Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, October 22, 2011

Saat-saat Terakhir Sorang Pejuang/Diktator...Depends on Which Side You're!




Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Lepas bercuti dan lepak di kampong 4-5 ari rasa malas pulak nak berblogging. Singgah jap-jap baca blog kawan dan check FB dan nengok Youtube.
Mood pun takde...pasai isu penggantungan tak bertali Prof Aziz Bari dan pembunuhan Gaddafi.
Donia makin kacau!
Mood ada sesikit nak kongsi imej hari-hari terakhir sorang pemimpin Arab-Afrika termasyhur Kolonel Muammer Gaddafi.



Masa dia dan konvoi dia kena ligan dengan NATO dan askar NTC di Sirt, Oktober 20 baru ni, dia dan geng-geng dok nyorok dalam paip kumbahan ni.
Tu dia hari terakhir pemimpin yg kaya-raya dok merempat di kolong kumbahan kome!
Yang kat luor bergelimpangan ni dikatakan bodyguard dia.



Masa ditangkap oleh askar NTC, dia dikatakan masih hidup.
Tup-tup mati pulak kena tembak.
Apa bengong deme ni.
Tangkaplah idup-idup, buleh dibawok bicara, banyak hei buleh disiasat. Mabuk darah deme ni, dapat terus belasah sampai lunyai!



Masa dimasukkan dalam van ni, nampak terkujur kaku mayat dia. Udahlah tu...

Kalau dah mati tak dapat nak tanya dan soal memacam, haissyyyy!
Tentera bersekutu penjarakan pegawai Nazi nama Hess dalam penjara di Jerman sampai dia mati umur 90 tahun lebih!



Ni dikatakan salah sorang anak Gaddafi, pun terkorban.
Jadilah dia barang pameran.



Sepucuk pistol sadur emas yg dikatakan kepunyaan Gaddafi yg dirampas semasa beliau ditangkap.
Kononnya Mamat yg baju biru tu yg tembak dia sampai mati.



Ater...apa lagi Yob, gumbira sakan ler dengor musuh utama kome dan mati!



Bertepuk, bertempik, bersorak dengor orang mati.
Baca Al-Fatihah dapat gak pahala!



Yang tine pun dua kali lapan enambelas!



Teman ingat masa zaman awal pemeritahan Gaddafi ni baguih.
Dipuji ramai orang Islam. Ada mak pak kat Malaysia ni namakan anak-anak lelaki deme Gaddafi lagi tu.
Orang Islam suka dia sebab dia lawan US dan barat.



Banyak pembaharuan dan kebajikan yg dibuat untuk rakyat dan negara dia.
Tapi bila dah lama jadi 'raja', jadi sonok dan lupa daratan pulak. Tu masalah pd kebanyakan manusia ni. Lemah iman bila dah pegang kuasa dan kemewahan.
Tak ingat halal dan haram lagi.
Balun semua!



Apa-apa pun kita doakan kesejahteraan pada semua yg terkorban dalam 'revolusi' di Libya ni.
Semoga jadi pengajaran dan iktibar pd kita semua.
Dunia ni pinjam-pinjaman jer. Jangan dok sonok tak ketahuan.
We all are answerable to Him!

Gambor2 rembat dari Times.Com


Yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan.
Beribadah padaNya dan berbakti pada keluarga tercinta.
Berilah deme didikan agama yg secukupnya.
Bagi makanan yg baik dan halal, baru jadi Muslimin yg sejati.
Meh mak
an dulu.

P.S Ada 2 imej teman terpaksa delete sebab agak 'gruesome' dan mungkin melanggor syarat google blogspot.

Sunday, October 9, 2011

Bonda Erdogan Selamat diSemadikan...Agenda Tersorok Nobel Prize!



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Arwah bonda PM Turki Tayyip Erdogan telah selamat disemadikan di Istanbul. Upacara solat jenazah telah diadakan di Masjid Fetih Istanbul dan dihadiri oleh ramai pembesor dan VIP termasuk Presiden Abdullah Gul, menteri-menteri kabinet, ketua parti pembangkang dan beribu-ribu rakyat.
Ada ketika terlihat Encik Erdogan menitiskan ayor mata. Majlis doa turut diadakan di Mogadishu, Somalia untuk arwah. Rakyat Somalia amat menghormati Erdogan kerana sumbangan dan keprihatinan beliau akan masalah kebuluran di negara tersebut.
Semoga arwah bonda beliau dihimpunkan di kalangan ahli-ahli syurga...Amin.

