Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label buah-buahan Turki. Show all posts
Showing posts with label buah-buahan Turki. Show all posts

Monday, June 18, 2012

NYONGKET-NYONGKET KAMPONG TURKI DI LAUT HITAM/KARADENIZ!

Yeeeeaahhhhh dapat report card!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

bulan Jun mula summer holiday di negara-negara Eroph termasuk di Turkiye. Bebudak sekolah pun dpt Report Card, bawok balik tunjuk kat mok pok.
Masa ni negara belah utara ni meriah dgn keseronokan, percutian, piknik...dan bertimbunnya koje pertanian. Orang Kurdish berbondong-bondong ke wilayah yg ada ladang/kebun utk koje sebagai buruh upahan. Antara tempat dituju ialah Wilayah Laut Hitam atau Karadeniz.


Findik!

Sesetengah gambor teman amik dr perlbagai sumber di FB. Deme suruh share, teman pun share. Nilah rope findik, jangan tak taw.
Kalau kaler kelopak dah kecoklatan tu, kira dah buleh petik.
Satu gugus mau dok ada 5-8 biji.
Pulak, ngape teman cakap cam orang Alo Setaq?



Karadeniz ni luas merangkumi lebih 20 buah negeri.
Negeri Mr T ialah Duzce.
Ehhhh mana peta Karadeniz ni!??
Budok kenit ni bukan dari negeri Duzce, tp negeri yg ataih-ataih gunung dan dia paka baju tradisional daerah dia.
Kunun nak metik hazelnutlah tuh!


"Nah amik sorang sebiji elma ni!"

Orang Turki kebanyakannya peramah tambah kalau kome ada muka orang baik-baik cam teman ni.
Ni buah epal kampong.



Findik
lepas dipetik kena jemur 3-4 ari bagi kerin.
Pastu baru dimesin buang kelopak dia.
Yang tengah-tengah tu dah dimesin oredi!


"Aku kaya, aku kaya!"

Atok sedang baring ataih findik yg dah kerin, belum dimesin.



Jalan nak masuk ke kampong Mr T, Deredebi Koyu.



Sungai Deredebi di musim bunga, ayor banyak!



Deredebi Koyu dirakam dari ladang ataih bukit.
Rumoh Mr T yg paling kanan cat putih tanpa atap meroh! Memang tak beratap tapi flat jer, buleh deme jemur memacam.
Pokok yg rendang dan tinggi adalah pokok buah2an seperti epal, pear, erik (plum), buah tin dll manakala yg rendah tu ladang hazelnut.



Jiran-jiran di Kampong Deredebi.



Ni bukan Kg Deredebi tapi kampong di negeri lain yg tanam teh.



Banyak negeri-negeri di Karadeniz menpunyai kawasan tanah tinggi dan bergunung-ganang.



Lagi sebuah kampong di luar Duzce.



Kawasan cam ni kalau musim dingin salji amat tebal dan deme buleh terperangkap berbulan-bulan.



Di musim panah, pokok jagung akan menghasilkan jagung, bukan doyan. Lazimnya jagung deme benih ori, bukan manis, dan deme rebuih atau bakor.
Tapi sebahagian deme buat roti jagung yg teman tak bape suka, dan buat tepung jagung kasor.



Banyak jenis pokok buah mola menghasilkan buah, bukan anak ayam, dan muroh-muroh pulak di pasaran sebab terlampor banyak.
Mau RM2 sekilo jer stroberi tu.
Yang putih tu sejenih cendawan.
Gambor ni kredit pd Puan Noreen Kartal.



Sejenih berry, mungkin blueberry?



Teman penah citer yg pompuan Turki gagah dan perkasa kan?
Haa ni 2 orang penduduk kampong sedang tanggung batang pokok jagung buat fodder lembu deme.
Mungkin dedulu mak mertua teman pun koje nanggung kayu dan satnika hasil kebun ataih belakang dia.
Mr T dan adik lelaki dia nanggung guni hazelnut seberat 50-65 kilo!


Ha ha ha haaahhhhhh!!!!!



Remaja Karadeniz amik skrol dr pengetua sekolah pas tamat sekolah menengah.



Kalau nak masuk U deme kena amik peperiksaan entrance (kita ada STPM, deme takde).
Yang amik peksa berjuta-juta calon, yg dapat tempat beratus ribu jer!


Dara Karadeniz.

Kalau yg ikut blog ni lebih 2 tahun, mungkin ingat dia ni, si Esra (16 th), sedara Mr T.
Sekarang kuarga dia dah pindah ke Istanbul, dah berhenti sekolah dan koje kilang sebab kuarga tak mampu. Teman tak sempat nak ziarah rumoh Istanbul dia aritu.
Dia tanya bila nak ziarah kuarga dia. InsyaAllah, nanti.


Teruna idaman Karadeniz.

Gambor terbaru cucu tiri teman si Ertugrul Hamza (12 tahun).
Camne dia buleh jadi friend teman, teman tak add pung!



Di musim panah, banyak aktiviti memsak roti dibuat di luor rumoh. Ada yg letak dapor di luor atau ada yg masak dlm ketuhar tradisional cam ni yg dipangge firin.



Tengok Yob dgn seksi bersinglet jer, melayan roti pide Ramazan.
Ni mesti bulan Ramadhan jatuh di musim panah sejak 2-3 tahun ni termasuk tahun ning!



Ramazan pide
, kampong-made ... gebu-geban kan kome!