Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Dua tiga hari ni sibuk melayan tetamu kat rumah. Sorang ex-student dari Kota Bharu datang ziarah.
Masak-masak, makan-makan dan belajor-belajor agama dengan dia.
Dia nak jumpa teman sebelum teman berangkat ke tanah suci esok, InsyaAllah.
Pagi tadi kami nyongket ke PKNS dan SACC Shah Alam. Teman tak tau bila flight teman, tapi shoppinglah apa yg patut sebab visa haji dah ada, flight jer tak confirm bila.
Ronda-ronda kat Convention Centre tengok pameran pengantin.
Amik gambor 5-6 keping dan makan nasi briyani free ehsan syarikat catering orang kawen.
Pengantin ni sombong sikit, tak tegur orang.
Kul 12 tengah hari, kawan di agensi buat haji telefon bagi tau, flight teman esok.
Alhamdulillah!
Nanti shopping cari apa yang patut.
Contoh pelamin. Kalau kome minat nak tengok pameran orang kawen, gi jer kat SACC tu, dpt makan nasi briyani free lagi!
Pameran sampai ahad!
Semalam teman dan ex-student teman tu gi dengor kuliah agama yg disampakan oleh Ustaz Dusuki kat Masjid Negeri Shah Alam. Kami datang awal jadi teman buat onar jap dalam mesjid.
Dekat kul 10 pagi baru rama datang, laki pompuan. Kuliah ni diadakan tiap khamis utk pesara tapi bayi 8 bulan pun ada datang. Ramai gak yg hadir, ada sekitar 100 orang.
Nilah ex-student teman, Razimah, sekarang dah jadi Tutor dan jadi sahabat teman.
Teman banyak belajor agama dari dia.
Agak kul 10:20 ustaz datang.
Isu kuliah redho dengan 'Qada dan Qadar Allah'.
Sonok gak stail kuliah dia. Err...dan dia ada tauliah bagi ceramah kat mesjid!
45 minit pastu dia kata sambung minggu depan.
Patutnya 1 jam.
Ropanya ada program spontan.
Sebuah NGO Malaysia diwakili 2 org aktivis wanita bawok masuk 2 orang aktivis wanita Arab dari Palestin.
Muda remaja, sorang nama Tahril, pelajar Bahasa Inggeris tahun akhir sebuah universiti di Gaza, dan sorang lagi Noura, Guru Besor sebuah sekolah.
Deme mewakili pertubuhan deme di Gaza membawa misi memohon bantuan dari rakyat Malaysia.
Deme ada 4 perkara nak kongsi dengan rakyat Malaysia. Deme mohon bantuan untuk 1. Tajaan anak-anak yatim 2. Membina sebuah masjid 3. Membina sebuah hospital dan 4. Dana untuk membaiki prasana yg rosak angkara regim Zionis.
Shah Alam merupakan destinasi pertama deme di Malaysia.
Memana Yob yg berkenan kat deme ni...jangan tanya nombor handphone deme sebab teman tak mintak pun!
Kami dalam kuliah tu membantu dengan memberi sedeqah dan derma pada pertubuhan deme.
Memang berbaloi nyongketan teman dengan Razimah ari tu.
Untuk sarapan pagi tadi, western!
Meh rasa kome.
P.S Sepanjang teman di tanah suci nanti, blog akan berehat. Teman mohon maaf dari semua rakan dan pembaca blog Moh Kembara, mohon doa keselamatan dan kesejahteraan teman dan rakan jemaah yang lain. Doakan kami selamat gi dan balik dan dipermudahkan urusan dan diberi haji mabrur.
Amiiin!
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Mestilah ceria sebab ari ni cuti, kan? Teman macam biasa cuti di rumoh, lagipun memang tiap-tiap ari cuti.
Nak layan citer indu dan Tamil. Tapi teman lebih suka citer Tamil sebab ada substance.
Beberapa bulan dulu teman ada buat entry pasa bodyguard tine arwah Gaddafi. Arwah ni bukan jer flamboyant tapi jugak maverick. Jangan tanya teman pasa pe dia suka bodyguard orang tine, selain bodyguard jantan. Ada bodyguard orang tine lebih glamer kot.
Ada yang itam manis cam Oprah...
Ada yg putih cam Angelina Jolie....
Ada yang 'embam cam Yong ni.
PM Itali cuba nak himpit tapi dia jegih kat pokcik tu, kecut anu dia.
Ni ada 7 fakta tentang bodyguard Amazonian arwah Gaddafi:
1. Deme semua 'anak dara' dan mengaku menjaga kesucian deme masa diamik jadi bodyguard rasmi Gaddafi.
Err...betoi ke tahyul ni jangan tanya teman yek.