Sumber Hurriyetdaily.com




Baru-baru ni aktivis kebebasan Yaman Tawakkal Karman telah dipilih sebagai salah sorang dari 3 individu memenangi anugerah Nobel Keamanan.
Fair and good.
Ia secara tak langsung mengeketengahkan perjuangan wanita Islam di mata dunia. Sorang jurucakap majlis anugerah tu menyebut, "...kami mahu penyertaan wanita dalam menuntut kebebasan dan bla..bla..dihargai dan diakui bla..bla.."
Fair and good.
The thing is, bila dipikior dari skop yg lebih luas, pemilihan anak Wak Karman ni mungkin ada agenda tertentu.
Kome buleh pikior sendiri...



Sebelum terlibat secara aktif dalam protes anti-gomen yg zalim, si Tawakkal ni berpakaian lebih korang cam Yong kat Afghanistan ni, tapi dia bertudung dan berjubah itam selalunya.
Bila dia terlampo aktif, dia buang niqab tu sebab dia kata mudah untuk media mengenali dia bila diwawancara.
Fair and good.



Tapi pihak barat kafirun tak bape gemor wanita Muslim bertudung litup atau yg menutup aurat. Kalau buleh deme kata, 'Tak payahlah Yong!'
Nampak sehelai skaf kecik atas kepala pun deme dengki.
Banyak tekanan dan halangan yg deme kenakan pada wanita-wanita yg menutup aurat ni.
Kat Turki masih ada rektor dan pensyarah universiti yg tak benorkan pelajar bertudung masuk kuliah.
Dalam sukan bebaru ni, team bolasepak Iran tak dibenorkan main sebab pakaian deme ni dikatakan membahayakan kesihatan.



Pakaian sekolah camni yg deme gemor dan benorkan.
Namun ada pihak di sekolah-sekolah di Britain telah cuba mengambil langkah mengharamkan pelajar pompuan memaka skirt yg terlampo singkat atau ketat cam kat atas ni.
Sebab membahayakan kesihatan mental orang lelaki.
Tau takpe!



Uniform
atau jersey sukan kat barat makin lama makin ekonomik.
Bagus untuk jimat belanjawan kelab dan persatuan!
Memang perlu kekenit sebab senang nak lompat, tungging dan mengangkang.
Bersemangat penonton Yob-Yob bagi sokongan!
Wooweee!



Selain dari tu, kalau takde pompuan 3/4 vogel, pasti barangan tak laku. Jadi kena guna model yg kurang berkain.
Ni model fofular Mila Vogelgovich (sebenornya teman tak ingat nama kuarga dia), sedang bersedia 'bekoje' tapi dia lupa paka spender pulak. Eh...memang sengaja tinggakan spender kat rumoh sebenornya!




Kate Moss pulak lupe bawok baju.
Apa kena mengena jenama Pirele, Pireley...hmmm lupa nama brand tu, dengan tubuh vogel pompuan?
I don't see any connection whatsoever!
Namun gitu, tubuh vogel nilah yg dapat mengaut keuntungan besor kepada si model, jurugambor, syarikat iklan dan syarikat pengeluor. Takde tubuh vogel pompuan barang tak laku!
Jadi digalakkan orang puan paka seminima yg buleh!
You see what I mean by that hidden agenda?




Daripada kome usyar dada Kate Moss yg leper tu, baik kome nengok kebab daging and all the works ni.
Yang best makan kat restoran Turki, deme ada pelbagai jenis salad.
Jom order kome...

Friday, October 7, 2011

Yang meninggal, bonda Erdogan...Yang dihargai, Yang disemelih, Yang dikasihi dan Yang sedap!

Yang pergi...Tayyib Erdogan dan bondanya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entry ari ni banyak isu nak dilabunkan sebab banyak tempat nak nyongket ni!
Memola kita ucap takziah pada PM Turki YAB Encik Tayyib Erdogan yg baru saja kematian bonda dia Tenzile Erdogan, 83, di sebuah hospital di Istanbul.
Arwah menjalani pembedahan buah pinggang baru-baru ni. Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Fetih hari ni.
Semoga rohnya dihimpunkan bersama-sama orang soleh dan diampun segala dosanya. Al-Fatihah.


Yang dihargai...Tawakkal Karman

3 orang wanita telah dipilih menerima Anugerah Nobel Peace Prize termasuk sorang wanita Yaman Puan Tawakkal Karman, eh...cam nama Jowo pulak.
Puan Tawakkal, ibu pada 3 orang anak telah mengetuai banyak protes dalam banyak demo menentang pemerintahan kejam Presiden Saleh, yg tak soleh, dan memperjuangkan hak wanita, kebebasan akhbar dan pembebasan tahanan politik. Beliau dah beberapa kali ditangkap, diugut bunuh dan disumbat dalam penjara.
Pihak gomen cuba 'beli' dia dengan menaworkan jawatan tinggi supaya dia dok diam-diam tapi Tawakkal yg tawakkal ni kata, "No way Jose, errr...No way Saleh!"
Tahniah anda menang!


