Tengok T-shirt anak teman, ada bendera Turki!
Bila kenyang, senyum jer!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PM Turki YAB Tayyip Erdogan dah selamat sampa ke Mugadishu bersama ahli kuarga dan beberapa menteri kabinetnya bagi menarik perhatian dunia akan masalah kemarau dan kebuluran di Somalia. Sebelum tu beberapa NGO Turki dan beberapa orang selebreti Turki seperti Sertap Erener, Nihat Dogan dan Ajda Pekkan serta beberapa MP dan ahli perniagaan dah pegi ke negara malang tersebut.
Kita sibuk nak sambut raya, orang Turki sibuk nak bantu orang yang lapor. Tapi teman terbaca ada kempen menderma untuk mangsa kebuluran Somalia ni kat satkhabor kita. Harap-harap ada VVIP kita atau selebreti kita sanggup ke sana. Atau paling-paling korang menderma sebanyak mungkin. Elok kita cut-down beli baju raya. Kalau tiap tahun kita beli 3 pasang, tahun ni kita beli 2 pasang cukup ler. Duit yang RM100 tu (hah baju sekarang mahei weh...sepasang mau RM150-RM200, yang ada labuci tuh) sedeqah kat deme di Somalia. Tak pun barang kemas yang lebih tu, lelong ler, dapat RM20 juta dah kira baguih tuh!
Ni apa?
Ni amende?
Nilah imej futuristik sebuah banguanan yang bakal menjadi tertinggi di dunia. Tingginya 1000 meter, kos lebih korang USD20 billion. Memecah awan, bukan mencecah awan.
Huuuu gayat...tinggi kome! Cuma teman nak hingorkan, ngape ler deme bina tinggi bebenor, perlu ke?
Ego jer lebih nih! Duit banyak tak tau nak boh mana!
Kome cari ler sendiri negara mana yang ego ni.
Ngape dik?
Lapor ke?
Moh nengok aktiviti melancor Al-Quran sempena Nuzul Quran.
Adik kat mesjid di Indonesia ni letih kot dan dahaga.
Kaum Muslimat turut memeriahkan membaca Al-Quran di sebuah masjid di Jakarta.
Remaja turut aktif membaca di Gaza City.
Semalam teman pegi cyber cafe, ramai remaja Melayu kita main game! Posa ke tak posa, aktiviti main game kat CC tak luntur.
Tak tau ke mak bapak deme ni anak-anak deme baya 8-11 tahun perabihkan masa dan duit kat situ?
Teman heran dengan mak bapak Melayu ni kekadang!
Usia tak menghalang Atuk di Kashmir ni melancor.
Berkat umur dia!
Peace!
Sorang Yong yang anti-Salleh di Yaman sedang tekun melancor.
Kome tau apa teman tulih ni, melancor? Maksudnya melancar. Orang Perok kata melancor tu menghapal atau membaca ler.
"Melancor kome...jangan asyik ngadap TV jer?"
Kome jangan pikior lain...besit kang!
Gambor-gambor dari AP/Getty Image. Syukran!
Nevin sedang tanggung seguni baja.
Moh jenguk Kampong Derdebi jap.
Nak citer suasana di musim bunga. Salah satu tugas yang kuarga Mr T kena buat ialah menabur baja pada pokok hazelnut. Berguni-guni digunakan.
Nevin hangkut ntah bape kilogram tiap kali musim bunga. Dia boh berguni-guni atas traktor tu dan tanggung sorang-sorang dan tabur di ladang yang agak luas tu. Sebuah guni berat 25 kg.
Sungai Deredebi di musim bunga.
Sementara tu, dalam satu musim bunga teman gi berkelah dengan anak buah Mr T. Bila teman tau ada sungai kat Kg Derdebi, teman punya suka. Ajak bebudak ni berkelah. Teman ajak Enver (dak lelaki ni) dan kakak-kakak dia termasuk Esra dan Fatma dan anak sedara Kak Emine, Beyza.
Teman hangkut teko lama untuk buat cay.
Pilih port yang best kat sini. Selain buat cay panas, teman bawok kentang rebus dan hazelnut.
Kak Emine kata, "Allah, Allah...nak berkelah pulak!"
Tak penah buat dik orang berkelah kat tepi sungai Deredebi kot.
Teman apa dulik!
Kami hanya dok sembang-sembang dan main ayor.
Nak mandi sejuk, jadi deme dok baring-baring, berlabun dan bergambor. Ni gambor 4-5 tahun dulu. Sekarang Fatma dan Beyza dah bertudung. Fatma dah berhenti sekolah dan Beyza masuk sekolah Imam Hatip.
Kat padang sinilah kekadang Kak Emine dan Nevin lepas kan lembu-lembu deme untuk makan dan bermukah!
Sebagai penutup, jamulah mater dengan juadah berbuka di Lahore, Pakistan.
Deme ni makan limo ke epal ijo ni?
Yang teman buleh usyar lagi samosa dan kurma. Menu yang sihat!