2. Gaddafi percaya dengan menjadikan deme ni bodyguard, dia menjadikan wanita lebih berkuasa.
"Wanita seharusnya dilatih untuk menghadapi combat supaya deme tak mudah jadi mangsa pada musuh," kata Gaddafi.
Bijak, bijak!
3. Deme ni semua pembunuh terlatih dan dipilih sendiri oleh Gaddafi!
Mestilah, kena amik yg cun-cun!
4. Deme paka lipstick, barang kemas, nail-polish dan kasut atau but high-heel.
Nama pun orang tine, nak melawor gak!
5. Semua deme ni angkat sumpah akan mempertaruhkan jiwa dan raga melindungi boss deme ni.
Dipercayai deme tak lekang dari sisi arwah ni, siang dan malam. Malam...?
Hmmm...berat nih.
6. Dalam tahun 1998 sorang dari bodyguard Amazon ni terbunuh dan 7 lagi cedera dalam satu serangan hendap kumpulan Islamik fundamental, whatever that means.
Bodyguard yg terbunuh tu dikatakan yg paling arwah gemor..
Gemor?
Hmm...lagi berat!
Pompuan tu dilaporkan terbang depan arwah Gaddafi nak tampan peluru. Dasat!
7. Arwah membuat pilihan final dlm pemilihan bodyguard ni.
Walaupun dikatakan deme ni 'suci' dan 'murni', kabor-kabor angin mengatakan...err tak buleh ngumpat orang dah meninggal, dosa.
By the way, kome tau dak masa arwah ditangkap dan dibelasah tu, salah sorang tentera TNC 'meliwat' arwah dgn menggunakan benda tajam, mungkin piso, mungkin bayonet. Sampai berdarah punggung arwah. Kurang belajor punya Yob!
Sejahat dan sekejam macam mana pun dia, jangan dibuat begitu pada saudara seagama kita.
Dia dah jadi tawanan perang wei!
Sabor jer.
Sebab ari ni ari Deepavali, elok kita jamu mata dengan kuih-kuih manis. Meh kome!
Gambor2 dari Google
PM Erdogan dan peminat di Van.
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Walaupun gempa ni capai skala 7.3 Richter, Turki menolak dengan baik bantuan antarabangsa. Ada 50 buah negara nak bagi bantuan tapi terpaksa ditolak. "Setakat ni kume buleh handle sendiri, tima kasih ya kome!" kata Presiden Gul.
Semalam PM Erdogan gi melawat daerah yg kena gempa tu.
"Pe kabor Yob?"
"Patah tangan jer, YAB"
"Sabor ler..."
Gempa berlaku di siang hari. Itu kira nasib baik sebab rama penduduk dah kuar gi sekolah, pejabat atau berurusan di luor rumoh. Kalau berlaku waktu malam, mau lebih rama yg terkorban!
Antara yg terselamat, sekor kucin...err...idup ke lagi kucin tu?
Mungkin idup lagi. Bukan kucin Van, separuh Van.
Sebuah peti TV pun berjaya diselamatkan...
Bersabor deme menunggu giliran amik ration...
Siang malam round the clock cuba mengesan mangsa-mangsa yg terperangkap...
Search n Rescue Team sedang berusaha keras.
Sonok pulak nampak deme berlonggok di luor. Tapi masalahnya dah masuk musim sejuk. Kalau takde rumoh jawabnya numpang rumoh sedara-mara ler nanti.
Berdiang berama-rama cam Boys' Scout masa Campfire.
Sorang ibu tua sedang meratap. Mungkin ada ahli kuarga yg terkorban. Orang Turki kalau meratap cam nilah, nangis sambil bercakap-cakap. Kekadang siap bernyanyi-nyanyi cam mak mertua teman.
Gambor2 gempa di Van cilok dari Hurriyetdaily.com
Kome tau tak, jiran terdekat kita di utara, Thailand pun sedang dihinggap bencana alam?
Udoh berminggu-minggu deme berendam dalam ayor. Ayor lambat pulak surut. Abih ler keta-keta baru ni terendam.
Mau juta-juta hangus!
Dengornya ekonomi di kawasan ni (alaa teman lupa wilayah mana yg kena bencana ni, tapi bukan Bangkok) dah merundum dengan teruk. Banyak biznes dan perusahaan lumpuh!
Teman rasa ni selatan Thailand.
Tu dia macam tasik, ada masjid terapung macam kat Ganu.