Yang disemelih...

Di sebuah kampong terpencil di Pulau Feroe, Denmark...comel dan aman damai...



...ada satu pesta, semua penduduk kampong tururn bergumbira beramai-ramai...




bawok parang, golok, sabit...



mengatuk, menakik dan melibas...



...pada hewan-hewan yg tidak mengerti apa-apa.
Konflik manusia dan hewan (dolphin Calderon) berebut hasil laut barangkali.
Shame on you Denmark!
Mana aktivis Greenpeace ni?
Kalau whaler Jepun tangkap paus deme hingor, kalau bangsa deme sendiri buat kejam, tak kaco pulak!
Stress teman nengok gambor yg ex-student teman email minggu lepas.
Dia mintak share dengan kawan-kawan!


Yang dikasihi

...tido baby, tido patung...



Gebu-gebu patung panda ni...



Aik, idup patung ni?
Memola teman ingat patung panda.


Time tido di Tadika Panda.

Saintis Cina memeriksa dan memujuk anak-anak panda.
Turun stress teman nengok gambor baby panda yg dijaga dengan baik.
Manusia ni ada memacam perangai - yg baik dan jahat!


Yang sedap

Sepiring tos yg disalut keju kasar (sebut 'kasyar').
Dibakor dan makan panas-panas waktu pepagi yg sejuk.



French toast yg dihiasi sambal sardin dan dibakor jugak.
Teman buleh makan 8 keping sekali hadap!
Meh rasa sorang sekeping meh...

Thursday, October 6, 2011

Bahasa Arab Jadi Subjek Elektif Di Turki, Islamisasi Gaya Erdogan?

Sekolah si Zeynep, Sekolah Rendah Akcakoca, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Kementerian Pendidikan Turki telah menambah satu lagi bahasa asing iaitu Bahasa Arab sebagai subjek elektif untuk para pelajar dari tahun 4 hingga 8.
Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Encik Merdan Tufan, keputusan ni dah diamik tahun lepas tapi baru tahun ni pek silibus siap. Tahun ni para pelajar boleh terus belajor subjek ni dan buku teks akan diedar tahun depan. Para guru boleh guna apa-apa sumber yang ada atau tak perlu guna teks, tambah beliau.


Cucu Mr T si Zeynep dan rakan kelas sewaktu rehat.

Buat masa ni subjek elektif bahasa yg sedang dioffer ialah bahasa Inggeris, Jerman, Peranchis, Itali, Spanyol dan China. Durasi mengajor bahasa ialah 3 jam seminggu untuk tahun 4-5 dan 4 jam untuk tahun 6-8.
Pek pengajaran Bahasa Arab untuk sekolah menengah akan siap tahun depan. Guru-guru terlatih jurusan bahasa dan bahasa Arab akan dilantik, selain dari guru agama yg ada sekarang.

"Lebih 350 juta umat di dunia bertutur bahasa Arab, salah satu 6 bahasa penting yg digunakan di PBB. Hampir kesemua jiran-jiran kita (negara-negara Arab berdekatan) bertutur dalam bahasa Arab, kita ada hubungan dagangan dan pelancongan dengan deme. Adalah wajar kita pikiorkan keperluan supply and demand ni," kata Encik Tufan lagi.
Teman rasa tak lama lagi ada golongan sekular yg hingor menuduh parti Erdogan sedang mengislamisasikan pendidikan di Turki.
Ajerneyr deme ni dengki!

Hmmm tapi entahlah, macam hentam kromo jer. Yang teman tau, deme ni belajor BI start umur 10 tahun, main hafal jer. Abis sekolah menengah yg deme tau, "What is your name?", "Where are you from?" dan "My name is..."

Sumber Hurriyetdailynews.com


Tambah coleslaw dalam mesin basuh memang sedap!

Ni contoh Bahasa Inggeris yg disalahguna di China.
Hah nak basuh baju janganlah campur coleslaw tau...
Ekceli, apa yg dipikior dik tuan kedai laundry ni gamoknya.


Balasan untuk Gay!

Sian arrr...Yob gay Mesir hancus disumbat dalam bekas plastik.
Tulah laknat dan bala yg Allah turunkan kat deme!



Masa mandi mestilah nak sonok, no hal punyalah, Amoi!


Buang apa...?

Sapa yg gedik dan merenyam nak kawin tu, elok paka krim ni.
Korang sikit kes-kes khalwat dan dot.dot.dot...


Yob ni bukan burunglah...

Tak sian ke kat deme kalau deme lapor?
Bagi sik lemak sebungkus bukan buleh muflis!


Apek lu pikir apa tulis Ingelish ini macam?
Lu horny ka?

