Moh Kite Follow Sesame...

Monday, June 18, 2012

NYONGKET-NYONGKET KAMPONG TURKI DI LAUT HITAM/KARADENIZ!

Yeeeeaahhhhh dapat report card!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

bulan Jun mula summer holiday di negara-negara Eroph termasuk di Turkiye. Bebudak sekolah pun dpt Report Card, bawok balik tunjuk kat mok pok.
Masa ni negara belah utara ni meriah dgn keseronokan, percutian, piknik...dan bertimbunnya koje pertanian. Orang Kurdish berbondong-bondong ke wilayah yg ada ladang/kebun utk koje sebagai buruh upahan. Antara tempat dituju ialah Wilayah Laut Hitam atau Karadeniz.


Findik!

Sesetengah gambor teman amik dr perlbagai sumber di FB. Deme suruh share, teman pun share. Nilah rope findik, jangan tak taw.
Kalau kaler kelopak dah kecoklatan tu, kira dah buleh petik.
Satu gugus mau dok ada 5-8 biji.
Pulak, ngape teman cakap cam orang Alo Setaq?



Karadeniz ni luas merangkumi lebih 20 buah negeri.
Negeri Mr T ialah Duzce.
Ehhhh mana peta Karadeniz ni!??
Budok kenit ni bukan dari negeri Duzce, tp negeri yg ataih-ataih gunung dan dia paka baju tradisional daerah dia.
Kunun nak metik hazelnutlah tuh!


"Nah amik sorang sebiji elma ni!"

Orang Turki kebanyakannya peramah tambah kalau kome ada muka orang baik-baik cam teman ni.
Ni buah epal kampong.



Findik
lepas dipetik kena jemur 3-4 ari bagi kerin.
Pastu baru dimesin buang kelopak dia.
Yang tengah-tengah tu dah dimesin oredi!


"Aku kaya, aku kaya!"

Atok sedang baring ataih findik yg dah kerin, belum dimesin.



Jalan nak masuk ke kampong Mr T, Deredebi Koyu.



Sungai Deredebi di musim bunga, ayor banyak!



Deredebi Koyu dirakam dari ladang ataih bukit.
Rumoh Mr T yg paling kanan cat putih tanpa atap meroh! Memang tak beratap tapi flat jer, buleh deme jemur memacam.
Pokok yg rendang dan tinggi adalah pokok buah2an seperti epal, pear, erik (plum), buah tin dll manakala yg rendah tu ladang hazelnut.



Jiran-jiran di Kampong Deredebi.



Ni bukan Kg Deredebi tapi kampong di negeri lain yg tanam teh.



Banyak negeri-negeri di Karadeniz menpunyai kawasan tanah tinggi dan bergunung-ganang.



Lagi sebuah kampong di luar Duzce.



Kawasan cam ni kalau musim dingin salji amat tebal dan deme buleh terperangkap berbulan-bulan.



Di musim panah, pokok jagung akan menghasilkan jagung, bukan doyan. Lazimnya jagung deme benih ori, bukan manis, dan deme rebuih atau bakor.
Tapi sebahagian deme buat roti jagung yg teman tak bape suka, dan buat tepung jagung kasor.



Banyak jenis pokok buah mola menghasilkan buah, bukan anak ayam, dan muroh-muroh pulak di pasaran sebab terlampor banyak.
Mau RM2 sekilo jer stroberi tu.
Yang putih tu sejenih cendawan.
Gambor ni kredit pd Puan Noreen Kartal.



Sejenih berry, mungkin blueberry?



Teman penah citer yg pompuan Turki gagah dan perkasa kan?
Haa ni 2 orang penduduk kampong sedang tanggung batang pokok jagung buat fodder lembu deme.
Mungkin dedulu mak mertua teman pun koje nanggung kayu dan satnika hasil kebun ataih belakang dia.
Mr T dan adik lelaki dia nanggung guni hazelnut seberat 50-65 kilo!


Ha ha ha haaahhhhhh!!!!!



Remaja Karadeniz amik skrol dr pengetua sekolah pas tamat sekolah menengah.



Kalau nak masuk U deme kena amik peperiksaan entrance (kita ada STPM, deme takde).
Yang amik peksa berjuta-juta calon, yg dapat tempat beratus ribu jer!


Dara Karadeniz.

Kalau yg ikut blog ni lebih 2 tahun, mungkin ingat dia ni, si Esra (16 th), sedara Mr T.
Sekarang kuarga dia dah pindah ke Istanbul, dah berhenti sekolah dan koje kilang sebab kuarga tak mampu. Teman tak sempat nak ziarah rumoh Istanbul dia aritu.
Dia tanya bila nak ziarah kuarga dia. InsyaAllah, nanti.


Teruna idaman Karadeniz.

Gambor terbaru cucu tiri teman si Ertugrul Hamza (12 tahun).
Camne dia buleh jadi friend teman, teman tak add pung!



Di musim panah, banyak aktiviti memsak roti dibuat di luor rumoh. Ada yg letak dapor di luor atau ada yg masak dlm ketuhar tradisional cam ni yg dipangge firin.