Kuil pun kena kepungan ayor. Selamat miker tak basah yek.
Tunggu situ nanti helikopter datang bagi bantuan!
Takde kenderaan, gajah pun orait. Tapi kalau dia termasuk longkang, abih kamu.
"Nah amik, jangan berebut!"
Lantok ler kome huru-hara, teman nak tido.
Gambor2 banjir di Thailand rembat dari Time.com
Berita terkini pasa arwah Gaddafi dan anak dia, deme telah dikebumikan di tempat rahsia di padang pasior. Ini untuk mengelakkan dari dijadikan makam pujaan oleh pengikutnya atau divandalise oleh musuh-musuh.
Ater...takde koje ke kome ni nak nengok mayat yg dah 4 ari ni?
Bawok bebudak pulak tu...haissyyy!
Gambor dari Hurriyetdaily.com
Google punya.
Nak tempek gambor makanan lepas gambor mayat tak sampai ati pulak. Nah tengok lagi sekor kucin Van!
Kucing Van dari Turki!
Google punya gambor.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam tadi kul 9 pm teman sms Mr T tanya dia OK ke tak? Kuarga di sana cam ne?
Jam 12:30 teman dah nak tido baru dia jawab:
"Alhamdulillah, I'm Ok...family is OK."
Tiap kali kalau terdengor berita gempa bumi di Turki, teman riso.
Mesti sms atau call dia tanya kabor walaupun dia dok jauh dari daerah gempa.
Sebab teman tak tengok berita kat TV; teman terbaca pasa gempa di Van, di timur Turki, kat satu website politik.
"Haa...ada gempa? Kena tanya Mr T ni!"
Menurut laporan, gegaran capai 7.3 skala Richter. Kuat tu.
Yang teman tau ada 50 orang terkorban, dan mangsa yg cedera lebih 1000 orang, kebanyakannya kena runtuhan banguanan.
Ada teman baca atau terdengor dlm satu dokumentari, gempa bumi ni tak bahaya.
Yang bahaya bila kome ada dlm bangunan masa gegaran!
Daerah Van ni terletak dekat-dekat sempadan Iraq dan Syria gitu. Memang ni kawasan dalam lingkaran gempa bumi.
Kita doakan semoga deme semua sabor dan tabah hadapi ujian ni.
Yang meninggal, kita hadiahkan Al-Fatihah.
Gambor2 gempa dari Time.com
Daerah Van ni dah wujud sejak zaman sebelum Masehi lagi. Memacam bangsa dan tamaddun dah lepak sini termasuk pemerintahan Armenia, Byzantium, Persia, Arab, Seljuk dan Uthmaniah. Patutlah banyak terdapat runtuhan dan banguanan purba kat sini. Ada ukiran kucing putih di tengah bandor deme, cam kat bandar Kucing di Sarawak.
Selain dari sejarah purba, Van jugak terkenal dengan sebuah tasik yg cantik, Tasik Van, seluas 80 batu kali 40 batu, tinggi 1,600 meter. Ayor dia masin sikit jadi tak sesuai buat pertanian. Kalau mandi tak yah guna sabun, dia berbueh sendiri. Lagi satu dia ada Gunung Nemrut.
Sebuah gereja lama di tepi Tasik Van.
Lagi satu spesel daerah Van ni, deme ada stock kucing yg suka ayor dan pandai berenang. Dalam tahun 1955 sorang pengembara Inggeris Laura Lushinton berkenalan dgn breed kucing Van yg ekor dan telinga warna oren. Yang lagi dia heran kucing ni tak takut air. Laura dihadiahkan sepasang dan dia bawok balik ke England. Sejak tu kucing Van ni jadi kucing idaman di peringkat global.
Kalau kucing mak teman kat Parit, mesti dah panik kena campak dalam ayor ni!
Ada lagi keunikan kucing Van ni...mata deme femes sebab odd eyes. Lazimnya deme buleh bermata biru atau amber.
Atau yg buat deme lebih terkenal ialah sebelah biru sebelah amber/oren!
Gambor2 teman Google!
Kalau kome ada kucing bulu putih dan mata sebelah oren sebelah biru, itulah kucing Van dari Turki.
Elok bela buat stock dan biak dan jual.
Err...tapi tak pasti buleh ke kita amik hasil dari jualan kucing ni.
Sesapa tau hukum jual kucing dan guna hasil darinya?
Ari ni teman posa.
Elok makan mende-mende yg mudah dan friendly kat perut.
Makan sayur dan salad baguih masa posa kan?
Meh try buat salad carrot dan yoghurt kome!