Ok...Ok, sumpah teman tak akan bagi makan anu teman kat ikan-ikan tu. Nanti tingge apa?



Ahhh...makan ni yg betoinyer.
Teman biasa gak dijamu dengan mende ni tapi lupa nama dia. Akan-akan nasi tapi halus-mulus.
Deme tumis dengan bawang, tomato pes dan ditabur herba dan sayur bila dah masak. Kalau suka buleh boh daging atau seafood!



Orang posa, ni akibatnya.
Kome posa tak ari ni?
Haa jom layan lagi kebab daging.
Awwww...!

Sunday, October 2, 2011

Penyokong Kelab Poland Rentang Banner 'Jihad'...Food Porn - Roti Turki!

Penyokong Kelab Legia Poland dengan kain rentang 'Jihad'.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Kelab Bolasepak Legia Warsaw, Poland berkemungkinan didenda 1 juta Euro ekoran kain rentang berbunyi 'Jihad' yg dibentang oleh penyokongnya tatkala perlawanan antara Legia dan Kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel. Banner yg berlatarbelakang warna ijo kebetulan sama kaler dengan kaler kelab Poland tu.
Pihak polis akan menyiasat dan akan memanggil pihak penganjur Euro Game dan wakil kelab bagi mendapatkan kenyataan. Deme masih mencari sama ada memasang banner seumpama tu merupakan satu jenayah. Setakat ni belum ada orang komplen pasa banner tu.

Difahamkan penyokong kelab Legia sering menggunakan banner seumpama bila berkonflik dengan tuan punya kelab. Namun maksud banner ni jelas tatkala pertembungan dgn kelab dari negara Yahudi ini.

"Segelintir penyokong Legia mempunyai sikap anti-semitik dan berfahaman ultra-nationalist yang memiliki kebencian terhadap orang Yahudi dan ini dizahirkan lagi bila kelab deme bertemu kelab dari Israel," kata Rafal Pankowski dari kumpulan Never Again dan Football Against Racism.

Legia menang 3-2 dalam perlawanan yg berlangsung khamis lalu.

Sumber Hurriyetdailynews.com


Pompuan Malaya dan roti Black Sea .

Moh layan home-made roti dan bun Turki!



Memola buat dough roti/bun. Camner buat dough?
Teman pun tak tau.
Tapi yang teman nampak si Nevin ni guna tepung gandum, ayor sejuk, ragi yg dibeli kat supermarket dan secubit garam.
Bancuh dan gaul sampai mesra.
Pastu tutup dengan kain lembab, biorkan sejam gitu.



Ni inti bun.
Crumble cheese atau keju kampong yg dipecah-pecahkan, sikit serbuk lada dan herba - oregano atau mint kot.



Grease
ler baking tray dengan minyak ke...



Bila dah sejam dough tu rehat, gomoi, gomoi lagi dan amik agak seketoi besor jejemput.
Pap, pap, pap kan kat tangan dan boh inti keju tadi.
Jangan canai, ni bukan karipap!



Pastu lipat over cam karipap.
Pulak, tadi kata bukan karipap!



Kome kelim tepi tu cam karipap.
Ni Nevin kelim stail Turkilah.



Selain yg berbentuk karipap, buleh gak kome buat bentuk bulat seropa kuih pau.



Dah siap boh inti, sapu minyak sikit atas deme, then tabur bijan itam.
Bijan putih pun buleh, tak kisah!



Yang ni yang ropa pau. Bakorlah dalam oven. Jangan tanya bape suhu dia, teman tak tau!



Taraaaaa...dah masak!
Rasa dia? Rasa roti ada cheese crumble.
Errr...kalau orang kita, mesti dia nak boh inti memacam.
Terpulanglah, kome yg nak makan kan?
Orang Turki ni skema, kalau nenek-moyang dia boh keju, keju ler deme boh, tak mau tukor!



Ni roti yg besor cam bantal gambor yg memola tu.
Bila baru kuar dari soba (dapur kayu), terus potong dan makan panas-panas dengan butter kampong dan cay panas!
Masa ni teman makan berdua-duaan dengan Kak Emine!



Ropa home-made roti di Kampong Deredebi, Laut Hitam.



Ni meze, pembuka selera kalau kome makan di restoran Turki.
Buleh makan dengan roti nipis.
Ada berbagai jenis meze ni, macam pestolah kiranya.
Ada yg tomato-based, yoghurt-based dan cheese-based...nyum nyum!
Silakan kome!

P.S Keputusan peraduan spontan translate bahasa Jerman. Pemenangnya ialah...Yob Din Brasco dan Yong Tihara!
Tahniah!
Sila email nama penuh dan alamat penuh kat teman di hellibra2@hotmail.com