Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, October 2, 2011

Penyokong Kelab Poland Rentang Banner 'Jihad'...Food Porn - Roti Turki!

Penyokong Kelab Legia Poland dengan kain rentang 'Jihad'.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Kelab Bolasepak Legia Warsaw, Poland berkemungkinan didenda 1 juta Euro ekoran kain rentang berbunyi 'Jihad' yg dibentang oleh penyokongnya tatkala perlawanan antara Legia dan Kelab Hapoel Tel Aviv dari Israel. Banner yg berlatarbelakang warna ijo kebetulan sama kaler dengan kaler kelab Poland tu.
Pihak polis akan menyiasat dan akan memanggil pihak penganjur Euro Game dan wakil kelab bagi mendapatkan kenyataan. Deme masih mencari sama ada memasang banner seumpama tu merupakan satu jenayah. Setakat ni belum ada orang komplen pasa banner tu.

Difahamkan penyokong kelab Legia sering menggunakan banner seumpama bila berkonflik dengan tuan punya kelab. Namun maksud banner ni jelas tatkala pertembungan dgn kelab dari negara Yahudi ini.

"Segelintir penyokong Legia mempunyai sikap anti-semitik dan berfahaman ultra-nationalist yang memiliki kebencian terhadap orang Yahudi dan ini dizahirkan lagi bila kelab deme bertemu kelab dari Israel," kata Rafal Pankowski dari kumpulan Never Again dan Football Against Racism.

Legia menang 3-2 dalam perlawanan yg berlangsung khamis lalu.

Sumber Hurriyetdailynews.com


Pompuan Malaya dan roti Black Sea .

Moh layan home-made roti dan bun Turki!



Memola buat dough roti/bun. Camner buat dough?
Teman pun tak tau.
Tapi yang teman nampak si Nevin ni guna tepung gandum, ayor sejuk, ragi yg dibeli kat supermarket dan secubit garam.
Bancuh dan gaul sampai mesra.
Pastu tutup dengan kain lembab, biorkan sejam gitu.



Ni inti bun.
Crumble cheese atau keju kampong yg dipecah-pecahkan, sikit serbuk lada dan herba - oregano atau mint kot.



Grease
ler baking tray dengan minyak ke...



Bila dah sejam dough tu rehat, gomoi, gomoi lagi dan amik agak seketoi besor jejemput.
Pap, pap, pap kan kat tangan dan boh inti keju tadi.
Jangan canai, ni bukan karipap!



Pastu lipat over cam karipap.
Pulak, tadi kata bukan karipap!



Kome kelim tepi tu cam karipap.
Ni Nevin kelim stail Turkilah.



Selain yg berbentuk karipap, buleh gak kome buat bentuk bulat seropa kuih pau.



Dah siap boh inti, sapu minyak sikit atas deme, then tabur bijan itam.
Bijan putih pun buleh, tak kisah!



Yang ni yang ropa pau. Bakorlah dalam oven. Jangan tanya bape suhu dia, teman tak tau!



Taraaaaa...dah masak!
Rasa dia? Rasa roti ada cheese crumble.
Errr...kalau orang kita, mesti dia nak boh inti memacam.
Terpulanglah, kome yg nak makan kan?
Orang Turki ni skema, kalau nenek-moyang dia boh keju, keju ler deme boh, tak mau tukor!



Ni roti yg besor cam bantal gambor yg memola tu.
Bila baru kuar dari soba (dapur kayu), terus potong dan makan panas-panas dengan butter kampong dan cay panas!
Masa ni teman makan berdua-duaan dengan Kak Emine!



Ropa home-made roti di Kampong Deredebi, Laut Hitam.



Ni meze, pembuka selera kalau kome makan di restoran Turki.
Buleh makan dengan roti nipis.
Ada berbagai jenis meze ni, macam pestolah kiranya.
Ada yg tomato-based, yoghurt-based dan cheese-based...nyum nyum!
Silakan kome!

P.S Keputusan peraduan spontan translate bahasa Jerman. Pemenangnya ialah...Yob Din Brasco dan Yong Tihara!
Tahniah!
Sila email nama penuh dan alamat penuh kat teman di hellibra2@hotmail.com

20 comments:

  1. waaaaa.....kena pergi turki la kalau mcm niiii....mcm2 makanan dia yg menggoda!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong Dragon,

    Ok jom menabung!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Halima,
    Kecur air liur tengok meze tu,tapi klu makan sorang satu talam tu gerenti tak abih!

    ReplyDelete
  4. Waalikumsalam Yong Ummi,

    Sebenornya meze tu utk 2-3 orang he he!

    ReplyDelete
  5. ada efek bunyi Pap, pap, pap tu yg tak tahan tu....!

    Gambar last tu, yg merah menyala tu some sort of sambal ke?

    ReplyDelete
  6. salam yong,

    menarik jugak makanan orang turki ni yer..tang cheese tu yg beshh sgt..

    n paling best..tq sbb yong nk bagi hadiah..hehe
    ;)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yob Gedek,

    Ada sound effect baru ada feel!
    Hah yg meroh tu tomato ler, dah di grated, ada serbuk cili sikit tp tak pedas, herba, minyak zaitun dll. Sedap wooo.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yong Tihara,

    Deme guna memacam dgn cheese ni, boleh buat sos dan pesto! He he tunggu hadiah dlm 3-4 ari ya.

    ReplyDelete
  9. Rafal Pankowski pun udoh pandai belabun Perak ye kak halima.. menarik tu hihihi..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kak Halima.

    Tak sedar Ga tu. Kalau tak boleh joint.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yob Mad,
    Ater bila deme kuar kat blog ni otomatik deme buleh labun bahasa Perok, akak pun heran!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nieda,

    Kena baca betoi2, nanti terlepas pandang. Buleh cuba len kali Yong.

    ReplyDelete
  13. sambil membaca sambil menahan air liur.....
    hahaha....sedap kak roti tu...tu baru tengok..tak makan lagi tu...kalau makan sure terbuntang kekenyangan....

    ReplyDelete
  14. blog ni tak habis habis citer makn makan makan makan,, tuan blog sikeding jer hahahahhaha

    ReplyDelete
  15. Salam Yong Eita,

    Try ler buat sebiji, Eita kan pandai buat baking baking ni.

    ReplyDelete
  16. Salam Yob PO,

    Ater jeles ke orang sikeding?

    ReplyDelete
  17. as salam cikgu..
    awat nyorok blakang roti nyewww??? hehe... :p
    gadis melayu memang gittew...

    madu yg cikgu kasi sy try ari tu kew???
    ummmm.... rase yg laen dari yg laen madu turkey nih! hihi... papepun, berkhasiat utk kesihatan.. :)

    ReplyDelete
  18. Salam Numara,

    Pompuan Melayu memang camtu, malu2 konon!
    Haa yg cikgu bagi awak madu Kg Deredebi, ori sesangat! Memang rasa lain sbb pokok deme lain, takde pokok getah, kelapa sawit, doyan gitew! InsyaAllah bagus dimakan masa sesema dan batuk!

    ReplyDelete
  19. perghhh! tu kalau saya yg buat..kompom tak naik2 bun tu..haishhh!

    ReplyDelete
  20. nak sambung gelak Pak Oncu..
    hahahahhaha!
    slim tu.... bukan keding...
    :p

    ater, teman bergurau di kala hari mendung... =D

    ReplyDelete