Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, January 4, 2011

Moh Lawat Kapal Terbuka "Mavi Marmara" Part I


Assalamaulaikum dan Salam Hormat Kome,

Semalam teman tengok TV ada berita tentang kapal "Mavi Marmara". Ropanya deme ada Hari Kapal Terbuka untuk orang awam. Teman pikior kalau ada lagi nok gi tengok. Kabor kat Mr T. Dia kata mesti tak jauh dari Eminonu.

Called Ayse yang comey tu tanya bape ari kapal ni terbuka. Dia kata seminggu dan memang dekat Eminonu. Oleh sebab Mr T pun memang nok ke Istanbul, dia tolong antor teman ke pelabuhan yang tak bape jauh dari Eminonu - tempat teman biasa lepak.

Paginyer tu muram - renyai dan sejuk. Cuaca memang tak ceria. Tapi teman tak kisah, janji dapat nyongket.



Kami menyusur laluan pantai atau esplanade. Dulu-dulu laut ni, kerajaan Uthmaniah tambak dan diperbesorkan saban tahun. Kami lalui ruin tinggalan zaman Roman lagi. Terbayang tentera Sultan Fetih menyerang dan mengepung kota ni berbulan-bulan sehingga berjaya menawan kota ni dari kerajaan Byzantin.

Cara Sultan Fetih (The Conqueror) menawan kota ini amat menarik dan brilliant sekali, tak penah buat dik orang, tapi seperti biasa takder produser filem (read Hollywood) yang mahu buat filem tentang strategi baginda ni. Sebab? Sebab baginda sorang Muslim.

Nak tau camner baginda dapat menjatuhkan kerajaan Byzantin ni dan menawan Constantinople, kome googlelah kat mana-mana site yang berkenaan. Dengan sebab nilah orang-orang Kristian dan Eropah amat berdendam dengan bangsa Turki sampai sekarang!


Senang nok cari lokasi "Marmara Biru" ni sebab nampok poster IHH dan bendera kecik Turki dan Palestin bergantungan tak jauh dari tempat kapal ni berlabuh. Alhamdulillah, sebab ari ni ari koje dan cuaca pun tak menggembirakan, tak ramai pelawat datang. Tapi hari pun awal lagi, baru kul 10:30 pagi. Tengok TV semalam (ari Ahad) pelawat cukup ramai!



Poster menunjukkan waktu lawatan.



Masuk pintu , nampok meja pameran. Ada Yob dok jaga material yang sama teman dapat masa lawat pameran IHH kat Taksim ari tu. Sila rujuk pada entry teman 2 ari lepas ya. Tapi di Taksim takder jualan muffler dan pemberian bendera percuma.



Lagi salah sorang sukarelawan IHH. Dia tolong mengedarkan beg plastik yang mengandungi bahan bacaan dan visual IHH.


Italic
Di tingkat atas kapal, ada bahan pameran barang-barang peribadi sukarelawan yang terbunuh semasa serangan komando yahudi bulan Mei lepas. Salah satunya senaskah buku doa dari Al-Quran dan petikan hadis. Dipercayai buku ni kepunyaan arwah Turkan Dogan, warga Turki US. Di entry berikutnya teman akan citerkan dan upload lagi gambor-gambor yang diamik dalam kapal "Marmara Biru" ni.



Dari jauh kome buleh nampok poster besor yang menunjukkan 9 orang sukarelawan yang terbunuh dalam serangan tu dipasang di luor kapal. Ni teman dengan rasa syahdu dan terharu mengupload gambor sembilan pejuang dan wira Islam ni:












Al-Fatihah untuk arwah-arwah semua.






Semoga roh-roh mereka dirahmati dan segala usaha dan sumbangan mereka diberi ganjaran olehNya.

Nanti teman sambung Part 2 malam karang, InsyaAllah.

Monday, January 3, 2011

Moh Ziarah Yeni Camii


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Balik dari Taksim, teman naik bas dan turun tak jauh dari Eminonu. Eminonu ni dulu kawasan laut atau berair. Di zaman Uthmaniah dia ditambak dan didirikan beberapa bangunan dan kedai-kedai termasuk Grand Bazaar dan masjid. Kat sini jugak sekarang ni terletaknya terminal bas. Teman selalu naik dan turun bas kat terminal ni dari Basaksehir.



Salah satu binaan yang masyhur kat sini ialah Masjid Baru atau pun dipanggil Yeni Camii. Dipanggil baru sebab ianya masjid yang terakhir dibina di sini sebelum masjid dibina di kawasan lain. Mula dibina dengan koje-koje tambakan dari 1597 hingga siap pada 1663. Pada orang Turki tarikh ni kira baru lagi!



Masuk kat dalam nampok cesme ni, tempat amik wudhu atau dalam bahasa deme apdest. Teman tak try sama ada ada ayor panas kat sini sebab teman dah amik wudhu kat sebuah camii kecik sebelum sampai sini. Kome buleh lihat seni binaan Uthmaniah yang klasik kat cesme ni.



