Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, March 24, 2011

Uncle SAM Main Koboi-koboi...Meh Bina Kara Bayan!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Dalam misi Search n Rescue 2 orang tentera udaranya yang jatuh dari pesawat di Libya, tentera AS telah menggagalkan misi tersebut kerana koje bodo dan gaya ala-ala koboinya.

Menurut laporan dari penduduk kampong di mana salah sorang tentera tu jatuh tergolek, helikopter penyelamat AS telah menembak membuta-babi ke arah orang-orang kampong yang gi menyiasat dan cuba membantu tentera tu. Deme mendakwa beberapa orang penduduk tercedera dan ada yang terpaksa dibawa ke hospital.

Walaupun pihak tentera AS enggan mengakui atau menafikan misi ala-koboi tu, para penduduk menceritakan kejadian tu kepada para wartawan yang membuat liputan.

Cam penyangak jer ceroboh negara orang, bangkai kapalterbang betui!

Sumber dari Hurriyet Daily News



Citer sejuk pulak. Pada ari ketiga salji turun tak soyat-soyat, teman dah bosan memerap dalam romah. Kaki dan tangan dah gatei nak buat sesuatu yang kreatif. Tak kira...nak turun gak!

Bila teman turun di laman mertua, Karabas dah dok menunggu dan nak manja-manja. Bulu dia penuh salji, sardin jer dia! Ni jarak yang paling berani teman dekat dengan dia, takut dia lompat nak senda-guro. Tu teman dah kata kat dia, "No...no..go away!" Cam dia panda bahasa omputeh! Tengok telinga dia turun ke bawah. Gitu selalu telinga dia kalau dia dekat teman atau bila berdepan dengan teman.



Tu dia aih...tebalnyer, buleh berenang nih! Ni salji yang terkumpui dalam treler. Salji kat sini teman amik semangkok buat ABC aritu!



Start
projek - mengumpui dan mengaut salji dan longgokkan. Kena buat satu base. Ya, ni projek buat orang salji tapi bukan snowman...., snow woman atau Kara Bayan, cam tahun lepas.
Dah kumpui tu, kena tepek-tepek, mampat-mampat dan tepuk-tepuk bagi kukuh dan teguh. Nak buat base ni pun mau 30 minit! Karabas sibuk pusing keliling nak tolong. Teman shoo dia kata, "Tak payah..., gi main jauh-jauh!"



Tengah leka membina tu, tetiba dengor bunyi mesin 'rrrroaaarrrrr' dari arah sana. Karabas bergegas meluru ke arah gate, check bunyi apa tu.


Ohhh sebuah mesin digger ntah dari mana datang menolak dan menyondoi salji atas jalan. Karabas jadi excited yang extreme, menyalak cam anjin! Mesti dia pikior ni sebiji Transformer nak serang wilayah puan-puan dia!


FACE-OFF!
"Gong..gong..gooonggg!" jerit Karabas.
Transformer buat tak dulik. Terus dikaut dan disondoi salji dan tolak ke tepi.



Dengan riak, Transformer terus menghumban salji ke tepi. Karabas tak puas ati, terus menyalak! Anjin katakan...good dog, Karabas!



Tetiba Transformer masuk ke laman! Yikes, teman ada projek ni! Tapi operator tak perasan projek mega teman. Dia terus pandu mende tu dan....



Nevin dan mertua kat tingkap bagi arahan tolak salji sampai ke ujung dekat pokok tin. Masa menolak tu mesin tu tersendeng sikit kena asas Kara Bayan teman. Adoiii...abis usaha 30 minit teman! Senget jadinya base dia.



Operator
terus menolak salji sampai dekat bawah pokok tin. Adeiii...terpaksa nilai semula projek dan pindah tapak!



Teman bina base baru. Sabor jer. Sib baik salji berlambak dan coca sejuk. Kalau coca panas, gerenti ati teman jadi panas!

