
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Teman kurang sihat 2-3 ari ni. Idung gata cam nak kena sesema. Teman mintak paracetamol kat housemate. Makan 2 kali tak bape mau nak kebah. Malam tutup kipas - luor biasa ni. Esok beli ubat sesema kat farmasi. Kena elokkan sakit sebab ari sabtu nok berjalan. Dah plan minggu lepas.
Malam tadi pun tidur tak paka kipas dan paka stokin dan berbaju dua lapis. Bagi berpeluh. Kuor peluh sikit. Antor sms kat student tanya dapat kereta sewa tak? Tak jawab. Ni mesti handphone meragam.
Pagi tadi sarapan kat restoran bawah. Makan 2 biji karipap dan kuih dadar. Minum ayor limo panas - untuk idung. Badan rasa seram sejuk sikit tapi tak bape panah. Telan lagi ubat 2 biji. Sementara tunggu student datang, baca buku.

Kul 8:15am student datang bawok kancil. Tu jer yang ade. Takper ler.Bukan nok panjat Gunung Kinabalu!
"Madam nak gi mana?" Javahier tanya.
"Mana-mana. Ni jalan-jalan takde tujuan..." Jom kita amik lagi sorang, sebagai teman. Sebelum tu teman dah pack 2 bungkuih nasi lemak dan mee goreng bodoh satu pek. Ayor 3 botoi.

Amik Aishah kat hostel. Kami plan nok gi Taman Hidupan Liar Lok Kawi tapi tersasul. Pusing-pusing, lapor. Berenti jap kat satu wakaf, bukak nasi lemak, mee bodoh dan ayor. Berkelah situ jap. Sambe tu tengok orang berendam cari lokan, kepah dan tiram di lumpur laut. Ari panah deme sanggup berendam cari rezki! Sesema teman dah rasa kurang, Alhamdulillah!

Pas brunch, retrace jalan cari taman tu. Jumpa! Ni antara hewan-hewan yang kami nampak. Burung enggang. Ni dalam aviary jadi dia buleh terbang suka hati. Tapi banyok hewan kat sini terkurung dalam kandang atau ruang yang sempit. Rama yang malas, gemuk dan tak der semangat nak idup!

Contohnya cam kuda padi ni. Dia sekor jer, tak der kawan dan kawasan untuk dia lebih kurang 20m x 15m. Kome mahu idup cam ni saban hari, minggu dan tahun sensorang? Teman rasa kejam nih...naya binatang!
Dia ni dok berdiri kat situ tak bergerak-gerak. Apa dia pikior kome ingat?

Ulor ni berlengkoooor jer. Nama pun ulor. Memang deme ni kurang aktif kalau dah kenyang tapi tak sonok tengok hewan yang tak bergerak. Baik tengok gambor...tak bergerak gak! Dia pun solo.

Boya-boya ni dok berhimpit-himpit dalam ruang yang sempit. Ada lebih 6 ekor dalam ruang yang tak lebih 10m x 10m. Deme bukan ikan sardin weh...boya!

Gajoh-gajoh pygmy ni besor sikit lingkarannya. Besor ler dari kawasan hewan lain. Tu nampok deme ceria sikit. Deme antara hewan yang tak tido atau melengu. Yang lain dok baring, tido, melengu, merajuk...

Feeding time!
Kebetulan masa tu ada 2 orang penjaga bagi makan snack. Deme ajak keme bagi gajoh makan ubi keledek meroh. Gajoh ni faham BM kome. Masa teman sua ubi kat belalai dia, terasa jari-jari teman cam kena sedut vacuum cleaner!
Puas ati dapat bagi gajoh makan. Ni bukan zoo jadi hewan tak banyok. Tapi apa yang dikurung kat sini elok diberi ruang yang lebih besor dan imaginatif. Teman bukan suka sangat nengok hewan kat zoo tapi nak gi tempat lain cam hutan simpan, jauh pulok. Keta kancil tak larat kot. Lagi pun sewa untuk 12 jam jer.

Abis nengok hewan, balik ke bandar, gi 1Borneo solat. Pastu makan time. Masa ni teman dah rasa segor sebab kat Lok Kawi teman berpeluh berjalan dari satu kandang ke satu ruang. Kalau demam dan kita berpeluh, kuor ler panah demam tu.
Teman order platter for 2. Bila order sampa memang cukup untuk 3 orang. Ada udang, sotong, fillet, kalamari, fries, butter rice and vege. Lagi satu side order teman minta saute mushroom. Kena bagi students makan elok-elok.

Javahier dan Aishah bagi tanda thumb-up, tiru gaya Dr Romzey produser 2 Alam. Dalam keta tadi kami gelak sakan citer fasa filem 2 Alam dan fasa gaya Dr Romzey yang unik tu. Tak leh ngumpat kat sini...

Weh, deme dah boh Kara Adam dan Kara Bayan kat 1Borneo ni. Krismas jauh lagi!

Kalau perayaan lain buat ala kadar jer.

Hiasan memang menarik dan shoppers memang suka tengok sebab menimbulkan festive mood.

3 pokok Krismas yang besor dah siap beroperasi di ruang utama kompleks. Kat Lembah Klang camner? Tentu lagi hebat dan glamer!
Kul 5:30pm Javahier antor teman ke rumah sewa. Badan memang rasa dah pulih benor. Alhamdulillah.
Esok buleh nyongket lagiiiii!