Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, July 12, 2011

Hakan Sukur Jadi MP parti Erdogan...Moh Ziarah Mesjid!

Hakan Sukur bekas Captain Pasukan Bolasepak Turki


Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat yang Mubaraq,

Meh nyembang pasa bola jap. Ni kan baru abih nengok Arsenal dan ntah apa lagi kelab EPL nyesakkan KL dengan permaianan deme, jom kita tengok perkembangan bola kat Turki pulak.
Ni tengah ribut dakwaan rigging, haaa...kat sana pun deme ada rasuah dan match-fixing, sama jer cam kat Malaya ni. Abih jerung-jerung kena sauk termasuk jerung kelab ternama seperti Galatasaray, Fenerbahce, Besiktas dan lain-lain gitu.



Yang ni basi sikit. Pasa bekas pemain kebangsaan Turki si Hakan ni jadi Ahli Parlimen baru untuk parti AK. Dia menang 47% undi dan sekarang berpengkalan di Istanbul.
Selepas bersara main bola, dia banyak kecimpung dalam politik dan jugak jadi pengulas sukan bila ada game. Teman bayangkan ulasan dia mesti menarik, berisi, mengujakan dan seksi...tak macam ulasan Hasbullah Awang...ha ha...ha!
Untuk mengkome yang tak bape kenei si Hakan ni, setakat ni dia penjaring gol terpantas dalam siri Bolasepak Piala Dunia (2000 di Korea). Dia score minit ke 10.8 saat masa menentang Korea.
Baru nak tepuk-tepuk kusyen dan tak sempat letak punggung dah masuk gol!
Ilhan Manzil hensom!



Sementara tu Kelab Besiktas telah memulangkan piala yang deme menangi bebaru ni sehingga perbicaraan mengenai permaianan diatur dan rasuah berlangsung dan selesai.
Baru-baru ni deme mengalahkan Kelab Buyuksehir Beledeyisispor dan seri 2-2 dan ditentukan dengan 4-3 selepas penalti. Beberapa pegawai Kelab Besiktas termaksud naib pengerusi kelab dan pengurus dan 2 orang pemain Beledeyesi ditahan dan didakwa atas tuduhan mengatur perlawanan.
Heboh gak skandal match-fixing ni. Duit punya pasal kome...
Tapi gentlemen gak Kelab Besiktas ni memulangkan Piala ni.



Hari ni ari jemaat kan.
Moh kita ronda-ronda mesjid kat Turki jap. Ni mesjid kat taman perumahan Mr T di Basaksehir, Istanbul. Kira baru gak mesjid ni. Kalau kome nak baca entry dia pasa orang solat Jumaat, gi cari entry bulan Januari 2011 yek.



Yang ni nama dia Yeni Camii atau Masjid Baru, dibina kurun ke 17 Masehi! Terletak kat Eminonu, dekat Grand Bazaar, Istanbul.
Sini banyak pelancong dan pengguna singgah menganga dan solat. Burung merpati pun banyak kat laman!




Masuk dalam nampak ruang legor dan tempat abdesh (wudhu). Sini masih buleh berkasut. Jadi rama ler orang berlegor-legor, duduk-duduk, rehat atau bergambor.
Yang Muslim sama jer cangak cam pelancong. Teruja nengok senibina dia. Tu belum masuk Masjid Biru, Masjid Suleyman, Masjid Fetih yang lebih glamer!



Tempat wudhu. Takde hot water , jadi kalau musim dingin memong ketor bila berwudhu, bisa sampa ke tulang!
Ater...dah teknologi zaman Uthmaniah! Namun senibina zaman Uthmaniah ni hi-tech gak. Dalam masjid tak sejuk sangat walaupun ketika musim dingin dan tak panas ketika musim panas.
Brilliant!



Bahagian dalam.
Masa Muslimin dan Muslimat bersolat, pelancong asing yang bukan Muslim diminta tidak gi ke ruang solat. Deme dok cangak-cangak nengok dan amik gambor.
Semoga ada yang dapat hidayah dariNya.
Lepas solat ada sesi baca Quran. Orang yang membaca tu memang merdu dan sedap alunan lagu dia. Ada pelawat dan pelancong dok sama mendengor.



Sebab teman hanya guna kamera handfon, ni jer hasil gambornya, tak menyeluruh dan kurang jelas.



Hiasan dan ukiran tiles yang unik dan terperinci dari tangak-tangan artis lama.
MasyaAllah!



Untuk santapan mata kome, ni grilled lamb dan salad.
Bagi mendapatkan balanced diet, teman yang banyak sangat maging ni, memp
erbanyakkan makan salad.
Mana carbo teman?
Mungkin teman makan dengan roti kot. Sila mengkome...

16 comments:

  1. bestttttttttttttttttttt makanan tu yg bestt

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yob PO, Hakan Sukurlah besssssshhhht!

    ReplyDelete
  3. best le loghat peghak mengkeme nie...., boleh jugok teman refresh balik...., ater..., doh banyok benor yg doh lupe...., :(

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yob Salleh, haa hosgeldeniz, selamat datang! Basa Yong ni idok ler piyor bebenor. Kalau nak yg piyor gi blog atasnamamu Yob Samad tu, atau Labun Kume Labun Kite atau Waghih Kuale. Mau penin macenyer! Ater...selalu ler nyongket sini Yob!

    ReplyDelete
  5. hehehehhehehe.... hensem jugak yob hakan sukur ni, die ade adik tak?

    ReplyDelete
  6. best lah kak.....gi nyongket....

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum Ustaz Orlando, banyak nar nama ustaz ni. Adik tak tau tapi anak baru 8 taon ada ler. Ilhan Manzil kenei tak? Hensom wooo.

    ReplyDelete
  8. Salam Yong Eita, minggu depan akak nak ke Kuala Terengganu pulak!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak Halima
    Tengok dalam gambar pun dah teruja dengan senibinanya, teringin jugak
    solat didalamnya,harap2 satu hari dapat melawat Turki

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yong Ummi, InsyaAllah, semoga Yong akan sampai ke Istanbul dan bersolat di dalam masjid-masjid Uthmaniah yg berkat! Amin!

    ReplyDelete
  11. Salam Helli,
    Segak budak Hakan ni, sebijik cam muka Pak Long memuda dolu... haha... tak caya tanya Mak Long hang... :-)

    ReplyDelete
  12. salam kak halima..
    saya ingat hakan sukur ni.. saya gemo tengok dia main.. tut-tut dah jadi MP pulak ye..

    hasbullah awang ?? uweeeekk.. ngape nak muntah pulak ni..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Pak Long, ye ke Pak Long dulu cam Hakan? Patut ler Mak Long asyik berkepit jer, takmo lepas.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Yob Mad, ha ha, ingat akak sorang react cam tu, tapi hasbullah ni mmg lawak!

    ReplyDelete
  15. Hakan Sukur, legenda bola tu.hehe.lepas ni pemain Malaysia mana nak jadi pemimpin pulak.hehe


    Jemputan jauh dari Malaysia.hehe. Join Contest AKu Berpuisi =)

    ReplyDelete
  16. teringin nak pegi sini kak...

    ReplyDelete