Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, December 30, 2012

KERABAT POKOK HAZELNUT, DAPAT BUOH ANGGUR DI TURKI

Assalamualaikum dan Salam Ceria, pas abis koje hazelnut, kami tak terus balik Kg Deredebi. Tapi ada koje metik sayur, kutip buoh atau kekacang. Antara buah kami kutip ialah buoh tin dan buah anggur. Buoh anggur lazimnya tumbuh liar. Hok sebesen ni dikutip utk makan tengah hari dan malam!!
Si Zeynep dgn sebesen anggur hok dipetik dekat rumoh kampong Mr T di Kg Deredebi. Di ujung musim panas banyak yg dah masak, tapi masuk bulan September deme ni masak ranum, werne dekat itam! 
Masa ni teman tengah basuh buoh yg dikutip di ladang hazelnut ataih bukit. Lazim kami petik 3-5 kilo sekali ngutip.
Abis musim hazelnut, idok kami terus balik kampong tp gi ngutip satnika buoh dan kekacang. Nevin selalu ajak teman gi ngutip buoh, walnut dan buoh berangan. Masa ni dah masuk musim luruh, suhu dah mula turun sikit.
Nevin memang ganaihlah sikit, tengah kerabat pokok hazelnut nak petik buah anggur yg menjalar sesuka ati deme. Nilah ropa pokok hazelnut kome, batang deme tak besor mana!
Bagi besor sikit gambor. Mana yg buleh dicapai, teman capai ler. Ni bukan black currant, tapi buah anggur biasa, lembut dan juicy bila dah ranum! Kena kutip cepat-cepat utk makan dan buat jus sebab dah masak bebenor!
Turun ke Kg Deredebi, tak buleh relaks. Koje membuat jus, jem, jeruk pun start! Mana-mana pokok yg berbuoh, kami petik utk buat stok makanan. Anggur di sekililing kampong atau dekat ladang/kebun dipetik dan dibuat jus.
Pegawai cukai-mencukai datang buat inspection. Si Yusuf akan rembat 1-2 tangaki buat snack!
 Lepas dibasuh, buah anggur dimasuk dalam poyok besor, diramas sikit-sikit oleh si Fatma. Pastu dimasak dgn api kayu sampai mendidih. Pastu ditapis dgn skaf lama sbb kain skaf ni macam kain muslin.
Dari 2 bakui tadi, lepas ditapis, nilah banyaknya yg dapat.Masa masak tadi tak ditambah ayor atau gula. Nanti dah dibotoikan dan bawak balik rumoh memasing, pepandai ler nak buboh gula banyak mana, kalau suka.
Jus dibotoikan, botoi diterbalikkan (jangan tanya kenapa, teman tak tau), pastu direbus botoi-botoi ni bagi pressure. Jus ni dibahagi-bahagikan antara Kak Emine, Fatma dan Zuleyha, anak menantu kami. Jus ni tahan berbulan-bulan kome! Sedaaaaappp!
Sebagai penutup, meh kahvalti dgn teman sebelum teman nyongket di sekitar Grand Bazar, Istanbul. Kalau tak makan dulu, mau pengsan kelaparan dan keletihan mencari barang yg kome pesan dulu!

