Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, October 9, 2011

Bonda Erdogan Selamat diSemadikan...Agenda Tersorok Nobel Prize!



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Arwah bonda PM Turki Tayyip Erdogan telah selamat disemadikan di Istanbul. Upacara solat jenazah telah diadakan di Masjid Fetih Istanbul dan dihadiri oleh ramai pembesor dan VIP termasuk Presiden Abdullah Gul, menteri-menteri kabinet, ketua parti pembangkang dan beribu-ribu rakyat.
Ada ketika terlihat Encik Erdogan menitiskan ayor mata. Majlis doa turut diadakan di Mogadishu, Somalia untuk arwah. Rakyat Somalia amat menghormati Erdogan kerana sumbangan dan keprihatinan beliau akan masalah kebuluran di negara tersebut.
Semoga arwah bonda beliau dihimpunkan di kalangan ahli-ahli syurga...Amin.

Sumber Hurriyetdaily.com




Baru-baru ni aktivis kebebasan Yaman Tawakkal Karman telah dipilih sebagai salah sorang dari 3 individu memenangi anugerah Nobel Keamanan.
Fair and good.
Ia secara tak langsung mengeketengahkan perjuangan wanita Islam di mata dunia. Sorang jurucakap majlis anugerah tu menyebut, "...kami mahu penyertaan wanita dalam menuntut kebebasan dan bla..bla..dihargai dan diakui bla..bla.."
Fair and good.
The thing is, bila dipikior dari skop yg lebih luas, pemilihan anak Wak Karman ni mungkin ada agenda tertentu.
Kome buleh pikior sendiri...



Sebelum terlibat secara aktif dalam protes anti-gomen yg zalim, si Tawakkal ni berpakaian lebih korang cam Yong kat Afghanistan ni, tapi dia bertudung dan berjubah itam selalunya.
Bila dia terlampo aktif, dia buang niqab tu sebab dia kata mudah untuk media mengenali dia bila diwawancara.
Fair and good.



Tapi pihak barat kafirun tak bape gemor wanita Muslim bertudung litup atau yg menutup aurat. Kalau buleh deme kata, 'Tak payahlah Yong!'
Nampak sehelai skaf kecik atas kepala pun deme dengki.
Banyak tekanan dan halangan yg deme kenakan pada wanita-wanita yg menutup aurat ni.
Kat Turki masih ada rektor dan pensyarah universiti yg tak benorkan pelajar bertudung masuk kuliah.
Dalam sukan bebaru ni, team bolasepak Iran tak dibenorkan main sebab pakaian deme ni dikatakan membahayakan kesihatan.



Pakaian sekolah camni yg deme gemor dan benorkan.
Namun ada pihak di sekolah-sekolah di Britain telah cuba mengambil langkah mengharamkan pelajar pompuan memaka skirt yg terlampo singkat atau ketat cam kat atas ni.
Sebab membahayakan kesihatan mental orang lelaki.
Tau takpe!



Uniform
atau jersey sukan kat barat makin lama makin ekonomik.
Bagus untuk jimat belanjawan kelab dan persatuan!
Memang perlu kekenit sebab senang nak lompat, tungging dan mengangkang.
Bersemangat penonton Yob-Yob bagi sokongan!
Wooweee!



Selain dari tu, kalau takde pompuan 3/4 vogel, pasti barangan tak laku. Jadi kena guna model yg kurang berkain.
Ni model fofular Mila Vogelgovich (sebenornya teman tak ingat nama kuarga dia), sedang bersedia 'bekoje' tapi dia lupa paka spender pulak. Eh...memang sengaja tinggakan spender kat rumoh sebenornya!




Kate Moss pulak lupe bawok baju.
Apa kena mengena jenama Pirele, Pireley...hmmm lupa nama brand tu, dengan tubuh vogel pompuan?
I don't see any connection whatsoever!
Namun gitu, tubuh vogel nilah yg dapat mengaut keuntungan besor kepada si model, jurugambor, syarikat iklan dan syarikat pengeluor. Takde tubuh vogel pompuan barang tak laku!
Jadi digalakkan orang puan paka seminima yg buleh!
You see what I mean by that hidden agenda?




