Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label askar. Show all posts
Showing posts with label askar. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Sojar Pun Pilih Erdogan...Padah Fesbuk Kome!

Imej dari Google Bey

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Seperti kat Malaysia, sojar-sojar telah dengan gumbiranya memilih parti yg memerintah dalam PRU Turki baru-baru ni. Di pos tentera di Diyarbakir, sebuah wilayah dekat sempadan dan banyaknya berlaku kempen menentang gerila PKK atau Parti Pekerja Kurdish, hampir 50% sojar telah memilih parti AK yg dipimpin oleh Encik Erdogan.

Ada jugak yg memilih parti orang Kurdish iaitu BDP tapi tak rama. Dari lebih 2,300 pengundi tu, dekat separoh pilih AK, lebih korang 600 pilih CHP, 400 undi MHP dan 16 jer pilih BDP.

Tengok pada pecahan, nampak macam tak de paksaan parti mana sojar tu nak pilih.
Undi tu kan rahsiaaaa!



Ni gambor Mr T kat profil teman di FB.

Teman guna gambor dia sebab MR T tak bape suka teman tayang muka kat FB.
Dia tak larang ler. Tapi sebab nak hormati perasaan dia, teman idok ler boh gambor teman yg cun tu.
Lagipun teman pun idok ler gemor nak letak muka teman merata-rata gitu. Memula dulu teman boh gak, pastu teman buang dan boh gambor dia.

So what's the issue here?

Tak de apa pung...



Si Zaina asal dari Sabah

Cuma sejak dua menjak ni teman dapat mesej dari sorang dua aweks yg nak berkeneylan dengan teman. Setakat ni dua orang, ropa oriental dan ngaku asal dari Malaysia tapi dok England. Belajor tempat tak ngalah - kat Oxford lar, Liverpool lar.
Nama cam Melayu, Zaina Abu Muminlah, Sabrina Abd Karimlah, tapi ropa cam amoi bukit!


Si Sabrina dari Malaka, belajor kat Oxford...tak ngalah!

Dua-dua profil deme cam baru dibukak, takde Friends.
Kalau ko baru bukak FB, Add ler kawan-kawan sendiri dulu...ni nak berkeney dengan Pakcik misai paka helmet.
Kata dulu dari Malaysia, tapi tak keney nama teman tu nama pompuan.
Sah-sah nak goda Mr T nak buat sugardaddy atau scam amende. Teman gelak jer ler dengan kebuduhan deme ni. Tulih dalam BI tonggang-langgang!

Ker...deme ni orang yg sama?

Teman layannnnnn!

Tengok apa deme jawab nanti he,he...




Baik layan kahvalti yg teman buat kat Basaksehir untuk Mr T. Kentang dan cendawan goreng dengan minyak zaitun, roti cicah madu kampong, sirap buah dan marmalade buah tin.
Meh kome...