Sunday, December 23, 2012

BERSALJI DI ISTANBUL, BERHUJAN DI MALEYZIA...BEST GAK MAKAN CAPATI GIANT!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia, pe kabor mengkome? Bercuti-cutian lagi? Teman masih kalut mengepos barang yg ada mengkome order. Meh ler bagi address rumoh atau pejabat yg ada orang menyainkan nanti. Dlm 3-4 ari lepas, dari posting kenkwan FB yg duduk Istanbul, salji ada merebas 2 ari dia area Fatih/Sultanahmet. Bertuah deme, sbb kat area tu jarang salji turun. Tapi kat area teman di Basaksehir, pasti cam ni dlm gambor ni, bulan Fenruari 2012!
3 ari lepas duit yg Mr T antor melalui bank udoh masuk. Dia perintah anak tengah dia di Genze transfer duit. "Transfer ribu-riban ke Helime Mother kamu, dia gatei nak menyongket lagi!" kata Mr T. "Baeeeekkkk Baba!" jawab si Asim! Ni gambor Mr T kat kem di Rumeli, Iraq, bersama-sama para pekerja dia. Pekerja kat sini terdiri dari pelbagai kaum dan warga negara!
Sambung aktiviti di ladang hazelnut. Ni jalan menghala ke tanah ladang kuarga Mr T dan ke Farmhouse. Dari kampong Deredebi lebih korang 5 kilometer. Masa ni teman dan Nevin naik traktor!
Sebelum sampai Farmhousde, nempuh kebun sayor kami. Kami tanam (kami pulak...deme ler tanam masa musim bunga), jagung, kekacang, cabei, tomato, daun pancar...
Teman ngutip hazelnut pas breakfast, 3-4 jam gitu. Tengah hari balik makan yg dimasak Nevin atau mertua. Petang kalu rajin teman sambung ngutip. Kalau tak rajin, teman nyongket susup-sasap dlm ladang!
Kekadang bertembung salah sorang pekerja Kurdish kami. Dia ni kekadang ditugaskan urus beberapa hal proses hazelnut - amik guni, ikat guni, cari tali etc. sementara yg lain gi ngutip ntah kat ceruk mana ladang, jauuuhhhh!
Antara pokok buah terdpt kat ladang ialah pokok buah seperti pear, epal, plum, anggur dll yg tumbuh liar.
Ada gak yg buoh dia meroh bila masak...
Ni pokok yg paling dekat dgn Farmhouse, sebelah kebun sayur tadi...
Pokok banyak dan buah pun banyak, jadi habuan si Osman ler!
Waktu tengah hari salah sorang pekerja Kurdish yg remaja akan balik awal sikit dari gerombolan dia utk nolong masak makan tengah hari....
Yang Chief Cook ditugaskan buat roti 'capati' giant ni. Ni makanan harian kaum Kurdish, tak sama dgn roti bangsa Turki walaupun deme ni satu negara!
Bila teman datang tengok (kem atau pondok deme dekat je dgn Farmhouse kami), deme cepat-cepat ajak makan roti panas-panas! Makan gitu saja tanpa lauk!
Berkilo-kilo deme masak roti ni dan ni ration utk 3-4 ari! Teman rasa nak nyongket Cuti-cuti Malaysia pulak, ke mana ehhh nak pegi...?

Thursday, December 13, 2012

MOH IKUT BUDAK KECIK SUSUP-SASAP DI LADANG HAZELNUT, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, teman udoh balik kampong mak di Parit, Perok. Dapat ler merasa sikit deghoyan. Tempoyak usoh cakap, tiap-tiap hari. Pastu badan berpeluh-peluh! Ni nak citer pasa Mursel Taha, cucu sedara Mr T, susup-sasap  dlm semak! Gambor dia didukung sorang pekerja Kurdish.

Satu petang biras teman Nevin ajak teman dan Mursel gi ladang sedara nak kutip buah tin dan sayuran. Ni rumoh ladang sedara tu, sepupu Mr T.
Ladang dan kebun deme ngadap bukit. Ladang hazelnut kami memang ataih bukit tp ladang deme ni buleh nampak Kampong Deredebi dan jalan ke Akcakoca, tuuu kat background. Belakang bukit tu Laut Hitam. Nevin tengah petik sayur panjar yg pahit tu!
Pokok daun-daun besor ni, pokok tin, fig kata omputih!
Kalau kaler dia warna ungu gelap, tu kira masaklah tu. Ulur kat Mursel, dia buat tak heran!
Kita koyak buah tu, ni ropa isinya, lembik-lembik dan manis!
Kalau orang kita tak bagi anak-anak susup-sasap dlm belukar, orang kampong Turki dibiornya. Utan deme tak mandang nyamuk dan serangga, tu pasainya!
Mursel jumpa buoh tomato kunin. Dia picit-picit, pastu dibuangnya!
Jumpa pokok cili, dia petik cili tu pastu digentel-gentel. Cili deme tak pedeh, usoh riso!
Kavalti di Farmhouse. Roti yg dibakor sendiri, ada 2 jenis keju putih dan cheese spread. Pil tu utk Nevin yg ada sakit kencin manis. Bila ada kentang goren, laju sikit teman makan!
Pemberitahuan: Teman selalu lupa nak kabor, anjin mertua, si Karabas telah meninggal dunia. Mr T labun termakan racun atau keracunan. Teman sedih bebenor masa Mr T citer, rasa nak nangis! Ni Karabas tengah bergelut makan roti yg teman bagi bulan Februari tahun ni. RIP Karabas!

