Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Freelance. Show all posts
Showing posts with label Freelance. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

NOTIS DARI FREELANCE



Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru Hijrah
1432

Nama teman Freelance. Tuan teman nak balik kampong di Parit, Perak buat beberapa hari. Internet connection takder kat kampong dia, walaupun bukan ulu. Maxis tak bape luas coveragenya. Apa ni Ananda...

Kalau tuan teman rasa nak nyongket dan terjah rumoh mengkome yang kat Ipoh tu, buleh ke?
Atau pun yang tingga di Kole Kangsor ke...,he heh!

Jadi kita jumpa lagi dalam 4-5 ari gitu kome,InsyaAllah.

Selamat bercuti ya.

Wassalam.

Freelance yang Comey
Kg Deridebi, Duzce,
Karadeniz/Black Sea.

Friday, November 19, 2010

Winter Wonderland Di Kg Deridebi Turkiye



Assalamualaikum Dan Salam Ceria,

He he...maaf entry terbaru 'Winter Wonderland di Kg Deridebi' kat

bawah selepas entry 'Interview with an Ex-Mujahiddeen' ya. Baru

disunting selepas disimpan seminggu.

Jadi dia keluor ikut tarikh memula didraft. Scroll ke bawoh sikit

lagi jer. Nama teman Freelance! Terima kasih ya kome!

Adeiii sejuuuk!

Saturday, October 30, 2010

TEKA-TIKAM #1



Assalamualaikum Kome!

Nama kucing ni Freelance, dok di Kg Deridebi. Dia nak buat pengumuman!

Blog Mohkembara akan mengadakan aktiviti baru iaitu.... Teka-Tikam! Peraduan spontan dan mengejut oleh tuan punya blog yang sesuka ati dia buat peraduan bila mood dia baik.

Sempena entry yang bebaru ni, 'Marooned in Kurdistan', Freelance nak buat soalan.

Teka-Tikam #1 :

Siapakah Perdana Menteri Kurdistan semasa ni?

Beri nama penuh dia dengan ejaan betoi.


Sesapa yang jawab dalam entry ni yang pertama betoi, dialah pemenang Teka-Tikam pertama ni. Tarikh tutup dan waktu setakat jawaban yang pertama sampai dan betoi...'Ting!' abis waktu menjawab. Sapa cepat dia menang! Errr jawaban takde dalam entry tu, kome kena buat research sendiri yek. Kena koje sikiiiit...

Freelance akan check ruang comment ni dari masa ke semasa nak tengok sapa jawab yang memula betoi! Bila ada yang betoi, 'Ting!' abis waktu Teka-Tikam!

Hadiah? Nanti sat nak selongkar bawah katei ni.

Ok...jawab sekarang! Cube jangan tak cube! La laa laa laaa....


NOTIS:

Jangan lupe ada 4 ari lagi untuk menjawab Peraduan #2 ye, hari Selasa tamat!