Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, March 9, 2011

Punya Cun Pengerusi Kelab Bolasepak Ni...Yeahhh Winter Wonderland di Deredebi!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Teman cerialah ari ni sebab salji dah turun lebat! Tapi citer pasa pompuan manis jelita ni dulu. Nama dia Sevda Karaali Sireci, Pengerusi Kelab Bolasebak Majlis Perbandaran Cankiri sejak 2009. Menurut laporan Sports Toto yang dipetik oleh Hurriyet Daily News, kelab yang beliau bimbing ni berjaya menarik ramai penonton wanita dalam segi jumlah penonton wanita untuk divisyen dua dan tiga. Kebanyakan para pegawai dari Football Federation di Turki kagum dengan senario ini.

Menurut Sireci, kehadiran beliau dan ramai penonton dan penyokong wanita berjaya menghapuskan laungan dan sorakan yang negatif dari tempat duduk penonton (lelaki).

"Penyokong wanita melahirkan reaksi yang berbeza. Tatkala penyokong wanita hadir, takder laungan dan maki-hamun di stadium kami. Kehadiran kami wewujudkan zon selamat di stadium kami" tambah Sireci.

Beliau berpendapat, lebih ramai wanita harus terlibat dalam pengurusan kelab bolasepak. "Mungkin ianya hanya satu sukan, tapi ianya satu seni, dan menguruskan pemain bolasepak memerlukan komunikasi," beliau menambah lagi.

"Kerana saya memandang sesuatu dengan perspektif wanita, masalah dapat di atasi dengan lebih mudah," katanya lagi.

Teman penah gi tengok perlawanan antara P.Pinang dan Sarawak tahun 1990an dulu. Memang ada penyokong yang suka maki-hamun dan mencarut, tapi penyokong yang dekat-dekat kami segan nak mencarut bila deme sedor kami ada kat situ. Ada yang tak tahan nak mencarut, tapi lepas mencarut tengok-tengok kat group kami...malu kot. Orang lain main bola, penyokong yang stressed, isyyy!


Ni gambor teman amik lepas maghrib semalam. Salji mula turun lebat kul 4:30 pm. Sebelum tu turun biji-biji halus, bukan fluffy. Kalau biji-biji ni tak best, dia tak buleh buat snowball atau snowman. Tapi menjelang malam, yang fluffy cam kapas tu mula merebas!



Pas solat subuh intai kat tingkap, hmm dah menebal.


Kul 7:30 am seperti biasa Kak Emine berbungkuih untuk bagi makan ayam dan lembus. Rain or shine or sleet...koje kena buat gak. Semalam dia dan Nevin bekoje kat ladang sampai maghrib. Masa tu salji dah lebat. Teman sian mikior deme bersejukan. Teman yang kat dapor buleh nampok traktor meroh yang Nevin bawok berulang-alik ke kilang ayam tu dan nampok bundle-bundle baja dicampok kat kebun. Deme berulang berkali-kali. Selagi koje tak abih...


Tu dia rumoh lembu. Masa ni salji tak berenti dari semalam, kejap alus kejap kasor.


Teman pun turun merajinkan diri bawok naik kayu api. Bukan takder lagi kayu api kat atas, tapi nak menambahkan lagi. Kena pasang api boiler lebih kerap sebab sejuk extreme. Sebenornyer Kak Emine suruh sambung tido, tapi teman segan nak melengkor kalau dia bersejuk kat luor. Tiap pagi dia suruh teman sambung tido kalau terjaga.


Kayu api yang halus bawoh balkon tak kena salji. Ni elok untuk boiler, untuk soba dapur elok paka yang lebih besor dan tebal kayunya yang disimpan bawoh rumoh belah kiri. Kayu api yang depan laman kena salji dah.


Pokok epal dan pear tepi balkon.



Ladang hazelnut memutih dan rumoh sepupu Mr T.


Yang cantik bergambor ialah si Karabas - itam lawan putih! Dia ikut Nevin yang mula berkoje.


Nevin bawok traktor nak ke mana pun tak tau. Lazimnya kalau salji turun cam ni, sekolah tutup sebab bas sekolah tak buleh masuk. Sini trakya Majlis Perbandaran Duzce tak masuk, kampong kecik, deme clear main road jer. Orang kampong ler kena clear salji deme sendiri.


Sempat Nevin dan Halah Saniah chatting.



Kahvalti tadi Kak Emine perkenalkan menu baru - yoghurt manis. Memola teman ingat aiskrim!

Yoghurt ni kental dari yoghurt selalu. Dia boh gula dan gaul rata. Yoghurt ni dihimpit tapi tak dihempap dengan benda berat, cuma ditoskan ayor jer. Kalau dihempap jadi keju pulak.


Sapu atas roti bakor, ekmek baru bakor aritu. Tuang sikit madu asli, ni madu beli kat jiran...memang dari Kg Deredebi nih!


Pastu teman tabur dengan ceviz. Hmmm lezet sungguh!



Selain dari tu ada telur goreng, honey dan keju. Minum dengan teh epal. Meh makan kome!

24 comments:

  1. yehaaaaaaaaaaaaa bets ado snow kat sanun ,,,,,,,,,,, kat sini pun ado juga ,,,,,,,,, tepi tak di panggil snow,, kat sini di panggil JEREBU,,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Salam Yob PO, alamak dah berjerubu ke pulak? Ni yang maleh nak balik ni, akak tak tahan panas sbb jerubu!Panas matahari lain, panas jerebu...tuhan jer tau, macam dlm sauna! Makin lebat snow Yob, nak buat Snowman pun payah...tunggu soyat jap!

