Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, September 8, 2011

Gaddafi: Dulu Kacak, Pastu Rojak...Mr T Nyongket Maleyzia Part III

The young, handsome and macho Col. Gaddafi of Libya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kat mana Yob ni bersemunyi? Dah jumpa ke belum atau dah selamat menyorok di luar negara?
Teman tak nak fokus sangat dengan aktiviti pelarian dia tapi nak fokus kat feature dia.
Masa memola dia naik, lepas amik alih kuasa dari raja dia si Deris tu, memang laworlah dia ni.
"Tall, dark and handsome," kata omputih.
Nah tu dia, ala-ala bintang filem star Mesir!


Bersama arwah Anwar Sadat dari Mesir, bagi kome yg tak kenal ler, dan bapak Bashir, arwah Presiden Assad dari Syria.
All for One, One for All!

Dik popular revolusi dia di negara Islam, ramai mak-pak yang boh nama anak lelaki deme Gaddafi, termasuk kat Malaysia.
Memola memerintah dia baguih...banyak bantu rakyat dia dan bagi hak-hak kepada golongan marhaen dan kaum wanita.



Ni kalau teman jumpa kat mana-mana mau teman kejor...errr mintak sign otograf ler.



Gambor rasmi terkini June 2011. Memanjang jer dia paka spek itam. Silau ke Yob dok dalam bilik tamu ni?
Yelah kot...



Haah ko!
Muka dulu comey cam hero film star Hindustan, dah macam hero drama Korea
pulak!
Patutlah asyik paka shades.
Ater, ngape digobah-gobah muka tu Yob?
Ni masalahnya bila dah kaya, masyhur, glam dan apa-apa lagi, manusia jadi vain. Tak pueh ati apa yg ada.
Ropa yg dah comey dan kacak pun dimodified...isyyyykk!



Dikatakan dia ada buat plastic surgery kat bawoh mate, sebab sembab. Mungkin nak buang kedut sebenornya.
Tapi yang jadi, mata sepet cam Jet Li.
Ada gak laporan kata dia buat hair-implant!
Hei...vain betoi miker ni Gad!
Miker kan jantan, tak yahlah nak meregek ngalahkan Kak Ros! (tak pasa-pasa nama Kak Ros terkeluar!)



Sepatutnya ropa dia ni dalam usia sekarang makin hensem takpun maintain.
Bukan tua sangat dia ni.
Nak wat camner, perasan terlalu baguih dan lupa mati kot.



Apa-apa pun, muka ori dia ni memang wajah pemimpin Arab/Afrika yang terhensom pernah muncul, pada pendapat teman.
Lawor gambor nih...



Tapi antara imej yg femes Yob Gaddafi ialah sewaktu dia solat di tengah padang fasir. Gambor ni merata tersiar seluruh dunia masa tu.
Masa ni muka dia belum kena toreh lagi der.
Teman ucapkan selamat maju jaya dan bertobatlah Gaddafi. Hidup di dunia ni sementara jer...

Gambor-gambor dicilok dari Time dan The Guardian, TQ.


Mr T Nyongket Ke Maleyzia Part III

Mr T di bendang

On the way ke kebun kelapa sawit tu, kami tempuh kawasan bendang yang tak bape diusahakan oleh orang kampong. Gamoknya deme syok dapat hasil dari kebun kelapa sawit deme.
Ayor dalam ban tu pun kering-kontang. Adik teman Atan dan anak sedara sepupu jadi juru-iring Mr T ke bendang kat Kg Selboh, Parit, ni.


Mr T dan suku-sakat kami - Faris, Wani dan Kak Cik. Atan gumbira perati.

Kat rumoh mak, Mr T bergurau senda dengan anak-anak Atan. Deme syok kena dukung-dukung tu.
Bila dinner bukan senang nak bagi makan Yob ni - segala seafood yang bercengkerang dan berkulit keras-kematu dia tak makan kecuali ikan. Ikut mazhab dia, hukum makruh!
Patutlah pertama kali dia nengok teman baham udang, semacam jer dia usyar!
Jenuhlah adik ipor exclude udang, kerang, sotong, ketam dalam menu.
Ikan pun yang ada ropa ikan; yang seropa kapalterbang, kucing, gergaji dia tak makan!



