Moh Kite Follow Sesame...

Friday, May 6, 2011

Rumoh Osama Jadi Tumpuan...Nyongket ke Duzce.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Nilah ropa rumoh arwah Osama bin Laden semasa beliau diassasinate oleh kumpulan komando SEAL Amerika baru-baru ni. Makin rama pelawat datang ngintai rumoh ni termasuk wartawan asing. Khabar angin mengatakan rumoh ni mungkin akan diletupkan kerana bimbang akan dijadikan 'makam' atau 'tarikan pelancong'.
Kalau kat Malaysia, rumoh Osama ni sure jadi tempat orang menurun nombor ekor, dan kemungkinan jadi tempat Uncle Seeker buru 'para-normal' dia.
Apa-apalah Uncle!
Namun ni belum ada kepastian sama ada rumoh ini akan dimusnahkan. Yang pasti, bandar ni dah jadi femes!



Entry ni sambungan entry 22hb Januari 2011 tau.

Peta Turki menunjukkan kedudukan wilayah Duzce dan bandar Duzce. Jarak dengan Istanbul lebih kurang 3 jam drive. Sinilah terletaknya bandar Akcakoca Dari Akcakoca ke Duzce lebih korang 25 minit. Imej teman pow dari Google.



Ni bangunan Majlis Perbandaran Duzce.
Nampak baru sangat binaannya. Duzce merupakan wilayah di Laut Hitam dan antara bandar dia termasuk bandar Duzce dan Akcakoca. Bandar Duzce ni kira 'ibu negeri' wilayah Duzce. Jumlah penduduk bandar Duzce saja lebih 340,000 orang sekarang.



Kalau gambor ni gelap, memang pun masa dirakam suasana gelap dan sejuk. Teman dan adik ipor Mr T, si Nevin ni, merungut, "Soguk...soguk!" (Sejuk, sejuk!).
Kami bertolak dari bandar Akcakoca pepagi tadi. Bila sampai ke bandar Duzce, cuaca nampak gelap dan suhu lebih rendah dari Akcakoca, 3-4 Celsius gitu. Teman rasa cam tak cukup lapis baju yg teman paka!



Wilayah Duzce dulu (sebelum 1999) berada dalam wilayah Bolu. Selepas gempa bumi yg agak dahsyat tahun tu, ia kuar dr Bolu dan menubuhkan wilayah ia sendiri.
Di Turki, Duzce dikenali sebagai United nations of Turkey kerana kepelbagaian kaum di dalamnya termasuk bangsa Turk, Circassian, Abkhazian, Chevneburi, Laz, Roma (Gipsi) dan imigran dari negara-negara Balkan, dan akhir-akhir ni kaum Kurdish dan Zazas.

Zaman dedulu ni wilayah jajahan orang Roman. Terdapat beberapa tinggalan bangsa Roman ni tapi teman tak tau kat ner.

Teman kata kat Nevin nak nyongket ke bandar Duzce (naik bas dari Akcakoca), tapi dia pulak nak temankan. Dia kabor mak dia teman nak nyongket, mak dia nasihatkan jangan biorkan teman jalan sensorang. Gitu ler deme jaga kita, riso deme bila dengor kita nak jalan sorang-sorang!



Shoppers
dari kalangan penduduk Duzce. Saiz bandar Duzce ni buleh teman samakan dengan bandar Kelang kot, gitu ler. Tapi di pinggir bandar lagi cantik sebab Duzce dikelilingi dengan utan, ladang hazelnut, kampong-kampong yg cantik, pokok buah-buahan, sungai dll.



Ada gedung beli-belah baru seperti LC Waikiki dan gedung local. Teman suka gedung local yg jual barangan dan hasil tempatan.



Bila ujung minggu, rama remaja ukur bandar. Deme suka lepak kat taman dan pusat beli-belah. Bila teman hala handphone ke arah deme, tergamam deme dan cuba elak.



Tujuan utama teman ialah cari baju sejuk. Dahlah masa tu teman dah terketor-ketor sejuk, memang kena cari baju sejuk, walaupun teman dah paka kot yg tebal. Bahagian dalam teman paka cardigan jer.

Dari gedung ni teman beli 3 baju bulu - yg kelabu ni berharga RM11 jer. Teman beli selai utk menantu Nevin, Pinar. Baju sejuk sini semua buatan kilang, jadi muroh ler.



Teman rembat selai utk teman - werne putih dan ungu - sebab teman dah sejuk benor masa tu. Rega dia lebih korang RM25.



Lagi selai untuk teman, rega RM11. Actually teman rembat 3 lai, lagi dua lai bagi kat adik ipor dan anak sedara kat Perok. Ntah ke mana ler deme nak bergaye dgn sarung ni. Teman kata sarung sebab pakai sarung jer dan ia tak tebal pun, ada lubang-lubang pulak, buleh paka diluar baju blaus ke gitu...



Baju sejuk teman dari Duzce. Sekarang dok kat dalam lemari baju di Istanbul. Wat pe teman nak hangkut balik ke Shah Alam?
InsyaAllah buleh dipaka lagi next winter season...



Dah beli baju sejuk, kami nyongket usyar bazaar pulak. Walaupun dah masuk musim dingin, buah-buahan banyak kat kedai buah, tak tau mai dari mana. Tapi kebanyakannya yg ditanam komersial. Kalau nak cari buah kampong, kena pegi pasar tani.



