Moh Kite Follow Sesame...

Friday, June 10, 2011

Antara Dua Darjat Menteri Besar di 1Malaysia!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tak nak banyak citer.
Rumoh atas dikatakan rumoh sorang Menteri Besor di sebuah negeri di Pantai Timor di 1Malaysia ni.



'Istana' salah sorang ADUN yg dah arwah di Selangor. ADUN jer tu...
Hai...reta dunia tingga di dunia jer weh.



Ini dikatakan rumoh banglo (rumoh ke ni? Cam resort jer...) salah sorang bekas Menteri Besor di Pantai Barat Malaysia. Cam ner jauh beza kedudukan deme ni?
Musykil..musykil teman!



Jangan banyak citer. Moh ikut teman nyongket dengan Kak Emine ke Grand Bazar, Istanbul.
Kak Helime ni asyik shopping jer...
Bukan shopping Yob, nyongket jer dan cuci mater.
Kali ni teman hangkut Kak Emine. Masa tu Mr T koje di Iraq. Kalau teman gi nyongket, tak kan bior tingga dia sorang dlm apartment. Dahlah dia ni tak panda nyongket sorang-sorang...



Ada satu lorong kat luor Grand Bazar ni banyak kedai yg menjual skarf dari berbagai jenis tekstil. Ada kapas, satin dan sutera.
Nak tengok Kak Emine...nilah dia!
Tak nampak?



Hah...yang ni nampak dak?
Nampak idung jer? Jadilah tu.
Serius Kak Emine pilih skarf yg jenis longgok.
Ni dia akan paka kat rumoh. Kalau yg paka untuk berjalan dia beli yg maha sikit, cam kain satin atau sutera.



Ralit Kak Emine milih skarf ni. Pembantu kedai ni sabor jer nunggu...



Kekadang kami mengelewor masuk dalam Grand Bazar. Tengok-tengok jer. Rega barang dalam Grand Bazar mahal sikit sebab deme letak rega pelancong. Kami sesaja jalan cuci mater!
Ada peniaga yg menegur teman dalam Bahasa Arab daa...



Grand Bazar ni bentuk dia bersimpang-siur...banyak lorong. Tiap lorong menjual barangan yg berbeza. Ni lorong yg menjual barang kemas dan barangan aksesori wanita.


Lorong ni berjual aksesori dan jugak barangan tembikar. Barangan tembikar Turki lazimnya berlukis tangan.



Kedai yg jual skarf local dan import. Kalau yg import ada yg dari India dan Italy. Kena panda tawor-menawor ler kome.



Salah satu kedai jual barang kemas. Sini emas 916 ada, 22K ada, 20K ada, 17K pun ada. Pompuan Turki sukakan yg 916 cam kita punya.
Masa kawin pengantin pompuan ada yg dapat hadiah gelang tangan sampai ke siku!
Tak mohong der!


Ni cape yg dipaka oleh bebudak lelaki masa hari bersunnet! Ikut stail anak raja.
Zaman dedulu, bila putera-putera (Sultan kan banyak anak, gundek pun beratus orang!) Sultan nak masuk jawi, Sultan pun jemput beratus dan mungkin beribu bebudak lelaki rakyat biasa bersunnet sama.
Semua dapat duit dan persalinan dari Sultan. Jadi mungkin tu bersunnet di Turki deme pakaikan calon sunnet ni cam anak raja gayanya!



Ni ropa hiasan tingkap kedai yg jual peralatan pakaian bersunnet. Sewa pun buleh, beli pun buleh. Bebudak akan pakai baju ni 3-4 ari keliling kampong atau pekan, siap pakai crown dan cokmar. Pegi photo studio lagi amik gambor!



Kalau nak bertunang-lanang atau berkahwin, tak tau nak paka gaun apa, gi jer gedung-gedung pakaian pengantin. Semua siap ada.
Yang macam Lady Diana paka ada, yang macam Kate Middleton ada, yang macam Siti Nurhaliza pun dok ada...



Baju gi makan kenduri pun ada. Pilih jaa, janji bayor!



Meh makan sucuk dan steak teman buat. Kak Emine tak makan cam gini, simpang-siur malaikat!

Wednesday, June 8, 2011

Main Bolasepak Tarik Remaja Ngaji Quran di Mardin, Turki

Para remaja membaca doa sebelum pertandingan


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Ni berita dah agak lama, 2009, tapi teman olah dan siar supaya ia jadi teladan dan maklumat yang membina. Lagi pun relevan bebila masa pung.