Friday, December 7, 2012

MEH IKUT TEMAN KE LADANG HAZELNUT, KG DEREDEBI, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, at last dpt hapdet. Selepas landing hari Ahad baru ni sibuk menerima tetamu yg datang amik barang atau nak jumpa sesaja. Sabtu ada meeting dan jamuan untuk kutipan amal. In Shaa Allah lusa nak balik kampong, nak balik kampong, nak balik kampong....!
Rumah mak masih ada ciri-ciri asal, tingkap kayu dan ada grill kayu kat bagian bawah. Tu sebab ventilation rumah kampong best! Berangin jer!
Sambung kisah di Farmhouse yaa. Ni ropa farmhouse kuarga Mr T. Di sini kuarga kami berkampong sepanjang musim metik hazelnut (sebulan gitu). Para pekerja Kurdish ada khemah kanvas deme sendiri.
Rumoh ni ada dapur dgn sittingroom, 2 bilik tido dan 2 bilik air/tandas.
Kat sinilah masak, makan dan lepak. Masa ni sebelum kahvalti, teman baru sampa dari Kg Deredebi. Kelihatan kaki mertua yg seksi, anak tiri teman Tahsin dan Yusuf, dan si Ertugrul. Isteri Tahsin terlindung sikit, tgh bakor kentang dan roti!
Tahun ni kami upah 13 org pekerja Kurdish dari timur Turki. Yg hensom tu mandor deme, deme ni semua ada pertalian sedara - abang, adik, sepupu-sepapat, ikan puyu ikan sepat! Mertua teman tengah bagi khutbah tuh!
Biras teman si Nevin dgn 3 orang pekerja. Hajah Asma orang Chemor suka nengok suar besor pompuan Turki ni. Nah tengok pepuas!
Lepas sekolah bukak, Tahsin dan kuarga balik ke Akcakoca, tingge teman dgn Nevin, mertua dan si Salih ni, anak sedara mertua. Kekadang dia memasak gak Yob ni. sedaplah jugak!
Seperti biasanyer....sayur, sayur dan sayur! Rasa macam si Osman pulak...lembu deme tuh! Asei bukan lembu NFC!
Malam pertama teman sampa tu, pekerja Kurdish ajok teman minum teh kat pondok deme, selain pondok ada yg tido dalam khemas kanvas dekat-dekat farmhouse. Cara deme minum teh macam kita org Malaysia.
Selama lebih korang 3 minggu kat situ, teman nolong metik, kutip, jemur, simpan hazelnut. Bila habis koje hazelnut, kami kutip walnut dan chestnut pulop. Yang tu teman gemor, koje hazelnut ni penat!
Stoplah kejap....next entry kita ikut Nevin dan Mursel susup-sasap kutip buoh yek! Lagipun teman tengah bergelap, lampu panjang dah blow! Nak kuar beli ujan pulak. Tengok TV jerlah!

Saturday, December 1, 2012

ISTANBUL GULE-GULE!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pagi tadi sempat goreng setengah kilo hazelnut, buang kulit dan masuk dlm botoi. Nanti Mr T balik dari Iraq, udoh ada jajan, tak dan jumpa bini, dapat jajan bini buat pun jadik, kaaan? Masa goren-goren tu kita berzikir-zikir, kot berkat usaha kita dan rasa lebih sedap kot, In Shaa Allah! Afiat Olsun Khojam! 
2 minggu kebelakangan teman asyik ke Eminonu, gi tawaf sekitar luor Grand Bazar, cari dan beli barang yg kawan/kenalan pesan. Luggage teman udoh lebih 25 kilo kot. Sebelum membeli-belah tu lazimnya teman pekena sarap ringan dgn cay panas...bagi tenaga kome, nak ronda tu mau ada 3-4 kilometer!
Masa teman beli tu, ada masa teman minta penolong kedai meragakan tudung/shawl nak upload kat FB; kalau takde yg puan, teman ler jadi model yg tak rela...he he he!
Nanti sampai Shah Alam, 2 minggu ketama teman sibuk bebenor, minggu ketiga kot teman relax sikit naa. Nanti banyak citer ladang dan Kg Deredebi teman labun yaaa...
Antara landmark yg femes kat Eminonu, sebelah jer Grand Bazar ialah Yeni Cami atau Masjid Baru. Baru tak baru...dibina kurun ke 15! Teman mesti lalu kat sini bila nak ke pejabat pos, pos barang org pesan. So in the meantime, Selamat Tinggal Istanbul! Jumpa lagi soon, In Shaa Allah!