Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label pisang kaki. Show all posts
Showing posts with label pisang kaki. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Moh Skodeng Rumah Mr T di Kampong Deredebi, Laut Hitam, Turki


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Moh susup-sasap dalam rumoh kampong Mr T. Selain apartment di Basaksehir, Istanbul, ni rumoh yang kat Kampong Deredebi dan sebuah lagi rumoh ladang atas bukit. Mr T based kat Istanbul sebab urusan koje.

Ni ropa Kampong Deredebi di musim dingin. Rumoh ni sunyi sikit masa musim dingin sebab hanya Kak Emine yg tinggal kecuali bila Tahsin dan kuarga balik ujung minggu. Kg Deredebi jadi meriah pada musim bunga dan lebih lagi masa musim panas bila musim hazelnut dipetik. Masa ni sekolah di Turki cuti 3 bulan untuk summer holiday dan ramai penduduk yg dok dibandar balik buat koje memetik hazelnut.



Ni ropa suasana di musim luruh atau dekat musim bunga.



Rumoh Mr T 2 tingkat. Ground floor dah diduduki kuarga Tahsin bila dia balik. Tingkat satu ada master bedroom, dapur dan salon dan toilet utk tetamu. Tingkat 2 ada 4 bilik tido dan semua ada attached bathroom dan toilet. Ground floor ada 1 bilik tidor dan bath dan salon dan toilet untuk tetamu. Untuk jaga privacy anak dan menantu dan tetamu, semua bilik tido dan kedua-dua salon ada toilet. Ya, ada 6 bilik ayor dan 8 toilet!
Ni tangga dari tingkat satu ke tingkat 2.
Kelihatan Freelance sedang santai.



Di balkon dekat salon, Kak Emine selalu simpan kekacang seperti walnut dan buah epal, hurma (buah pisang kaki?), tempat jemuran dll.
Teman tak perasan kami ada pokok hurma dan tak tau kat mana. Mungkin pokok dia kat kebun atau pokok liar. Gambor ni menunjukkan buah hurma, manis dan juicy. Dia masak bukan kat pokok. Sementara tu, hazelnut disimpan dalam stor.



Ni salon tingkat 1. Kalau ada tetamu lelaki yang bukan sedara-mara, deme dok sini. Tetamu pompuan akan dok berlonggok kat dapur. Tapi salon sejuk kalau tak dipasang api kat soba tu. Pintu yg belah kanan tu toilet utk tetamu. Tempat ni selalunya tak diguna kecuali oleh tetamu atau bila bebudak bermain.



Master bedroom.
Yang tengah tu soba pemanas dan kayu api kat meja tu. Kak Emine tak tido sini bila dia sorang, dia tido kat dapur yg memang selalu panas.



Mesti kome yg biasa baca blog teman kenal tempat ni. Bahagian rumoh yg popular iaitu dapur. Kat sini deme rajin lepak sebab panas. Teman pun tido sini masa musim dingin baru-baru ni sebab tak kosa pasang api kat bilik tido di tingkat atas.



Walaupun ni rumoh kampong, kemudahan moden siap semua. Kak Emine ada dapur masak tradisional dan dapur gas. Sini dia boh washing machine. Cuma dishwasher dia tak nak beli sebab jarang basuh pinggan mangkok banyak-banyak.



Kalau nak makan atau buat koje, deme bentang kain sofra sebab tak mau mengotorkan carpet.



Kak Emine tengah bancuh dough untuk buat roti.



Dia guna tepung, ayor dan ragi jer. Pas gaul, kena biorkan 30 minit.



Di kampong deme bakor roti daam dapor tradisional cam yang ni. Nak kawal suhu, pepanda ler deme boh kayu banyak ke sikit.



Ni dah masak sebiji roti yg sebesor dulang, berat 2 kg kot.



Kalau roti yg baru masak, segera kami makan sikit masa masih panas-panas tu. Sapu butter kampong atau colek dengan madu asli. Kulit luor rangup tapi dalam lembut.



Roti dimakan dengan hampir setiap menu, pagi petang. Yang bergulung tu dolma. Lain kali teman buat entry pasa dolma.



Salad Turki - tomato, timun/lobak dan salad daun marun. Salad marun ditanam sepanjang musim.



Kahvalti
di rumoh mertua. Roti, keju putih, kofte daging lembu dan kacang walnut. Kalau teman ada kat kampong, deme selalu goren kofte sebab deme tau teman suka makan daging. Meh kome...