Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, November 30, 2011

Makkah The Beautiful ...Tika Waktu Subuh!

"Janganlah...ana pemalu!"


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Hah sempat lagi posting satu entry sebelum ana balik rumoh Mak di Parit. Maaf ana masih belum sempat nak respon pd komen-komen dan blogwalk. InsyaAllah balik semula ke Shah Alam ana pulun nyongket merata blogs ya.
Hissyyy ana anta kunun!

Ni nak labun pasa aktiviti harian semasa di Makkah. Lazimnya kuar dari hotel, jalan 5 minit dah sampai ke pintu gerbang Masjiddilharam the Beautiful. On the way, lalu jalan berdebu dan kome buleh jumpa segerombolan peminta dari Afrika atau sorang dua individu yg bersedekah pada para jemaah yg nak ke masjid. Ni salah sorang Yob yg bersedekah buah tamar. Bila teman nak amik gambor dia, dia kata "La...la...".
Teman senyum dan acah-acah klik.
Dia senyum. Teman pun klik.


Sorang 'rock star' sedang mengaji sambil mengadap Kaabah.

Sebelum subuh, seawal kul 3 pagi masjid dah penuh. Teman suka gi level teratas sebab buleh nampak langit, bulan dan bintang dan berangin.



Lepas solat subuh, ada yg terus balik ke hotel atau port masing-masing (di dataran, bawoh jambatan, tepi corridor etc. etc.), ada yg lepak dlm masjid. Teman lazimnya akan lepak satu jam lebih, dan buat beberapa set solat sunat atau dok tepi balkon tu berzikir sambil tengok jemaah tawaf di groundfloor.
Pemandangan memang menakjubkan dan tak menjemukan, Subhanallah!



On the way down or out
, kome akan melintasi ramai jemaah yg exhausted (semalaman bertahajud, berzikir etc. etc.), tido di setiap ruang dan sudut dlm masjid.
Apa yg teman suka dgn Masjiddilharam ni, kita buleh tido dan lepak tapi tak kena ligan dengan petugas!



Pompuan pun ada yg baring-baring...asalkan jaga aurat. Ni mazhab apa tak tau, yg buleh tunjuk kaki.
Mazhab Mr T kot - mazhab Hanafi.



Walaupun dah masuk 'winter', Makkah masih belum sejuk sangat tapi malam dan subuh agak 'cool' sekitar 24-27 C. Nyaman baa tidur di bawah langit dan angin yg sepoi bahasa.



Antara port yg best dan ada privacy, di laluan dari eskalator ke level 1,2 dan 3.



Lazimnya orang akan tido mengerekot macam dia dalam perut ibu!



Sahabat baik...rasa teman jemaah dari Iran. Deme ni skema, bila bukak ihram lelaki Iran akan pakai seluar slacks dan baju kemeja. Deme tak akan pakai jubah Arab atau skaf ala-ala Arab.



Sweet dream my dear Egyptian Brother
!


Jam besor Makkah.

Kalau kome sesat, dongak ke atas cari jam besor ni, haa tu kira tak jauh dari Masjiddilharam.
Subuh dan solat subuh di Masjiddilharam antara waktu yg teman gemor sekali semasa di Makkah!



Antara menu yg teman dapat dari caterer kami - spegeti goreng ayam, nugget, telur rebus dan salad. Meh kome!

To be continued....

16 comments:

  1. Tak ngape ngambik gambo bebanyak macam tu ya Yong, takde sape maghoh ye? :)

    ReplyDelete
  2. Salam Kakcik,

    Jangan kabor deme...kalau kabor tentu deme tak bagi, so pepandai ler bila nak snap!

    ReplyDelete
  3. Tak dapat tidor disana,dapat mimpi tidor depan kaabah pun jadi la....

    ReplyDelete
  4. subhanallah, doakan rezeki saya pula ke sana kak yong:)

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak baca next entry akak :-)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Halima..