Tengok Yob dgn seksi bersinglet jer, melayan roti pide Ramazan.
Ni mesti bulan Ramadhan jatuh di musim panah sejak 2-3 tahun ni termasuk tahun ning!



Ramazan pide
, kampong-made ... gebu-geban kan kome!

Thursday, June 14, 2012

MELAWAT SEKOLAH TURKI DI LAUT HITAM!

Derya dan Adam, Duzce, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Euro 2012 teman tak bape amik pot.
Sebab?
Team Turki takde.
Tapi kelmarin Ukraine vs Sweden teman support sesikit team Ukraine. Sebab?
Teman ada sedara orang Ukraine.
Si Derya ('I'm not Russian') kawin dengan salah sorang cucu sedara Mertua teman.
Dah lancor Derya cakap bahasa Turki, teman jugak tergagap-gagap!

Go Ukraine go!



Sekolah Menengah Akcakoca, Laut Hitam, bersebelahan sekolah rendah si Zeynep dan Bahrican (yang berangan nak kawin 5 tu!).
Satu hari menantu, si Fatma, ajak teman gi sekolah, ada jamuan yg menu dimasak oleh 4-5 orang kaum ibu.


Cikgu Ahmet mengajor fizikal.

Ni gambor 2 tahun lepas. Teman datang lagi, dia masih ingat.



Fatma bawok ke kelas Bahrican, Tahun 1.
Murid lain dah siap, dia masih terkial-kial nak siapkan tugasan!
Apa hei kamu ni Bahrican...ingat nak kawin jer kot!



Kendian kami gi kelas Zeynep, Tahun 2. Ni salah sorang classmate Zeynep, cute benor!
"What is your name?" dia tanya teman.
Pas teman jawab, dia senyum.
Tak tau apa lagi nak tanya. Deme ni main hafal jer frasa-frasa dlm BI, makna deme tak bape reti!



Suruh posing mau sesaja.
Dak pompuan yg tinggi tu, memang pun dia paling tinggi sekali dlm kelas tu!



Kendian Bahrican yg tak malu terjah masuk kelas kakak dia. Mak dia si Fatma ialah Presiden PIBG, gitu ler.
Bila ada event atau jamuan, buleh terjah.
Actually, PIBG Turki amat aktif. Semua ibu-bapa kenei semua guru-guru anak deme.
Jangan memain!


Cikgu All-Black!

Cikgu bagi ucapan ringkas pd lebih korang 12 orang ibu murid-murid yg datang.
Yang paka overcoat putih tu pembantu canteen, dia tolong bancuh dan bawok teh panah!



Gambor mok-mok tak de sebab teman segan nak klik-klik, nanti deme tak suka kang.
Pas ucapan, murid-murid beratur, takde yang berebut.



Ada gak mok-mok bawok anak kecik ke jamuan tu.



"Saya nak 2 biji!" Bahrican demand.
Budak lain terima jer apa orang bagi, Bahrican mintak!
Dahlah terjah parti orang, demand-demand pulak.


Zeynep T.

Menu deme simple - 2 jenis kek, borek ala-rokok, dan pasta. Semua dibuat oleh mok-mok. Kalau kat Malaysia gerenti ada meehoon goreng, laksa, roti jala, mee kari, puding, agar-agar dan menu yg sewaktu dengannya!


"Yob...Tak abis!"

Di luor rumoh kekanak Turki sangat well-behaved. Kat rumoh jer ada yg cam kamben nak mengawan buasnyer!



Baik jer ropenya si Bahrican.
Jangan caya tengok pada kecomelan dia nih...misleading, falacy dan konspirasi yg mengelirukan!



Seperti lazimnya di institusi gomen Turki, tak sah takde kepala batu arwah Kemal Ataturk.
Ni bust di luor sekolah.
Tempat bebudak sangkut satnika baju, kot, vest, beg etc. etc. masa PE!



Dalam bangunan lagi meriah, siap dgn kata-kata mutiara ayor tawor dia!


Zeynep dan Opah Malaya!

Ini polisi rasmi deme, tak buleh nak ubah.
Tapi setiap kuarga Turki akan membimbing anak-anak deme cam ne nak deal dgn Yob Ataturk ni.
Kalau yg taksub, taksublah. Kuarga Mr T tak pandang pun Yob ni.
Bukan pujaan deme!



Jangan meree, teman bergambor jer.
Kalau bust Saddam atau Hitler sekali pun, teman akan bergambor kat situ.


Ramazan Pide.
Gambor Google!

Sempena bulan Ramdhan yg akan menjelma, InsyaAllah, dihidangkan roti spesel bulan Ramadhan.
Bulan posa jer deme bakor roti ni.
Sedap bebenor!
Kome posa ke ari ni?
Jom ifftar together-gather!



