PM Erdogan dan peminat di Van.
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Walaupun gempa ni capai skala 7.3 Richter, Turki menolak dengan baik bantuan antarabangsa. Ada 50 buah negara nak bagi bantuan tapi terpaksa ditolak. "Setakat ni kume buleh handle sendiri, tima kasih ya kome!" kata Presiden Gul.

Semalam PM Erdogan gi melawat daerah yg kena gempa tu.
"Pe kabor Yob?"
"Patah tangan jer, YAB"
"Sabor ler..."

Gempa berlaku di siang hari. Itu kira nasib baik sebab rama penduduk dah kuar gi sekolah, pejabat atau berurusan di luor rumoh. Kalau berlaku waktu malam, mau lebih rama yg terkorban!
Antara yg terselamat, sekor kucin...err...idup ke lagi kucin tu?
Mungkin idup lagi. Bukan kucin Van, separuh Van.

Sebuah peti TV pun berjaya diselamatkan...

Bersabor deme menunggu giliran amik ration...

Siang malam round the clock cuba mengesan mangsa-mangsa yg terperangkap...

Search n Rescue Team sedang berusaha keras.

Sonok pulak nampak deme berlonggok di luor. Tapi masalahnya dah masuk musim sejuk. Kalau takde rumoh jawabnya numpang rumoh sedara-mara ler nanti.

Berdiang berama-rama cam Boys' Scout masa Campfire.

Sorang ibu tua sedang meratap. Mungkin ada ahli kuarga yg terkorban. Orang Turki kalau meratap cam nilah, nangis sambil bercakap-cakap. Kekadang siap bernyanyi-nyanyi cam mak mertua teman.
Gambor2 gempa di Van cilok dari Hurriyetdaily.com

Kome tau tak, jiran terdekat kita di utara, Thailand pun sedang dihinggap bencana alam?

Udoh berminggu-minggu deme berendam dalam ayor. Ayor lambat pulak surut. Abih ler keta-keta baru ni terendam.
Mau juta-juta hangus!

Dengornya ekonomi di kawasan ni (alaa teman lupa wilayah mana yg kena bencana ni, tapi bukan Bangkok) dah merundum dengan teruk. Banyak biznes dan perusahaan lumpuh!

Teman rasa ni selatan Thailand.
Tu dia macam tasik, ada masjid terapung macam kat Ganu.

Kuil pun kena kepungan ayor. Selamat miker tak basah yek.
Tunggu situ nanti helikopter datang bagi bantuan!

Takde kenderaan, gajah pun orait. Tapi kalau dia termasuk longkang, abih kamu.

"Nah amik, jangan berebut!"

Lantok ler kome huru-hara, teman nak tido.
Gambor2 banjir di Thailand rembat dari Time.com

Berita terkini pasa arwah Gaddafi dan anak dia, deme telah dikebumikan di tempat rahsia di padang pasior. Ini untuk mengelakkan dari dijadikan makam pujaan oleh pengikutnya atau divandalise oleh musuh-musuh.
Ater...takde koje ke kome ni nak nengok mayat yg dah 4 ari ni?
Bawok bebudak pulak tu...haissyyy!
Gambor dari Hurriyetdaily.com
Google punya.
Nak tempek gambor makanan lepas gambor mayat tak sampai ati pulak. Nah tengok lagi sekor kucin Van!
Kucing Van dari Turki!
Google punya gambor.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Malam tadi kul 9 pm teman sms Mr T tanya dia OK ke tak? Kuarga di sana cam ne?
Jam 12:30 teman dah nak tido baru dia jawab:
"Alhamdulillah, I'm Ok...family is OK."
Tiap kali kalau terdengor berita gempa bumi di Turki, teman riso.
Mesti sms atau call dia tanya kabor walaupun dia dok jauh dari daerah gempa.

Sebab teman tak tengok berita kat TV; teman terbaca pasa gempa di Van, di timur Turki, kat satu website politik.
"Haa...ada gempa? Kena tanya Mr T ni!"

Menurut laporan, gegaran capai 7.3 skala Richter. Kuat tu.
Yang teman tau ada 50 orang terkorban, dan mangsa yg cedera lebih 1000 orang, kebanyakannya kena runtuhan banguanan.
Ada teman baca atau terdengor dlm satu dokumentari, gempa bumi ni tak bahaya.
Yang bahaya bila kome ada dlm bangunan masa gegaran!

Daerah Van ni terletak dekat-dekat sempadan Iraq dan Syria gitu. Memang ni kawasan dalam lingkaran gempa bumi.

Kita doakan semoga deme semua sabor dan tabah hadapi ujian ni.
Yang meninggal, kita hadiahkan Al-Fatihah.
Gambor2 gempa dari Time.com

Daerah Van ni dah wujud sejak zaman sebelum Masehi lagi. Memacam bangsa dan tamaddun dah lepak sini termasuk pemerintahan Armenia, Byzantium, Persia, Arab, Seljuk dan Uthmaniah. Patutlah banyak terdapat runtuhan dan banguanan purba kat sini. Ada ukiran kucing putih di tengah bandor deme, cam kat bandar Kucing di Sarawak.

Selain dari sejarah purba, Van jugak terkenal dengan sebuah tasik yg cantik, Tasik Van, seluas 80 batu kali 40 batu, tinggi 1,600 meter. Ayor dia masin sikit jadi tak sesuai buat pertanian. Kalau mandi tak yah guna sabun, dia berbueh sendiri. Lagi satu dia ada Gunung Nemrut.
Sebuah gereja lama di tepi Tasik Van.

Lagi satu spesel daerah Van ni, deme ada stock kucing yg suka ayor dan pandai berenang. Dalam tahun 1955 sorang pengembara Inggeris Laura Lushinton berkenalan dgn breed kucing Van yg ekor dan telinga warna oren. Yang lagi dia heran kucing ni tak takut air. Laura dihadiahkan sepasang dan dia bawok balik ke England. Sejak tu kucing Van ni jadi kucing idaman di peringkat global.

Kalau kucing mak teman kat Parit, mesti dah panik kena campak dalam ayor ni!

Ada lagi keunikan kucing Van ni...mata deme femes sebab odd eyes. Lazimnya deme buleh bermata biru atau amber.
Atau yg buat deme lebih terkenal ialah sebelah biru sebelah amber/oren!

Gambor2 teman Google!
Kalau kome ada kucing bulu putih dan mata sebelah oren sebelah biru, itulah kucing Van dari Turki.
Elok bela buat stock dan biak dan jual.
Err...tapi tak pasti buleh ke kita amik hasil dari jualan kucing ni.
Sesapa tau hukum jual kucing dan guna hasil darinya?

Ari ni teman posa.
Elok makan mende-mende yg mudah dan friendly kat perut.
Makan sayur dan salad baguih masa posa kan?
Meh try buat salad carrot dan yoghurt kome!