    ReplyDelete
  3. 1) wow... ada snow bestnyaaaa...

    2) Pokok Epal dan Pear... teman baru menyemai Granny Smith dan Anjou Pear...

    3) Awek Bola kat atas tu dah nikah ke belum...??? Mata biru tak..???

    Cuma Epal dan Pear kat Malaysia tak merasa main snow... kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Isa,
    1. Alhamdulilllah, memang best...kalau tengok dari dlm rumoh yg hangat!
    2. Wah...menjadi tu. Nanti remind akak pasa buah apa tu...?
    3. Tak tau ler dia single ke mingle...mata coklat kot.
    Tanam kat ner tu Yob?Mesti kena tanah tinggi, nak sejuk kan?

    ReplyDelete
  5. salam kak,
    salji dah turun ye..mmg waktu2 mcm ni ke baru lebatnya..(bln march)..ater nevin tu gagah betui ye..tractor dipandunya..mmg kagum betui..setuju dgn kak org lain yg main bola org lain yg stressed..mmg isk2..

    ReplyDelete
  6. Salam Asma, snow buleh turun bila2 masa antara Disember sampai ujung Mac atau awal April. Mmg Nevin ni kuat koje, sejak muda jadi janda. Anak lelaki dok Akcakoca koje kilang tp tak bape kuat koje cam mak dia. Penyegan sikit. Kalau mak dia tak bawok ration dr kampong ke Akcakoca, mau kebulur kot.

    ReplyDelete
  7. sejuknye yong...teman baru kena aircond pun dah menggeletor ! hehehe...

    aah cun le pengurus tu ;)

    ReplyDelete
  8. Salam Yong Hanie, gitu ke? Susoh nk dok negara 4 musim kalau gitu...akak yg tahan sejuk pun terasa ngetor gak kalau berkubang sejam dlm salji tu. Memang cun Pengerusi tu, dan bijak nampak gaya.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,


    ....aikkk? snow pun merebas????

    **kau (cow) - lembu,
    dia (deer) - rusa,
    ...gitule ceghitanya...adanya.

    ReplyDelete
  10. Teman ijok le heghan bab pempuan bola ngan seleji tu...tapi bab menu kahvalti mike tunjuk tu yang uat teman tok tahan weh. Apa lagi teman pun mako le juga 4 keping ghoti, sapu mejeghen planta, ubuh telo ayam kampung 1/2 masok (ghomoh teman nyemedangnye banyok telor ayam kg.)tuang sikit madu, tapi ceviz tak mandang le, teman tabor je seghobok kacang ghoghen tumbok......ngeletek ghasenye kaki teman makan 2 beghanok. Anok teman yang soghang tu yang ghajin makan ghope teman.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yob Edz, sonok gak main tp jgn lelama, sakit kang...

    ReplyDelete
  12. Salam Cikgu Humairi, merebas gak, lebat deme ni kekadang kalau dtng dgn ribut, tak buleh kuar rumoh langsung. Oh citer kau dgn dia...

    ReplyDelete
  13. AsSalamualaikum Yob Pak Ngah, teman punya follower 50-50 jantan tine, kna buat N3 yg sesuai utk kedua pihak. Ada gak yg minat tang makan2, ada yg suka kembara, politik, tu yg teman boh isu2 berbagai. Yg paling org kite suke tang makan2. Teman pun suke roti bakor dgn telur 1/2 masak ni, tambah kalau makan kat kedei kopi...heee!Panda Yob main tabor kacang goreng tuh!

    ReplyDelete
  14. Salam Yob Aduka, mehlah sini...bila ada rezki!

    ReplyDelete
  15. Whaaaa! Besnya salji!

    Nanti kalau balek malaya, kirim bawak balik snowman satu..?!

    Huh? Last tengok bola tahon 1990an?

    ish ish ish....

    ReplyDelete
  16. seumur hidup belum pernah merasa salji,kalau boleh nak guling2 atas salji

    Nak cadangkan buat N3 masakan pula cam mana nak buat Yoghurt,keju dan masakan tyrki yang lain2

    ReplyDelete
  17. Salam Yob Gedek, bawok balik gambor cukuplah yek? Eh last tengok bola 2005 kot, pasal tinggal dekat2 Stadium Shah Alam, gi dgn anak sedara. Yg kat Penang pun rumah dkt2 stadium gak.Kalau jauh tak kosa!

    ReplyDelete
  18. Salam Yob Joyiman, saya mula2 tu pun baring2, nak rasa gebu ke...memang gebu, sbb kat kampong ni tebal saljinya. Eh cara buat keju dah Yob, check 2 atau 3 entry lepas. Yoghurt dan yg lain nanti yek?

    ReplyDelete
  19. Kena kumpulkan tentang masakan turki ni,senang kalau nak cari bab masakan je.

    ReplyDelete
  20. Tak teringin ke makanan malaysia, yg pedeh2...hehehhee

    ReplyDelete
  21. Salam Yob Joyiman, akak boh bak makanan ni campor dgn citer lain, ok ker?

    ReplyDelete
  22. Salam Fadzli, ni akak tengah rindu sambal dan ulam nih!

    ReplyDelete