Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Jumpa Aktivis Palestin di Shah Alam dan Selamat Tinggal Kome, Doakan Teman!



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Dua tiga hari ni sibuk melayan tetamu kat rumah. Sorang ex-student dari Kota Bharu datang ziarah.
Masak-masak, makan-makan dan belajor-belajor agama dengan dia.
Dia nak jumpa teman sebelum teman berangkat ke tanah suci esok, InsyaAllah.



Pagi tadi kami nyongket ke PKNS dan SACC Shah Alam. Teman tak tau bila flight teman, tapi shoppinglah apa yg patut sebab visa haji dah ada, flight jer tak confirm bila.
Ronda-ronda kat Convention Centre tengok pameran pengantin.
Amik gambor 5-6 keping dan makan nasi briyani free ehsan syarikat catering orang kawen.



Pengantin ni sombong sikit, tak tegur orang.
Kul 12 tengah hari, kawan di agensi buat haji telefon bagi tau, flight teman esok.
Alhamdulillah!
Nanti shopping cari apa yang patut.



Contoh pelamin. Kalau kome minat nak tengok pameran orang kawen, gi jer kat SACC tu, dpt makan nasi briyani free lagi!
Pameran sampai ahad!



Semalam teman dan ex-student teman tu gi dengor kuliah agama yg disampakan oleh Ustaz Dusuki kat Masjid Negeri Shah Alam. Kami datang awal jadi teman buat onar jap dalam mesjid.



Dekat kul 10 pagi baru rama datang, laki pompuan. Kuliah ni diadakan tiap khamis utk pesara tapi bayi 8 bulan pun ada datang. Ramai gak yg hadir, ada sekitar 100 orang.



Nilah ex-student teman, Razimah, sekarang dah jadi Tutor dan jadi sahabat teman.
Teman banyak belajor agama dari dia.



Agak kul 10:20 ustaz datang.
Isu kuliah redho dengan 'Qada dan Qadar Allah'.
Sonok gak stail kuliah dia. Err...dan dia ada tauliah bagi ceramah kat mesjid!



45 minit pastu dia kata sambung minggu depan.
Patutnya 1 jam.
Ropanya ada program spontan.
Sebuah NGO Malaysia diwakili 2 org aktivis wanita bawok masuk 2 orang aktivis wanita Arab dari Palestin.



Muda remaja, sorang nama Tahril, pelajar Bahasa Inggeris tahun akhir sebuah universiti di Gaza, dan sorang lagi Noura, Guru Besor sebuah sekolah.
Deme mewakili pertubuhan deme di Gaza membawa misi memohon bantuan dari rakyat Malaysia.



Deme ada 4 perkara nak kongsi dengan rakyat Malaysia. Deme mohon bantuan untuk 1. Tajaan anak-anak yatim 2. Membina sebuah masjid 3. Membina sebuah hospital dan 4. Dana untuk membaiki prasana yg rosak angkara regim Zionis.
Shah Alam merupakan destinasi pertama deme di Malaysia.
Memana Yob yg berkenan kat deme ni...jangan tanya nombor handphone deme sebab teman tak mintak pun!
Kami dalam kuliah tu membantu dengan memberi sedeqah dan derma pada pertubuhan deme.
Memang berbaloi nyongketan teman dengan Razimah ari tu.



Untuk sarapan pagi tadi, western!
Meh rasa kome.

P.S Sepanjang teman di tanah suci nanti, blog akan berehat. Teman mohon maaf dari semua rakan dan pembaca blog Moh Kembara, mohon doa keselamatan dan kesejahteraan teman dan rakan jemaah yang lain. Doakan kami selamat gi dan balik dan dipermudahkan urusan dan diberi haji mabrur.
Amiiin!