Selain dari tu dia berkenalan gak dengan sedara-mara yang terserempak bila datang ke romah.



Bersembang dengan Haji Mansur dan mak teman. Haji Mansur buleh speaking baguih punya sebab dulu sekolah omputih. Kome mana ada sekolah omputih.



Masa ni sekitar 2004 atau 2005 gitu. Dulu cat putih, sekarang romah mak cat kuning, ala-ala Bersih 2.0 pulak!

To be continued lagi...



Bab makan pulak.
Menu ala-ala Jepun yang sahabat Jepun teman, Keiko, masak masa dia bercuti di Shah Alam 4-5 tahun dulu. Ada shitake, beans, ayam dan papadom. Rasa dia agak tawor dan tak berasa sangat, nama pun menu Jepun.
Meh kome...

23 comments:

  1. As-Salam Akak....pergghh 'vintage' betul gambo2 Muamar Gadaffi ngan Mr. T.....ada seni tuh!! hehehe

    Rumah akak yang kat kampung tu leh jadi rumah warsan tuh, cantik sungguh senibina orang Perak nih.....

    ReplyDelete
  2. Seronok Mr T nyongket ke Malaya.. Romah Mak tu memang class kalo jadi romah traditional Perak.. Kat Sg Bayor n Selama pon banyak jugak..

    Fuuhh.. Melaut sunggoh Muslims di Moscow..

    Bila kita nak raya sama ni.. Moh le ke Tganu..

    ReplyDelete
  3. Waailaikumsalam Yob Din,
    Ajenyer ya gambor Gaddafi masa memude, jelita sungguh! Ahhh gambor Mr T baru 5-6 tahun. Eh rumoh mak ni idok ler lama bebenor tp memang asli ler, dibina awal tahun 1950an!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yong Mulan,

    Dah lama dia tak nyongket sini Yong, asyik akak jer ke sana. Ajenyer ya romah mak ni klassik sikit, dibina awal 1950an tu, ada tokok tambah bila kami asyik membesor!
    Nanti ler, kalau ada rejeki akak ke Ganu ya. Tima kasih mengajok!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Yong!

    Teman nak ucap Selamat Ari Raya kat Kak Yong sekeluarga. Maaf Zahir Batin dipinta ya.

    Mr T comel je nampak dgn persekitaran Malaysia tu. Hehehe!

    Gadaffi tu...mmg ensem masa muda. Ntah napa bila dah tua jadi gitu plak.

    ReplyDelete
  6. salaam kak
    kat kg selboh ada sawah bendang ye..bestnya rumah kg.. bersih je laman rumah.ni baru betul2 balik kg..suasana kg masih ada..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yob Shahril,

    Tulah tak tau apa dia buat kat muka dia, toreh sana, cucuk sini, hmmm jadi cacamarba dah!
    Mr T comel? Hei tak sesuai sebut comey pasal dia ni. Tapi tima kasih ler, nanti kabor kat dia org kata dia comey!

    ReplyDelete
  8. Salam Asma, Selamat hari Raya!
    Ada sikit org buat bendang tp bukan kat dlm kampong kami, kampong sebelah jalanraya jer.Memang kg kami masih ropa kampong, ular, tupai, monyet, babi semua ada...buleh buat zoo!

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum Yong...

    Mr T lagi ensem dari Gaddafi apa? hehehe...

    Sebut Kg Seleboh, teringan teman kat bekas tunang teman. Eh! dulu lebih 25 tahun dulu teman peghonah bertunang dengan sorang Cek'egu dari Kg Seleboh...syhhhhh....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum KakCik,
    Haa dah Ok akaun ya. Memasing ada kelebihannya Yong, masa muda Mr T rambut itam gak. Oh ya ada gambor2 dia dlm National Service Turki akak ada buat entry ya.
    Haa ingat, Yong ada citer pasa penah tunang dgn org Selboh ni...isyy sapa gamoknyer! Ntah2 sedara akak!

