
Gambor google
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Hari santai sebab ujan...nyaman. Bape ari asyik ujan, dok rumoh jer badan jadi berat. Pasang You-tube cari lagu-lagu best nak buat exercise sebab badan teman dah naik jadi 57.5 kg!
Apa lagi cari lagu rock yg rancak, bagi semangat sikit.
Antara yg teman suka 'Jump' oleh Van Halen. Lagu dia ada konotasi seksual sikitlah...so whaaat...orang nak exersice nih!

Gambor google
Teman pun jump ler.
"Might as well jump!
Go ahead and jummmppp!"
Apa kome tak caya Mak Hajjah ni buleh jump? Mak Hajjah ni tak main poco-poco der!
Nak turunkan berat badan kome yg montel-montel tu kena bergerak banyak sikit; banyakkan berjalan kaki; kurangkan makan nasi memalam dan pastu dengor lagu rock buat exercise 'jump'!
Lagi best kalau penyanyi dia cun...tapi cam gay pulak.
Ahhh bapok, bapoklah janji muzik best.
"Jump!
Go ahead and jump!"

Aiiieeee...asyik terkinja lompat-lompat sib baik kepala tak terbelah kena libas kipas siling rumoh.
Nauzubillah!
Anyway, harap-harap teman merajinkan diri utk 'jump, flip, rock and roll' utk beberapa ari lagi, semoga maintain kurus!

Gambor google
Aseinya pagi tadi kul 11 teman guna lagu 'Sailing' nyanyian Rod Stewart utk ngajor English kat anak jiran teman. 3 ari lepas mak dia minta ngajor anak dia.
"Dia lemah BI cikgu, minta cikgu ajar dia. Tahun depan nak SPM..." kata Pn Liza.
Teman suruh anok dara dia datang pagi kul 10. Lepas 2 ari, teman guna lirik lagu 'Sailing' utk si Shaza identify 'noun, verb, adverb and adjective'. Memang lagu ni ada unsur-unsur gospel sikit, hey, what the fish, teman nak ngajor linguistik ni, dammit!
Haah bagi si Shaza homework guna lirik lagu 'Sailing'. Bila dia balik kul 11:30 teman pun cari video clip Van Halen nak buat exercise.

Apa kena dengan Mamat Kaki Ludah ni?
Perasan comey dia ni.
Sejak sehari dua ni video geli Mamat ni tersebor luah merata alam maya - kat blogs, FB, Myspace (?!) etc. etc. etc. Tak pasa, pasa dia melalak. Sah-sah PRU dah dekat! Tapi bengong sikitlah.
Dik kerana nak kipas Boss, dia menyebabkan beratus ribu golongan mahasiswa meluat dgn gomen (read UMNO). Rama bakal pengundi tu Yob!
Kan dah backfired!
Teman dah ada terhidu angin perubahan...yaa 'wind of change' gitu, kata omputeh!

Gambor google
Teman pun klik ler clip Scorpion 'Wind of Change' sambil dengor sora Klaus yg sengor tuh;
Writer: KLAUS MEINE
I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change...
....and so on and so forth, kome cari sendirilah!
Lagu ni teman ingat ditulis lepas Berlin Wall rontoh.
Woahhh susah nak caya bila tembok tu hancur, sapa nak sangka Jerman Timur dan Jerman Barat buleh bersatu balik dlm tahun 1989 tuh.
Harap-harap 2 Korea tu pun buleh bersatu nanti.
Tapi 'wind of change' kat Malaysia, InsyaAllah...

Gambor google
Tapi angin-angin perubahan ni teman memola detect tahun 1986 masa teman di USSR.
Sesapa tak tau apa USSR tu, gi main jejauh.
Masa delegasi kami melawat tapak pameran Sains dan Teknologi di Moskva tu, teman dengor deme mainkan lagu Europe 'The Final Countdown' ni. Heran teman masa tu sebab sebagai negara komunis kita tau USSR amat anti-Barat dan budaya Barat. Tapi tu dia aihhh, deme mainkan lagu rock dari Sweden ni (err...ke Denmark) dlm pameran anjuran regim. Ni yang dikatakan Glasnot dan Perestroika yang dicanang-canangkan pemimpin deme masa tu, Yob Gorbachev.
Malam pengiraan undi PRU 13 nanti, kome pasang ler lagu Europe ni kekuat.

Gambor google
InsyaAllah kalau ada pertukoran gomen masa PRU 13 , A.B.U, meh nyanyi lagu Queen 'We're the Champion'.
Gay pun gaylah si Freddy ni, lagu dan muzik dia ni relevan nanti tuh.

Ape-pe hal pun pujian-pujian untuk Dia.
Jangan lupa tuh. Bila teman klik clip Raihan ni, teman dah berpeluh merecor-recor. Sok sambung exercise.
Bukan senang nak berpeluh dalam cuaca sejuk-sejuk ni.
Semoga 'wind of change' akan terus melanda kat bumi Malaysia tercinta ni.
Amiin!

Tetiba...teman terbau sesuatu yg hangit.
Waaahhhh sup teman perangat tadi dah kerin!
Woaahh...takde rejeki nak hirup sup ari ni!!!
Tingge lemak selapis dan tulang jer.
Tulah terkinja-kinja sampai lupa poyok ataih dapur. Sib baik tak terbakor flat teman!
"Might as well jummmpppp!!!"