Satu kejohanan bolasepak telah dianjurkan di daerah Mardin oleh para pegawai tempatan bagi meningkatkan minat remaja tempatan kepada ngaji Al-Quran.

Para pegawai dari pejabat agama daerah dan juga dari jabatan sukan dan belia Mardin menganjurkan kejohanan ini untuk para remaja yg mengambil kursus mengaji dan juga memberi sokongan moral serta motivasi.

Imam Selahattin Saitoglu ketika berucap waktu perasmian kejohahah yg disertai oleh 12 team yg terdiri dari remaja yg amik kursus ngaji tu memberi amaran pada para pemain:

"Jangan guna bahasa merapu dan mencarut masa bermain nanti!"

"Dengan menganjur kejohanan ni, kami berharap para belia yg amik kursus ngaji ni suka datang ngaji dan datang ke masjid. Dan galakkan deme berkenalan satu sama lain," tambah Imam tu lagi.

Manakala pengurus jabatan sukan dan belia, Encik Mehmet Fidan pulak berpendapat, kejohanan ni akan meningkatkan motivasi remaja ni untuk hadiri kursus ngaji.

Ni namanya sambil nyelam minum ayor!
Err...tapi bukan cam kapal selam Scorpene yg tak buleh menyelam tu yaa...


Sumber berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com


Moh ikut teman susup-sasap kat sekitar kejiranan teman di Basaksehir, Istanbul. Ni gambor kat roundabout tempat teman selalu tunggu bas kalau nak ke Istanbul (35 minit).

Kat lereng bukit tu tertera RTayyip Erdogan. Sebenornya ni nama taman perumahan teman ke atau nama sekolah kat atas tu...teman tak pasti. Kalau nama sekolah selalu ada perkataan Okul. Apa-apa pun blok kami di fasa bernama Etap 2, 100 meter jer dari bus stop ni.



Apartment ni 4 tingkat dan ada lif. Kat Malaysia kalau 4 tingkat kita kena menapak...pengsan!

Baru gak blok ni, 4-5 tahun gitu dan Mr T adalah owner pertama.
Kat Turki lazimnya kalau beli rumoh atau keta bayor cash. Deme takde main pinjam loan bank sebab tak mau bayor bunga.
Apartment Mr T ada 2 bilik tidor, 1 bilik ayor, 2 tandas, salon dan mutfak. Ada unit yang 3 bilik tido.
Lazimnya bila teman nyongket ke Turki, teman dok sini. Mr T based kat sini. Dia balik Kg Deredebi sekali dalam 3-4 minggu ziarah kuarga dia.

Untuk keselamatan ada CCTV kat entrance blok.
DIKKAT! (AWAS!)


Unit kami tingkat 2. Ni tingkap kat balkon dapor.
Teman bukak bila masak menu yg agak power bau dia cam yg ada rempah. Tapi jarang teman masak menu yg berempah ni...takut ganggu jiran.
Pepagi teman bukak untuk boh roti atau biskut bagi burung merpati dan gagak makan.
Makan kome...makan!



Ni ropa blok kejiranan kami. Tiap blok dicat werne yg berbagai. Tiap beberapa blok ada janitor yg urus sapu dan mop, kutip sampah dan jaga taman.
Plastik sampah kat sini bersih dan kering. Kita ikat elok-elok dan letak kat luor pintu. Kul 8 malam nanti janitor akan kutip. Gaji janitor lebih korang RM3000 sebulan.



Ni salah satu batas bunga di blok berdekatan. Gambor diamik masa musim dingin baru ni tapi sebab suhu agak tinggi pada satu ketika, Yob janitor boh pokok bunga!
Main transplant jer!


Taman Riadhah yg selalu digunakan oleh orang dewasa

Kat semua fasa ada taman permainan atau taman riadhah. Kalau pepagi takde sangat kekanak. Petang masa cuaca mengizinkan baru ada deme turun main. Lazimnya deme ditemani mak, abah atau dengan abang/kakak.

Kat taman riadhah ramai gak kaum ibu yg gempal-gempal buat exercise!

Kalau cuaca cerah dan panas meriah kat taman permaianan ni. Yang remaja pun datang lepak sambe duduk-duduk makan koci!
Kaum ibu-ibu pulak suka pot-pet, pot-pet...



Ni salah sebuah sekolah dalam kawasan perumahan kami. Kalau teman nak gi ke Olympia (shopping complex baru dekat-dekat sini), teman akan lalu dekat sekolah ni.
Sekolah kat Turki jarang ada padang bola. Yang ada basketball court. Kalau nak main bolasepak kena gi padang majlis perbandaran atau padang kelab berdekatan.



