Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, October 22, 2011

Saat-saat Terakhir Sorang Pejuang/Diktator...Depends on Which Side You're!




Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Lepas bercuti dan lepak di kampong 4-5 ari rasa malas pulak nak berblogging. Singgah jap-jap baca blog kawan dan check FB dan nengok Youtube.
Mood pun takde...pasai isu penggantungan tak bertali Prof Aziz Bari dan pembunuhan Gaddafi.
Donia makin kacau!
Mood ada sesikit nak kongsi imej hari-hari terakhir sorang pemimpin Arab-Afrika termasyhur Kolonel Muammer Gaddafi.



Masa dia dan konvoi dia kena ligan dengan NATO dan askar NTC di Sirt, Oktober 20 baru ni, dia dan geng-geng dok nyorok dalam paip kumbahan ni.
Tu dia hari terakhir pemimpin yg kaya-raya dok merempat di kolong kumbahan kome!
Yang kat luor bergelimpangan ni dikatakan bodyguard dia.



Masa ditangkap oleh askar NTC, dia dikatakan masih hidup.
Tup-tup mati pulak kena tembak.
Apa bengong deme ni.
Tangkaplah idup-idup, buleh dibawok bicara, banyak hei buleh disiasat. Mabuk darah deme ni, dapat terus belasah sampai lunyai!



Masa dimasukkan dalam van ni, nampak terkujur kaku mayat dia. Udahlah tu...

Kalau dah mati tak dapat nak tanya dan soal memacam, haissyyyy!
Tentera bersekutu penjarakan pegawai Nazi nama Hess dalam penjara di Jerman sampai dia mati umur 90 tahun lebih!



Ni dikatakan salah sorang anak Gaddafi, pun terkorban.
Jadilah dia barang pameran.



Sepucuk pistol sadur emas yg dikatakan kepunyaan Gaddafi yg dirampas semasa beliau ditangkap.
Kononnya Mamat yg baju biru tu yg tembak dia sampai mati.



Ater...apa lagi Yob, gumbira sakan ler dengor musuh utama kome dan mati!



Bertepuk, bertempik, bersorak dengor orang mati.
Baca Al-Fatihah dapat gak pahala!



Yang tine pun dua kali lapan enambelas!



Teman ingat masa zaman awal pemeritahan Gaddafi ni baguih.
Dipuji ramai orang Islam. Ada mak pak kat Malaysia ni namakan anak-anak lelaki deme Gaddafi lagi tu.
Orang Islam suka dia sebab dia lawan US dan barat.



Banyak pembaharuan dan kebajikan yg dibuat untuk rakyat dan negara dia.
Tapi bila dah lama jadi 'raja', jadi sonok dan lupa daratan pulak. Tu masalah pd kebanyakan manusia ni. Lemah iman bila dah pegang kuasa dan kemewahan.
Tak ingat halal dan haram lagi.
Balun semua!



Apa-apa pun kita doakan kesejahteraan pada semua yg terkorban dalam 'revolusi' di Libya ni.
Semoga jadi pengajaran dan iktibar pd kita semua.
Dunia ni pinjam-pinjaman jer. Jangan dok sonok tak ketahuan.
We all are answerable to Him!

Gambor2 rembat dari Times.Com


Yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan.
Beribadah padaNya dan berbakti pada keluarga tercinta.
Berilah deme didikan agama yg secukupnya.
Bagi makanan yg baik dan halal, baru jadi Muslimin yg sejati.
Meh mak
an dulu.

P.S Ada 2 imej teman terpaksa delete sebab agak 'gruesome' dan mungkin melanggor syarat google blogspot.

26 comments:

  1. kini tinggal nama jer..
    dia kata pemberontak macma tikus tp dia mati kt dlm lubang tikus jua..pergi lah dia menghadap Illahi..

    ReplyDelete
  2. takut tengok keadaan mayatnya..

    setuju dgn kak, masa diawal pemerintahan gaddafi dulu ramai yg suka.. ramai yg kagum.. kawan saya pun ade namanya Muammar Gaddafi..

    sedih pulak tengok pengakhirannya begitu... marah benor rakyat Libya pada dia yer...


    sampai hati jugak depa pamerkan mayat dia utk tontonan umum... ishh ngeri sungguh...

    ReplyDelete
  3. Semoga jasa kebaikkan tetap dikenang oleh rakyatnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Yong,
    Tulah kita manusai kerdil, berkuasa cam ne pun, bila mati tak tau cam ne ropa! Al-Fatihah utk dia dan yg lain2 yg terkorban.