Ni tak jauh dari cesme tu. Banyok kala-balik kat sini, sama ada yang nok solat atau melancong. Tak kenal mana Islam atau bukan. Seropa jer deme ni. Bila deme masuk dalam dan solat baru tau yang Islam dengan yang pelancong barat.



Pas solat asor tu, teman pulok jadi pelancong. Amik gambor bahagian dalam dan para pelawat lain. Teman agok 3 orang ni pelancong omputeh sebab deme tak solat. Tapi salah sorang siap bertudung. Sekurang-kurangnyer dia baca buku panduan sebelum masuk masjid - camner nok pakai dan tak buleh pakai!



Lepas solat asor tu, deme ada buat sesi ngaji Quran. Sedap sora dan lagu orang yang ngaji tu. Di dalam kurungan tu hanya untuk pengguna Islam dan untuk tempat solat. Pelancong tak dibenarkan masuk, cuma buleh dok perati di belakang kurungan tu. Pelancong ni tau hormat majlis, deme dok diam dan amik gambor jer. Ramai gak yang Islam dok mendengor orang ngaji ni. Pengguna dan pelawat tak putus-putus masuk untuk solat atau melawat.



Dengan handphone teman yang tak bape canggih ni, ni jer dapat teman rakam bahagian dalam dan siling masjid bersejarah ni. Cantik sungguh binaannyer. Teror arkitek zaman Uthmaniah ni. Antara yang femes, nama dia Sinan. Banyok bangunan masjid dialah yang design.



Maaf ler gambor tak clear lagi blur sebab jauh. Kalau ada camera canggih, sure nampok jelas ukiran dan lekak-lekuk dinding dan siling ni. Lupa nok tanya orang rumoh sapa bina Yeni Camii ni. Dia dah tido...letih tu baru balik dari kampong tengah hari tadi pastu kami ziarah anok dia kat Gebze (di sebelah Asia sana) untuk makan malam.



Pas solat menderu-deru keluor cari kasut atau keluorkan kasut dari plastik. Pihak masjid bekalkan plastik dan kome boh kasut dalam plastik dan bawok masuk dalam masjid dan letak kat tempat kasut.



Kat dalam dan kat luor ada staf masjid minta pengunjung dan pelawat menderma. Deme tak lupa ucapkan terima kasih dan mendoakan para penderma dan pemberi sedeqah.




Plastik yang digunakan diletak dalam bekas ni. Nanti diguna oleh pelawat lain.



Kat tangga atau depan pintu masuk ramai kala-balik beramah mesra atau bersiap nak masuk atau baru keluor. Memang sesaklah masa tu. Dengan pelancong lagi.



Kat cesme tadi masih ada yang baru nok amik apdest.



Teman rasa ada ayor sejuk jer sebab nampok pala paip tu takder kaler meroh dan biru menandakan sejuk dan panas. Sian Yob ni amik wudhu dengan ayor ais!



Ternampok sepasang orang Melayu kot, nampok cam Melayu, mungkin dari Malaysia atau Singapura. Tak sempat teman nok tegur sebab nok cepat ke terminal bas. Musim sejuk hari cepat gelap, kul 4:30 petang dah nok dekat maghrib. Ada sesapa kenal deme ni?



Nilah ropa pemandangan dari luor Yeni Camii atau Masjid Baru. Kat luor ramai orang berlegor dan bergambor manakala burung merpati berterbangan. Sebelah masjid ni ada salah satu pintu Grand Bazaar atau Kapali Carsi.

Sekian kisah bersolat di Masjid Baru di Eminonu, Istanbul.

Sunday, January 2, 2011

Moh Ikuti Perkembangan "Mavi Marmara"


Assalamualaikum dan Salam Hormat Kome,

Mr T balik ke kampong dia di Laut Hitam. Teman suruh dia balik jumpa keluarga dia sebab minggu depan dia nak balik Iraq dah.

Pagi ni rasa nak nyongket jauh sikit - ke Istanbul atau yang tepatnya ke Taksim. Taksim terkenal sebagai tempat yang banyak gedung, pusat hiburan dan yang paling happening. Kat sini ada dataran yang sering deme buat perhimpunan, pesta, demo dan satnika yang melibatkan ramai makhluk. Malam semalam dah tentu beribu-ribu kala-balik berhimpun menyambut Tahun Baru 2011!

Gambor atas nilah dataran tempat deme berlonggok sejuk-sejuk sambut tahun baru semalam. Takde koje!



Lepas usya dataran, ternampok beberapa biji bas polis. Isyyy...ada lagi deme ni. Malam tadi mesti ramai lagi deme. Bukan nak jaga sangat orang yang berhimpun nok sambut tahun baru tapi berjaga-jaga kot ada terrorists baling bom ke.



Siap sedia Mat Bond dengan mesin gun. Teman nok amik gambor takut deme marah. Muke deme tak penah senyum. Polis atau askar kita dalam uniform ada gak senyum.



Tapi personnel beruniform deme tak penah senyum. Patutnya gitulah, baru orang takut atau respek. Haa muncung senapang tu hala ke bawoh, Yob...make me nervous jerk!



