
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Tengah hari tadi teman surf ke Tranungkite Online (TKO), site yang selalu teman lepak. Salah satu article teman baca ialah yang ditulis oleh sorang ahli TKO. Tajuk article dia "Anda Mesti tengok filem Turki ni. Hebat!"
Sebelum teman klik pada article tu teman dah agak mesti dia rujuk pada filem "Kurtlar Vadisi Filistin" (Valley of the Wolves Palestine).
Memang ya pun. Tak buleh jadi...ada orang lain dah promo filem yang dilakonkan oleh pelakon Turki yang teman minati.

Eminonu, Istanbul, Januari 2011.
Filem ni mula asalnya bermula dengan 'Kurtlar Vadisi Iraq' beberapa tahun dulu. Sebelum ditayang, ada halangan dari US sebab filem ni mengkritik tindakan Amerika di Iraq masa Saddam Hussein masih pegang kuasa.
Beberapa bulan tertangguh, akhirnya berjaya ditayang pada umum. Sejak tu filem ni dibuat siri TV dan dari situ dia meletop jadi salah satu siri yang top di Turki, negara-negara Balkan dan beberapa negara Arab. Di televisyen Turki siri ni dipanggil 'Kurtlar Vadisi Pusu'.
Filem terbaru kali ni bertajuk 'Kurtlar Vadisi Filistin' mengenai sekumpulan special forces dalam squad Turki masuk Israel menuntut bela serangan komando Yahudi ke atas kapal Mavi Marmara awal tahun lepas.

Ni satu-satunya siri TV yang Mr T sanggup tunggu dan tonton sampai abis. Start kul 9 pm dan abis kul 12 pm (termasuk 30 minit ulangan dan iklan-iklan yang banyak benor!).
Memula dulu bila teman tanya, Mr T kata citer ni pasal Mafia Turki. Tapi lelama teman faham watak-watak utama siri ni merupakan ejen gomen Turki yang kekadang ada contact dengan Mafia.
Kekadang watak utama dia, nama Polat Alamder dan sidekicks dia, bertindak lebih Mafia dari Yakuza.

Memula teman tak bape pay attention pada siri ni tapi bila sekali teman tengok scene action dia, tu dia aihhh..sedap pulak.
Yang bestnya dalam siri dan filem-filem Kurtlar Vadisi, selambe jer hero kutuk Yahudi dan Amerika.
Mungkin kome buleh kata dalam filem memang fiksyen, tapi walaupun fiksyen, Kedutaan Yahudi kat Ankara dah bape kali melompat-lompat hangat hati dan buat protes!

Dalam satu episod kat TV, Polat dan konco-konco dia serbu Kedutaan Yahudi untuk selamatkan pekerja pompuan dia.
Tembak sana, tembak sini... sekali dia lepas satu peluru kat dahi Mamat kat atas ni, bersepai otak kena Star of David !
Memang teruja tengok scene yang ni. Marah betul Kedutaan Yahudi dan esoknya terus buat bantahan. Gomen Erdogan kata tak buleh buat apa-apa, tu artistic freedom namanya. Kome nak tengok scene ni, pepandai ler cari kat Youtube.

Teman bukan faham sangat bahasa Turki ni tapi bila teman dengor antara dialog Polat Alemdar dan sorang watak Yob misteri ni, adeiii...banyaknya maklumat penting yang teman tak tau!

Dalam filem terbaru "Kurtlar Vadisi Filistin":
Antara dialog yang menyakitkan hati Yahudi:
Askar Yahudi: Why did you come to Israel?
Polat Alemdar: I did not come to Israel, I came to Palestine.
Lagi satu scene:
Yahudi: You know you won't make it out of our promised land!
Polat Alemdar: I don't know what part of this land has been promised to you. But I can promise you six feet under!
Untuk nengok filem Filistin ni, taip 'Kurtlar Vadisi Filistin' kat YouTube. Nak tengok yang bersiri, taip je 'Kurtlar Vadisi Pusu'.
Kalau bandingkan dengan 'Kongsi' dan 'KL Gangster', macam langit dengan bumi!

Satu pagi di musim dingin di Kampong Deredebi, Mac 2011.

Ari ni moh mengkome join teman kahvalti kat rumoh mak mertua di Kg Deredebi. Ni roti yang deme bakor kat dapor soba. Berat dekat 2 kg!

Ni teko tembaga. Guna masak ayor untuk kegunaan umum - basuh pinggan mangkok dan seumpama. Tapi untuk minum deme ada teko teh.

Teko teh yang bertingkat tu. Bawoh boh ayor kosong, atas boh teh dan ayor...simmer gitu. Deme tak suka minum teh suam, jadi teko kena selalu dok atas soba.

Pagi tu mertua rebus 2 biji telur - sebiji utk teman, sebiji untuk dia. Deme rebus keras, deme tak panda buat separuh masak.

Ni lempeng yang dibuat dari sejenis labu yang diparut. Lepas parut deme boh sebiji telur dan sikit gula, gaul-gaul dan tempek atas kuali lepior ni. Sapu minyak sikit atas kuali tu dulu, baru tempek dan goreng.

Hah, siap dah kahvalti di rumoh mertua - roti sapu butter kampong, lempeng labu, telur rebus, epal kampong dan cay. Atas roti tu nanti teman sapu sirap buah atau jem buah yang deme buat sendiri.
Meh kome, jangan segan...segan lapor!