Pas 45 minit, ada ler ropa orang-orang...yang gemuk dan cacat. Pastu teman tek fai, naik rumoh untuk rehat dan memanaskan badan. Salji masih merebas, baju dan skarf teman penuh salji.



Petang sikit teman turun dan sambung projek. Abis mampatkan bentuk tu, gi petik dedaun kat gate dan susun kat base buat cam skirt. Cari 2 biji hazelnuts dan tenyeh buat mata, cucuk kayu buat idung, kening dan mulut. Bagi paka muffler teman buat skarf dia. Bila jiran dan sedara nama Emine datang singgah, teman pangge suruh berdiri dekat, bergambor. Issyyy...mau sajer dia ni bergambor!



Kendian teman bagi Kara Bayan ni pegang kayu. Jaga rumoh tau. Kalau Karabas datang nak kencin kat skirt miker, besit dia! Tapi teman tau Karabas tak kan kencin kat Kara Bayan ni sebab dia tau ni reta teman. Cerodik Karabas ni kome!



Untuk dinner, Kak Emine jamu teman ati ayam ditumis dan kentang dan cendawan goreng. Dia tau teman suka makan daging, semedang jer dia masak daging...sayangnyer dia kat adik dari Malaya nih!

22 comments:

  1. wah..cute la snow man tu. comel..dah macam snowgirl lak :)

    adesss..masuk blog kak yong lapo je teman.
    bagus kak emine ni, sayang kak yong.

    orang amerika tu dok kepochi sana saini, rakyat dia tak terbela. saja2 je nak masuk campur tgn hal ehwal negara lain

    ReplyDelete
  2. Salam Yong;

    1) Yang last sekali tu, teman ingatkan kueyteow goreng... kah..kah..kah...

    2) Si Karabas tu..., walaupun seekor anjing, tapi faham cakap manusia. Tak seperti sesetengah manusia kat malaysia nih... cakap manusia dah la tak paham, apatah lagi cakap anjing kan...???

    3) Kara Bayan tu pandai melibas tak....???

    ReplyDelete
  3. adei la kak lima...lawok la akak nih...Karabas menyalak macam anjin...dah memang dia anjin akak oi

    ReplyDelete
  4. sonoknya main salji.... (diorg x pelik ke kak main salji sorg2)

    ReplyDelete
  5. salam yong , ape hao ?bile balik mesia nih ? tp seronok kan sana nmpk gayenye....
    haii bertuah mike dpt 'kakak' baik ghope itu...sedap2 makanan yg dijamunye...minat memasak juge yer dier ... best2
    ishh kalo teman dah terjerit2 gamoknye nengok anjin dekat dgn teman....xbiase...hehehe ;p tp bijak juge si karabas tu ;)

    ReplyDelete
  6. kat sane deme bele anjin ye? lain padang lain belalang la tu. yong tak belai2 ke? hehe

    ReplyDelete
  7. Salam kak

    Hehe Kara Bayan berskaf, Turki mari kan kak.
    Seronoknya main salji, rasa nak tolong buat jugak.
    Bagus betul Karabas tu kak ye, memang boleh dengar cakap akak..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Halima....
    punye le seghonok main salji...musti udah lupe nak balik Malaysia ni...kan...kan???.... takde lagi ke buat ABC daghi salji ni kak Halima???...

    ReplyDelete
  9. Salam Miz Nina,
    Memanglah cute sebab dia Kara Bayan - Snow Woman! Manis jer senyuman dia kan? Masuk blog akak ada sesikit santapan jiwa, jamu mata tapi perut lapor ler! Hmm US kepo kalau ada minyak, cer kalau takder minyak, nak dia pegi?

