Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Karipap. Show all posts
Showing posts with label Karipap. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Malaysia Kat Winter Olympiad? Cayalah!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kena mula n3 dengan gambor makanan, bagi semangat sikit. Ni course pertama untuk lunch kat rumoh Ilker. Sup yoghurt dengan sejenis bijiran dan herba. Ada salad maru, yoghurt sorang satu mangkok (susu dari tetek Fistig kat kampong), dan ada cili padi jeruk. Course kedua stew sayur, pastu dolma, semua makan dengan roti. Bila teman ada baru deme rajin masak lauk - kofte daging atau ikan. Bukan deme kedekut tapi memang deme lebih makan sayur dari daging.



Cuaca pagi ni sunggh tak ceria. Awan itam berarak laju, angin sini kuat. Suhu 9 Celcius. Ngetor teman bila amik thermometer teman boh kat balkon tadi. Maknanya teman jadi baik ari ni, dok rumoh jer! Alaa tapi kena kuor gak nak beli daging lembu buat karipap. Aritu ada beli kuzu (lamb) tapi tu nak grill, takkan nak buat karipap...rugi! Daging kuzu mahal, RM50 lebih sekilo!



Nak citer pasal Winter Olimpiad peringkat universiti di Erzurum (wilayah Turki bahagian timur di benua Asia). Teman tertengok acara pembukaan oleh Presiden Gul. Tengah nonton nampak mendera yg seropa mendera Malaysia. Ingatkan mendera USA. Tapi nampak bulan bintang kuning. Weh Malaysia pun masuk winter sports kome! Jangan memain! Adalah 7-8 orang teman perasan, semua keturunan Cina. Teman dengor wakil kita masuk satu acara jer. Nak kata main hoki ais cam tak cukup korum. Main curling kot. Elok main curling jer, tak agresif. Kalau main hoki ais, musti hancus! Jadi ler, ada gak wakil. Thailand pun antor 2-3 orang, tapi Singapore tak der. Indonesia teman terlepas perarakan masuk, ada ke tak, idok teman tau.



Gambor dari TV, maaf ye kome. Haa nampok mendera Malaysia kat tengah-tengah tuh?
Bangga gak tengok mendera kita berkibor tu. Tak banyak negara tropika amik bahagian, adalah 2-3 negara jer. Masa tu salji tengah turun, kejap lebat kejap sikit. Teman nengok kat rumoh pun rasa menggigil sebab rumoh teman 20 Celcius. Untuk pengetahuan kome, dalam bahasa Turki ada beberapa lagi negara yang deme sebut -stan kat ujung, antaranya India (Hindustan), Serbia (Serbistan), Hungary (Macaristan), Greece (Yunanistan) dan Mongolia (Mongolistan)!



Antara negara yang antor ramai peserta ialah USA, Russia dan tentunya Turki! Pertunjukan pembukaan termasuk tarian folks, dervish dan pop. Sekian maklumat sukan semasa dari Istanbul!



Mulai ari ni teman nak kurangkan content n3 teman sebab:

1. Nak kemas dan bersihkan rumah.
2. Nak tumpu pada penulisan rencana untuk satu website, jadi kena buat banyak research!
3. Nak buat karipap...!

Tengoklah salon teman bersepah. Sejak balik tak kemas satu bilik pun. Teman tido kat salon, atas salah satu sofa. Dalam bilik tido lebih sejuk! Sinilah tido, sinilah makan, sinilah solat! Eh, cam kat flat Shah Alam jer.

Satu website tu teman dah jadi ahli tapi teman tak sempat lagi submit rencana. Kena start, ada rezki dapat gak masyuk!

Entry untuk Mohkembara akan didownsize dari segi gambor. Lambat nak upload gambor ni. Entry InsyaAllah tetap akan ada dengan regular, cuma dikurangkan gambor. Harap maklum.


Err...nak buat karipap kena ada kepakaran, kemahiran dan kesabaran yang tinggi gak, tu memakan masa tuh!



Teman kena rajin mengemas rumoh walaupun teman ni kurang minat bab housekeeping ni. Mr T pun tau hal ni dan dia tak paksa teman kemas rumoh. Dia bagi cadangan jer. Dia kata satu hari kemas satu bilik. Kalau tak bersepah atau berhabuk, takyah kemas ler. Bila dia ada lagi bersepah. Dia boh coat kat atas katil, yelek kat atas kusi, muffler kat sofa...teman ler jadi tukang kutip.

He, he...ni dia takder teman punya barang yang bersepah-sepah atas meja. Oklah hari ni kena start mengemas - simpan barang di tempatnyer, vacuum, lap, dan mop. Ni akan memakan masa 4-7 ari kome! Tu tak termasuk 2 balkon kat luor tu!



Ni ropa salon apartment yang standard kekemasan dan kebersihannya capai piawaian Turki. Nak dapat standard ni yang susoh teman nak capai ni. Paling-paling tinggi pun 60% teman buleh dapat. Serius!

Ni rumoh jiran Fatma kat Akcakoca yang jemput teman minum kopi dulu. Nanti bila senang sikit teman buat n3 pasal bertandang ke apartment deme ni.

Ingin teman maklum, sejak dok Turki ni, ada beberapa blog teman tak buleh akses sejak dari ari pertama. Dah cuba berbagai cara dan search engine, masih tak berjaya. Kalau kome perasan teman lama tak blogwalk kat blog kome, tu bermakna blog kome tak buleh diakses. Antaranya blog KakYong, Yob ISA, Yob Radio Ham, Yob Orang Muo, Ustaz Amirul (yang baru ziarah ari ni), dan beberapa blog lagi tak buleh tinggalkan komen. Harap maaf ya kalau lama tak gi blogwalk ke blog kome tu. Sekian dimaklumkan.