Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Mat Sabu Lepas Satu Jerat ...Mr T Nyongket Maleyzia Part II

Ketua Pembangkang Turki dan tentera di perbatasan. Bayangkan ni Tuan Guru Nik Aziz.


Assalaumalaikum dan Salam Perkenalan,

Ingat ke teman lagi?
Lebih 2 minggu teman cuti...kotlah ada yg dah lupe! Teman masih bercuti, berbulan-bulan lagi, kome jangan jeles.

Menurut berita dari The Sun, pihak Perbadanan Perbekalan Ayor Pulau Pinang dah clearkan resit perubatan Saudara Mat Sabu sebagai 'Halal', takde cop JAKIM jer.

Setelah deme kajiselidik dan buat survey dan ngendap, tuntutan Mat Sabu tu lulus dan didapati takde hanky-panky. Menurut CEOnya En Jaseni Maidinsa, memang bil hospital Mat Sabu berjumlah RM5K lebih, tapi itu tak termasuk caj pembedahan yg RM3K lebih. Jadi total yg RM8K lebih tu memang sohih.

Pasai dakwaan gerombolan yg kata Mat Sabu tak boleh claim sebab dia join demo atau aktiviti harem (berjalan kat jalanraya harem eh?), Encik yg bagus Jaseni Maidinsa kabor, "Isyyy dia nak gi masjid pun kena tangkap? Sejak bila gi masjid satu kehareman?"
Menurut laporan, Mat Sabu ditangkap semasa dalam perjalanan ke masjid dan seperti yg diwar-warkan, Bersih 2.0 hanya bermula pada pukui 2:00 pm...Adeiii kantoi!

Sementara tu gambor kat ataih tu yg berkot dan berkaca mata ialah salah sorang ketua pembangkang di Turki. Nama dia panjang, lupalah pulak ejaan. Tapi nak citer kat sini, walaupun dia ketua pembangkang, dia dilayan cam VVIP gomen gak, boleh buat lawatan diperbatasan berjumpa dan bermesra dengan anggota tentera Turki yang bertugas. Beliau mendapat layanan dan penghormatan seperti menteri-menteri di kabinet Erdogan.
Err..kat Malaysia ada peluang Datuk Nik Aziz ka, Hj Hadi ka, Lim Kit Siang ka, Mat Sabu ka...gi jumpa tentera kita di sempadan dan dapat liputan di MSM?
That will be the day, I reckon!




Haaa...citer pasa Hari Raya Eidfitri pulak. Tu dia Bashir doa punya kusyuk. Doa panjang-panjang sikit Yob, kotlah ni tahun last miker beraya bagai presiden!



Layan kekanak lagi best dari citer pasa PM atau Presiden yg dah nak expired! Adik comey di Romania memperaga tudung pink di pagi raya!



"Kenapa Daddy berdiri tegak tak gerak-gerak?"
Hyder Huzri, 2, tahun mendongak kat Daddy di Islamic Centre, Miami, USA.



Hyder budak yang baik. Kalau anak sedara teman, dah main Ultraman dah!



"Huaaaaahhhh...bila nak abis solat ni?"
Solat Eidulfitri di Albania.



"Urrggg...I'm lost!" pikior dak kecik kat Tebing Gaza ni.



Ni budak kita, orang Melaka. Cam veteran jer, dok depan lagi!


Tu dia melaut!!!

Kat masjid besor di tengah bandar Moscow. Kalau tiap hari solat jemaah cam ni, mau pengsan Putin dan konco-konco dia, nasib baik setahun sekali atau 2 kali!

Gambor-gambor teman cilok dari UK Telegraph, AFP dll. TQ!



Mr T nyongket ke Maleyzia Part II.

Antara tempat yang keme gi nyongket ialah Pulau Langkawi. Sebab Mr T ni orang kampong, dia suka gi tempat-tempat yang banyak pokok dan natural.
Kalau kome yang dah biasa baca pasa Kampong Deredebi, kampong Mr T tu, mesti kome faham ngape dia rasa serasi dengan suasana cam dalam gambor ni. Teman amik peluang mandi tapi Mr T asyik layan notebook dia.


Mr T and the bamboo trees

Ni gambor diamik kat belakang rumoh Mak teman di Kg Tengah, Parit, Perak. Mr T nak tengok pokok buluh, sebab kat Turki takde pokok buluh...kome jangan gelak heh!
Belakang pokok buluh tu tanah wakaf. Ni Mr T berposing dengan 2 anak sedara teman.


Mr T and the palm tree

Selain rumpun buluh yang takde panda bear, Mr T dibawa ke sebuah ladang sawit tak jauh dari kampong keme. Baru dia dapat tengok, belek, hidu, picit, pokok dan buah kelapa sawit ni. Memacam dia tanya adik teman si Atan pasa sejarah idup dan jangkahayat serta hasil mahsul pokok ni.
Atan bukan terer sangat pasa pokok palma ni tapi dia labunlah sikit-sebanyak.
Ase ada pokok yang takde kat Turki, Mr T akan gi tengok dan bergambor. Pokok getah dia dah tengok masa kami drive pusing-pusing Pulau Langkawi.

To be continued... eh eh...makan-makan takder pulak, esok-esok yer!