    ReplyDelete
  10. salam kak

    comel nye tarabas tu..
    best nye dapat pegang salji..
    seumur hidup saya mungkin tak pernah
    dapat main salji (sedih je bunyi nye)..

    btw pinggan tu comel..
    yg nangkap gambor tu
    pun comey juge ;)

    ReplyDelete
  11. Salam Yob ISA,
    1. Itu ropa terdekat dgn kueyteow kot...tp tak selezet dgn yg Yong makan semalam kat rumoh blogger tu...wink!
    2.Mmg Yob, tu teman respek kat Karabas ni...rajin jaga reta mende puan2 dia, rajin ikut gi koje, dan dia kenal sedara-mara kami. Tu yg hewan lebih mulia dr sesetengah manusia!
    3.Kara Bayan tak sempat nak libas, esoknya mata, idung dah cayor sesikit!

    ReplyDelete
  12. Salam Yong Ina, kekadang lupa dia anjin sbb taat dan rajin dan hormat kat puan dan kuarga puan dia.Dgn Akak selalu dia sujud tu!

    ReplyDelete
  13. Salam Ali, memang sonok tp pakai baju elok2, takut sejuk. Deme dah tak kisah nengok akak berkubang sorang2, nak larang deme ingat akak tak faham, akak pun jenih tak dengor kata kenkadang. Mertua riso bila akak asyik buat Kara Bayan tp Mr T selalu suruh akak main, lantok ler!

    ReplyDelete
  14. Salam Yong UmmiHanie, sampai KLIA ari isnin baru ni Yong. Ya, ada masa sonok gak dok kampong Mr T ni terutama ujung musim panas bila koje metik hazelnut dah kurang, dan masa ada salji! Kak Emine dah terima akak sebagai ahli kuarga, lagipun akak hormat dia. Akak pun takut anjin tp dgn Karabas dia baguih, mula2 kenal dia tau akak ahli kuarga Mr T. Cerodik dia nih!

    ReplyDelete
  15. Salam Yob Kelisa, mazhab Hanafi buleh sentuh anjin Yob. Ada yg bawak masuk dlm rumoh tp kat kampong deme bela utk jaga rumoh dan ladang. Karabas dok laman jer. Idok ler teman belai, deme pun tak belai2, takat cakap2 jer. Teman selalu speaking dengan Karabas ni...paham kot dia!

    ReplyDelete
  16. Salam UmmiRoss, dah nama Kara Bayan, kena paka skarf, nanti org ngata pulak. Tahun pas buat Kara Bayan kat balkoni Istanbul, siap pakai rantai manik Sabah lagi! Ya, Karabas memang anjin yg bagus, rajin dan taat dia!

    ReplyDelete
  17. Salam Yob Shahril, memang sonok tapi idok ler lupa, akak kan dah balik Malaysia ni. Kalau nak buat ABC lagi, kena tunggu salji kat Istanbul. Buat kat Deredebi kena maroh jerk!

    ReplyDelete
  18. Salam Yong Tihara, Karabas memang jejaka yg hensom, muda lagi dia tu, tak sampai 3 tahun kot, tak tau mana mertua kutip dia, ingat nak suruh dia jaga ladang kat bukit...orang balik ke rumoh, dia ikut balik!Ye ke belum penah pegang salji? Tak per, InsyaAllah ada rezki tu, kalau mai Istanbul musim sejuk meh singgah rumoh kalau akak ada. Pinggan beli kat Malaysia tu, Mr T beli masa dtng sini. Ye ke yg nangkap gambor tu comey...bukan cute ke?

    ReplyDelete
  19. singgah jengah baca n3 kak... bodo betui USA ni...

    lama tak tengok muka kak... ;)

    ReplyDelete
  20. Salam KakYong, pe kabor? Memang deme bodoh tahap bewak! Ya lama kita tak bermesra. Pe kabor bebudak?

    ReplyDelete
  21. nama "Karabas" tu mengigatkan saya pada cerita hebat dari turki tajuk dia 'Nefes'...Major Karabas..hehe lama tak nyelit kat sini hehe

    ReplyDelete
  22. Salam Yob Din, tima kasih menyelit lagi. Ha akak ada penah dengar citer tu, mesti pelakon dia akak kenal sbb pelakon TV kat Turki pun berlakon kat Filem. Pe kabor Yob Din?

    ReplyDelete