleteteman pula org tepen..hubby org ipoh huu..jumpa org perak kat sini pula hehe..
hopefully family sis kt turki semua ok2..jauhkan dri tpt gempa?
Salam Yob Mad,
ReplyDeleteNajib lantang bersuara? Cisss...gi UIA pun takut!
Salam Yob Shahril,
ReplyDeleteSama2 kita amik iktibor utk kita dan kuarga kita. Kalau cinta dunia, nilah kesudahannya, "jadi orang2 yg merugi"!
Salam Yong Fawwaznuha,
ReplyDeleteOh org Tepen. Memang jauh pun tempat kuraga suami dan Van, mungkin lebih 800 km.