Yeeehaaa...teman menyakat kekanak sekolah rendah ni. Masa teman snap gambor deme, macam gelabah jer deme. Heran deme ngape makcik ni amik gambor deme. Ada yang cuba nak mengelak!
Masa ni suhu memang rendah, jadi deme berkelubung!



Ni pun masa musim dingin tahun ni tapi hari tu cuaca cerah dan suhu agak nyaman.
Ni murid baru kuar dari sekolah menengah kat atas bukit tu. Kalau jalan 100 meter ikut kornar ke belakang tu sampai ke blok apartment kami.



Tunduk malu Mamat ni. Nak maroh tak berani sebab deme hormat kat pompuan baya-baya mak deme.
Kalau naik bas yg penuh, rajin remaja Turki ni bagi tempat duduk pada orang pompuan berumur atau pada lelaki baya atuk-atuk.



Kalau musim sejuk deme pakai stokin panjang tebal atau tight dan boot. Mana yg pakai tudung, akan tutup kepala seelok kuar gate sekolah.



Murid-murid yg baru dilepaskan dari kelas. Tiap sekolah ada Pak Guard yg jaga gate dan para pelawat.



Alert jer Pak Guard sekolah ni. Kalau kat bandar kecik atau sekolah luor bandar, mungkin takde Pak Guard.



Ni masjid baru kat kejiranan kami. Gambor teman amik 2 tahun lepas.



Gambor masjid yg sama teman amik 3-4 tahun dulu masa masih dalam pembinaan.



Masjid yg sama.
Gambor teman amik masa solat jumaat tahun ni bulan Januari. Sebelum masuk waktu teman lepak 30 minit dalam perkarangan masjid tengok jemaah datang. Keta para jemaah dok berderet kat bahu jalan tu.
Kelas ngaji Quran untuk wanita ada dianjurkan kat sini. Kira penduduk kat taman kami ni beratkan agama jugak.
Nilah aktiviti keagamaan di negara yg kita selalu kata sekular tu!



Dah penat susup-sasap? Moh kita pekena satu set kofte dari restoren Sultanahmet Koftecigi. Kalau kita order kofte, deme akan bagi sebakul roti free. Teman dah makan kat restoren ni 2 kali. Bila deme tau teman pelawat dari luor negara, deme bagi kuih manis free.
Meh kome...


Tuesday, June 7, 2011

Erdogan Berjaya Menarik Sejuta Orang!

Encik Erdogan masa kempen pilihanraya Ahad, di Istanbul.

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tu dia aih...sakan teman bercuti kat kampong di Parit, Perok. Tengok dan layan mak yg dah berumur banyak gak. Alhamdulillah masih sihat dia.

Ni nak citer himpunan sejuta insan ni! Bukan kat Putrajaya yg digembar-gembur dik PM kita, tapi yg melibatkan Encik Tayyib Erdogan.

Menurut laporan Today'szaman.com, kempen pilihanraya Encik Erdogan kat daerah Zeytinburnu, Istanbul pada Ahad baru ni berjaya menarik lebih satu juta orang! Yaaa 1 juta penyokong dan pemerhati! Jumlah ni 2 kali ganda dari yg diperolehi oleh Kemal Kilicdaroglu dari parti CHP di tempat yg sama sehari sebelumnya.

Dalam ucapannya, Encik Erdogan meminta para pengundi memilih 367 orang calon dari parti AKP untuk mendapatkan majoriti agar dia berupaya meminda perlembagaan tanpa melalui referendum. Ada ler beberapa bab dalam perlembagaan yg Encik Erdogan ingin pinda, jadi dia memerlukan sokongan yg kuat dari para pengundi ni. Perlembagaan yg jika dipinda itu nanti akan mencerminkan lebih kebebasan dan aspirasi rakyat Turki.

Tengok pada beberapa kajiselidik setakat ni parti dia, AKP, dapat lebih dari 45%. Kira kuat tu sebab parti lawan yg terdekat tak dapat pun 30% sokongan.

Begitulah powernya karisma Encik Erdogan ni. Dia tak perlu bekalkan nasi bungkus, t-shirt dan topi percuma, artis setengah masak atau hiburan loklak untuk menarik 1 juta penyokong ke kempen dia.

Sumber berita dan gambor dari Today'sZaman.com




Moh ikut teman ronda-ronda kat sesetengah bahagian di bandaraya Istanbul. Bayangkan kome ngikut teman nyongket ni yek.

