
Encik Tayyip Erdogan ketika berkempen baru-baru ni
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kul 1:30am pagi buta tadi, teman sms Mr T. Dia kata parti AK pimpinan Encik Erdogan menang 330 kerusi. Bila teman check satkhabor online, parti AK dapat 327 kerusi atau 50.41% undi, diikuti CHP 135 atau 25/8% undi dan 53 kerusi untuk MHP atau 13.1%.
AK parti perolehi kurang sikit kerusi berbanding PRU 2007 tapi jumlah % meningkat.
Menteri Luor dan warga muda dan para aktivis dari Mesir yg dijemput ke Turki sebagai pemerhati PRU Turki. Mereka memilih untuk mengambil Turki sebagai model demokrasi baru di Mesir.

Di Batman (haa...ada tempat nama Batman di Turki kome) di bahagian timur laut Turki, beberapa tangkapan telah dibuat ke atas beberapa individu yg cuba menghasut pengundi memilih calon-calon bebas yg condong pada parti orang Kurdish. Polis undercover telah menangkap dan membelasah deme-deme ni sebab menganggu perjalanan pembuangan undi.

Mr T sedang memandu di Istanbul
Masa kul 9:00 pm semalam, teman tak sabor-sabor nak tau keputusan PRU Turki. Tapi teman tau keputusan rasmi hanya buleh dikabor kul 6 pm waktu Turki (atau kul 12 malam waktu Malaysia).
Teman saja nak provok Mr T dengan mengantor sms.
Teman: Assalamualaikum, have U cast ur vote? U think AK Party will win big?
Mr T: AK Party? I hate it. But (the result) will be clear in 4 hrs. Yes it seems AK party is still big.
Teman: U hate a party which is popular. Can u tell me why?
Mr T: AK party is being supported by USA. It supoported USA when USA army enter there.
Teman: There where?
(Sabornyer Mr T layan sms teman. Ntah-ntah dia tengah sibuk, teman ajak sembang pasa politik pulak...)
Mr T: Iraq.
Teman: Turkey has always been friendly with The US and Israel. Do U think, were Mr Bahceli the Prime Minister of Turkey, he wud change the policy?
Mr T: Yes of coz.
Teman: He wud change the policy? I find it hard to believe! Turkey is always friendly with USA and Yahudi!
Mr T: Yes you r rite but it must be changed soon. InsyaAllah.
Dan kredit teman pun low. Tunggu jer kul 1 pagi teman nak kaco dia lagi.
Kalau kome rasa kami berinteraksi cam formal, memang pun, kalau kami sembang isu-isu serius. Mr T suka labun isu-isu cam ni dengan teman.
Rama rakyat Turki yg bukan penyokong AKP marah dengan Erdogan dan gomen dia sebab dulu membenorkan tentera Amerika masuk ikut Turki untuk ceroboh Iraq masa zaman Presiden Saddam Hussien.
Encik Devlet Bahceli pemimpin MHP. Parti nasionalis MH teruk dilanda skandal video seks. Tapi tak de bukti ianya difitnah oleh parti lawan.