Turki femes dgn tudung. Haa antara contoh skaf Turki. Tiap tahun akan kuar design dan pattern baru. Yang kain kapas berbunga-bunga rega antara RM4-6 selai, kaum pompuan akan beli dan kait renda kat tepi dia. Yang jenis kain licin pun ada, harga antara RM10-RM15 selai. Kalau nak yg mahal kain dari jenis sutera dan lazimnya dijual di gedung atau kedai yg lebih 'upmarket'. Harga skaf sutera antara RM60-RM200 selai, ikut design dan jenama.



Ni sebagian dari peralatan untuk hantaran bertunang dan kawin. Dalam pertunangan org Turki, deme idok ler antor banyak hantaran berbentuk hadiah sebab deme bagi barangan kemas pada pengantin pompuan.



Kedai menjual pakaian masa berinai. Ni kira pakaian tradisional. Ni untuk sewa jer, sapa nak simpan baju ni lepas majlis berinai kan?



Lepas pusing 2 jam, teman jadi lapor. Biasa ler cam kat Malaysia teman mesti cari makan pas ronda 1 jam. Nevin keberatan nak makan atau masuk restoran. Dia tak penah makan kat restoran weh!

Teman pujuk gak dan kata teman lapor. Dia kata makan kat rumoh adik dia masa balik nanti. Teman kata nak makan sikit gak.

Teman order sorang sekeping lamahcun dan cay panas. Sesejuk sedap makan dan minum dgn cay panas.



Nilah lamahcun dan cay. Lamahcun ni pizza kulit nipis. Rangup dan sedap dimakan masa panas. Cukuplah untuk alas perut sebelum gi rumoh adik Nevin untuk makan tengah hari. Untuk kisah ziarah teman dan makan tengah hari di rumoh adik Nevin, gi ke entry bulan Januari 22 hb Januari 2011 ya.



Ni lagi satu contoh lamahcun tapi saiz regular. Ni teman order kat sebuah restoren di Eregli. Makan sorang tak abis, jadi teman bungkuih dan bagi kat kucing dan burung camar kat esplanade. Patut ler kucing kat bandar Eregli gebu-gebu jer.
Meh makan lamahcun
kome!

P.S Cikgu Humairi dan Yong Dangarumbia, meh nama dan alamat penuh, nanti nak antor herba oregano.

16 comments:

  1. Salam kak

    ummiross klu pegi Turki nak beli tudung n buah banyak2, hehe, berangan je kak.

    Pizza tu memang nampak sedap kak.
    Kak jom singgah blog ummiross, tengok barang yang akak kirim tu
    http://salamborneo.blogspot.com/2011/05/from-turki-with-love.html

    ReplyDelete
  2. wah kak..
    nyongket beli belah ye..
    best2..

    ReplyDelete
  3. Salam Yong,

    Tie dah antar alamat. Terima kasih , ya. Hadiah hari tu belum sampai lagi. Tie akan beritahu bila dah sampai.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yong UmmiRoss,
    Aakak bila kat sana selalu rambang mata, tak tau nak beli skaf yg mana, cantik2!
    Dah singgah dah, memang cantik Yong posingkan...guna kamera canggih kot. Tapi connection lembab, tak dpt nak tulis komen. Lain kali akak komen ya.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin Eropah dan Barat yang bukan beragama Islam, pon kecam pembunuhan Osama...

    (sori... maseh tak puas hati lagi pasal ni...)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yob Gedek,

    Semua org tak puas ati kecuali kafirun kat US...lahanat diorang!

    ReplyDelete
  7. akak sokmo gi jalan...
    sokmo lupa kat kita....
    heheheh.....

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yong Eita, mana der lupa sama kawan2...

    ReplyDelete
  9. Memborong sakan Kak Yong ni...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Cikgu, tak borong...akak beli utk pakai sendiri sebab dah kesejukan masa tu.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak Halima...
    Soguk..soguk??? kalo g dituko pade j tu...udah macam loghat nogori la pulak......... kekekekek.....ishhh.... lagi le berkobar2 awok nak jejak kaki ke turki camni kak Halima.... tengok gambo2 kak Halima buat awok teghuje jeee...... tambah2 pulak bab makan deme...hehehe...

    P/S: AL-Fatihah untok Allahyarham Osama Ben Laden.... moge mike ditempatkan dalam golongan oghang yang beghiman...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yob Shahril, hurup 'G' dlm perkataan 'soguk' ni bertitik di atas jadi tak berbunyi, jadi disebut "Souk, souk!". He he..ada makanan deme memang sedap Yob. Ok simpan duit sesikit utk jalan2 ke Turki, selain duit di Tabung haji.
    Al-Fatihah utk Osama bin Ladin.

    ReplyDelete
  13. kak lima,

    nampak benor akak bergambo dalam kesejukan tuh...isk...sib baik cecepat sambor baju sejuk baru :)

    ReplyDelete
  14. salam yong,

    oo...ade kat Turki ke umah Osama ?

    entahler...teman masih mcm xcaye je Osama dah arwah...Allah je lebih mengetahui kan...gambar yg depa gembar gemburkn tu lagile..harammm teman xcaye

    ReplyDelete
  15. sila baca link ini untuk mengetahui kisah osama.


    http://tukartiub.blogspot.com/2011/05/saudagar-senjata-punca-rancangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TukarTiub+%28Tukar+Tiub%29&zx=d2266c6438e8ad93

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yob PO, tima kasih!!!

    ReplyDelete