Wednesday, June 13, 2012

MAKKAH: RINDU-RINDUAN PART 1...YANG SEJUK DAN PANAS!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, rindu pulak kat Makkah dan Madinah. Sambung pengalaman teman kat sana, nak share dan revisit. Selain dr aktiviti lazim jemaah haji (2011), teman gemor merakam imej insan dan peristiwa, utk rujukan dan panduan utk diri sendiri dan bakal haji lain, InsyaAllah. Antaranya koje Yob-Yob askar depan pintu masjid. Sebagai Wahabbi tegor, deme tak gemor imej deme dirakam!
Arrhhhh dia toleh....larrriiiiiiiiikkkkk!

Terpegun memerhati Kaabah dan jemaah tawaf.
Menunggu giliran nak melihat Baitullah.
Jemaah Iran menunggu waktu solah. Ada gak 2 jemaah wanita dr Nusantara, yg bertelekung putih!
Iklan Jemaah Hilang. Jemaah dari India. Teman selalu sayu kalau jumpa iklan gini. Tak tau bila iklan ni ditampal. Dah ketemukah?
Lagi sorang jemaah yg hilang...semoga dia dijumpai dan selamat! Janganlah berlaku kat sesapa lagi, sian!
Di satu subuh yang heninggggg...
Empoiner tido! Empoiner tu macam best atau nyaman bebenor kata orang Perok!
Chow time! Kucing Makkah pun gebu-geban walaupun cam tak bertuan! InsyaAllah, nanti sambung yek!
Yang Godzilla...doyan udoh loroh ke Yob Mamat? Ni musim tahun lepaih!
Yang lemak merdu...doyan dari dusun Mak di Parit, Perok!
Yang paneh....gulai assam pedeh weh, kacang bendi organik dari kampong teman!
Yang sejuuuukkk...home-made eskrim, perasa cempedak, jirus cekelet dan tabuq hazelnut!

Monday, June 11, 2012

CUCU-CUCU TURKEY KU!

Bunga hazelnut di hujung musim sejuk Februari 2012


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Alhamdulillah dpt trace Mr T...di Istanbul.
Idok dia nak kabor bini dia di Malaya yg dia dah balik Istanbul.
Bila teman call nombor Iraq, mesin yg jawab. Kali ke tiga teman call nombor Turki, baru ada sora.
Mamai-mamai tengah tido. Dia kata sibuk berlari sana-sinun tak sempat nak call. Dia kata "You are rite!" bila teman cakap teman riso bila takde berita lebih seminggu!
Dalam 10 ari, InsyaAllah dia ke Iraq semola nak mula bina penjana letrik utk bandar Basra.
Tima kasih utk doa-doa yg kenkawan doakan utk dia.


Si Alphan yg reserved...

Trip teman ke Turki tahun ni (Januari-April 2012) jatuh dlm musim dingin dan bunga. So banyak berkisah aktiviti musim dingin ler.

Di Malaya, anak-anak kita buleh nyongket sana-sini dan melalak tak kira musim. Di Turki, di musim dingin kekanak banyak menyepahkan rumoh. Kalau jenih baik cam Alphan ni OKlah.
Dia rajin bertenet! Dia anak sulung stepson teman yg tengah, menetap di Gebze (2 jam dr kampong Mr T).


Zeynep dan Sule bancuh kopi, real punya, dalam cawan China Kak Emine!

Ni sepupu ni, si Zeynep yg rendah dan si Sule yg tinggi , umur sama, 8 tahun.
Zeynep dok bandar Akcakoca (15 minit jarak dr Kg Deredebi) dan Sule dok di Eregli (30 minit jarak), jadi deme kerap balik kampong rumoh Opah deme, Kak Emine.


Si Ucup kokak botoi ayor teman!

Lazimnya bila dah rama, bebudak ni main kat salon, ruang tetamu utk tetamu lelaki yg tak rapat.
Salon rumoh kampong ni agak besor.
Ucup pun join dgn kakak dan sepupu main di salon.



Ucup: Gerrrggllll,... gegrrrrrrlllll, gegerrlllllll....!
(sambe ayor lior menjelejeh!)



Ngape bebudok suka menyelongkor lemari?
Kalau Kak Emine nampak mesti dia hingor!
Si Zeynep tengah cari apa tak taw.
Tu semua buku-buku agama, ensaikloapadia agama dan kitab Mr T.
Teman bila takde koje, teman nyelongkor buku dan kitab ni, walaupun teman tak faham sepatah haram!



Adik Zeynep si Bahrican (7 tahun) tukang buat pondok-pondok dgn kusyen.
Nak sangat kawin-kawin!
Bahrican masa umur 4 tahun penah labun nanti dah besor dia nak kawin lima.
Tulah deme ni suka dengor orang-orang tua sembang.
Dede (Atok) kawin dua, dia nak kawin 5!



Sonok main pondok-pondok tapi yg mengemehnya kang...Halime Baba Anne jugak!



Sambe menyepah, mengasuh budak!
Zeynep dan sepupu dia Yusof!



Penat jadi baby dalam drama pondok-pondok, Ucop take fai.
Bahrican tumpang bergambor!


Breakfast at Mother-in-law's.

Roti bakor teman dah siap tuh. Mak mertua siap kopek telur utk teman! Sayang dgn menantu Malaya dia tuh!