    ReplyDelete
  11. Teman nok ngucap selamat ghegaye le juga pada mike yong. Teman kalu lalu ngelo daghi pekan paghit ke bota....teman gemo meghati ghomoh2 kighi kanan jalan tu...seninya teman bekenan bebeno. sana ghamei oghang kaye paghit...lagi le cantik ghomoh deme. gamoknya ghomoh yong pun ada teman teghenung sambil lalu tu. Esok2 teman nok caghi ghomoh ngone kunen tu...bentuk bumbungnya ada mighip2 bumbung ghomoh teman

    ReplyDelete
  12. lumrah hidop.de masa kat atas, ade masa jatuh

    ReplyDelete
  13. perghhhh hensem gilerrr si gadaffi tu :)

    selamat hari raya kak yong, maaf zahir dan batin..batin tu kalau adalah kot2 komen2 pedas yg tertulis disini..hehehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Yob PakNgah,

    Semata berraya kite!
    Ater kalau lalu jalan besor, gerenti Yob tak dpt nengok rumoh mak teman. Rumoh dia kena masuk Jalan Tambang belah kanan kalu dtng dr Pekan Parit, hikksss! Memang rumoh agak lama. Dalam ada siling dr kayu, bukan kadbod, rumoh org lain takde macam tu. Keme bukan org kaya Yob, rumoh pun senget, bocor satnika. Alhamdulillah buleh berteduh.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Yob Ustaz Remy,

    Kekadang jatuh tergolek-golek, pastu kena steamroll tu yg tak tahan, ha ha!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yong Diva,
    Amboi...slow sikit sorak tu, nanti hubby Yong jeles pulak. Memang cun dia dulu2 Yong, mau terpikat kalau dia lalu depan akak masa tu!

    Sesama kita bermaafan...mana ada Yong tulis pedas2, yg berkari adalah...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak Halima..
    Betul lah kak, berbeza betul muka Gaddafi ni bila dah tua, hilang terus hensemnya...

    ReplyDelete
  18. Waalaikumsalam UmmiRoss,

    Ater bila dah vain, takut tua, takut tak glam...ego besor. Bila ditoreh, dicucuk, jadi kalut urat2 dan satnika nerve kat muka tu, jadi cacamarba muka tu. Bersyukurlah apa yg ada, ye dak Yong?

    ReplyDelete
  19. salam akak

    ptama kali tengok gambar gaddafi masa muda. memang btul, orang2 kita ramai bagi nama gaddafi zaman kemasyhuran dia dulu. tp hidayah milik Allah kan. ada sorang lecture syariah di jordan ni bgtau, gaddafi seorang murtad dan bukan lagi muslim. tapi kita tak berani cakap slagi tiada bukti kukuh. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  20. Salam Ilham,

    Ni adik ni mesti muda sngt, tak penah tengok gmbr dia masa muda. Memang dia kacak dulu2 dan popular di kalngan masyarakat Islam. Ya ka ada dakwaan dia dah murtad?, Nauzubillah. Semoga dia insaf dan segera bertaubat!

    ReplyDelete
  21. Hensemnya Gaddafi masa muda. Dulu masa sekolah menengah Yati ada kawan nama Umar Gaddafi, tapi tak hensem. Hehe..
    Cantik rumah ibu Yong Halima. Memang Yati perati, kalu boring takde tujuan, Yati selalu ajak abe jalan ke Parit dan Bota Kanan. Rumah situ banyak yang cantik-cantik. Dan lanskap pun menenangkan jiwa.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Yong Yati,
    ater aje ngannyer hensem Yob Libya tu, sayang peranga dia buruk sikit sejak beberapa tahun ni. OKlah rumoh mak akak, buleh buar berteduh dan bermain. Nanti musim doyan buleh singgah, bunga tengah lebat kat pokok mutan dan doyan skrng ni!

    ReplyDelete
  23. Wah...mmg ensem Gaddafi masa muda2....tapi muka dia yg latest nampak teruk sgt rupa dia! Itulah bila dh x natural, nampak peliksss!!! seronoknya kampung akak....rmh akak yg kt kg tu kena preserve sampai bila2, sbb skrg susah dh nk nampak rumah melayu tradisional.

    ReplyDelete