    ReplyDelete
  5. Salam Kakyong,

    Tu la pasai. Memola dulu dia elok dan baguih. Tu akak delete 2 gambor yg menyayat ati, tak sanggup pula pamer gambor dia. Dia umat Muhammad SAW gak. Harap jasa dia yg baik tetap dikenang dlm sejarah Libya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Cikgu,

    Harap2 begitulah...dia tetap pemimpin yg tersohor dulunya.

    ReplyDelete
  7. ada jugak baca dalam akhbar hari ni....
    tapi tak baca menyeluruh....

    ReplyDelete
  8. Salam Yong Eita,

    Takyah baca, baca tajuk dan tengok gambor pun cukup.

    ReplyDelete
  9. Salam Helli,
    Ni yang Pak Long risau nih... Ramai umat Islam yang lupa bahawa kecantikan Islam tu mai dari diri umat itu sendiri...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kak Halima
    Patutlah takde n3 dua tiga hari kak, balik kampung rupanya.
    Tak sanggup rasanya tengok rakaman saat2 akhirnya dalm berita hari tu, gerun!
    Al Fatihah...

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum Yong...

    kita pun tak tahu akhirnya hidup kita nanti entah macama mana, kan?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Pak Long,

    Sesetengah umat Islam ni lupa diri bila berdendam.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumsalam Yong Ummi,

    Ha'ah melepak kat kg jap, jumpa mak.
    Tu sebab ada gambor yg akak pull out pas posting, tak sampai ati memanipulasi gambor org yg dah meninggal dlm keadaan yg menyayat hati. Al-Fatihah utk arwah dan yg lain2.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum KakCik,

    Memang pun kita tak tau camner ujung usia kita. Minta dijauhkan yg buruk dan aib!

    ReplyDelete
  15. Salam Yob Gedek,

    Evolusi yg merevolusikan minda menuju demokrasi. Tapi Islam jugak yg hakiki!

    ReplyDelete
  16. Salam Kak....Jgn lepas ni pemerintah libya yang menjadi boneka US sudah la....

    p/s...Abah tinggal sorang kat kampung, Beruas, tapi anak2 tiap2 bulan balik bergilir2...

    ReplyDelete
  17. Salam Fadzli,

    Harap2 janganlah, tp bila org dah berhutang budi, tergadai body lazimnya, haissyyyy!
    Oh ke ayah tingge sorang, hmmm harap2 dia lalu buat koje ringan dlm rumoh tu, takut jatuh sakit penin.

    ReplyDelete
  18. salam yong..

    hmm..doa sy..pemimpin2 Islam seluruh dunia jadikan kisah cenggini sebagai pengajaram..apabila kuasa di tangan...(pikir2la huu)
    well..kg yong kat mana? buatlah entri sepanjang dok di kg pula huu

    ReplyDelete
  19. Salam Yong Fawwaznuha,

    Patutnyer gitu ler, buat iktibor. Tp nampok macam tak berkesan pd dik deme ni. Ntoh ler, kita tunggu jer.
    Kg kat Jalan Tambang, Parit. Ni tgh takder musim buah nak buat stori Yong, kalau ada doyan buleh gak. Nanti akak selongkor dlm hp gambor2 yek?

    ReplyDelete
  20. suatu masa dulu saya kagum dgn dia..tak sangka begitu pulak akhir hidupnya.. makin berkuranglah pemimpin yg lantang menentang negara barat.. harap Najib Razak je laaa yang jadi hero le ni... hahahaha.. betui ke???

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Kak Halima...
    Soghang Hero yang akhirnye mati dalam keadaan mengaibkan........
    susah jadi pemimpin ni.....
    bile udah lame gelap mate......
    rakyat makin susah...
    die makin senang.... sudahnye..... mati di tangan rakyat sendighi!!

    ReplyDelete
  22. okes yong..
    teman pula org tepen..hubby org ipoh huu..jumpa org perak kat sini pula hehe..
    hopefully family sis kt turki semua ok2..jauhkan dri tpt gempa?

    ReplyDelete
  23. Salam Yob Mad,

    Najib lantang bersuara? Cisss...gi UIA pun takut!

    ReplyDelete
  24. Salam Yob Shahril,

    Sama2 kita amik iktibor utk kita dan kuarga kita. Kalau cinta dunia, nilah kesudahannya, "jadi orang2 yg merugi"!

    ReplyDelete
  25. Salam Yong Fawwaznuha,

    Oh org Tepen. Memang jauh pun tempat kuraga suami dan Van, mungkin lebih 800 km.

    ReplyDelete