Ni kat daerah Sultanahmet, tak jauh dari Masjid Biru dan salah satu pintu Grand Bazar. Kira sini tempat yg paling banyak dikunjungi sebab terdapat Masjid Biru, Hagia Sofia dan Grand Bazar yg dok dekat-dekat antara satu sama lain. Sepanjang jalan kat sini terdapat beribu-ribu kedai/gedung/butik pakaian, kasut, kot dan satnika restoran!



Sambe-sambe berjalan tengok orang berjual satnika benda. Salah satunya yg berjual buah berangan. Teman ingat ada beli sekali. Agak mahal dari kat Malaysia sebab saiz yg kat Istanbul ni besor sikit.
Saja nak try, terliur tengok dia membakor (bukan menggoreng dengan pasior cam kat Malaysia) tu.



Istanbul ada sistem pengangkutan yg agak canggih. Yang ni nama dia tram. Sentiasa penuh tak kira waktu. Yang underground pun ada dipanggil metro. Lebih besor dan laju. Teman penah naik yg underground sekali jer. Dengornya dia akan sambung laluan sampai ke daerah Basaksehir, tempat teman dan Mr T tingga. Jadi lebih mudah lagi teman nak nyongket ke Istanbul nanti! Panjanglah langkah teman, InsyaAllah!


Kenapa tak ada accident melibatkan tram? Heran gak...
Naik tram atau metro rega dia RM2.90 lebih korang, tak kira jarak.



Ni pemandangan bila teman naik bas dari Taksim ke Eminonu. Teman ke Taksim sesaja. Tapi tak rasa sonok kat Taksim. Dia lebih merupakan tempat orang muda berhibur dan ho-hah.
Banyak gedung, butik, tea-house dan bar/nite club. Masjid nampak sebijik jer. Kalau memalam banyak wanita penghibur tertonggeng-tonggeng kat tingkap keta bertanya, "Nak? Nak?"
Err...teman main agok jer tu. Sesetengah pompuan ni datang dari Georgia, Ukraine dan negara-negara bekas Rusia. Cari makan...



Ni dah dekat dengan jambatan yg merentasi sungai dan alor yg banyak kat Istanbul. Ni bukan yg memisahkan Eropah dan Asia. 2 buah Jambatan yg menghubungkan Eropah dan Asia lebih tinggi dan besor.



Sini ramai Yob-yob bersidai mancing ikan. Dapat ikan kecik jer besor tapak tangan teman. Tak kira musim sejuk ke panas ke, ada jer deme ni. Tapi bila suhu jatuh mendadak masa musim dingin, lagi rama deme. Tapi deme tak mancing masa ni, deme menangguk ikan yg timbul separa mati sebab kesejukan!



Kat Istanbul ni, kucing lorong (alleycat?) ramai bebenor. Tapi yg bestnya deme ni gebu-gebu dan sihat. Nampak bersih gak. Ni salah sekor yg dok melepak kat salah satu makam tak jauh dari Grand Bazar.
Ada jer hamba Allah yg bagi deme ni makan.



Bila nak dekat masuk waktu, teman mesti cari surau yg bersepah di bandar ni. Kalau kat Grand Bazar, teman selalu cari surau ni.



Masa tu ada pulak tukang tengah renovate ntah pe benda. Tengok pada tiles tu, nampak klasik dan ala-ala zaman Uthmaniah. Tak tau ler bila surau ni dibina tapi nampak dah ada terselit di antara kedai dan gedung kat Grand Bazar ni..



Bahagian solat orang pompuan. Buleh muat 8 orang paling ramai. Kena tunggu gilior. Walaupun ruang ni kecik, ada CCTV kat atas tu!



Sebelum balik, teman kena lalu kat espalande. Sini ada bot-bot yg teroleng-oleng kat tepi. Ni bot yg ada dapor. Deme menggoreng ikan-ikan temenung, dibuat sandwich.


Ada meja dan kusi kecik utk para pelanggan. Bau ikan goreng ni selalu menggamit teman utk singgah. Masa tu memang pun teman dah lapor. Apa lagi, singgah ler beli sebiji!



Dulu ada sorang pembaca tanya mana ropa sandwich ikan tu. Nasib baik ada teman simpan sekeping gambor sandwich ikan tu.
Rega lebih korang RM8.50. Roti dia rangup di luor, lembut di dalam. Ada ikan dan salad jer. Tuang garam dan jus lemon sendiri yek!
Meh rasa kome...