Daripada kome usyar dada Kate Moss yg leper tu, baik kome nengok kebab daging and all the works ni.
Yang best makan kat restoran Turki, deme ada pelbagai jenis salad.
Jom order kome...

22 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Halima;
    Ummi singgah makan salad je lah, memang favourite ni. Gambor2 vogel kat atas tu lalu....tak lalu tengok,hik!

    ReplyDelete
  2. la ingatkan org jantan..rupenye kate mouse..haha tikos lepior..

    banyok sayur je mknn turki ni..baguihh

    ReplyDelete
  3. Waailkumsalam Yong Ummi,

    Harap selera Yong tak terbantut tengok org2 vogel tuh! Selamt menjamu selera!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yong Ti,

    nasib baik tak bape jelas dada dia kan. Nanti org cop blog akak ni soft-porn punya blog. Ya Yong, menu Turki ni kaya dgn sayur dan salad!

    ReplyDelete
  5. Salam Helli,
    Al-fatihah buat arwah... pejuang yang baik tentunya mai dari ibu yang terbaik...

    Helli, kesiankan kat kaum pompuan, tak habih-habih diperdagangkan... ramai yang terlupa kot, benda mahai akan jadi murah kalau sana sini bukak terdedah... ggrrr...

    ReplyDelete
  6. nasib baik lupa pakai spek tadi...kalau tak uihhh...tak selera teman....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pak Long,
    Semoga arwah Puan Erdogan dicucuri rahmatNya.
    Yg memperdagangkan lazimnya kaum lelakilah. Elok ler deme sesama menjuruskan diri ke jahanam, selagi tak diberi hidayah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Eita,

    Jange tengok gambor Kate Mouse tu, tengok kebab daging dan salad tu jer.

    ReplyDelete
  9. harga barang seme makin naik... jadi nya deme ni kena guna kain seminima mungkin... tapi kan, pakaian deme yg minima ni mahal berdentoms...!!!
    boleh beli sepukal baju teman..!! ni lah dia, bodoh betol pompuan2 yg menayang bahagian diri utk kemasyhoran jenama orang lain..

    ater kalo bab makanan tu, teman kena tahan ayor lior je ni...

    ReplyDelete
  10. salam yong....
    tiap entry yong buat, saya mesti sengih2 je baca ....(nanti org ingat saya ni syok sendiri) ;)

    sedap nye salad2 tu yong...elok la utk org2 yg nak berdiet....

    ReplyDelete
  11. kaklimah.. baju kecik & suor kecik tu, walaupun minima kainnya.. tapi mahal kan main.. ;) :p

    sedap menatap gambor yg last tu... ;)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yong Mulan,

    Tulah mengong, nama jer kecik tp mahei! Yong kan terer masak-memasak, no hal punya nak tiru salad-malad ni!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Farah,

    Walaupun buat kita ketawa, harap2 kita dpt renung2kan, ye dak? Selamat menjamu mater!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum KakYong,

    Ajernyer betoi, walaupun jersey kecik besor tapak tangak, rega ratus-ratusan, makin susoh hidup deme, padan muke!

    ReplyDelete
  15. mcm landasan kapal terbang tu pun boleh jadi seni..haishhh

    ReplyDelete
  16. Teman tak click gambar untok enlarge, eh...?

    (lalala)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Yong Diva,

    Yang seni tu tang puting tu Yong...la la laaa!

    ReplyDelete
  18. Salam Yob Gedek,

    Ye ke?
    Eh...Ye ke? la laal laaa laaa!

    ReplyDelete
  19. adeihhh.. nyelejeh ayo lior ahh !.. nakei ye kak limah.. tapi mcm best pulok hahahaha...langsung lupe mok ...mok..mok sape yg ninggei dunie tadi ???

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Yob Mad,

    Isyy..isyy..nakei pun bukan tak leh skrol page lelaju ke bawoh. Tngk Yob Gedek dia tak gi klik utk enlarge, baik dia tuh. Amboi, mok sapa ninggal, gi skrol ke ataih semula!

    ReplyDelete
  21. AlFaatihah buat arwah ibu nyer ...

    ituler agenda yahudi nasrani .. gunekan kaum wanita dgn cara yg hina sebenornye ...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Yong Hanie,

    Memang banyak deme lakukan onar utk menyesatkan umat Islam secara halus.

    ReplyDelete