    Seronoknya tengok gambar2 ni kak, terasa rindu sangat suasana di sana..

    ReplyDelete
  7. ala kak lima...pagi tadi dah komen...tgk2 ilang pulak

    anyway, syukur akak dah selamat pergi dan kembali dari menunaikan fardu haji......tak sabar nak baca citer akak kat sana

    ReplyDelete
  8. rindunya akak takde.....
    beruntung nya akak dapat pergi sana.....
    bila tengok gambar ni rasanya macam dah pergi sekali je...

    ReplyDelete
  9. Memang seronok bila dapat solat dan duduk dalam Masjidil Haram. Rasa tenang dan bebas. Tapi sekiranya kita sihat kerana setiap jemaah yang berada di Tanah Suci Makkah akan pasti terkena jangkitan penyakit sama ada dari virus yang datang dari seluruh pelusuk dunia atau badan kita sendiri yang tak tahan dengan cuaca kering dan berdebu di Makkah.

    Satu perkara lagi, selesa berada di Masjidil Haram berbanding berada didalam bilik penginapan yang memuatkan 7 penghuni yang berbagai gelagat dan yang berpenyakit. Daripada terjangkit penyakit atau terberdosa dengan gelagat rakan sebilik lebih baik beriktikaf di Masjidil Haram.

    Tambahan hotel penginapan terletak lebih kurang 1 km dari Masjidil Haram. Kalau nak ulang alik tiap2 waktu solat mengah juga, jadi duduk ajelah dalam Masjidil Haram. Cuma kena keluar belanja untuk beli makanan. Musim haji makanan di Makkah tersangat mahal tak kira makanan Arab atau makanan Malaysia. Ada restoran Felda-'Di Saji' yang terletak di tingkat 2, Abraj Al Safwa bertentangan Masjidil Haram. Malangnya pekerja semuanya Indon, makanan pula dijual ikut cara Arab, mee goreng sebekas harga SR20 boleh dimakan 3 orang. Kalau 3 orang tu sama selera nak makan mee goreng atau seorang boleh makan 3 kali, pagi, tengahhari dan malam, tak muak ke, tak basi ke? Mereka tidak jual seperti di Malaysia, untuk seorang makan.

    Sesiapa yang ingin ke Makkah bersedialah untuk mendapat penyakit. Lebih setahun aku di tanahair tidak pernah terkena selsema dan batuk, tup tup diMakkah terjangkit batuk yang berpanjangan. Benar orang kata, sakit itu pembersih dosa dan penawarnya adalah air zamzam......wallahu 'alam. Badanku agak liat sikit.
    Tapi memang seronok bila duduk didalam Masjidil Haram....tak dapat nak dibayangkan...hanya dihayati.
    Sesiapa yang belum pergi, mulalah menabung, pergi umrah dulu pun dah cukup. Kita latih diri sebelum menunaikan rukun haji.
    Memang aku rindu Masjidil Haram.

    ReplyDelete
  10. Tahniah yong..., teman nie manis tengah ngumpul duit nk nyongket ke sana...., harap2nye lagi dua tahun cukup la..., :-)

    ReplyDelete
  11. Salam hajah..

    syukur dan selamat kembali. Seronok rasanya dapat kembali membaca blog mike setelah lama menyepi. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. banyaknya ambik gambo..tak kena marah ye.. tapi best tengok..moga suatu masa nanti saya pula akan menjejakkan kaki ke sana..

    ReplyDelete
  13. that egyptian bro tidor punya lah best..!! terlentang...

    ReplyDelete
  14. salaam kak..
    selamat kembali ke tanah air. semoga peroleh haji yg mabrur..amin..semoga dijemput lagi menjadi tetamuNya..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  15. n3 yg penuh dgn gambor org2 tidur.. ;)

    tu la pasal kena jugak singgah sini, kena jugak baca labun kak limah... memang idea kreatif..

    ReplyDelete