Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, September 13, 2011

Wira Erdogan di Mesir...Nyongket Kg Deredebi Part II!

PM Turki Erdogan disambut meriah di Kaherah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PM Turki Encik Erdogan telah diberi sambutan sebagai Hero bila mendarat di lapangan terobang di Kahera dalam siri lawatan beliau ke Mesir, Tunisia dan Libya. Dianggarkan 20,000 rakyat Mesir datang mengalu-alukan Yob ni dan beribu-ribu lagi masih menuju ke arah lapangan terobang.

Sejak Arab Spring ni, Erdogan telah muncul sebagai Wira pada kebanyakan penduduk Arab kerana ketegasan gomen dia menangani isu-isu berkaitan Gaza, Palestin dan negara Yahudi.
Hubungan Turki-Yahudi pun semakain merudum ekoran peristiwa kedegilan negara Yahudi enggan memohon maaf atas serangan ke atas flotilla Mavi Marmara tahun 2010.
Selain dari menghantor balik duta dan diplomat Yahudi, Turki turut menghentikan kerjasama pertahanan dengan regim tu; mengenakan sekatan ekonomi dan perdagangan dan kini mengantor frigatesnya di perairan Mediterranean bagi mengawasi pelayaran bantuan kemanusiaan Turki ke Gaza.
Dalam ucapannya, Erdogan menyebut beliau amat-amat kepingin melawat Gaza. Bagi pihak Yahudi pula, deme agak gusar jugak dengan tindakan gomen Turki ni dan seboleh-bolehnya tak mau menambahburukkan perhubungan.
Rasakan kome!

Sumber dari Today's Zaman Online



Biorlah hal-hal politik Turki jap.
Ni kelihatan sebahagian kampong Mr T. Kebayakan rumoh dibina dekat-dekat jalan. Kampong ni memang terbina dicelah-celah bukit dan di kaki bukit. 80% kawasan kampong ni ditanam pokok kacang hazel.


Reki dan bestfriend, si Freelance

Bab kali ni nak labun pasa hewan dan ternakan orang Kampong Deredebi. Antara yg popular ialah anjing sebab deme guna sebagai pengawal. Dalam mazhab Hanafi tak haram sentuh deme ni.
Tapi di kampong ni deme tak bawok anjing masuk ke rumoh. Kuarga Mr T ada 2 ekor anjin - si Karabas dan si Reki.
Ni gambor Reki masih bebudak 2 tahun lepas. Kucin tu si Freelance, dia tak bertuan tapi suka lepak di rumoh Mr T dan di rumoh mertua.



Ada jugak orang kampong bela kambin biri-biri. Ni bebiri yg dibawok ke rumoh ladang ataih bukit.
Sekarang rama orang kampong buat rumoh ladang yg lebih sempurna cam rumoh regular deme. Rumoh ladang diduduki beberapa minggu jer dalam setahun masa musim petik kacang hazel.



Teman tak penah nampak itik kat kampong ni, tapi dari koleksi gambor Deredebi Koyu ni, adalah tu nampak gayanyer.



Mungkin ni itik putih. Temboloknya besor...banyak makanan dalam kampong nih!



Yang gerentinya, hewan yg paling fofular dan produktif ialah inek - lembu. Inek tu lembu betina.
Sesapa yg ada lembu memang berhasil sebab orang Turki ni tiap hari makan yoghurt, susu dan keju. Kalau ada lembu sendiri memang berbaloi-baloi!



Sepasang lembu jiran Mr T.
Lembu kami tak makan rumput depan rumoh sebab depan rumoh kami bersimen. Lembu-lembu kami yg 3-4 ekor tu lazimnya dihalo ke tebing sunga Deredebi yang ada padang rumput.


Adik ipor Mr T, Nevin, sedang meroh tetek Yildiz (Bintang)

Tiap pagi dan petang Nevin dan Kak Emine meroh tetek si Kara Kiz atau Yildiz. Tiap harilah deme buat yoghurt. Sekali-sekala deme buat keju atau butter. Memang ori kome!



Salah sekor anak Yildiz yang baru berusia beberapa hari.
Besor sikit kang kena jue!


