Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Hi ga noboru kuni Nippon e youkoso!
Haa jangan jeles teman buleh tulis Bahasa Jepun! (Buleh tulis jer...ha ha!)
Moh kite jenjalan ke negara Matahari Terbit dan bertandang ke rumoh kawan baik teman, Keiko. Bukan sesaja teman gi rumoh dia masa tu. Teman ada hal lain. Gi rumoh dia pun sebab dia balik dari Manila, masa tu suami dia posting di Filipina. Bila teman bagi tau teman ada hal kat Tokyo, dia pun terbang balik. Teman rasa gitulah. Lagipun Filipina dan Jepun pun tak jauh sangat.
Keiko dan teman dah kenal baik sejak dia dok di KL.
Selepas urusan teman di Tokyo selesai, Keiko bawa teman dan sorang lagi kawan teman dari Universiti Malaya meronda-ronda bandar Tokyo. Citer Tokyo nanti teman kabor dalam entry lain. Ni nak fokus citer kat bandar Zushi, Yokohama, di mana keluarga Keiko memiliki sebuah rumah yang comel.
Seperti kebiasaannyer, bila sampai ke sesuatu tempat teman suke tengok pasor. Kat situ takder pulok market cam tamu atau pekan sari. Mungkin ada tapi jauh. Yang ade dekat rumoh Keiko ni gerai ikan. Zushi sebuah bandar dekat laut jadi tentu dapat bekalan ikan segor. Menarik gak presentation dia, siap disiang dan dibersihkan ikan-ikan segor tu. Keiko beli beberapa bahan untuk dinner malam tu.
Ni Yusuke anak teruna Keiko. Masa tu dia baru koje dan masih bujang. Yusuke dan adik dia Risa tinggal di Tokyo masa tu tapi kedua-duanyer balik ke Zushi malam tu sebab nak meraikan teman. Teman kenal kedua-duanyer sejak di KL walaupun Yusuke belajor di Tokyo masa tu.
Gambor menunjukkan Yusuke cuba mengkelebek kamera baru teman, hadiah dari Waseda University. Software dalam Bahasa Jepun, mana teman tau baca! Memang Yusuke berjaya menggunakan kamera tu tapi lepas tu, sampai Malaysia teman tak tau guna. Last-last kamera tu sekarang tersadai di Istanbul bila suami cuba nak try guna. Last-last teman amik kamera dia...ha ha!
Gambor menunjukkan Yusuke cuba mengkelebek kamera baru teman, hadiah dari Waseda University. Software dalam Bahasa Jepun, mana teman tau baca! Memang Yusuke berjaya menggunakan kamera tu tapi lepas tu, sampai Malaysia teman tak tau guna. Last-last kamera tu sekarang tersadai di Istanbul bila suami cuba nak try guna. Last-last teman amik kamera dia...ha ha!
Malam tu Keiko buat celur-celur seafood dengan mee Jepun. Teman makan apa yang patut. Deme selalu buat masakan sup ketika musim sejuk. Di kiri sekali kawan teman dari UM, lupa pulak nama, teman ingat Chong jer; dan di sebelah dia Risa. Risa sekarang bekerja di Berlin manakala Yusuke menetap dan berkeluarga di Jepun.
Nilah rumah Keiko yang comel tu. Teman dan Chong menginap 3 malam di rumah ni. Keiko bersusah payah memasak sarapan untuk teman bersahur (sekitar jam 5 pagi gitu). Teman pun tak tau pukul bape waktu imsak masa tu, main agak-agak. Memang baik Puan Keiko ni. Sangat amik berat tetamu dia.
Bandar Zushi ialah stesen keretapi pertama ke Tokyo. Jadi subuh nak balik tu, Keiko menemani kami hingga ke satu stesen di Tokyo. Teman pun tak bape ingat stesen mana dia turun, maklum ler teman tak tulis jurnal tentang kembara teman gi memana pun.
Oleh sebab Zushi stesen pertama, idak ler sesak koc dengan penumpang. Kena beratur elok-elok ikut garisan, ya kome. Ni bukan bullet train. Teman tak der hal nak naik bullet train dan tak merasa naik train yang sesak macam sardin tu. Ni train bandar biasa kot.
Untuk citer seterusnyer di Jepun, akan teman sambung lain entry. Harap maaf banyak muke teman dalam gambor sebab semua gambor ada muke teman! Kalau suami jumpa blog ni, mesti dia tak berkenan. Jadi teman tak bagi lagi nama blog ni.
Dengan itu, Mata au hi made! (terjemahan dengan bantuan Keiko!).
P.S Entry ni teman dedikasi khas untuk Keiko Kawamoto dan suami di Singapura. Thanks for your kindness and friendship. Arigato gozaimas!