Kat sini deme ada simpan tram lama. Buleh naik tapi setakat round-round kawasan sekitar dan sepanjang jalan di tengah kawasan beli-belah. Teman tak sempat nak naik sebab nak gi Eminonu. Sini susah nak nampok masjid. Tempat banyak hiburan ni deme tak sior buat camii!



Ni kali kedua teman sampai Taksim. Tak bape familiar dan rasa tak selesa. Tapi buleh jer cari bas ke Eminonu. Lalu kat meydan ni dan cari jalan underground untuk ke terminal bas.



Masa lalu kawasan bawah tanah nak cari stesen metro, ternampak bunting ni. Nampok cam promo sebuah pertubuhan. Teman pun kornar masuk jap.



Hmm cam pameran lukisan. Apa IHH ni?

Oh...pertubuhan NGO yang antor kapal ke Gaza tu. Ropanya pertubuhan ni yang urus flotilla kapal-kapal humanitarian antaranya termasuk "Mavi Marmara" yang kendian diserang tentera yahudi pada 31 Mei 2010. Dalam serangan tu, seperti yang kita tau, 9 orang sukarelawan Turki terbunuh dan lebih 50 orang lagi cedera dan beratus lagi ditahan.



Humanitarian Relief
ni banyak menjalankan aktiviti bantuan kemanusian di beberapa negara termasuk di Balkan, Caucasia, Asia Tengah, Asia Selatan, Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah dan Turki sendiri. Antara aktiviti utama dia ialah membantu anak-anak yatim, program Ifftar di bulan Ramadhan, Dapur Bergerak, Pengagihan Makanan, Pemberian Zakat dan Bantuan, Bantuan Pendidikan, Pembinaan Masjid di Afrika, Bantuan Banjir dan Gempa Bumi, Projek Cataract dll.

Banyok ropanya aktiviti deme ni sejak lebih 20 tahun di lebih 120 negara tapi kita tak bape tau. Sehinggalah insiden serangan flotilla tu. Sekarang baru kita dengor usaha kemanusiaan dari NGO Turki atau NGO Islam seperti Mercy Malaysia dan seumpama. Kalau NGO dari barat selalu benor kita dengor. Mana yang baik-baik orang Islam buat, deme tak hightlight! Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Sedang teman bertanya itu ini, salah sorang staf IHH menegur teman dalam BM bila teman kabor dari Malaysia. Ropanya dulu dia belajor di UIA, Gombak. Nama gadis manis ni Ayse Olgun.



Deme edarkan risalah dan booklet pada para pengunjung. Sebenornya teman baru jer terlepas upacara perasmian 30 minit sebelumnya.

Ni salah sorang staf yang membantu mengedar risalah/booklet/poster dan VCD pada pengunjung.



Ayse dan rakan-rakan ajok teman minum sikit. Waaah sejuk-sejuk dapat teh panas sedap nih.



Antara pengunjung muda yang masuk singgah tengok pameran lukisan. IHH ada menganjurkan pertandingan lukisan bertema DuniaKu (lebih kurang gitu bunyi dia) di kalangan kekanak dan remaja di Palestine. Ada hadiah komputer, basikal dll.




Lukisan yang memenangi tempat pertama bagi kumpulan 15 tahun oleh Lina Atif.



Adakah ini gambaran perasaan Ala Abd Hamid, yang merindui Masjid Al-Aqsa?



Lukisan ni mengingatkan teman pada lagu Maher Zain "Palestine Will Be Free". Digambarkan oleh Muhammad Hamid.



Lagi sebuah lukisan yang memberontak dilakar oleh Esnam naim. Grafik pancaran minda dia.



Yang ni brutal, dilahirkan oleh Muhammad Salim. Apa lagi kekejaman yang kekanak Palestin dah saksikan?



Ini menyentuh hati teman dengan catatan "I have a right to have a home." Benda-benda yang kita take for granted! Dikaryakan oleh Hamadi Musa.



Teman amik sekeping poster yang memaparkan kapal "Mavi Marmara" sebagai kenangan. Besor gak kapal deme ni. Sebenornya "Mavi Marmara" baru jer balik dari misi ke Gaza baru-baru ni. Teman belum baca perkambangan baru dia ni, hanya nampok gambor kapal ni di muka depan satkhabor jer. Nak mace tak faham. Tapi tengok kat gambor, memang ramai yang sambut kepulangan kapal ni - ada dekat 5000 ribu orang kot.



Di bahagian belakang booklet ada gambor dan catatan mengenai solat jenazah untuk sukarelawan Turki yang terbunuh dalam serangan Yahudi pada Mei lepas. Ya...kita takkan lupa, manakan buleh lupa dengan kekejaman dan keangkuhan rejim Yahudi ni! Allah limpahkan RahmatMu kepada mereka yang terkorban itu!



Ayse yang berusaha memberi penerangan kepada pelawat dari Malaysia. Tak sangka teman disapa dalam Bahasa Melayu. Terima kasih Ayse atas layananmu.

Sweet kan dia!



Antara rakan sejawat Ayse yang mengendalikan pameran IHH di Taksim, Istanbul. Terima kasih di atas keramahan dan perkhidmatan anda. Semoga usaha anda semua diberkatiNya.

P.S Ayse if you read this and find any error, please do forgive me.