Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Taksim. Show all posts
Showing posts with label Taksim. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

KAMPONG DEREDEBI COMEY SUNGGUH, ISTANBUL TEMAN BALIK NAA...

Assalamualaikum dan Salam Bahagia, entry yg ringkas dan caca-marba. Pemandangan di bukit ladang dan hutan nak masuk kampong Mr T, Kg Deredebi. Teman bawak beberapa orang kenalan ke kampong semalam, sebab nak ucap Selamat Tinggal pada mertua, Nevin dan Kak Emine.
Bila nampak scenery yg cantik, deme mintak turun keta dan bergambor! Sebab dah masuk musim sejuk, dedaun berubah dari ijau jadi oren, meroh dan kekuningan, macam lukisanlah, SubhanaAllah!
Teman singgah rumoh mertua dulu, yg udoh menangis...ingat tak jumpa teman lagi. Biras teman sibuk siapkan kahvalti dan teh dari buah berry liar. Deme ni bukan pelancong tp sorang yg kawin lelaki Turki, 2 pelajar di uni di Istanbul dan sorang agen travel agency. Mertua bukan main sonok melayan!
Ni peristiwa Sabtu lepaih, sekumpulan 30 anak muda menyanyi, menari, bersorak-sorak dan bertakbir, juga melambung salah sorang rakan deme di depan blok apartment teman. Curious teman weh, ingatkan peminat Kelab Galatasary sonok kelab deme kalahkan kelab Man U beberapa ari lepas...
Dalam bulan November lazimnya ada pengambilan baru anak-anak muda Turki masuk latihan tentera Turki yg diwajibkan.Ada yg tangguh masuk U atau koje sbb nak buat service dulu, cam Mamat ensom yg muka sedih tu. Tak taw pulak jiran teman ada anak se cun ni...ada sesapa nak merisik?
Sejak balik ke Istanbul dari Akcakoca 3 minggu dulu, teman banyak shopping barang yg dipesan di FB dan blog, tp teman lebih aktif kat FB sebab respon lebih cepat. Hampir tiap ari teman nyongket gi Eminonu. Kekadang gi pejabat pos, lalu depan Masjid Baru yg tua ni (dibina pada kurun ke 15!) Sesejuk gini pun masih rama pelancong ke Istanbul!
Masa tu kul 11 lebih, lagi 45 minit nak solat jemaat, tapi ada jemaah yg dah siap berwudhu...
...kat dalam Grand Bazar banyak masjid dan surau, mana yg bersolat kena berebut tempat. Kalau masjid/surau penuh, solat kat luor ler...
...ni dirakam lepaih abis solat kat mesjid lain, ada yg masih buat solat sunat. Ari tu suhu rendah 10 C, tak tawlah kalau masuk musim sejuk dalam Disember-Mac, sejuk sampai ke tulang! Kat dalam gerigi tu makam seseorang yg ternama zaman Uthmaniah.
Pas tu ujan renyai...tapi ada sikit matahari, jadi kuor ler pelangi. Belah sana tu Taksim, kawasan yg 'happening', belah sini Eminonu, kat sini teman amik bas balik rumoh!