Baby anjin jiran.


Penjaga gate.
Kak Emine ada bela beberapa ekor ayam sejak tahun lepas. Dapatlah makan telur sekali sekala. Tapi anjin jiran kekadang datang skor sekor dua.
Tunggulah si Karabas besor sikit, kome kena ligan nanti!


Mehmet Mentese dan rakan-rakan seuniversiti

Sebagai penutup, kita jamu mata tengok pemuda-pemuda Turki.
Ni gambor dari koleksi Mehmet Mentese, salah sorang anak sedara Kak Emine, yang duk belah kanan hujung nombor 2.
Tak taulah deme makan breakfast ke lunch. Tapi teman rasa deme sedang nunggu order deme. Roti tu bedava (percuma) lazimnya.
Yang baguih orang Turki ni, kalau deme ase dari kampong deme tau jaga susila. Kalau gi kuar, deme tak bercampur-gaul lelaki-pompuan.
Ada sesapa berkenan?

22 comments:

  1. k yong, belajor le buat cheese tu...lagi best buat cream cheese..malaysia mahai bebenor...hehehe

    ReplyDelete
  2. mcm dorang x pe ler bela anjing utk jaga rmh/ladang & x bwk masuk ke rmh, tapi trend sebilangan artis & segelintir org kt malaysia skrg ni, bela anjing mcm bela kucing pulak...

    bestnya..., semuanya fresh dr ladang...susu, yogurt, cheese....semua homemade...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong Mama,

    Hosgeldeniz, Selamat Datang!
    Ehh...ada entry pasal buat cheese, cuba check, tapi akak lupa bulan bape. Ada step by step buat cheese dan juga step by step buat butter. Gi bulan Mac atau April 2011 kot.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak Halima..
    Ada yang berkenan kak, tapi sayang takde anak perempuan,hik!

    ReplyDelete
  5. Salam kak halima..

    moga akak sihat2 selalu..=)

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Yong,
    Kalau Pm kiter pegi Mesir gamaknya ader ker deme sambut mcm deme sambut Edogran?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yong Dragon,

    Tulah ada org kita bela anjin perasan moden. Wlupun kat Turki blh sentuh anjin, deme tak pulak main2 dgn anjin.
    Meh kita berladang, kalau ada tanah secuit!

    ReplyDelete
  8. Assalmualaikum Yong Ummi,

    Hmm kalu takde anak puan, amik buat utk anak sedara...hikksss!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Cikgu Wan,

    Elhamdulillah akak sihat. Selamat beraya kite!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yob Naim,

    Tau ke deme Malaysia tu kat ner? Hikkss!

    ReplyDelete
  11. payah nak carik pemimpin macam erdogan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yob,

    Rakyat sekular dia nyampah dgn dia, org Islam suka, Barat berhati-hati...

    ReplyDelete
  13. Salam Halima,
    Mudah-mudahan Turkey digeruni dan ditakuti oleh barat.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Prof,

    Mudah2an begitu hendaknya sebab tak de sorang pun pemimpin Islam yg buleh pakai skrng ni, yg ada semua hampeh!

    ReplyDelete
  15. waaa...smart2 tu kak....terpikat plok rasanya..hahahahha

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yong Eita,

    Haa isi borang cepat!

    ReplyDelete
  17. salam kak halima..
    anjing ngan kucing pun dh boleh jadi geng.. ni manusia politik mesia asyik berkela je.. hmmm..

    kalau boleh pegang anjing dh lama saya bela tau kak..rumah datuk isteri saya dulu byk anjing..

    Moga Allah kembalikan kegemilangan Islam di Turki..

    ReplyDelete
  18. Salam Yob Samad,

    Nama pun manusia, banyak akal. Kalau takde akal jadi cam hewan ler. Skrng ni Erdogan jer pemimpin Islam yg berani bersuara Yob. Yg lain asyik nak berkela, rasuah, songlap duit dll...

    ReplyDelete
  19. salam
    rasa macam gua di turki nice...thx..kongsi

    ReplyDelete
  20. Salam Yob Brutal,

    Bawaklah mem-mem bercuti ke Istanbul! Sama2!

    ReplyDelete